Bab 9

7.6K 480 9
                                    

"LAMA lagi ke Luna nak sampai? Kamu ada call dia tak?" soal Arthur Diandro, ayah kepada Ricky.

Ricky mengangguk.

"Ada tapi tak angkat. Mungkin kejap lagi dia sampailah tu." jawabnya.

Arthur melihat jam tangannya. Sudah 15 minit dia menunggu. Namun Arluna Aurell masih tidak sampai.

"Papa rasa tak sedap hati. Tak pernah Luna lambat macam ni bila nak jumpa papa."

Ricky memandang ayahnya. Dia juga tahu yang Luna tak pernah lambat jika ingin bertemu dengan sesiapa sama ada mengenai urusan kerja mahupun peribadi.

"Rico!" panggil Ricky.

Seorang orang suruhannya datang menghampiri.

"Vai a casa di Luna, vedi come sta."

(Pergi ke rumah Luna, kau tengok keadaan dia macam mana).

Rico mengangguk. "Tutto ok."

(Baiklah).

~~~

"CHE cosa stupida stai cercando di fare adesso?" soal Fredico.

(Benda bodoh apa yang kau cuba buat sekarang ni?)

Dia tidak setuju dengan pelan Adriel Harys menculik Arluna Aurell lantas membawanya jauh ke Rom. Meskipun lelaki itu buat kerana sayang, namun ini semua tetap salah.

Adriel diam. Matanya asyik memandang Arluna Aurell yang sedang beradu di atas katil bercadar putih itu.

Fredico terus memegang bahu Adriel lantas memusingkan badan lelaki itu supaya menghadapnya.

"For god sake, why are you doing this?" soal Fredico.

Adriel masih lagi diam. Fredico yang tidak puas hati terus mencengkam kolar baju lelaki itu.

"Adriel Ricardo Harys, aku dah bosan dengan perangai gila kau ni jadi lebih baik kau beritahu aku sekarang kenapa kau culik Luna? Apa benda yang kau nak buat sekarang ni?!" jerit Fredico.

Dan... apabila Alex Ricardo Fredico mula bercakap Bahasa Melayu, itu bermakna lelaki itu sedang benar-benar marah.

"Aku buat semua ni untuk dia, Fredico. Aku tak nak dia pergi pada Ricky. Aku sayang dia dan dia kekasih aku."

Adriel menjawab dengan bersungguh. Dia sangat mencintai Arluna Aurell.

"Tapi perlu ke sampai culik dia lepas tu simpan dia di Rom macam ni? Eh, Luna ni bukan budak kecil yang kau boleh paksa dia untuk ikut cakap kau dan dia bukan patung yang kau boleh gunakan sesuka hati. Tolonglah Adriel... tolonglah terima yang Luna bukan kekasih kau lagi. Apa yang susah sangat untuk kau terima?!"

"Aku tak boleh terima sebab aku punca dia tinggalkan aku! Dulu, aku terlalu bodoh percaya yang dia hanya pura-pura cintakan aku sebab dia nak balas dendam pada aku sebab tu aku suruh kau bunuh dia kat lorong gelap malam tu!" jerit Adriel.

"Balas dendam untuk apa? Eh, dia tak kenal pun kau siapa dulu lah." kata Fredico.

"Aku ingat dia pura-pura tak kenal aku tapi rupanya aku silap. Dia memang tak kenal siapa aku yang sebenarnya sehinggalah dia ke sini."

"Tapi kenapa kau fikir yang dia nak balas dendam pada kau? Apa yang kau dah buat pada dia?"

Adriel mengeluh. Dia memandang wajah Arluna Aurell yang masih lagi pengsan.

"Lagi 45 minit, kesan klorofom tu akan hilang dan Luna akan sedar. Bila dia dah sedar, kau bagi dia makan aspirin." arah Adriel pada Fredico.

Kemudian dia pandang wajah Fredico.

"Aku tak percaya orang lain selain kau. Bila aku tak ada, jangan bagi sesiapa masuk bilik ni kecuali aku dan kau."

"Ad, kau tak jawab soalan aku lagi. Apa yang kau dah buat pada dia sampaikan kau fikir dia nak balas dendam pada kau dulu?" soal Fredico.

Jeda. Adriel keluar dari bilik itu. Fredico hanya terpinga.

Dia memandang Adriel dan memandang Luna kemudian dia mengeluh kasar.

"Perché posso rimanere coinvolto nella loro storia d'amore? Haih!" keluhnya.

(Kenapalah aku boleh terjebak dengan masalah percintaan mereka berdua ni? Haih!)

~~~

"HE got her! Adriel have Luna in his arms!" kata Ricky pada ayahnya, Arthur.

Arthur terkejut. Wajah Ricky sudah merah padam menahan marah.

"Macam mana kamu tahu?" soal Arthur.

"Ricky dah suruh orang kita jenguk Luna kat apartmen dia tapi Luna tak ada dan apartmen Luna tak berkunci."

"Kamu betul yakin ke Adriel yang buat semua ni?"

"Papa, siapa lagi yang tak boleh terima Luna dengan Ricky selain si mangkuk hayun tu? Mestilah Adriel Ricardo Harys!"

Kemudian Ricky terus mengeluarkan pistol miliknya.

"Ricky tak kira! Ricky nak pergi dapatkan Luna balik."

Namun ditahan oleh Arthur. "Tak payah! Jangan buat perkara yang kamu tak fikir panjang."

"Tapi pa, Luna..."

"Walaupun Adriel culik Luna tapi dia takkan apa-apakan Luna sebab dia sayang Luna. Ricky, walaupun Dark Hercules tu musuh kita tapi kita kena kekalkan identiti kita. Kalau kita berperang dengan Dark Hercules, habislah semua rahsia kita terbongkar dan segala empayar bisnes kita akan hancur."

Ricky diam.

"Papa tahu Ricky risau pasal Luna tapi papa juga tahu yang Adriel takkan apa-apakan Luna."

Arthur mengambil pistol di tangan Ricky.

"Simpan pistol ni. Jangan buat sesuatu yang boleh jatuhkan nama baik kita. Kalau Ricky nak Luna selamat, pergi jumpa Adriel berdua saja. Bincang elok-elok."

"Bukan semua perkara kita kena selesaikan dengan cara kasar, Ricky."

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now