LILY : 09

58 22 3
                                    

HATI yang gundah cuba di tenangkan. Tangannya menggeletar hebat. Natasha yang berada di sebelah memegang tangan kecil itu sambil memberi kata-kata semangat.

"Semua akan okay beb." Kata Natasha kepada sahabat dunia akhiratnya itu.

Ini adalah hari dan detik yang ditunggu-tunggu oleh seorang hamba Allah yang diberi nama Falisha. Cikgu Ruziah yang berada di hadapan dia pandang.

Cikgu tersebut masih menyebut nama pelajar yang bermula dari huruf D. Tidak lama lagi namanya akan dipanggil.

"Aku nervous lah Tasha!" Ujar Falisha dengan wajah yang beriak risau.

"Relax. Result kau mesti okay punya." Kata Natasha masih cuba memberi semangat dan nasihat.

"Yeke?"

"Iya." Natasha tersenyum segaris. Falisha menarik nafas panjang sebelum di hembus perlahan.

"Falisha Haura!" Panggil Cikgu Ruziah dengan suara lantangnya.

Falisha berdiri dan perlahan-lahan melangkah ke depan. Kertas ujian ditunjukkan oleh Cikgu Ruziah seraya tersenyum manis.

"Tahniah atas peningkatan yang baik." Ujar Cikgu Ruziah lembut.

Falisha tersenyum lebar sebelum memandang ke arah kertas ujian di tangannya sambil berjalan menuju ke tempat duduknya semula.

Dia mengetap bibir takut suara teruja dan gembiranya meletus. Natasha yang berada di sebelah mengangkat kening.

"Aku lulus!" Kata Falisha dengan suara yang tertahan-tahan.

Senyuman lebar dipamerkan kepada Natasha tanda dia sangat-sangat gembira.

"Kan aku dah cakap." Natasha juga tumpang gembira dengan keputusan memuaskan itu.

Falisha menutup mata seketika sebelum dibuka semula kerana dia terlalu gembira. Tidak pernah dia rasa segembira ini apabila menerima keputusan ujian Fizik.

Dia tidak sabar ingin pulang ke rumah dan memperlihatkan keputusan itu kepada Ayahnya.

"Okay, tahniah kepada semua pelajar kerana semua lulus. Mungkin ada beberapa orang lagi yang masih lemah tetapi saya bangga kepada beberapa orang pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam subjek ini. Sekali lagi saya ucapkan tahniah." Kata Cikgu Ruziah menyatakan rasa bangganya terhadap anak-anak muridnya.

***

Sebelum mereka berjalan menuju ke kantin Haq sempat memanggil Fuadzi yang masih berada di dalam kelas.

"Fuad!" Kata Haq sambil menyandar di tepi pintu kelas. Sementara Rayyan dan Afiq pula berdiri di belakang.

Fuadzi mengangkat kepala apabila namanya dipanggil. Kening sebelah diangkat sedikit.

"Apa?" Soal Fuadzi sebelum perlahan-lahan melangkah ke arah Haq.

Mereka kini berdiri berhadapan antara satu sama lain. Fuadzi memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek seluar pengawas miliknya. Haq pula masih bersandar sambil memeluk tubuh.

"I think I've won this game." Ujar Haq tanpa senyuman. Wajah serius dipamerkan.

Fuadzi hanya menunjukkan raut wajah tenang. Dia tahu yang dia tidak akan menang. Lagi pula Falisha adalah adiknya, jadi hubungan adik-beradik antara mereka adalah lebih kuat.

"I don't mind. I Just want you to know that I have a very special relationship with her." Kata Fuadzi mendatar.

"Maksud kau?" Ujar Haq dengan dahinya yang sedikit berkerut.

LilyWhere stories live. Discover now