Bab 7

9.1K 519 18
                                    

"PELIK! Kau datang rumah aku tanpa diundang lepas tu kau nak marah aku ada hubungan dengan lelaki lain? Eh, mana pergi semua memori kau hah? Kau yang ludah aku tiga tahun lepas tapi sekarang kau jilat balik. Hei, mana maruah kau sebagai seorang lelaki? Tak malu ke?"

Disebabkan Adriel Ricardo Harys, sudah dua kali dia ponteng kerja hanya kerana lelaki itu tidak henti-henti mencuba untuk mendapatkan dirinya.

"Luna, kita masih ada peluang untuk bahagia semula. Aku nak kita berdua balik Malaysia lepas tu kita kahwin."

Luna terkejut. Adriel mengajaknya kahwin. Eh, bukan ajak tapi suruh kahwin dengan dia!

"Balik Malaysia? Untuk apa? Malaysia bukan lagi tempat aku dan kau bukan lagi lelaki yang aku cinta jadi tolong sedar diri dan jangan ganggu aku lagi!"

Luna mahu pergi namun Adriel cepat menahan. Dia rentap pergelangan tangan Luna lantas memaksa gadis itu duduk di atas sofa bersamanya.

"Kau memang dah cinta mati sangat pada Ricky tu kan? Apa yang dia suruh kau buat, kau ikutkan aje. Semalam dia suruh kau tidur rumah dia, kau ikut dan dia suruh kau tidur dengan dia, kau ikut dengan rela hati lah kan?!"

Pang!

Tamparan diberi.

"Aku tak sebodoh dan semurah itu, Adriel! Kau datang rumah aku, marah aku rapat dengan Ricky lepas tu tuduh aku tidur dengan dia, apa masalah kau sebenarnya? Otak tu dah gila ke? Eh, kau kawal aku macam aku ni anak patung kau aje kan? Suka hati kau bila nak buang, suka hati kau bila nak kutip. Harga diri dan maruah aku langsung kau tak fikir!" jerit Luna.

Adriel tergamam.

"Aku pun tak faham lah kenapa dulu aku boleh tergila-gilakan kau padahal kau ni pun tak ubah macam lelaki yang suka gunakan perempuan demi kepentingan diri sendiri. Jadi, apa yang paling aku menyesal dalam hidup aku ada lah bila aku kenal dan jatuh cinta pada lelaki yang sebenarnya nak bunuh aku!"

Terus Luna menolak badan Adriel.

"Kau cakap kau sayang aku, kau cinta aku tapi akhirnya kau khianati aku dengan cara nak bunuh aku. Ad, apa salah aku pada kau? Salah apa aku pada kau sampai kan kau nak bunuh aku dulu?"

"Aku... aku tak..." kata-kata itu tidak dapat diteruskan.

Adriel ingin memberitahu punca mengapa dia tergamak mahu membunuh Luna dahulu namun dia juga takut Luna akan lebih membencinya sekiranya gadis itu tahu puncanya apa.

"Aku dah bagi kau tiga tahun untuk beritahu aku sebab kau nak bunuh aku tapi sampai ke hari ni kau masih tiada jawapan. Kenapa? Atau pun kau memang nak bunuh aku sekadar suka-suka?"

"Tak, bukan macam tu. Aku cuma..."

Adriel mengeluh resah kemudian memandang wajah Luna.

"Aku tahu aku dah buat silap. Aku balas semua rasa sayang kau pada aku dengan racun yang amat pedih tapi ada sebab kenapa aku buat macam tu, Luna dan maafkan aku kerana aku tak boleh beritahu kau."

Luna tersenyum sinis. Pandai betul Adriel Harys berpura-pura.

"Haih, kau masih nak berlakon depan aku. Sudah lah Adriel... tak payah nak buang masa aku. Kau buat lah apa pun, merayu lah sampai keluar air mata darah sekali pun, aku tak akan kembali kepada kau sebab aku dah ada Ricky yang lebih menghargai aku daripada kau."

"Ricky dah tipu kau! Dia bukannya lelaki yang macam kau sangka!" kata Adriel bersungguh-sungguh.

Namun Luna tidak percaya. Biasa lah, jika sudah terdesak... segala fakta pun boleh diputarbelit.

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now