07

242 120 26
                                    

Pasukan polis sedang mengepung kawasan kejadian ini. Keempat-kempat penculik itu telah ditahan dan langsung dibawa ke balai polis.

Mereka akan dikenakan tindakan.

Sepucuk pistol yang dijadikan senjata itu Irfan ambil. Syukur, das tembakkan tidak mengena mana-mana ahli pasukannya atau dirinya semasa mereka tiba.

Daripada cara penculik itu melepaskan tembakan tanpa hala, Irfan sudah tahu bahawa si penculik tidak tahu cara menggendalikannya. Tertanya-tanya pula dia dari mana mereka mendapatkan senjata ini? Setahunya penggunaan senjata seperti itu dilarang sama sekali untuk digunakan oleh orang awam.

Dia kerling pula Rayyan di hujung sana lalu meluru ke arahnya. Dia nampak Rayyan cuba bercakap dengan Izra dalam keadaan gadis itu masih mendakap lututnya dengan tangan dan kaki yang terikat. "Izra.. mereka sudah pergi." Lembut Rayyan memutar kata.

Irfan boleh nampak dari sisi wajah jejaka itu sedang memancarkan riak kerisauan melihat gadis yang sedang menggigil ketakutan. "Rayyan, aku akan uruskan yang lain. Kau boleh urus Izra sendiri?" Dia menyoal kemudiannya.

Rayyan mengangguk sahaja.

"Aku pergi dulu," beritahu Irfan sebelum melangkah pergi meninggalkan pasangan itu.

"Sini.. aku buka ikatan talinya." Rayyan cuba mencapai tali yang melingkari tangan dan kaki Izra. "Jangan! Jangan sentuh aku!" Halang Izra dalam keadaan dirinya masih membenamkan kepalanya di lutut. Suaranya sudah separuh nyaring dan kemudiannya menyusul esakan.

"Izra," panggil Rayyan. Dia menanti Izra memandangnya namun, gadis itu masih dalam posisi yang sama.

"Pandang sini.. mereka sudah tiada. Kau percaya aku, kan?" Rayyan separuh memujuk.

Izra perlahan-lahan mengangkat wajahnya yang dipenuhi dengan air mata. Dia pandang pula Rayyan yang masih setia di sisinya. "Ra.. Rayyan." Izra sebut nama jejaka itu tersekat-sekat.

"Ya." Rayyan menyahut sahutan Izra itu. "Sini aku buka ikatan tali tu." Perlahan-lahan ikatan tali itu melonggar dan terlepas daripada anggota tubuh Izra.

"Jangan menangis, okay? Mari keluar." Rayyan memimpin Izra keluar dari perut kereta. "Aku hantar kau balik, ya?" Tanpa menunggu balasan Izra. Rayyan membawa tubuh itu masuk ke keretanya.

"Mereka tiada di sini," katanya selepas itu. Dia cuba menyakinkan Izra bahawa gadis itu berada dalam keadaan selamat kerana menyedari mata si gadis meliar ke sekeliling kawasan.

"Te.. te.. terima.. kasih, Rayyan." Satu mutiara jernih menitis lagi dipipinya.

"Aku tahu, aku sedikit terlambat sebab dah buat kau menangis disebabkan benda ni. Aku cuma nak tahu ke mana mereka akan membawa kau," balas Rayyan sambil memandu. Dia tak tahu keadaan orang di sebelahnya itu seperti apa.

Hari ini saja, mereka telah berjaya menangkap penjenayah yang cuba menculik Izra. Dia pasti salah satu daripada mereka itu bukan Hanif kerana tidak ada satu pun wajahnya yang seiras jejaka itu.

Tetapi mungkin orang suruhan? Siapa tahu?

Dia akan tunggu update daripada Irfan nanti.

Kawasan yang berlatar belakangkan hutan itu memang suatu kawasan yang jarang dijejaki orang, memang padanlah mereka membawa Izra ke sana.

"Kau buat semua ini bukan kerana kau nak aku selamat tapi lebih kepada menyelamatkan reputasi.. kalaulah mereka bunuh aku sewaktu aku di dalam kereta tu, rasanya di sebelah kau ini cuma mayat." Izra bersuara dalam keadaan emosinya yang tidak stabil.

Dia tahu! Dan dia sangat pasti yang jejaka itu ada bersama cumanya kenapa..

Kenapa jejaka itu tak munculkan diri dengan lebih awal? Kenapa dia diselamatkan sewaktu dia sudah dilarikan? Kenapa jejaka itu biarkan dia menangis dalam tawanan penculik itu.

MEMORIESWhere stories live. Discover now