"Firas!" Firas tergelak. Seronok melihat wajah gabra Asyfa. Bila lah Asyfa akan buat benda yang sama pada dia. Nak jugak dia tengok usaha Asyfa untuknya. Masa tu boleh dia acah-acah jual mahal sikit. Tapi nampak gaya macam lambat lagi untuk ke fasa tu. Tak pun dalam angan-angan je.

Tangannya masih dilingkarkan pada pinggang Asyfa. Langsung tidak dihiraukannya keengganan Asyfa tadi. Dalam pada itu, Asyfa juga ditiliknya lama. Dari tadi lagi matanya tidak lepas memandang iserinya itu yang terlalu cantik dengan dress hitamnya.

Too pretty to be true!

"Sya, nak tahu sesuatu?" bisik Firas perlahan.

"Apa?"

"As angel has fallen, I need to be her guardian. So the devil won't snatch her from what is mine." Asyfa yang dari tadi tidak memandang Firas akhirnya kini tertumpu pada raut wajah suaminya itu.

Senyuman berlesung pipit Firas terukir elok pada pandangannya. Ni la sebab dia cuba untuk tak curi-curi pandang Firas. Sekali pandang, confirm tak lepas. Terlalu manis. Kata-kata Firas pun manis. Sampaikan tak tahu nak fokus kepada yang mana satu.

"So, don't ask me why I won't leave you tonight. Sya nak pergi mana-mana nanti, abang tetap akan ikut." Asyfa terdiam seketika sebelum akhirnya menggeleng laju.

"Eei, gatal je bunyinya. Kalau saya nak pergi tandas macam mana? Takkan awak nak ikut masuk dalam?" Firas kelihatan berfikir. Sesekali gelas yang berisi ice chocolate di tangannya diteguk.

"If I need to do so..then sure I" Bahu Firas ditampar Asyfa perlahan.

"Jangan cakap mengarut!" Firas tergelak.

"Sya yang start dulu. Abang jawab je." Asyfa tersenyum geli hati. Entah kenapa panggilan abang tu tak menjengkelkan sangat bunyinya. Dia tak suka, tapi bagi gegendang telinganya untuk menerima panggilan tersebut masih pada tahap yang okay lah.

Dah tak ada 'aku-kau' bagi Firas sejak lunch tadi. Yang ada hanyalah 'abang-Sya'. Tu pun sesekali tak terbiasa jugak dia dengar perkataan tersebut dari mulut Firas. Firas Hakimi kot!

"Nak air? Ice chocolate ni." Asyfa menggeleng. Memang dia suka ice chocolate, tapi tekaknya sekarang hanya haus air kosong.

"Kopi tak ada? Latte macchiato ke?" Soalan yang berbaur usikan itu membuatkan Firas tergelak. Dah pandai menyakat dia ni!

"Hei, kalau ada, dah lama abang ambil." Suasana kembali diam sebelum Asyfa kembali memecahkan suasana.

"Tak sabar nak tengok awak perform."

"Kenapa? Tak sabar nak dengar suara abang crack ke?" Asyfa tergelak. Apa la dia ni. Langsung tak terlintas dekat fikiran!

"Taklah. Saya excited nak tengok Affan main gitar." Dahi Firas berkerut. Dia kemudiannya tertawa kecil.

"Nanti Affan main keyboard la, bukannya gitar. Sejak bila pulak Affan pandai main gitar. Dahlah, jom ambil tempat. Dekat sana kosong." Asyfa hanya menurut walaupun fikirannya kembali menerawang jauh.

Kali ini dahi dia pula berkerut. Affan tak pandai main gitar? Maknanya dia salah orang ke selama ni?

Ah, lantaklah. Malas dia nak fikir.

•••

          "DAH nak perform ni. Tak nak wish apa-apa ke?" soal Firas dengan nada berbisik memandangkan bukan mereka sahaja berada di meja bulat itu. Beberapa orang rakannya yang lain turut sama serta dengan pasangan masing-masing.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now