Bab 12

7.9K 459 3
                                    

CAWAN yang berisi kopi kacang hazel panas itu diletakkan di hadapan Arluna Aurell oleh Alex Ricardo Fredico.

"Have a drink." katanya.

Kemudian dia duduk di atas bangku depan Arluna.

"I already told Adriel that I wanted to take you out. He said yes."

Luna pula hanya diam. Ah, dia langsung tidak berminat untuk tahu apa yang mengenai Adriel Harys.

"You can give silent treatment to Adriel but not me. Luna, at least talk to me."

"What's wrong with him actually? Why can't he understand that I can't love him anymore?!" marah Luna.

"Because he knows that you still love him in deep down of your heart." jawab Fredico.

Kata-kata lelaki Itali itu mengejutkan Luna. Dia tidak percaya apa yang Fredico katakan tadi.

"W-What? No! I don't..."

"Then why you still have the picture of you and him at your apartment, Luna? From what I have seen, you are still loving him."

Luna diam. Dia tidak tahu bagaimana mahu jawab soalan itu. Dia terkejut dan kelu.

Fredico mengeluh kecil.

"Luna... Adriel Ricardo Harys is my cousin. We are very close since we were young so anything about each other, we know. I know him very well."

"When the moment that he told me that he was loved you, he really meant it! He never loves anyone more than you but at last he screwed up. He did break you down, he left you and made you suffered. Yes, I understand that but all that because he loves you so damn much than you can imagine, Luna."

"His love for you are too deep but it did made him disappointed too. He was wrong and now he really regret that."

"Adriel is not like you, Luna. You just take a few time to move on but not him. Although it already happened for three years, he's still waiting for you, love you. Because he made mistake by wanted to killed you."

Luna menggeleng. "Stop it, Fredico. I not buying any of your words about him. Both of you are same and you just say all this because you want to help him as cousin." Luna sememangnya tidak percaya kata-kata Fredico.

Fredico tersenyum sinis. Dia menunduk mengeluh seketika. Kemudian dia sambung berkata-kata.

"Luna, do you remember what happened at the night when you got your scar on your left shoulder?" soalnya.

Luna diam dan tidak menjawab.

"Sayalah lelaki yang buat parut di bahu kiri awak tu." katanya lagi.

Luna terus terkejut. Terbuntang biji matanya memandang wajah Fredico.

"Ya, memang betul Adriel yang suruh saya bunuh awak malam tu. Mula-mula saya ikutkan saja arahan dia sebab saya fikir awak ni ada muslihat sendiri untuk Adriel. Saya ikut awak dari kedai bakeri sampailah saya bawa awak ke lorong gelap tu. Bila saya dengar awak meronta menangis, entah kenapa hati  saya jadi kasihan..."

"...Masa tu membuatkan saya terfikir kenapa Adriel nak awak mati sedangkan saya nampak keikhlasan awak dalam mencintai diri dia. Jadi, bila saya fikirkan balik saya tak sanggup nak bunuh awak sebab awak tak bersalah apa-apa. Saya... saya terpaksa toreh bahu kiri awak untuk dijadikan sebagai bukti pada Adriel yang saya dah bunuh awak."

"Saya beritahu dia yang awak dah mati. Dia suka, dia tersenyum tapi satu hari dia dapat satu surat yang tiada nama pengirim dan surat tu mengatakan yang awak sebenarnya bukan seperti apa yang dia sangka dan awak betul-betul ikhlas cintakan dia, dia terus jadi menyesal. Dia menyesal sebab dia dah bunuh orang yang dia paling sayang hanya kerana salah faham."

"Sejak pada hari dia dapat surat tu, dia jadi lain. Dia banyak menangis, banyak menjerit, banyak salahkan diri dia sebab dia bunuh awak. Dia hidup dalam kemurungan sebab dia fikir awak dah mati. Setiap hari dia sebut nama awak, dia tatap gambar awak dan dia juga pernah nak cuba bunuh diri sebab dia fikir tu aje cara untuk dia tak hidup dalam rasa bersalah sebab dah bunuh awak."

