Status | Ongoing FALISHA HAURA, gadis berbadan kecil yang degil, pemarah dan agak nakal telah menarik perhatian seorang lelaki pembuli di sekolah. Perwatakannya yang sangat berani dan degil itu telah menjadikan dirinya sebagai 'wanted' di dalam list lelaki pembuli itu. Tetapi siapa sangka lama-kelamaan mereka menjadi rapat dan menyimpan satu rasa yang sama. Selama dia bersekolah di Sekolah Menengah Sains Golden, dia tidak terfikir langsung untuk kenal malah merapatkan diri dengan si pembuli dan gengster sekolah. Selepas kejadian dia menolong seorang pelajar lelaki yang sedang dibuli, dia sedaya upaya untuk mengelak dari berjumpa dan bertembung dengan pembuli itu. HAQ HADYD, mungkin dia seorang yang nakal dan susah untuk dikawal serta suka membuli. Tetapi apabila dia bertentang mata dengan seorang gadis kecil yang sangat berani, hatinya mula merasa sesuatu. Sesuatu yang klise seperti cinta pandang pertama. Cit! Klise sangat. Selepas kejadian dia membuli seorang pelajar lelaki, gadis berbadan kecil itu datang sebagai penyelamat. Selepas lapan tahun tidak bersua muka akhirnya mereka bertentang mata antara satu sama lain. Perkenalan antara keluarga mereka telah menyatukan mereka dalam sebuah perkahwinan yang diatur oleh orang tua mereka. Selepas beberapa bulan berkahwin, seorang wanita datang dengan mencetuskan sebuah konflik yang hampir merosakkan hubungan mereka. Akibat salah faham, Haq Hadyd pergi membawa diri untuk menenangkan fikiran. Kesedihan dan kekecewaan yang dialami Falisha perlahan-lahan membuatnya berubah. "I'm sorry, abang." - Haura "I love you dear." - Hadyd Adakah mereka akan bersatu semula? Ke manakah Haq Hadyd membawa diri? Berjayakah Falisha berubah tanpa suami di sisi? Mula: 150220 Tamat: -