Adriel senyum. Dia memandang wajah Luna dengan penuh rasa bahagia.

"Ti amo, baby girl!" ucapnya.

(Saya cintakan awak, baby girl!)

"Ti amo, sayangku." jawab Luna.

(Saya cintakan awak, sayangku).

~~~

"DISEBABKAN malam ini adalah malam ulang tahun percintaan kita yang kedua, saya ada kejutan untuk awak."

Luna berkata sambil merenung mata Adriel yang berwarna coklat perang itu. Adriel pulak sudah tidak sabar menanti.

"Iya ke? Hmm... okey! Cepatlah tunjuk. Apa dia tu?"

"Okey, awak kena pejam mata dulu." arah Luna.

Tanpa buang masa, Adriel menutup mata. Sementara itu, Luna mengambil sebuah kejutan untuk diberikan kepada Adriel.

"Okey, dah boleh buka mata." kata Luna.

Usai Adriel membuka mata, sebuah kotak berwarna biru tua sudah tersedia di hadapannya. Dia tersenyum sendiri.

Dia membuka kotak itu lantas sedikit tergamam.

"Sayang, apa ni?" soalnya.

Luna mengeluh.

"Duh! It's a watch, sayang. Obviously, it's watch. Takkan lah gelang emas pulak."

Adriel tersengih.

"Ya, saya tahu ini jam tangan tapi untuk apa? Awak tahu kan jam tangan ni mahal. Kenapa susah payah beli untuk saya?"

"Sebab saya sayang awak lah saya beli kan untuk awak. Okey, memang saya tahu awak pun boleh beli jam tangan mahal macam ni tapi tetap tak sama dengan yang saya beli  sebagai hadiah khas untuk awak."

Adriel terharu. Dia tersenyum lantas memakai jam tangan tersebut.

"Eh, sebelum awak pakai jam tu... cuba awak terbalikkan jam tu dulu lepas tu tengok apa yang ada di balik besi jam tu."

Adriel berbuat demikian kemudian dia terlihat ada ukiran huruf di balik besi jam itu.

AH
&
AA

"Cantiknya ukiran ni sayang. Terima kasih!" ucap Adriel.

Luna senyum.

"Saya tempah khas untuk ukiran tu diukir pada besi jam tu sebab saya nak awak ingat yang selama mana pun masa berjalan, awak tetap untuk saya dan saya sememangnya untuk awak. I am The Beauty who always will loving her The Beast."

Adriel tersenyum lebar. Ah! Bahagianya saat ini apabila bertentang mata dengan kesayangan hati.

"Terima kasih sayang." kata Adriel.

Luna tersenyum manis. "Sama-sama kasih, sayang."

~~~

"SORRY tau sebab esok saya tak boleh nak hantar dan ambil awak di tempat kerja. Saya kena pergi outstation tiga hari."

Luna mengangguk. Usai saja selesai makan malam, Adriel terus menghantarnya pulang ke rumah.

"Tak apa, saya faham lagipun saya tak nak susahkan awak. Rumah dan kedai bakeri yang saya kerja tu dekat aje. Nanti saya naik bas pergi sana."

Adriel senyum lega.

"Terima kasih, sayang kerana memahami. Sebab tu saya sayang awak."

"Saya sayang awak juga. Okey lah, kita jumpa nanti. Saya nak masuk dulu. Bye!"

"Bye, sayang. Take care!"

Arluna Aurell masuk ke dalam rumah kemudian kereta Adriel Harys beredar dari situ.

Setelah jauh dari kawasan perumahan Arluna Aurell, Adriel terus menelefon seseorang.

"Hey, sono io."

(Hei, ini aku.)

"Sì, l'ho appena mandato a casa. Domani, voglio che tu finisca il nostro piano."

(Ya, aku baru saja hantar dia pulang ke rumah. Esok, aku nak kau selesaikan rancangan kita.)

"Ricorda, non lasciare alcuna prova."

(Ingat, jangan tinggalkan sebarang bukti pun.)

Adriel tersenyum sendiri. Panggilan dimatikan.

"Arrivederci amore mio."

(Selamat tinggal, sayangku).

Kemudian pemanduan diteruskan. Adriel Harys pula tidak lekang daripada mengukir senyuman sinis.

Sometimes The Beast will not always be nice. It's just a pretending thing that not everyone realised.

Un gentiluomo non è necessariamente un brav'uomo."

(Lelaki yang budiman tak semestinya seorang lelaki yang baik...)

My Obsession Ex Boyfriend (Completed) Where stories live. Discover now