Seketika, beberapa pegawai perubatan datang menghampiri. Tubuh kaku Dhia Aryana diangkat dan diletak pada tilam khas mereka. Rawatan ringkas dilakukan di situ sementara menunggu arahan lanjut dari ketua unit mereka.

Kini mata aku memcerlung pada betina yang berada di luar itu. Wajahnya yang tanpa sedikitpun riak bersalah itu memang sangat mencabar aku. Jika boleh, aku betul-betul ingin menamparnya sekarang. Cuma ada satu sisi dalam diri aku yang menghentikan segala niatku. Andai sahaja tiada siapa sekarang ini, memang lunyai dia aku kerjakan.

Buk!

Bunyi tumbukan kuat kedengaran. Wajah bengis Adam menerpa teman wanitanya. Tumbukan bertalu-talu diberi pada gadis itu sebelum tubuh Adam dihalang pelajar lain. Suasana sangat riuh rendah diluar sehingga aku tidak perasan saat tubuh Dhia Aryana hendak diangkat pergi.

"Cikgu Izzati wait. Biar saya je yang follow ye." aku menahan tubuh wanita itu. Pada mulanya dia teragak-agak sebelum membenarkan aku ikut.

Aku menggengam jari Dhia erat saat di dalam ambulan. Alat pernafasan yang dipasang pada mulut dan hidung gadis itu memang betul-betul merisaukan aku. Ternyata keadaan Dhia lebih teruk dari apa yang aku bayangkan.

"Her trachea condition is really bad. I think we need to run an operation." Seorang doktor India menjelaskan keadaan Dhia kepadaku. Aku hanya mengangguk kerana kelu untuk bersuara.

Baru sekarang aku sedar akan logiknya perkara ini. Teman wanita Adam menyerang Dhia selepas makan malam semalam berlaku.

Aku memandang wajah pucat Dhia Aryana dengan diselubungi rasa bersalah.

"Kau jadi macam ni sebab aku ke Dhia? " aku berbisik perlahan. Sumpah, aku tak akan maafkan diri aku kalau apa-apa jadi pada gadis ini.

****

Sudah tiga hari berlalu sejak pembedahan dijalankan ke atas Dhia Aryana, tetapi gadis itu masih belum menunjukkan tanda-tanda ingin sedarkan diri.

Nadhim Irshad melepaskan nafas lega saat tubuh kerdil itu sudah tidak perlukan alat bantuan pernafasan harini. Percaya atau tidak, sudah tiga hari dia tidak pulang ke rumah. Jenuh di halang oleh bapa Dhia Aryana, tetapi lelaki itu tetap berkeras dengan keputusannya.

"Dhia bangunlah. Kesian dekat babah kau, hari-hari dia terpaksa panjat tangga sebab lift rosak. " lelaki itu memulakan runtin hariannya seperti biasa iaitu membebel pada Dhia Aryana untuk segera sedar. Sesekali dia menguis rambut Dhia Aryana agar kelihatan terurus.

"Kau tahu tak, harini babah kau dah tak marah aku. Selalunya dia akan ugut nak cungkil biji mata aku kalau aku tak balik. Hahaha, dia siap bungkus nasi ayam sekali tau dekat aku harini." Nadhim Irshad bercerita penuh minat pada gadis itu. Dia percaya akan mitos yang orang koma boleh peka pada percakapan.

Nadhim Irshad berhenti membebel saat tangan kecil itu melakukan pergerakan. Dia mengusap wajah Dhia Aryana lembut saat gadis itu mengerutkan dahinya.

"Dhia.." Nadhim Irshad menyeru nama itu. Kalut dia memanggil doktor saat Dhia Aryana membuka mata.

"A-air." Satu perkataan yang keluar dari suara serak itu. Nadhim Irshad menghulurkan segelas air kepada Dhia sebelum giliran doktor melakukan pemeriksaan.

"Baguslah awak dah sedar Dhia. Saya harap selepas ini awak banyak minum air dan praktis bercakap supaya kotak suara awak terbiasa kembali" doktor india itu memberi nasihat. Dhia Aryana hanya menayangkan wajah kosong. Tidak mengangguk atau menggeleng.

"Saya rasa dia masih trauma dengan apa yang berlaku. Hopefully you can explain one by one to her. " doktor india itu kini beralih pada nadhim irshad sebelum memparmitkan diri.

Dhia Aryana memandang wajah Nadhim Irshad. Begitu juga dengan lelaki itu, dia menggaru kepala yang tidak gatal. Berfikir dari mana dia harus bermula.

"Mana babah? " suara serak itu kedengaran. Dhia Aryana memerhati sekeliling cuba mencari kelibat babahnya.

"Babah kau dah balik tadi sebab dia masuk kerja pukul 8. Itu la kau, kalau kau sedar sejam awal, boleh makan nasi ayam sekali tadi." Nadhim Irshad cuba membuat lawak bodoh, tetapi itu langsung tidak menghadirkan segaris senyuman pada wajah dingin gadis itu.

Dhia Aryana kembali berbaring. Di pusing badannya membelakangi lelaki itu. Matanya dipejam rapat.

Ting!

Satu notifikasi WhatsApp kedengaran dari telefon bimbit Nadhim Irshad. Dia membuka mesej itu sambil kepalanya digaru tidak gatal.

Miasara ♡ : assalamualaikum, hi  Nadhim. Boleh kita berjumpa sekejap tak?

Nadhim Irshad tersenyum membaca mesej ringkas itu. Habis terlupa niatnya untuk memujuk Dhia Aryana.


Nadhim Irshad : walaikumsalam, when Mia?

Mesej itu di balas sambil lelaki itu menghampiri tubuh Dhia Aryana yang berpaling darinya tadi. Tidak lama kemudian, satu lagi notifikasi masuk.

Miasara ♡ : now. Can Nadhim? Kejap lagi mia hantar location :)

Nadhim Irshad mengigit bibir sendiri.  Wajah Dhia Aryana ditatap lama sebelum jarinya menari laju di atas keyboard.

Nadhim Irshad : sure Mia <33


♣♣♣

" it scare me how temporary everything is.. "













WaSsup guys,nah seperti yang dijanjikan semalam. Maap lambat sikit sebab sis struggle dengan on9 class ptg tadi :')

Sooo, what you guys think for this chapter? Rasa macam nak cekik Nadhim tak? Hahaha

Jangan lupa tekan star tau 🥺

P/s; mohon tegur kalau jumpa mana-mana typo. Sis tak double check dah ni. Huhu.

TAKDIR DHIAWhere stories live. Discover now