LILY : 10

57 21 2
                                    

TELEFON pintar di tepi katil diambil oleh Haq. Selepas dia mengetahui hubungan sebenar Fuadzi dan Falisha dia sudah tidak perlu risau. Hanya satu benda sahaja yang merisaukan dirinya. Rayyan dan Afiq masih tidak tahu kebenaran tentang itu.

Haq menjangkakan yang dua orang makhluk Allah itu akan terkejut sehingga pelbagai soalan akan di lontarkan kepadanya seperti machine gun. Dia sangat mengenali sikap dua orang sahabatnya itu.

Dia mengambil keputusan untuk membuat panggilan video bersama dua orang manusia itu dan selepas itu dia akan membuat panggilan video bersama orang lain pula.

Hari ini adalah hari cuti hujung minggu iaitu hari Sabtu. Tiada kelas tambahan yang akan diadakan pada hari ini.

Aplikasi WhatsApp dibuka. Haq melihat last seen dua orang sahabatnya itu.

"Online rupanya dua ekor monyet ni." Kata Haq sebelum tertawa sendiri apabila memanggil Rayyan dan Afiq sebegitu.

Dia memulakan panggilan video. Akhirnya mereka bertiga memulakan video langsung dari rumah masing-masing.

"Yo! Apahal tiba-tiba video call ni?" Ujar Rayyan.

"Aah. Mesti ada benda kau nak cakap ni kan? Alah... Buka sekolah nanti tak boleh cakap ke? Aku tengah chatting dengan awek ni. Kacau lah." Kata Afiq dengan malas.

"Bodoh Fiq. Awek mana lagi yang kau tengah usya?" Kata Rayyan sambil menggeleng kepala.

"Adalah."

"Eleh dah pandai berahsia dah dengan kita orang."

Afiq tersenyum simpul. Haq pula memberi pandangan bosan kepada Afiq. Rayyan pula mula bertanya.

"So why did you start this video call all of a sudden? Is something wrong?" Ujar Rayyan sambil bersandar di kerusi.

"Betul tu. Ada apa ni bro? Cakaplah cepat."

"Kalau aku cakap pasal benda ni kau orang jangan terkejut dan jangan banyak tanya. Boleh?" Ujar Haq. Dia tidak mahu sahabatnya itu memberi soalan yang terlalu banyak sehingga dia menjadi pening.

"Macam ada masalah besar aje?" Kata Afiq sambil mengangkat kening.

"It's not a problem but it's the truth that you have to know."

"What is it?" Afiq lantas bertanya. Dia sepertinya tidak sabar-sabar ingin mengetahui sesuatu kebenaran.

Haq sudah bersedia ingin membuka mulut sebelum Rayyan bersuara.

"Hold on bro. Who do you want to talk about?"

"Ini pasal hubungan Falisha dengan Fuadzi." Kata Haq.

Afiq ternganga sekejap sebelum menutup semula mulutnya.

"Are they in relationship?"

"Actually in a more special relationship." Kata Haq pula. Wajah dua orang sahabatnya itu dipandang melalui skrin.

"Tell us quickly I can't wait to find out." Ujar Afiq sambil menongkat dagu di atas meja belajarnya.

"They are siblings." Sejurus Haq mengatakan itu Rayyan dan Afiq bersuara kuat serentak.

"WHAT?!" Kata mereka berdua serentak dan kuat.

"You idiot! Slow down your voice." Kata Haq sebelum menepuk dahi.

"Seriuslah!" Afiq mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak percaya.

"Jap. Adik-beradik? Adik-beradik tiri ke macam mana?" Soal Rayyan masih tidak faham.

LilyWhere stories live. Discover now