Luna terkejut. Sampai macam tu sekali keadaan Adriel?!

"Bila keadaan dia dah makin teruk, saya pun mula jujur dengan dia dengan beritahu awak masih hidup. Saya beritahu dia yang saya tak pernah bunuh awak pun dan darah yang saya tunjuk pada dia tu adalah darah dari bahu kiri awak yang saya toreh sebagai tanda kononnya saya dah bunuh awak. Masa tu juga dia terkejut dan dia gembira. Dia tanya saya ke mana awak pergi dan saya cakap saya tak tahu. Apa yang saya tahu, awak tak ada di Malaysia."

"Masa itu juga Adriel berubah jadi diri dia yang asal. Dia terus arahkan semua orang suruhan dia cari awak serata dunia. Akhirnya, saya dan dia dapat tahu yang awak ada di Itali. Adriel terus nak pergi jumpa awak tapi saya menghalang sebab saya tahu yang awak takkan nak jumpa Adriel. Jadi, Adriel pun arahkan kami semua balik ke Itali dan dengan sengaja dia dah langgar pendirian dia untuk tidak kembali lagi ke Itali demi awak. Demi awak, dia jejakkan kaki dia ke Itali kembali."

"Di Venice, dia mengarahkan saya ikut sentiasa jaga keselamatan dan pantau setiap gerak geri awak supaya nak pastikan awak selamat. Akhirnya, bila keadaan dah makin okey, Adriel pergi ke apartmen awak malam tu tapi awak dan saya tahu apa yang jadi malam tu kan? Awak dengan Adriel bergaduh."

"So itu ajelah cerita yang saya nak beritahu awak."

Luna tidak menyangka bahawa Fredico lah individu yang menyuruhnya lari ke luar negara dahulu.

"Tapi kenapa awak tak pernah berbahasa melayu dengan saya bila kali pertama awak tegur saya di Venice? Selama ni, mati-mati saya ingat awak memang tak pandai bahasa melayu."

Fredico senyum saja.

"Itu semua tak penting Luna. Sama ada saya boleh berbahasa melayu atau tidak itu bukan masalahnya. Sekarang ni saya nak tanya awak jujur... awak masih sayangkan Adriel Harys atau tidak?"

"Ya, memang saya masih sayang dia tapi kalau dia masih nak sorokkan penjelasan tentang masalah kitaorang, buat apa saya berterus terang pada dia yang saya cintakan dia lagi? Saya tak nak kembali pada dia tanpa tahu segala-galanya." katanya.

"Okey, kalau awak cakap macam tu saya boleh bantu awak untuk cakap dengan Adriel untuk biarkan awak hidup bebas. Saya akan suruh dia bebaskan awak dan pulang ke Venice dengan segera."

Luna mengangguk.

"Saya pegang kata-kata awak, Fredico."

~~~

"

KAU gila ke? Aku takkan bebaskan dia! Dia milik aku." kata Adriel. Ah, sememangnya dia takkan lepaskan Luna.

"Dia takkan lari. Kau lepaskan saja dia pergi. Biarkan dia bebas dengan hidup dia. Kalau kau betul-betul sayangkan dia, ada banyak lagi cara lain untuk dapatkan dia semula tapi bukan dengan cara menculik dia macam mana yang kau buat sekarang ni." kata Fredico.

"Habis tu Ricky?" soal Adriel.

"Ricky takkan dapat Luna. Aku yakin yang Luna tak anggap Ricky lebih daripada seorang kawan. Adriel, kalau kau jadi possessive macam ni, Luna akan jadi takut dengan kau lepas tu dia akan lari lagi. Kau nak ke dia lari dari kau lagi?"

Adriel menggeleng. "Aku tak nak."

"Habis tu kau ikut aje cakap aku. Janganlah terlalu obses dengan dia. Dia akan jadi milik kau kalau kau beri dia ruang untuk dia bebas."

"Kau kena percaya pada dia kalau kau nak dia kembali pada kau."

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now