05

304 128 33
                                    

Seperti yang dijanjikan.

Izra kini berada di sebuah kafe yang didatanginya kelmarin bersama Dariel. Jejaka itu duduk di meja lain tetapi dengan jarak mereka yang tidak berapa jauh ini, telinga Dariel pasti boleh mendengar bual bicara Izra dan Farish nanti.

"Hai," sapa Farish setelah melabuhkan duduknya. Dia ukir senyuman manis buat Izra. Lamanya dia tak tatap wajah orang di hadapannya ini. Dia gembira dapat keluar dating dengan Izra.

Selama ini dia boleh kira pakai jari sebanyak mana mereka keluar bersama dan selalunya dia yang memaksa Izra untuk keluar dengannya tetapi hari ini, dalam sejarah hidupnya, Izra yang mengajaknya keluar.

Daripada padangan mata Farish, wajah yang sedang dia tatap ini kelihatan kosong seperti selalu, langsung tiada secalit senyuman di bibir merah delima gadis itu. Matanya pula merenung dirinya dengan satu renungan misteri. "Kenapa kau renung aku macam itu, Izra? Ada ap—"

Izra tidak menunggu Farish menghabiskan katanya. Dia terus melemparkan sekeping gambar. "Curang." Izra berpeluk tubuh kemudiannya, badannya disandarkan dan kaki disilang. "Aku beri kau masa untuk pertahankan diri kau."

Tawa Farish bergema. "Kita bukan di Mahkamah, sayang." Lagaknya tenang.

"Farish," Izra sebut nama jejaka itu dengan nada yang tegas. Sungguh dia tak mahu bazirkan masanya dengan jejaka seperti ini. "Cakap dekat aku, Farish. Gambar ini betul atau tidak?" Izra merengus kasar. Tiada jawapan daripada Farish. Jejaka itu malah diam dan merenungnya.

"Atau perlu aku minta Luth untuk jawabkan soalan ini bagi pihak kau?"

Terus menegak tubuh Farish.

"Mungkin Luth akan terkejut lihat gambar kau dengan wanita yang sedang tidur di sebelah kau ni. Apalah ya perasaan dia saat itu?"

"Yes, gambar itu betul." Farish akhirnya menjawab jujur.

"Kenapa kau buat macam ni?"

"Sebab kau." Farish tak tahu bagaimana Izra boleh dapatkan gambar itu. Tapi benda pun sudah terbongkar, dia tak perlu selindung apa-apa lagi daripada gadis itu.

"Kau terlalu sibuk dengan urusan kerja dan tak ada masa untuk aku. Aku mahu kan kau, Izra tapi kau lebih mahu kan kerja kau itu. Aku jadi tertanya-tanya, adakah nanti kau akan berkahwin dengan kerja kau?" Farish ketawa di hujung ayatnya. Wajahnya sudah tidak seceria tadi.

"Aku tahu, Izra! Kau langsung tak ada hati dekat aku sebab kau tak pernah cuba buka hati kau untuk aku. Kau tak beri aku peluang untuk menangi hati kau," luah Farish tanpa ragu. Dia luahkan segalanya. Sudah lama dia bersabar.

"Tetap saja itu bukan satu alasan untuk berlaku curang, Farish." Izra balas dalam keadaan tenang. Dia dapat rasakan situasi ini semakin menegang.

"Aku mengaku, aku terlalu ikutkan nafsu aku masa tu. Aku terlalu tertekan dan—"

Izra lantas memotong. Dia tak mahu penjelasan lanjut. Cukuplah dia tahu bahwa gambar itu benar melalui mulut Farish. "Aku tak peduli apa pun alasannya.. aku mahu kita putuskan pertunangan kita."

"No!" Bangkang Farish. Dia tak akan lepaskan Izra. Dia tak akan putuskan pertunangan mereka ini.

"It's yes, from me. Kau yang mulakannya, Farish. You should know that."

"Gambar itu, boleh sahaja aku katakan edit. Mereka akan lebih percayakan aku, Izra. Kita pun akan berkahwin nanti.. lupakan apa yang terjadi." Farish yakin ahli keluarganya tidak akan percaya dengan gambar itu. Dia boleh bohongi mereka dengan menyatakan apa-apa alasan yang relevan.

MEMORIESWhere stories live. Discover now