03

321 142 16
                                    

Pintu utama segera dikunci setelah masuk. Langkah kakinya diatur menuju ke bilik tidurnya. Bagasi yang ditariknya tadi diletakkan di sisi katil lalu badan direbahkan di atas katil, mata dikatup rapat.

Penat!

Dalam beberapa minit selepas itu, telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Dia mencelikan matanya lalu mencapai telefon yang terletak di sisi. Nama si pemanggil dilihat sekilas. Dia terus menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, ma."

"Dah sampai rumah?"

"Dah, hampir terlelap tadi."

"Jaga diri baik-baik kat sana, ya."

"Ya ma, Insya-Allah. Macam tak biasa pula Ira balik sini."

"Ini.. kamu sudah solat belum?"

"Belum, balik tadi terus masuk bilik."

Puan Zahra faham sangat dengan perangai anak gadisnya itu, dah penat memang lupa segala hal.

"Pergilah solat dulu wahai anakku.. nanti habis waktu pula."

"Menurut perintah."

"Mama letak dululah ya."

Izra bangun daripada pembaring. Dia kerling jam yang berada di atas meja kecil sebelah katil. Dia masih ada 30 minit sebelum selesai waktu solat zohor.

Dia tak mahu membuang masa. Segera dia angkat punggung pergi ke tandas untuk mengambil wuduk. Setelah itu, barulah dia menunaikan solat.

•—•—•

"Korang nampak tak apa yang aku nampak tadi?" Raisyah mengawal suaranya. Dia rasa nak meletup sekarang ini!

"Weh! Aku tak tahu nak kata apa. Bukankah itu tunang Izra?" Syazwanie di sebelahnya sudah tak tenteram gayanya.

"Dia curang ke?" Sampuk Aina pula. Lihat daripada gaya nampak mesra semacam. "Nak bagitahu Izra ke?" Aina pandang wajah sababatnya satu persatu. Semua kelihatan kebinggungan.

"Tapi kita cuma nampak sepintas lalu, mana tahu kita salah orang?" Dayana masih cuba bersangka baik tapi dia tetap rasa jejaka yang mereka lihat tadi ialah Farish, tunang Izra.

"Tak akanlah Farish ada kembar." Arnia tongkatkan dagunya. Benarkah apa yang mereka lihat tadi?

Adegan mesra Farish dengan seorang gadis asing. Gadis itu merangkul erat lengan Farish dan jejaka itu cuma membiarkan. "Adik perempuan dia kut? Tapi setahu aku, dia tak ada kakak."

"Tapi muka adik dia bukan macam tu," jawab Raisyah. Dia yakin, walaupun cuma sekali pernah bersua muka dengan Farisha, adik Farish sewaktu majlis pertunangan Farish dengan Izra.

"Korang ada snap gambar dia orang ke?" Aina cuba mencari cara untuk menyakinkan dirinya akan apa yang mereka nampak tadi. Jika benar, dia tak ada masalah untuk memberitahu Izra perkara itu.

Syazwanie gelengkan kepalanya. Tiada seorang pun antara mereka yang mengeluarkan telefon untuk mengambil gambar. "Tak ada pula. Kita cuma terserampak sekejap aje, tak sempat nak snap apa-apa."

"Korang rasa patut ke kita beritahu Izra?" Sekali lagi soalan serupa ini meluncur keluar daripada bibir Aina.

"I don't know. Kalau Izra tak percaya macam mana?"

MEMORIESWhere stories live. Discover now