"Dhia! Bangunlah!" kedengaran nama aku dibisik ramai.

Aku mengerutkan kening saat melihat semua mereka sudah berdiri tegak. Aku mengangkat punggung ingin berdiri sebelum kaki aku menjadi lemah.

Tubuh Cikgu Nadhim sudah berdiri tegak di hadapan kelas. Rata-rata mata di dalam kelas itu tertancap ke arah aku termasuk lelaki itu.

" assalamualikum cikgu." aku menghembus nafas lega setelah ketua kelas memberi salam diikuti dengan pelajar yang lain.

"Walaikumsalam, you may sit." Cikgu Nadhim bersuara sambil matanya membelek sekeping kertas yang sedari tadi berada di tangannya.

"So result you guys dah dapat kan?" lelaki itu menyoal.

Aku menghembuskan nafas berat memandangkan minggu ini akan menjadi discussion week untuk peperiksaan percubaan kami yang lepas.

"Goodjob class. Rata-rata kamu menunjukkan result yang sangat memuaskan."

"...kecuali Dhia Aryana."

Here we go again.

Yes, aku gagal terus subjek dia.

"F Dhia? Really? " Cikgu Nadhim menyoal dengan nada yang, bagi aku agak sinis.

Oh tolonglah air mata, jangan nak gedik keluar sekarang. Aku cuba sehabis baik menahan air mataku dari jatuh sebelum lelaki itu melontarkan kata-kata pedas yang lain.

" you belajar ke tak selama ni Dhia? I didn't think you're belong to this class. " Ujar cikgu Nadhim sambil meneruskan pembelajaran dia tanpa menghiraukan aku.

Aku tewas. Air mata aku yang jatuh itu aku hapus kasar. Tiba-tiba rasa diri ini bodoh dan tak berguna. Tambah lagi kalau kena hentam dengan cikgu ni, lagi lah aku emo semacam.

Sepanjang dua jam kelas lelaki itu berlangsung, tumpuan aku hanya pada buku teks bio ini sahaja. Struktur jantung yang terukir pada kertas putih itu aku pandang lama, cuba menghafal posisi masing-masing.

"Class dismiss. Dhia please meet me in my room."

Aku masih menatap struktur jantung ini tanpa menghiraukan ucapan dia. Setelah yakin yang lelaki itu sudah keluar, aku menutup buku dan menyumbat semua barang ke dalam beg galasku.

Langkah aku aturkan untuk menuju ke perpustakaan. Tak sanggup aku nak hadap perangai cikgu gila itu.

"Aryana wait! " nama aku dipanggil dari belakang. Kenal akan suara itu, aku mempercepatkan langkah aku.

"Aryana please.. " dia berlari anak menahan tubuh aku dari depan.

Aku sudah lah tak ada mood ni. Silap besar dia nak tegur aku sekarang.

"Tepilah! " aku menengking kasar. Beberapa pelajar yang berada disitu memandang aku dengan pandangan pelik. Mungkin itu kali pertama mereka lihat aku semarah ini.

"I'm sorry..."

"Adam please, let's talk later. Saya betul-betul tak ada mood sekarang ini." belum sempat lelaki itu bersuara, aku sudah memotong kata-katanya.

Aku meneruskan langkahku tanpa menghiraukan Adam. Hadir sedikit rasa bersalah tetapi aku persetankan sahaja.

Jam menunjukkan pukul 1.30 tengahari. Aku masih menunggu kelibat Hafiz diluar perpustakaan.

Sambil menunggu itu, satu persatu kejadian tadi terlintas di pemikiranku. Aku menekup mukaku penuh dengan tangan.

Kau tak akan faham apa rasanya jadi hodoh dan bodoh dalam masa yang sama.

Makin menjadi-jadi tangisan aku ketika ini. Sakit sangat bila kau rasa diri kau ni tak berguna langsung.

"Hey Dhia, kau okay tak ni? "

Aku menghapuskan air mataku laju saat ada suara yang menegur. Kelihatan sehelai sapu tangan berwarna biru laut dihulurkan kepadaku.

Sapu tangan itu aku ambil sambil kepala aku melangut memandangnya.

Hafiz?!!!

****

"Everything feels so heavy..
And i'm so tired."











{ P/s: Watak Hafiz tu awal-awal lagi dah ada dalam chapter 1&2 tau 😉}

Anyway, tak terlambat lagi kan kalau saya nak ucap selamat berpuasa. Hehe..

Selamat menyambut bulan yang Barakah ni semua♥♥♥ semoga amalan kita dicatat dan diredhaiNya ♡

News; inshaallah dalam masa terdekat ni, sis akan publish new story (mafia genre) bcs i think, i'm just capable to write tht kind of genre.

But no worries, story ni akan jumpa ending dia no matter what 🥰

TAKDIR DHIAWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu