LILY : 11

62 20 3
                                    

PERASAAN marah yang dilemparkan oleh Ammar membuatkan Haq Hadyd menghembus nafas kasar. Ammar merupakan pengawas sekolah yang daripada dulu tidak sukakan kehadiran Haq di sekolah ini.

Apa masalah dia ni sebenarnya? Monolog Haq yang berjalan beriringan bersama Afiq dan Rayyan.

Daripada tadi suara-suara mereka terdengar jelas menyindir itu kedengaran di corong telinga Haq. Rayyan dan Afiq juga masing-masing mengepal penumbuk.

Mereka bertiga berdiam diri selama beberapa minit sebelum memberhentikan langkah. Mereka bertiga menoleh ke arah Ammar yang masih berada di belakang mereka.

Waktu rehat yang semakin habis mereka abaikan lantas Rayyan memainkan peranan dengan menyambar kolar baju pengawas milik Ammar.

"Apa masalah kau bodoh?!" Kata Rayyan menengking. Panas rasa hatinya apabila namanya dan juga sahabatnya disebut-sebut lalu di buruk-burukkan.

Ammar tersenyum sinis. Mata Rayyan yang merenung dia tajam dia balas dengan renungan yang sama. Dia langsung tidak gentar dengan pandangan maut itu.

"Masalah aku? Kau tanya apa masalah aku? Pfftt! Jangan nak tanya soalan bodoh boleh tak?" Ujar Ammar menambah minyak ke dalam api.

Kini Haq pula yang mengambil alih dengan menarik kolar baju Ammar dengan kasar.

"Kau ikut aku sekarang!" Haq mengheret Ammar dengan tangannya yang masih menggenggam kolar baju lelaki itu.

Rayyan dan Afiq mengekor dari belakang. Mereka berempat menuju ke belakang bangunan makmal ICT yang jarang sekali digunakan.

Memang tiada sesiapa yang lalu di tempat itu kerana semua pelajar sudah masuk ke kelas masing-masing untuk meneruskan pembelajaran.

Belakang badan Ammar kini bertemu dengan dinding bangunan. Haq semakin menguatkan genggaman.

"Kau dengar sini, sekali lagi aku dengar kau sebut-sebut nama kita orang, aku tak akan teragak-agak nak bagi hadiah dekat muka kerek kau ni." Kata Haq berbaur amaran.

"Kau ingat aku takut?" Kata Ammar dengan berani sekali. Tidak ada sesiapapun yang berani berkata begitu di hadapan mereka bertiga kecuali Ammar.

"Gotta see here, aku malas sebenarnya nak membabikan anak orang but your pig-like temperament made me want to punch you in the face."

Buk!

Sejurus mengatakan begitu, satu tumbukan padu dihayunkan kearah muka hitam manis milik Ammar. Ammar membalas tumbukan padu itu dengan tumbukannya yang juga tidak kurang padunya kepada Haq.

Haq mendesis sakit.

Tidak ketinggalan juga Rayyan dan Afiq. Rayyan melayang kan penumbuknya di bahagian perut Ammar sebelum Ammar pantas menepis dengan tangan kanannya.

"Not fast enough." Ujar Ammar sebelum tumbukan sulungnya pula melekat di pipi kiri Rayyan.

"Shit! Rasa aku punya pula!" Kali ini Afiq membalas dendam.

Sebuah tendangan lutut diberikan selepas itu penumbuk maha kuatnya di layangkan di pipi kiri Ammar.

"Argh!" Lelaki itu menjerit kesakitan. Dia tersungkur ke atas lantai simen.

Haq tersenyum puas. Dia tidak mahu masuk campur apabila Afiq sudah memulakan serangan.

Beberapa minit kemudian mereka masih berkeadaan begitu sebelum seseorang datang ke situ.

Fuadzi yang menyaksikan semua itu mula menghembus nafas kasar sebelum berlari menuju ke arah Falique. Iaitu ketua pengawas sekolah itu.

"Kau tengok-tengokkan dia orang berempat jangan sampai dia orang lari. Aku pergi lapor dekat Cikgu." Ujar Falique lalu membawa langkah besarnya ke arah bilik disiplin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 25, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LilyWhere stories live. Discover now