"Salah, salah. Apa la awak ni. Soalan senang kot," usik Asyfa lagi. Sengaja ingin menggertak Firas yang sudah berserah.

"Habistu jawapan dia apa?" Asyfa senyum segaris.

"Jawapannya..." ayatnya dijeda seketika. Nafas dihela sedalam-dalamnya.

"Yang. Pasti. Bukan. Awak."

Satu persatu jarinya ditutup bagi mencukupi empat perkataan tersebut.

Firas tayang riak kecewa. Senyumannya langsung menghilang. Tak agak pula itu jawapannya. Mendukacitakan betul!

"Hey, hey. Don't cross the line. I'm upset with that statement," rajuk Firas jelas kedengaran dalam kata-katanya.

Asyfa tergelak. Langsung tiada usaha untuk memujuk suaminya. Seronok pula bila tengok Firas macam tu. Raut wajahnya bercampur baur antara kelat dan masam. Hah, eloklah tu. Seimbang!

"Eei, tak malu. Dah besar pun nak merajuk." Bahu Firas ditujah-tujah dengan jari telunjuknya. Cubaan mengusik Firas masih belum selesai baginya. Entah kenapa rasa kelakar pula bila tengok muka Firas macam tu.

"Ah, malas la layan kau. Okay, cepat. Sekarang turn aku pulak. Fokus eh." Asyfa cuma mengangguk.

"Pastikan soalan senang," pinta Asyfa seraya tersenyum manis pada Firas. Cara nak minta simpati la tu.

"Hmm, tarikh lahir aku. Kalau kau tak ingat aku kecil hati." Asyfa berpura-pura cuba mengingati tarikh lahir Firas. Kepalanya turut diurut perlahan.

"Tak ingat la tu," nadanya jelas berbaur kecewa.

"Gurau je. Saya ingat okay. 24 Ogos 1995." Firas menguntum senyun. Tanda berpuas hati. Nasib betul. Kalau tak memang dia betul-betul kecil hati la! Ya la, tarikh lahir penting kot. Mana tahu Asyfa nak buat surprise untuk dia ke nanti. Senang sikit!

"Ingat sampai bila-bila ya. Please save the date, Asyfa Hanan. I'll wait for the surprise." Asyfa hanya tersenyum. Tidak pula membantah permintaan Firas itu.

Tarikh lahir Firas memang semestinya dia akan kekal ingat memandangkan angka tarikh lahir mereka berdua agak mirip. Jika Firas 24/8, dia pula ialah 28/4.

"Turn kau pulak."

"Lagu kegemaran saya. Hint, penyanyi lagu ni Jason Mraz."

Ting!

Mentol di kepala Firas seakan-akan menyala. Lagu tersebut yang tiba-tiba terlintas di kepala cuba dinyanyikannya ala kadar.

"Well you done done me..." Baru sahaja Firas menyanyikan bait-bait lagu tersebut, Asyfa sudah mengangguk laju. Wah, tak sangka pulak Firas layan jugak lagu macam tu. Biasanya balada je memanjang.

"Ha, yang tu la."

"I'm yours kan," teka Firas seraya tersenyum bangga dengan diri sendiri. Kedengaran agak ujub, takbur, riak. Semua ada! Maklumlah, first try teka dah betul. Tak sampai 5 saat!

"Wow, Firas. Awak tahu lagu tu?"

"Of course. I did sing this song a lot before." Keningnya diangkat-angkat. Penuh bangga terhadap diri sendiri.

"Nyanyilah full. Saya nak dengar." Firas tergelak melihat mata Asyfa yang jelas bersinar-sinar. Biasan matanya kelihatan teruja.

"Betul ni nak dengar?" Asyfa mengangguk. Hai, kalau Firas dah mula nyanyi, confirm cair habis.

"Tak ada gitar la Sya. Tak feel," jawapan Firas itu agak menghampakannya. Wajahnya mengendur sedikit.

"But one day, I'll sing it for you. I promise."

FIRASY ✓ Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin