"Jom turun," ajak Hamidi. Dia menghulurkan tangan kepadaku.

Aku menggeleng kecil.

"Mata Aisya bengkak, malulah." aku menunjukkan kearah mataku.

"Pakai spectacles Habib," ujarnya seraya memakaikan aku cermin mata hitam miliknya.

Sisa-sisa airmataku dilap olehnya terlebih dahulu. Tudung juga dibetulkan.

"Okay siap, jom turun." hidung dicuit. Aku keluar selepas Hamidi.

Tampak seperti Arham dan Syaza sedang bergurau mesra. Ey, tak tengok tempat dulu nak bergurau pun.

Hamidi menyandang beg yang berisi pakaian kebahunya. Hanya beg sandang yang dibawa, memandangkan tidak terlalu banyak baju yang dibawa.

"Pakai spek?" tanya Arham. Atau lebih kepada memerli. Aku hanya diam tidak membalas. Aku hanya mendekatkan diriku kepada Hamidi.

"Mari," ajak Hamidi masuk. Aku ditarik lembut sebelum mata menjamah pemandangan sibuk KLIA2.

"Ada tak kurang sejam lagi, sayang nak apa-apa tak?" tanya Hamidi lembut. Aku menggeleng.

"Aisya nak duduk sekejap, kepala Aisya pening." ujarku perlahan. Ini bukan alasan, tetapi kebenaran. Kepala berat tak usah kata.

"Itulaaa, menangis lagi." hidungku ditariknya. Aku mendengus kecil. Menggamit tawa kecil Hamidi.

"Jom duduk," tanganku ditarik kearah kearah kerusi yang disediakan.

Sebaik sahaja melabuhkan punggung, Hamidi mengambil beg silang. Dibuka dan 'digeledah' sebelum satu botol kecil minyak angin dari dalamnya.

"Letak kepala atas bahu Habib," Hamidi menepuk bahunya,

Aku melentokkan kepala diatas bahunya sebagaimana yang diarahkan.

Penutup minyak angin dibuka, dibawa kehidungku. Disapu sedikit di hujung jarinya sebelum jari yang sama naik mengurut lembut.

"Hari ini last menangis, tahu? Lepas ni jangan menangis, kalau nak menangis juga, kena tunggu Habib balik. Faham?"

"Hmm..." jawabku acuh tak acuh.

"Janji tak?" tanya Hamidi.

Aku angguk kecil sebelum menggeleng laju. Hamidi ketawa kecil. Aku angkat wajah memandangnya.

"Manja betul, isteri siapa agaknya ya?" hidungku dicuit.

"Isteri Athief Hamidi," jawabku seraya tersengih. Hamidi ketawa kecil.

Aku mengangkat kepala dari bahunya.

"Nanti dekat sana, Habib tak boleh pakai yang handsome-handsome. Aisya tak izinkan," ujarku.

"Kenapa pula?" tanya Hamidi dengan kerutan didahi.

"Sebab Aisya tak nak ada mata perempuan lain pandang Habib, Aisya cemburu!" jawabku tegas. Hamidi ketawa kecil. Kecil? Ah ketawa 'kecil' sangat sehingga menarik perhatian beberapa orang awam berdekatan.

"Sama juga kalau Habib nak makan , Habib kena call Aisya dulu."

"Kenapa pula?"

"Sebab Aisya nak makan sama-sama dengan Habib," jawabku pantas. Hamidi berkerut dahi. Kepalaku diusap kecil.

"Janganlah sampai macam tu. Nanti kalau sakit, siapa yang risau? Habib juga kan?" hidungku ditariknya.

"Kalau Aisya sakit, Habib risau. Bila Habib risau, Habib akan cepat-cepat balik sini. Kan? Kan?" Aku mendekatkan wajahku dengannya. Membuatkan Hamidi terpaksa menjauhkannya sedikit

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now