Pintu bilik ditutup kembali. Langkah kembali diatur ke ruang tamu. Benarlah, Hamidi ada disitu, bersama Fea. Tengah main dam ular?

"Alaa abang Id, main tipu!"

Hamidi hanya ketawa kecil. Aku mencebik. Nak gedik-gedik dengan suami orang pula.

Aku mendekati mereka.

"Ehem," aku berdehem perlahan. Fea dan Hamidi mengangkat muka. Dua-dua tersenyum melihat aku.

"Jom makan, makanan dah siap." ajak aku. Muka cuba dimaniskan.

"Haa okay!" laju sahaja Fea bangun berlari anak masuk kedapur. Melihat tingkah Fea itu, Hamidi ketawa kecil. Aku menjelingnya tajam.

"Seronok nampak," ujarku mendatar. Hamidi dijeling tajam.

Hamidi yang masih duduk itu mendongak memandangku. Senyuman diukir sebelum dia bangun dari duduknya.

"Cemburu?" tanya Hamidi. Hidungku dicuitnya. Aku mencebik.

"Tak," balasku pendek. Baru sahaja aku ingin melangkah pergi, tanganku dipegang Hamidi.

Cup!

Satu ciuman singgah dipipi.

"Habib!"

Hamidi hanya ketawa melihat aku marah.

"Sudah, jom makan. Lapar ni, karang sayang pula yang Habib makan nanti." Hamidi tersengih. Aku membuntangkan mata

"Sejak bila jadi gatal ni?!" perutnya dipulas geram. Makin menjadi-jadi pula suami aku ni. Hamidi hanya tersengih, tidak menjawab.

Malas melayan, aku menariknya kedapur. Kalau terus melayan, alamatnya tak makan malam la jawabnya nanti.

"Lambatnya," komen Fea sambil memuncungkan bibir. Jelas terpacar kebudak-budakkannya.

Aku hanya senyum nipis. Duduk dilabuhkan di tempat kosong berhadapan Fea. Hamidi yang mengekori aku dari belakang pula melabuhkan duduk dihadapan Syaza.

Mak pula, duduk di kerusi utama. Mem besar. Hehehe...

"Abang Id, cepat baca doa. Dah lapar ni..." arah Fea. Aku mengerling Hamidi sekilas.

Hamidi menggeleng kecil dengan tingkah Fea.

"Tak menyempat betul budak ni," komennya.

Hamidi mengangkat tangan untuk menadahkan doa makan. Usai mengaminkan doa makan, tangan dilalukan ke muka.

"Sayang, nak tu..." Hamidi menunjukkan kearah lauk ayam masak kicap.

Aku mengerutkan dahi. Lauk betul-betul terletak depan dia, mengada nak orang ambilkan.

Mahu tak mahu, aku sudukan juga untuknya.

"Nak yang paha tu," ujarnya lagi. Aku menggeleng laju.

"Tu Aisya punya laa, Habib ambil dada. Boleh?"

Haa aku dari tadi terliur paha ayam tu, boleh pula dia minta. Tak kiralah suami ke tidak, yang penting paha ayam tu aku punya.

Lambat-lambat Hamidi mengangguk. Muka separa tak rela. Dada ayam kemudiannya disudukan kedalam pinggan Hamidi.

"Nak apa lagi?" tanya aku. Kena baik, sebab nak kasi hati dia sejuk sikit pasal paha ayam tu.

"Nak tuu..." Hamidi memuncungkan kearah sayur goreng. Aku akur, sayur goreng disudukan kedalam pinggannya.

"Fea, kenapa tak makan? Tersengih-sengih tu kenapa?" aku mengalihkan pandangan kearah Fea. Mak yang menegurnya.

Fea menurunkan tangannya yang memangku kepala. Tersengih-sengih dia memandang aku dan Hamidi. Kau menjongketkan kening.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now