Tubuh aku yang terasa longlai ini aku bawa menuju ke bilik yang bersebelahan dengan biliknya. Badan aku rebah ditepi katil. Aku rasa dunia aku benar-benar sudah berakhir.

Apa akan jadi selepas dia ceraikan aku nanti? Memegang gelaran janda sebelum sempat aku memegang keputusan spm. My life was a joke.

♧♧♧

"When you have a good heart :

You help too much,
You trust too much,
You give too much,
You love too much,
And it always seems
You hurt the most."

*

****

"Apa ni bang, dah seminggu kot takkan kau tak jumpa lagi alamat dia?" Adam merengus geram. Direnung tajam wajah Aaron yang dari tadi khusyuk dengan laptopnya.

"Sakitlah setan." Aaron berdesis sakit saat sideburn dia direntap. Hilang terus fokusnya pada report kerja yang dia taip tadi.

Kini wajah itu dihadapkan ke arah adiknya. Kakinya di silang sambil tangan memeluk tubuh.

"Betul kau nak tahu? "

"Perangai tolong jangan bab--- maksud aku, ye aku NAK. " Adam mengambil nafas, cuba bersabar. Segala carutannya selama seminggu ini ditahan.

"Urut dulu." kaki yang disilang tadi kini di goyang-goyangkan. Aaron tertawa kecil.

"Astagfirullah Allahuakhbar, hambaMu ini memohon sedikit kesabaran dariMu Ya Allah." Adam menadah tangan, terkumat-kamit mulutnya berdoa.

"Hahahahahaha dah lah kau, jom." Aaron bersuara lantas menutup laptopnya.

Leher Adam dirangkul sambil tangan kirinya mencapai kunci kereta.

"Nak pergi mana tu?" puan Ruhaila yang sedang khusyuk menonton drama korea penthouse itu mula menyoal saat melihat kedua anaknya menuju ke pintu.

"Keluar jap maa." Aaron bersuara sambil sebelah tangan melambai ke wanita tua itu dan sebelah lagi masih merangkul leher Adam.

Puan Ruhaila hanya tersenyum lebar. "Terima kasih Ya Allah kerana Kau makbulkan doaku." tangannya di tadah syukur sebelum mata tua itu sambung melayan drama kegemarannya. Sesekali carutan dalam bahasa arab terbit dibibirnya saat melihat watak joo dan tae.

"(Anjing!) / كلب!"

*****

"Kau yakin ke ni rumah dia? " Adam menyoal saat kereta mereka sudah terpakir di seberang jalan. Lelaki itu membuka tingkap sambil menjengah kepalanya keluar.

"Ouchh sakit! Sakit babi! " Adam menjerit saat tingkap kereta itu sengaja dinaikkan Aaron.

"That's my brother! lama tak dengar kau sebut nama kawan kau tu" Aaron terkekeh-kekeh ketawa. Tangannya dinaikkan ke atas saat Adam mula mencengkam kolar bajunya.

"Betul la, kau fikir abang kau ni hacker murahan ke? Dah jom." Aaron menepis tangan Adam dari terus memegangnya. Kini mereka melangkah menuju ke rumah itu.

"Aryana! Dhia Aryana! Keluar sayang!" Adam menjerit saat sampai di pagar. Sesekali pagar itu digoncangnya.

Puk!

"Adoi! " Adam mengaduh saat kepalanya ditunjal.

"Kau fikir ni drama TV3 yang pukul 7 tu? Kita ni orang Islam, ada adab. Bagi la salam, lepas tu tekan loceng." Aaron berceramah panjang. Jarinya menekan butang loceng yang tersedia itu.

TAKDIR DHIATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon