12

202 109 16
                                    

Suasana begitu hening dan dingin. Sesekali hembusan bayu menampar lembut pipi mulusnya. Gugusan kejora dan candra saling terpancar indah di dada langit sana, menghiasi langit-Nya.

Alangkah indahnya jika dia mampu berganding bersama candra dan bersama-sama menghiasi langit-Nya. "The moon.. is beautiful, isn't it?" ujar Izra, bibir merah delimanya mengukir senyuman nipis, sedang matanya ralit merenung bulan itu. Sungguh, bulan malam ini.. cantik.

"Aku nak sangat gapai bulan tu, Rayyan," beritahu Izra kepada Rayyan di sebelah. Dia tak ajak Rayyan sekali untuk ada berada di sini tetapi jejaka itu sendiri yang tiba-tiba muncul dan berdiri di sampingnya.

"Ia mustahil.. sebab kita cuma mampu perhatikannya dari jauh," kata Rayyan tenang sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Ya. Betul, sangat mustahil..." Izra tertawa kecil di hujung bicaranya. Dia mentertawakan dirinya yang menginginkan sesuatu yang mustahil.

"Kau sukakan bulan ini?" Kini, mata Rayyan sudah dikalihkan ke arah si isteri. Dia lihat dengan jelas betapa bersinarnya mata isterinya saat ini. Isterinya sukakan bulan.

"Lebih daripada suka." Jawapan Izra itu membuatkan Rayyan kembali merenung bulan itu semula.

Apa yang istimewanya bulan ini sampaikan isterinya tak lepas menatapnya?

"Beruntung jadi bulan."

"Kalau aku mampu gapai bulan, aku tak akan lepaskan ia.. tapi aku sedar, aku bukan bintang yang mampu menandingi keserasiannya bersama bulan. Aku cuma awan yang ada di sekitarnya. Bulan dan bintang.. sentiasa bersinar cantik di dada langit gelap sampaikan awan tenggelam olehnya. Sedihnya jadi awan yang mengharapkan cinta bulan." Nafas Izra hela perlahan. Bibirnya yang mengeletar digigit kuat. Menghilangkan perasaan hiba yang menyesakkan dada.

"Mungkin kau perlu lupakan bulan dan cari matahari," bicara Rayyan itu sekali gus membuatkan pandangan mata Izra bertukar ke arahnya.

"Kenapa matahari," soalnya kemudian.

"Sebab.. bila kau lihat matahari, kau akan nampak awan sekali. Sama ada langit pagi atau senja, kau akan nampak awan sentiasa ada di sampingnya. Terkadang, pancarannya itu terlalu menyilaukan mata sampaikan kau tak nampak di mana keberadaannya.. tapi bila langit senja, pancarannya tak sekuat mana, kita boleh lihat dia dan awannya bersama-sama mewarnai langit. Kedua-duanya kombinasi yang indah, bukan? Matahari dan awan itu.. saling melengkapi langit sama macam bulan dan bintang cuma masa dan keadaan mereka sahaja yang berbeza." Rayyan capai kedua-dua bela bahu isterinya agar tubuh si isteri menghadapinya.

"Jadi.. Izra Hanisah, kau kena kekal menjadi awan supaya kau dapat raih cintanya matahari walaupun cahayanya menyilau dan tak selembut bulan tapi setidaknya, matahari tak akan menenggelamkan keindahan awannya," lanjutnya setelah itu dan dia menyedari wajah si isteri bertukar keruh. Dia tak faham perasaan apa yang isterinya cuba zahirkan.

Izra turunkan kedua-dua tangan Rayyan daripada menyentuh bahunya dan tubuhnya segera di hadapkan kepada posisi asalnya tadi. "Tapi aku terlalu cintakan bulan.. Rayyan. Sampaikan cahaya bulan itu sendiri yang menyuluh aku daripada kegelapan malam. Dia beri aku cahayanya supaya aku tak takut dengan kegelapan malam. Aku rasa.. bulan sudah mula memandang aku tetapi sudah tentu, dia tak akan mampu memandang aku lama sebab matahari akan mengantikannya dan dia perlu pergi.. The sunrise is coming farewell my moon." Izra langsung tak bertentangan mata dengan suaminya. Sebaliknya, matanya hanya tertumpu pada bulan itu.

"Nampaknya, kau begitu cintakan bulan."

Respon Rayyan itu membuatkan Izra tersenyum tawar.

Hakikatnya.. ini bukan kisah awan yang mencintai bulan, Rayyan.

MEMORIESWhere stories live. Discover now