LILY : 07

72 23 3
                                    

KEMEJA yang bertemakan Floral hawaiian itu di sarung ke badan. Jeans hitam menjadi pilihan untuk di padankan dengan kemaja berwarna biru tua itu.

Wajahnya yang sudah sedia elok itu dibelek. Haruman minyak wangi daripada Bleu of Chanel itu memberikan bauan maskulin seorang lelaki.

Haq meneliti tubuhnya untuk kali terakhir. Selepas itu dia mencapai telefon pintarnya di atas meja. Nombor telefon Rachel dicari.

"Hello?" Ujar Rachel di dalam talian.

"Hello. You nak I yang ambil you ke atau you pergi sendiri?"

"You ambil lah I. Lagipun I malas nak drive."

Menyusahkan betul lah perempuan ni. Monolog Haq. Sejujurnya dia sudah bosan dan sangat menyampah dengan sikap Rachel.

"Okay. Kejap lagi I sampai." Kata Haq dan terus memutuskan panggilan tanpa menunggu respon daripada Rachel.

Kunci kereta diambil lalu dia turun ke bawah. Sebelum berangkat Haq sempat memberitahu kepada seorang wanita tua dalam lingkungan 50-an yang sedang sibuk membersihkan meja makan.

"Bik! Saya pergi dulu. Nanti dalam pukul lapan malam saya balik." Ujar Haq kepada wanita tua ataupun dipanggil bibik.

"Okay! Hati-hati memandu!" Kata Bibik Senah.

Tanpa membuang masa Haq menyarungkan Vargo mid chukka boot ke kakinya. Selepas itu dia berjalan ke kereta dan masuk ke dalam perut kereta.

Enjin dihidupkan dalam beberapa minit sebelum dia memulakan perjalanan.

Destinasi pertamanya ialah pergi ke rumah Rachel selepas itu ke Pavilion untuk bertemu dengan dua orang sahabatnya.

Bik Senah sempat menjenguk ke luar daripada celahan langsir untuk melihat jika anak majikannya itu sudah tiada.

Selepas berpuas hati apabila kereta Honda Civic kelabu milik Haq sudah tiada, Bik Senah menyambung kerjanya.

***

Selepas lima minit Haq mendiamkan diri kerana masih merangka ayat yang sesuai untuk melepaskan Rachel, akhirnya dia berjaya dan memulakan perbualan di dalam kereta.

Rachel yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu itu dipandang sekilas.

"I ada benda nak cakap." Ujar Haq bagi mendapatkan perhatian daripada gadis di sebelahnya.

"What?" Soal Rachel sebelum badannya di toleh menghadap Haq yang sedang memandu.

Haq menarik nafas panjang sebelum di hembus dengan perlahan. Mulutnya sudah bersedia ingin mengungkapkan perkataan itu.

"Let's break up." Katanya tanpa senyuman di bibir. Wajah serius dia tayangkan.

Rachel yang tadi asyik tersenyum sambil menghadap ke arah Haq terus mati senyuman di bibirnya.

"Apa maksud you? Kenapa tiba-tiba nak minta putus?" Ujar Rachel bersama kerutan di dahi. Wajahnya juga seserius wajah Haq.

"No reason." Kata Haq ringkas. Rachel yang berada di sebelahnya pula sudah ingin melenting tetapi dia hanya membiarkan.

"No reason? Jangan nak saspen kan I lah Haq. You saja aje kan nak bergurau dengan I?" Ujar Rachel lagi walaupun dia sudah tahu yang wajah serius Haq itu menunjukkan yang lelaki itu tidak bergurau.

LilyWhere stories live. Discover now