Mak menggeleng kecil. Malas melayan aku. Mak mencapai pinggan untuk menghidangkan lauk ayam kicap.

"Werk, mentua tak layan..." Syaza mengejekku.

"Ya Allah, kamu berdua ni jangan nak bergaduh dekat sini boleh tak? Dah jadi isteri orang pun perangai macam budak-budak," bebel mak sambil bercekak pinggang.

"Dia yang mula dulu," balas kami serentak sambil menunding jari kearah satu sama lain.

Mak menggeleng kepala.

"Sudah, kamu berdua pergi main dekat luar. Mak nak masak pun tak boleh," halau mak.

"Tapi... Ecca nak tu..." aku menunjukkan paha ayam yang sudah rata diselimutkan kuah kicap.

Suara dileretkan. Maka menggeleng kecil. Lambat-lambat diletakkan juga di atas pinggan aku. Tapi sayap ayam, bukan paha.

Aku memuncung bibir.

"Lepas ni, Ecca ambiklah paha ayam tu." pujuk mak.

Aku tersengih. Pipi Mak dikucup sekilas.

"Terima kasih. Saayang mak!" ujarku sebelum berlari terkedek kearah meja pulau. Kerusi ditarik berhadapan Syaza.

Syaza hanya menggeleng kepala dengan perangai.

"Nak ke?" aku tanya-tanya ayam. Syaza menggeleng. Masih memandang kearah aku yang sedang meratah sayap ayam.

"Makan macam tak pernah jumpa makanan," komen Syaza perlahan. Tapi tetap didengari aku.

Aku hanya mencebik. Tak kisah, asalkan aku bahagia.

"Ecca, nanti tolong bawa keluar pinggan ya?" suara mak memberi arahan.

"Okay Mak!" aku membuat tanda okay dengan melagakan hujung jari telunjuk dan ibu jari.

"Syaza buat air, boleh?" kini nama Syaza pula diseru Mak.

"Boleh je," jawab Syaza. Sebelum turun dari kerusi. Aku masih lagi meratah paha ayam yang hampir habis tu.

Siap meratah ayam. Pinggan dibawa ke sinki. Dicuci bersih sebelum diletakkan ditempat yang di sediakan.

Ouh, sebenarnya aku pun tak pasti ni rumah siapa. So, aku assume ni rumah budak Fea tu.

Pinggan diambil sesuai dengan bilangan penghuni rumah. Dibawa ke meja makan. Mak pula sedang menghidangkan lauk didalam pinggan. Syaza sudah siap membancuh air.

"Biar aku bawa," aku mengambil dulang yang menatang jag air dan beberapa biji gelas. Syaza tersengih.

"Terima kasih, adik ipar!"

Aku mencebik.

"Sudah, kau pergi tunggu dekat meja makan. Biar aku dengan mak je yang hidangkan," arahkan. Syaza sengih lagi.

"Baiklah, adik ipar. Saya dengar dan taat," balas Syaza sebelum melangkah menuju kemeja makan.

Aku menggeleng kecil. Nak usik aku la tu.

Dulang dibawa kemeja makan. Beberapa jenis lauk sudah tersedia. Semuanya mak yang masak.

Hehehe...

"Pergi panggil Id dengan Fea cepat. Makanan dah siap," ujar mak. Aku mengangguk.

Langkah diatur kearah bilik. Pintu diketuk beberapa kali sebelum pintu dibuka dari luar. Kepala menjenguk ke dalam.

"Habib, makan jom. Makanan dah siap."

Tiada sahutan. Aku berkerut dahi. Baru sahaja aku ingin melangkah masuk kedalam bilik. Aku terdengar suara yang amat dikenali di ruang tamu.

Ustaz, Tunggu Saya!Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt