10

256 112 20
                                    

Fikirannya berlayar mengingati isterinya di rumah. Malam semalam, gadis itu cuma menjamah sedikit makanan. Entah pagi dan tengah hari ini dia makan atau tidak. Dia sudah siapkan sarapan pagi dan tengah hari ini, Ayra tawarkan diri untuk membawa makanan untuk Izra.

Dan, sehingga kini dia masih menunggu khabar gadis itu. Adakah dia sudah menjamah makanannya? Keadaanya baik-baik sahaja kah di sana? Sungguh dia mahu segera pulang dan bertemu isterinya.

"Biy," panggil Naila kepada si tunang. "Kenapa tak makan?" Naila menyoal kemudiannya. Tunangnya itu cuma menguis nasi dan langsung nasi itu tidak disuakan ke mulut.

"Oh." Rayyan baru tersedar lalu kembali menyambung suapan.

"Tadi.. I sempat baca kat notifikasi bar telefon you sebelum you pergi tandas. Masej daripada Irfan, katanya 'Ayra nak hantar makanan kat rumah untuk Izra.' Ada apa-apa yang I tak tahu ke?"

Rayyan terus angkat wajahnya.

"Siapa Izra? Dan kenapa kak Ayra perlu hantarkan dia makanan kat rumah you? Dia tinggal di sana?" Soal Naila bertubi-tubi. Dia tayang wajah penuh curiga. Setahunya, rumah itu memang diisi oleh rakan tunangnya yang lain termasuk Irfan. Tetapi dia tak pernah tahu kewujudan nama Izra itu. Apa hubungan mereka?

"Izra, kawan I.. ya. Dia memang tinggal di sana ditemani dengan kakak I juga," jawab Rayyan, yang jelas berbohong tentang statusnya dengan Izra. Mana mungkin dia hendak memberitahu perkara sebenar di hadapan tunangnya itu.

"Kenapa sampai nak tinggal serumah?"

"Urusan kerja."

"Oh, urusan kerja sampai bawa perempuan tinggal sekali," sindir Naila berbaur rasa tidak berpuas hati dengan jawapan tunangnya itu.

"I kena lindungi dia."

"Why?" Jelas terpampang wajah ingin tahunya, betapa dia sangat mahu ambil peduli perihal itu.

"Sebab tanggungjawab dan hal kerja."

"Jaga puteri papa ini baik-baik, Rayyan. Hanya kamu yang papa harapkan. Bimbing dan lindungi dia. Dia isteri kamu. Dia sudah menjadi tanggungjawabmu selama kamu masih hidup. Ingat itu,"

Pesanan Encik Huzairi kepadanya berlayar. Dia tak mahu ranapkan kepercayaan yang diberi. Dia akan pastikan Izra selamat

Rayyan lihat Naila sudah menarik muka dan itu sudah cukup menandakan gadis itu menginginkan penjelasan lebih lanjut. "I kena lindungi dia. Dia mangsa dalam kes yang I handle," beritahunya ringkas. "You tak perlu risau, bukan kami berdua aje dalam rumah tu. Ada kakak I juga," sambung Rayyan selepas itu.

Naila mengangguk kecil saja. Tapi jujur, dia rasa cemburu! Dia sendiri tidak pernah menginap di rumah tunangnya tapi kenapa gadis itu pula yang dapat? Hanya kerana ingin menjaga dan melindungi? Kalau begitu dia sanggup membahayakan nyawanya hanya untuk tinggal bersama tunangnya.

•—•—•

"Izra, makanlah sikit. Penat akak beli makanan ni untuk Izra makan," suara lembut Ayra memecahkan keheningan antara mereka.

"Akak.. terima kasih tapi saya tak lapar," tolak Izra. Dia sudah hilang selera untuk menjamah apa-apa hidangan.

"Sarapan pagi itu pun Izra tak jamah walau sedikit. Macam mana akak nak percaya yang perut Izra tak lapar," katanya selepas itu. Makanan yang ditutup dengan tudung saji, dia lihat langsung tidak terusik sebelum dia naik ke bilik itu. Pastinya Izra tidak turun ke dapur.

MEMORIESWhere stories live. Discover now