LILY : 04

87 26 5
                                    

HAQ duduk di salah sebuah meja panjang yang menjadi tempat biasa dia dan yang lain melepak atau lebih tepat lagi tempat untuk menikmati makanan semasa waktu rehat.

Matanya melilau mencari kelibat seseorang. Tetapi lain orang yang dicari, lain orang pula yang dilihatnya.

"Haq?!" Dari jauh lagi Haq sudah melihat Rachel, iaitu teman wanitanya yang berbangsa cina melambai tangan ke arahnya.

Tidak sampai dua minit, Rachel sudah duduk bersebelahan Haq.

"Hai Rachel." Ujar Haq malas-malas.

"Hai. Eh? Kenapa you macam tak suka aje I datang sini? I ada buat salah ke?" Soal Rachel sebelum mencebik bibir apabila Haq tidak memberi respon.

Haq masih lagi sibuk melihat ke sekeliling kantin itu. Seseorang yang dicarinya masih tidak muncul.

"Haq? I tengah bercakap dengan you ni. I ada buat salah ke?" Soalan yang sama di lontarkan lagi oleh Rachel.

Respon daripada Haq juga masih sama. Haq tidak mengendahkan malahan matanya merenung ke arah lain. Rachel mendengus geram.

"Ish! Malas lah nak layan you ni! Buat sakit hati aje." Ujar Rachel sebelum melangkah pergi dari situ.

Rayyan dan Afiq hanya mengeleng-gelengkan kepala mereka.

"Weh! Kau cari siapa?" Tanya Afiq kepada Haq yang masih berdiam diri sambil merenung ke suatu tempat.

"Diamlah!" Kata Haq mendatar. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman nipis apabila dia melihat ke arah gadis yang berjaya menambat hatinya.

"Kau suka dekat minah semalam tu ke?" Ujar Rayyan apabila dia dapat menangkap apa yang sedang dilihat oleh Haq.

"Mungkin."

"Seriuslah?! Habis tu Rachel kau nak campak mana?" Kata Afiq pula. Agak pelik apabila Haq menyukai seorang gadis Melayu lebih-lebih lagi yang bertudung.

Kebiasaannya lelaki itu akan mengorat perempuan-perempuan yang berbangsa lain seperti Rachel.

Ada seorang gadis bertudung yang menjadi teman wanita Haq dulu tetapi mereka sudah lama tidak bersua muka selepas gadis itu tiba-tiba berpindah sekolah.

"Bila-bila masa aje aku boleh break dengan minah cina tu. Sekarang ni aku nak dia." Kata Haq lalu memuncungkan mulutnya ke arah Falisha yang sedang makan sambil berbual bersama Natasha.

"Kau biar betul? Minah cina tu baru aje merajuk kasih dengan kau tadi, sekarang kau nak tackle orang lain pula?" Rayyan mengeluh lalu menggeleng kepala.

"Kesah pula aku. Yang penting sekarang ni aku nak buat dia suka dekat aku juga."

"Macam mana? Aku tengok dia tu garang semacam aje." Ujar Rayyan lalu Afiq mengiyakan.

"Garang-garang lagi aku suka." Getus Haq bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.

Rayyan dan Afiq berpandangan sesama sendiri lalu bersama-sama mengangkat kedua bahu tanpa tidak peduli.

Mereka sudah kenal sangat dengan sikap Haq Hadyd.

***

Selepas tamat waktu sekolah, seperti biasa Falisha akan menunggu di stesen bas.

"Icha!" Laung Fuadzi lantas Falisha menoleh. Falisha berjalan mendekati Fuadzi.

"Jom balik." Kata Fuadzi lalu mereka dua beradik berjalan beriringan.

LilyWhere stories live. Discover now