Bab 6

9.7K 556 21
                                    

WAKTU pagi yang sangat indah buat Luna walaupun dia harus tumpang bermalam di rumah Ricky semalaman semata-mata tidak mahu Adriel datang ke rumahnya.

Namun jangan salah faham, tumpang bermalam di rumah lelaki tidak semestinya harus tidur sekatil. Luna tidur di bilik tetamu, Ricky tidur di biliknya.

Luna sendiri masih tahu hukum hakam agama. Kalau tidak, tak tenang roh arwah mak di sana. Silap-silap bangkitnya roh arwah mak lepas tu cekik dia.

Tak pasal-pasal auto ke neraka.

Luna bangun dari tidur lantas bersandar di kepala katil. Terserlah kecantikannya di awal pagi.

Kalau tidak, tidaklah sampai Adriel Ricardo Harys dan Ricky Thomas Diandro terlalu menginginkannya.

Luna tersenyum sendiri. Digilai lelaki bukanlah sesuatu perkara yang seronok mahupun kebahagiaan. Makin serabut kepala otak ada lah!

Luna mengambil sticky note yang tertampal di lampu tidur tepi katil. Dia tahu itu adalah daripada Ricky Thomas Diandro.

Good morning, sunshine. Hope you had a good sleep last night! I have to go to work now but I also made you scramble egg, french toast and your favourite hot hazelnut coffee for your breakfast. Don't forget to eat, mio caro. ~ Ricky TD.

Luna senyum sendiri. Ricky sememangnya lelaki yang baik dan romantis. Tapi... sayang! Hubungan yang baru hendak meniti ke peringkat seterusnya sudah mempunyai halangan yang datang dari bekas kekasih sendiri.

~~~

SENYUMAN terukir di hujung bibir saat dia dikelilingi oleh orang-orang yang berpakaian serba hitam sambil mempunyai senjata api yang tersimpan di belakang baju.

"Aku tahu kenapa kau datang ke sini. Ini semua pasal Arluna Aurell binti Rizal kan?"

Adriel Harys hanya diam sambil duduk bersilang kaki menghadap Ricky Diandro. Kedua-dua lelaki itu nampak sangat tenang walhal di dalam hati mereka, ada perasaan benci yang sedang membara.

"Oh, kiranya kau fasih berbahasa melayu?" soal Adriel.

Ricky mengangguk.

"Ya, lagipun Luna yang ajar aku. Katanya kalau nak bersama dengan dia, kena pandai cakap Bahasa Melayu."

Ayat 'bersama dengan dia' yang diberitahu oleh Ricky membuatkan Adriel menahan rasa marah. Dia tidak suka ada mana-mana lelaki bercakap soal Arluna Aurell meskipun sekadar memuji.

"Aku tak nak kau rapat dengan Luna. Dia aku punya."

Ricky tersengih apabila Adriel berkata begitu.

"Dia bukan kepunyaan kau lagi. Tak payah nak sembang dengan aku pasal dia sebab sekarang dia nak aku, bukan kau."

Adriel mengeluh kecil.

"Ricky Thomas Diandro..." panggilnya.

"Bila aku cakap Luna hak aku itu bermakna dia tetap hak aku untuk selamanya jadi kejadah mana yang kau tak faham sangat ni? Dia hak mutlak aku."

"Hak apa yang kau ada atas dia, Adriel Ricardo Harys? Eh, dia datang Itali ni pun berpunca daripada kau tau. So, biar aku ulang balik apa yang aku tanya tadi... hak apa yang kau ada atas dia?"

Adriel mengeluh kecil sekali lagi. Susah rupanya nak bercakap dengan lelaki yang keras kepala macam ni.

"Ricky, cuba kau tengok keliling kau ni. Ada enam orang semuanya dan salah seorang daripada diorang semua ni ada satu pistol. Jadi, kau nak ke badan kau dimakan enam butir peluru? Jangan main gila dengan aku."

"Jangan pernah kau lupa yang Adriel Harys adalah seorang lelaki yang berketurunan Melayu-Itali dan Itali adalah taman permainan aku jadi aku rasa tak perlu lah aku terangkan lebih lanjut lagi pasal aku dan Dark Hercules kan? Kalau kau ada otak, kau boleh fikir sendiri." kata Adriel lagi.

Ricky memandang semua wajah orang-orang suruhan Adriel Ricardo Harys. Dia hanya menggelengkan kepalanya.

"Adriel Harys, kau tahu tak apa kesilapan yang paling besar kau pernah buat? Satu, kau jilat balik ludah yang kau dah bagi pada Luna dengan cara kau nak dia semula. Kesilapan kau yang itu dah menjatuhkan maruah diri kau sebagai seorang lelaki dalam diam. Dua, kau lupa yang kau sekarang tengah berada di kawasan aku!"

Terus beberapa orang dari pintu masuk bangunan ini datang menghampiri Ricky. Malah, mereka turut ada senjata api di tangan.

Kumpulan Black Rose!

Adriel diam namun Fredico dan semua orang suruhannya terkejut. Ricky pula masih tersenyum sinis.

"Kenapa? Kau ingat kau seorang aje ada kumpulan mafia? Aku pun ada dan Black Rose ada lah kumpulan mafia aku." ujar Ricky.

Tak lama kemudian, Adriel ketawa kecil. Walaupun hari ini sudah menjadi hari pertembungan dua kumpulan mafia terbesar Itali, dia tidak gentar.

"Haih, nampaknya kita tak bermusuh dalam perniagaan saja. Dalam dunia mafia pun kita bermusuh juga. Haih, makin bosan lah aku tengok muka kau lepas ni." balas Adriel.

Ricky hanya memandang wajah Adriel.

"Tapi aku masih nak kau tinggalkan Luna. Dia kekasih aku dan selamanya akan jadi milik aku!" jerit Adriel.

"Tapi dia tak nak kau, dia datang pada aku. So, she choose to stay with me." Ricky membalas. Dia tidak akan serahkan Luna pada Adriel.

"Ricky, jangan hanya kerana seorang perempuan kita nak bergaduh macam ni? Come on, kau boleh dapat sesiapa saja selain Luna."

Ricky mengangguk.

"Memang. Memang aku boleh dapat sesiapa saja tapi Arluna Aurell hanya satu dalam dunia ni dan aku langsung tak kisah kalau aku terpaksa bergaduh dengan kau semata-mata kerana dia."

Adriel menjungkit bahunya ke atas tanda pasrah.

"Okay then I have to use anything to get my baby girl back. Remember Ricky, you choose to fight with me so if anything happens in the future, please don't regret it."

Kata-kata Adriel Ricardo Harys berbaur ugutan pada Ricky Thomas Diandro.

"Andiamo!" arah Adriel kepada semua orang suruhannya.

(Mari pergi!)

Kini, secara rasmi Adriel Ricardo Harys dan Dark Hercules ada lah musuh ketat kepada Ricky Thomas Diandro dan Black Rose.

Apa yang menghangatkan lagi ada lah kedua-dua ketua mafia ini berebut seorang gadis yang sama sehingga sanggup bertaruh nyawa untuk dijadikan sebagai galang ganti.

Kini, cinta segi tiga Arluna Aurell sudah bertambah rumit tanpa gadis itu tahu apa yang berlaku di belakangnya.

Sama ada kekal bersama lelaki yang sudah setia bersamanya selama tiga tahun atau pun kembali ke pangkuan lelaki yang pernah dicintainya sepenuh hati?

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now