"Bahan-bahan mak dah sediakan, cuma campak-campakkan je." sambung mak lagi.

"Kalau tak sedap, jangan marah tau!" aku tersengih. Mak ketawa kecil.

"Tak apa, boleh belajar sampai sedap. Entah-entah nanti boleh jadi tukang masak dekat café Id." balas Mak.

"Haa yang itu, lambat lagi. Ecca nak lawan masakan Id pun susah tau." adu aku. Yelah, nak dibandingkan aku dengan Hamidi, Hamidi lagi pandai masak.

Senang kata, Hamidi is PURRFECTT

Mak meletakkan kuali diatas dapur. Api dinyalakan sebelum minyak dituang sedikit. Cukup-cukup untuk menumis bahan tumisan.

Selepas itu, mak sambung buat kerja lain.

"Fea, tolong buat air." arah mak.

"Tak pandai..." balas Fea dengan penuh rasa manjanya. Mak menggeleng kecil.

"Biar Syaza jelah yang buatkan, bosanlah asyik duduk je dari tadi." Syaza menawarkan diri.

"Tak apa, biar je Fea yang buat." balas mak.

Aku melihat reaksi Fea. Tersengih-sengih sambil menggaru kepala. Akhirnya dibuka langkah jua. Teko diambil sebelum air tea dibancuh.

"Laki kau nak datang pukul berapa?" tanya aku kepada Syaza.

"Entah, tapi subuh tadi dia kata tengah bersiap nak bertolak." jawab Syaza. Tangannya memanjang mengambil French Fries sebelum dimasukkan kedalam mulut.

Aku mengangguk kecil.

"Mak, cuba rasa mee ni. Dah okay ke belum," ujarku.

Kebetulan mak baru siap mencuci peralatan memasak yang lain. Mak mengeringkan tangan terlebih dahulu. Sudu dan piring kecil diambil.

Aku mencedok sedikit kedalam piring tersebut. Cukup-cukup untuk dirasa.

"Haa dah okay ni, sedap dah." komen mak. Aku tersengih. Mak kemudiannya menghulurkan mangkuk besar untuk diletakkan mee goreng.

"Fea, dah siap buat air?"

"Dah!"

"Haa lepas tu pergi letak atas meja," arah mak. Fea hanya akur.

Siap menghidangkan sarapan, aku kembali bilik. Nak panggil suami tercinta. Lama betul bersiap.

Pintu bilik ditolak, aku menjengulkan kepala sebelum seluruh tubuh dimasukkan kedalam bilik.

"Habib, tak siap lagi ke?" tanyaku. Dia yang sedang berdiri dihadapan cermin didekati aku.

"Belum, tadi iron baju dengan seluar dulu." jawabnya.

Aku tersengih.

"Jom makan,"

"Sekejap," Hamidi membetulkan rambutnya. Alahai suami, kenapa handsome sangat?!

"Sudah-sudahlah tu, jangan nak handsome sangat..." aku menarik tangannya. Hamidi ketawa.

"Kuat betul cemburu sayang ya?"

Aku hanya menjelingnya. Mana tak cemburu kalau ada suami handsome?! Kalau keluar, mesti ada je mata-mata perempuan duk mengusyar.

Sebaik tiba di meja makan, kami melabuhkan duduk. Yang lain sudah mula makan. Mungkin lama sangat menunggu aku dan Hamidi.

"Nak mee goreng..." kata Hamidi belum sempat aku bertanya.

Tak berkata panjang, aku cedok sedikit mee goreng kedalam pinggannya dan pinggan aku.

"Taknak tea, nak kopi..." ujarnya lagi. Aku berkerut dahi, jarang betul laki aku minta kopi pagi-pagi.

"Tapi Fea buat tea je," balasku. Hamidi jeda seketika. Dia senyum kelat.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now