"Kau ni kenapa? Demam ke bro?" Tangannya segera dilekapkan pada dahi Firas. Suhu yang terlalu panas itu membuatkan Affan semakin yakin akan tekaannya itu.

"Kau nak suruh aku call Sya ke.." Gelengan Firas membuatkan Affan terdiam seketika, cuba memikirkan idea lain.

Firas mesti tak nak susahkan Sya. Hmm, arif benar akan perangai Firas yang satu tu. Memang jenis tak suka susahkan sesiapa. Tapi kalau dah sakit macam ni, takkanlah tak nak minta pertolongan orang langsung? Kecil juga hatinya, sedangkan dia dan Firas dah lama bersahabat. Takkanlah pertolongan dia pun Firas tak nak jugak?

"Kalau aku hantar kau?" Firas mendongakkan kepalanya sedikit untuk memandang Affan. Baru sahaja dia ingin menggeleng, cepat sahaja Affan menyuarakan kata putus.

"Ah, aku tak perlu persetujuan kau. Kau balik dengan aku. Titik."

"Keret—"

"Kereta tu tinggal je, macam tak biasa."

•••

          MALAM ini kelihatan suram sahaja tanpa bintang yang menerangi dada langit dek hujan yang tak henti-henti turun. Hujan juga seakan dapat membaca rentak perasaannya. Sayu. Sayu apabila melihat kondisi Firas yang tidak bermaya. Wajahnya juga terlalu pucat.

Wajah Firas yang sedang tidur itu ditenungnya lama. Kata Affan, suaminya itu demam panas. Nak buat apa-apa kerja pun tak larat. Tu yang dia hantar Firas balik.

Sejak sehari dua ni pun Firas kerja kuat sangat, sampai tak sempat nak makan minum. Tidur pun tak. Kalau dia terbangun dari tidur, mesti Firas masih tiada di sebelah. Masanya banyak diluangkan di ruang kerjanya.

"Firas, awak ni..tak berdisiplin langsung," omelnya perlahan. Nak je dia membebel macam-macam, tapi tak tergamak la jugak bila tengok Firas demam macam ni. Lesu je. Bangun pun hanya sekadar untuk solat.

"Awak jangan la workaholic sangat. Sesekali kena jugak rehat. Seronok ke buat saya risau, hmm? Memang sifat awak macam tu ke Firas?"

Rambut Firas yang menutupi dahi itu diselak sedikit.

"Sya..." suara yang agak serak itu menyapa telinganya. Perlahan dan tidak bermaya. Matanya perlahan-lahan celik.

"Dahaga."

"Sekejap. Saya ambilkan air." Firas sekadar mengangguk.

"Awak nak apa-apa lagi tak? Saya ambilkan."

"No. Stay here. I just need you." Asyfa tersenyum nipis. Rambut Firas masih dibelainya lembut.

"Saya tak suka la awak macam ni. Selalu saya ada partner nak ajak borak, ajak gaduh." Firas tidak menjawab sebaliknya wajah Asyfa ditatapnya lama.

"Ke ada sesiapa bagi tekanan dekat awak? Eei, orang tu memang nak kena." Firas masih diam. Tidak ingin memberikan apa-apa jawapan. Walaupun dari tadi Asyfa tak henti-henti bercakap, tapi tak sedikit pun timbul rasa menjengkelkan baginya. Sebab kali ini bebel Asyfa ada lembutnya, ada risaunya. Selalunya dia hentam je.

"Awak tak payahlah pergi kerja esok. Awak tunggu saya balik." Gelengan Firas hanya menerbitkan keluhan kecil dari Asyfa.

"Saya balik awal. Saya janji. Lepas je budak-budak balik, saya terus balik rumah. Serius ni, saya janji tak melencong." Firas masih lagi menggeleng.

"Esok dah janji dengan klien," perlahan Firas menuturkan bicaranya. Dia tahu Asyfa tidak setuju dengan jawapannya, tapi dia masih tetap ingin kekal dengan keputusannya.

"Affan kan ada? Pekerja lain pun ada jugak. Bukan awak seorang je."

"That's my responsibility. Abang tak nak susahkan orang lain."

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now