LILY : 06

74 24 2
                                    

SELAMA dua puluh minit berjalan sehingga mereka berdua sampai di hadapan rumah, Fuadzi masih berdiam diri dan tidak menjawab soalan yang diberikan Falisha.

Falisha pula cuba menahan diri daripada menumbuk wajah kacak Fuadzi apabila semua soalan dia tidak dijawab.

Renungan bak helang masih lagi terpampang di wajah putih bersih Falisha. Fuadzi hanya menunjukkan raut wajah tenang.

"Assalamualaikum. Kita orang dah balik." Ujar Fuadzi. Dia menutup semula pintu dan melangkah naik ke atas menuju biliknya.

"Waalaikumussalam." Kata Syaziqah sebelum dia kembali melakukan kerja di dapur.

Falisha pula seperti biasa akan membawa langkah ke dapur dahulu sebelum naik ke atas iaitu ke biliknya.

Sebelum itu Falisha mengeluarkan segala bungkusan coklat yang diberi Haq tadi ke dalam peti sejuk. Coklat-coklat itu sudah hampir cair dan perlu di keraskan semula.

Syaziqah yang duduk di atas kerusi sambil mengupas kulit bawang merah itu hanya memerhati setiap gerak geri anak gadisnya sebelum bertanya.

"Banyak Icha bawa coklat. Dari mana coklat tu semua?" Tanya Syaziqah apabila terlihat hampir lapan bungkusan coklat yang sama besar itu.

"Kawan bagi." Kata Falisha.

"Kawan yang hari tu ke? Ataupun Natasha?" Soal Syaziqah lagi dan masih fokus kepada bawang merah di tangan.

"Kawan yang hari tu."

"Dia suka dekat Icha ke?"

"I'm not sure." Ujar Falisha.

Selepas minum air dan mencium pipi Ibunya seperti kebiasaan, Falisha melangkah ke tingkat atas.

Sampainya dia di hadapan biliknya sempat dia merenung ke bilik sebelah. Di mana bilik Fuadzi berada. Pintu bilik Fuadzi terbuka sedikit.

Falisha hanya menghiraukan sahaja kerana tujuannya yang lebih besar adalah untuk mandi dan solat.

Tombol pintu bilik itu dipulas perlahan olehnya. Suasana biliknya yang agak suram itu membuatkan dirinya juga muram dan tidak bersemangat.

Dia menuju ke arah kamar mandi selepas itu mengambil wuduk dan solat.

Usai melakukan semua itu dan jam juga masih menunjukkan angka lima petang, Falisha keluar dari bilik dan menuju ke bilik Fuadzi.

Pintu bilik abang kembarnya itu diketuk. Selepas empat saat pintu bilik terbuka.

Falisha masuk dan menutup semula pintu bilik itu. Fuadzi yang sedang berbaring di atas katil sambil memegang telefon itu dia pandang sekilas.

Falisha melabuhkan duduk di birai katil. Bilik Fuadzi yang bertemakan kertas dinding berwarna lapis lazuli itu dipandang seketika.

Langsir yang berwarna biru awan di dalam bilik itu juga di tenung sekilas sebelum mata Falisha beralih pula kepada Fuadzi.

Falisha manarik lalu menghembus nafas perlahan. Dirinya terasa seakan halimunan apabila dirinya langsung tidak dipandang oleh Fuadzi.

"Abang ni kenapa? Icha dah hampir lima minit duduk dekat sini tapi abang buat macam Icha tak wujud aje. Boleh tak abang jawab soalan Icha. Please say something." Kata Falisha lalu dia mengengsot menghampiri Fuadzi.

Kedengaran keluhan berat oleh Fuadzi. Dia meletakkan telefon di atas meja kecil di tepi katilnya. Wajah cantik Falisha dia pandang beberapa saat sebelum mula menjawab.

"Aku okay aje. Tapi aku nak tanya dekat kau, macam mana kau boleh kenal dengan Haq?" Selepas menjawab soalan Falisha dia menyoal soalan lain pula.

Mereka bertentang mata antara satu sama lain. Falisha memandang mata coklat bundar Fuadzi begitu juga dengan lelaki itu.

LilyWhere stories live. Discover now