LILY : 01

272 42 14
                                    

DIA berbaring di atas katil sambil melunjurkan kaki. Buku teks fizik di tangan menjadi fokus utamanya. Disebabkan esok merupakan ujian bagi subjek itu dia terpaksa atau lebih tepat lagi memaksa dirinya untuk sentiasa fokus kepada buku itu.

2:15 pagi.

Dia sanggup bersengkang mata untuk membaca serta menghafal formula. Akibat tidak mahu dimarahi oleh ayahnya dia sanggup mengambil risiko untuk tidak tidur semalaman. Selesai solat tahajud dia sambung belajar.

"Ya Allah kau bantulah aku! Aku tak nak kena marah dengan Daddy lagi." Katanya kepada diri sendiri.

Berkerut-kerut dahinya membaca beberapa formula sebelum dia berselang-seli menutup dan membuka buku untuk menghafal.

Mulutnya terkumat-kamit menghafal apa yang sudah dibacanya. Meskipun sudah dirundung oleh kantuk yang semakin menggila dia tetap meneruskan.

EMPAT JAM KEMUDIAN...

"Icha? Kau dah bangun ke?" Apabila tidak mendapat balasan dari dalam, Fuadzi perlahan-lahan membuka pintu bilik adik kembarnya itu.

"Allahuakbar! Icha! Kau tak siap lagi?!" Suara lantang dari arah pintu bilik meyentakkan Falisha. Serta-merta matanya terbuka luas.

"Bisinglah! Aku nak mandi lah ni!" Falisha turun daripada katil dengan malas sebelum dia mendengar bebelan daripada Fuadzi.

"Boleh tak kalau sekali aje kau bangun awal? Aku dah tak larat lah nak bangunkan kau setiap pagi macam ni. Kau tahu tak dari subuh tadi Mummy ketuk pintu bilik kau tapi kau tak buka sampai Mummy minta tolong aku? Apa nak jadi dengan kau ni? Menyusahkan aku betul lah!"

Bebelan itu tidak diendahkan oleh Falisha. Dia terus sahaja melangkah ke dalam kamar mandi untuk membersihkan diri.

"Tengok tu aku tengah bercakap dengan dia, dia buat derk aje." Itulah kata-kata terakhir dari Fuadzi yang dia dapat dengar sebelum semuanya menjadi sunyi dengan bunyi pancuran air.

Fuadzi melangkah ke arah katil Falisha yang sudah serupa seperti tong sampah itu. Buku yang berselerak dia ambil serta disusun kemas sebelum diletakkan di rak buku berhampiran meja belajar Falisha.

Selimut tebal yang sudah terjatuh di bawah katil diambil dan di kemaskan di atas tilam. Hari yang sangat memenatkan bagi Fuadzi.

"Abang buat apa lagi dekat dalam bilik Icha ni? Keluar lah, Icha nak pakai baju." Ujar Falisha apabila Fuadzi masih berada di dalam biliknya.

Fuadzi yang lengkap berpakaian pengawas itu menoleh ke belakang sebelum langkahnya dibawa ke arah pintu.

"Cepat sikit. Abang tunggu Icha dekat bawah." Kata Fuadzi sebelum melangkah keluar dari situ.

Falisha hanya menangguk perlahan. Dia menutup pintu bilik selepas Fuadzi keluar.

***

"Icha mana?"

Sebaik sahaja duduk di kerusi Fuadzi disoal oleh ibunya.

"Tengah siap." Kata Fuadzi ringkas. Malas dia ingin membahas tentang Falisha.

Dia tahu apa yang gadis itu lakukan sepanjang malam semalam. Apabila ibunya bertanyakan barulah dia akan menjawab.

"Morning Mummy." Tegur Falisha dari atas sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Fuadzi.

Syaziqah, iaitu ibu kepada dua orang anak kembar tidak seiras itu meneliti wajah anak gadisnya yang dirasakan sedikit luar dari kebiasaan.

LilyUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum