Xander's Mine: Queen For Him

Por imoutt

68.9K 4.9K 369

Disebabkan satu kejadian hitam yang berlaku dirinya hilang separuh nyawa, air mata sering menjadi teman di ka... Más

XM: prolog
XM:1
XM:2
XM:3
XM:4
XM:5
XM:6
XM:7
XM:8
XM:9
XM:10
XM:11
XM:12
XM:13
XM:14
XM:15
XM:16
XM:17
XM:19
XM:20
XM:21
XM:22
XM:23
XM:24
XM:25
XM:26
XM:27
XM:28
XM:29
XM:30
XM:31
XM: 32
XM:33
XM:34
XM:35
XM:36
XM:37
XM:38
XM:39
XM:40
XM:41
XM:42
XM:43
XM:44
XM:45
XM:46
XM:47
XM:48
XM:49
XM:50
XM:51
XM:52
XM:53
XM:54
XM:55
XM:56
XM:57
XM:58
XM:59
XM:60

XM:18

1K 86 5
Por imoutt


Pintu di buka sebelum tubuh di bawa ke arah sofa, setelah hampir seharian berada di dalam set pengambaran membuatkan seluruh tenaganya habis digunakan untuk pelancaran muka buku yang terbaru bagi jenama terkenal. Bunyi notifications dari telefon yang di bawa membuatkan dirinya segera melihat ke arah screen telefon sebelum tersenyum manis melihat nama yang tertera.

Tangan laju membalas pesanan yang di hantar, sebelum mata terpandangkan wajah Mel dan Alesya yang melangkah ke arah dirinya yang bersandar di sofa. "Sya, Mel! Korang dah lama sampai ke? Sorry la aku tak sempat nak call korang yang aku balik lewat hari ni. Photoshoots hari ni betul-betul buat aku penat" usai berbicara telefon yang berada di dalam genggaman segera diletakkan,sebelum tangan di bawa mengurut kaki yang lenguh seharian bergaya di hadapan kamera.

Setelah sekian lama, dirinya bukan lagi gadis yang bergelar Vy Carter yang lemah dan hanya mampu menurut segala perintah. Kini dirinya telah menjadi seorang gadis yang mula terkenal di dalam industri hiburan,yang menjadi model antarabangsa terkenal,sebagai Zyra Walther. Semuanya atas usaha Mel dan Alesya yang membantu dirinya berubah kepada wanita yang menjadi tumpuan ramai.

Malah dirinya turut menjadi rebutan syarikat-syarikat permodelan yang besar, kerana bakat serta kecantikan yang di milikinya. Gelaran 'Angel' sering menjadi sebutan buat mereka yang melihat dirinya dalam busana-busana yang di gayakan, sehingga menjadi ikutan bagi yang lain. Sepanjang berada di negara asing, dirinya hanya di sibukkan dengan aktiviti penggambaran tanpa menghiraukan perihal yang lain.

Wajah Mel yang sayu melihat dirinya bersama Alesya yang berada di sisi membuatkan dahinya berkerut melihat telatah kedua mereka yang senyap melihat dirinya. "Korang dah kenapa tengok aku macam tu? Aku ada buat salah ke? Sya beg yang aku beli tu salah eh? Mel? Kenapa dengan korang ni?"

"Beg yang kau beli untuk aku tu tak salah memang betul dah,tapi-" wajah Alesya yang menunduk di hadapannya membuatkan dirinya segera mengalihkan pandangan ke arah Mel. "Aku rasa kau patut tengok sendiri" usai si gadis berbicara sebuah sampul kecil di letakkan di atas meja. "Apa ni?" Sampul kecil kemudian di ambil, sambil membelek luaran sampul yang berwarna hitam bersama tulisan gold yang menghiasi luaran.

"Kau tengoklah" dengan perlahan sampul kecil yang berada di dalam genggaman tangan di buka perlahan, sebelum terasa masa seakan terhenti. Tangan yang menggenggam sampul mula menggeletar dengan perlahan, nafas segera di hela perlahan sebelum mata di arahkan memandang kedua rakannya yang sayu melihat dirinya yang berada di hadapan.

"Congrat's! Akhirnya dia dah jumpa perempuan yang boleh bahagiakan dia. Tapi kenapa korang macam sedih ni? Korang sepatutnya gembira dengan berita baik ni! And Mel, kau sepatutnya balik dan turut serta dalam majlis tu. Kau juga Sya!" Wajah sedaya upaya di maniskan meskipun hati terasa di carik-carik perlahan,Air mata sedaya upaya di tahan.

"Kau ok ke Vy?" Wajah segera di alihkan memandang Alesya, setelah sekian lama nama yang telah lama di hapuskan dari hidupnya kini digunakan Alesya semula. "Mestilah aku ok! Tapi aku rasa aku nak naik atas dulu sebab badan aku ni dah melekit seharian photoshoots, say congrats to him. And Mel kalau kau nak balik, kau bawa Sya sekali. Aku maybe takkan balik sebab aku ada urusan kat sini. Aku naik dulu"

Beg yang berada di sisi segera di bawa sebelum melangkah perlahan menjauhi kedua rakannya. Pintu yang berada di hadapan di kuak perlahan sebelum tubuh melorot jatuh ke bawah bersama air mata yang deras mengalir. 'Aku tak sangka selepas bertahun jauhkan diri dari kau ,aku tetap takkan dapat lupakan kau. Perasaan ni lagi sakit dari apa yang aku nampak lima tahun yang lepas'

Kotak merah yang sentiasa berada di dalam handbag segera di buka,sebelum muncul satu rantai yang terukir cantik menyimpan seribu satu rahsia buat dirinya. 'Mungkin betul, takdir kau dengan aku takkan pernah terlakar dalam sejarah hidup. Sejauh mana aku pergi rasa ni takkan pernah mati' rantai yang berada di dalam genggaman diletakkan semula ke dalam kotak, sebelum tubuh di bawa ke arah katil.

Telefon yang berada di dalam beg segera di capai sebelum beberapa aplikasi di tekan. Wajah seorang gadis yang tersenyum manis bersama jejaka yang segak tanpa sebarang senyuman membuatkan air matanya semakin mengalir dengan lebih deras. Tangan si gadis yang cantik tersarung cincin membuatkan hatinya semakin terasa seperti ranap menjadi debu.

Tangisan semakin lama semakin bergema memenuhi ruangan bilik yang sunyi sebelum beberapa ketukan pintu membuatkan dirinya segera terhenti. "Vy are you ok? Vy keluarlah." Suara Alesya yang berada di luar hanya mampu membuatkan dirinya semakin terasa pilu sebelum nafas di hela perlahan, "aku ok Sya. Nanti aku keluar"

"Tapi kau tak makan lagi Vy, jom lah keluar aku ada beli favourite food kau ni. Aku tahu kau tak makan lagi lepas photoshoots tu" suara Mel yang bergema hanya di balas dengan gelengan meskipun si gadis tidak mampu melihat dirinya. "Er, nanti aku keluar. Buat masa ni just bagi aku masa untuk sendiri dulu"

Dirinya hanya mampu melihat bayangan kedua gadis yang mula hilang dari sebalik pintu sebelum tangisan kembali bergema. Wajah si jejaka yang tampak kacak mengenakan suit hitam membuatkan hatinya terkenang semula peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Hanya kerana ingin melihat mereka yang lain bahagia,dirinya sanggup mengundurkan diri meskipun hati masih sama buat si jejaka.

Dengan tidak semena notifications yang memaparkan nama Jovian membuatkan dirnya segera melihat telefon yang berada di dalam genggaman,sebelum merenung keluar jendela bersama nafas yang di hembus berat. 'Aku tak sepatutnya bersedih, ini yang kau nak Vy. Ini yang kau tunggu selama ni. Biarkan dia bahagia dengan pilihan dia, tempat kau bukan dengan dia'

Dengan pantas tangannya laju membalas mesej yang di hantar sebelum tubuh di bangunkan menghampiri bilik air. Wajah yang suram terbias di hadapan cermin segera di bilas menggunakan air sebelum mengambil keputusan untuk membersihkan diri.

Setelah selesai membersihkan diri, tubuh di bawa kearah bilik kecil yang menempatkan kesemua keperluannya sebelum berhenti di hadapan pintu bilik. Nafas di hela perlahan, cermin sisi yang berada  di dalam bilik segera di perhatikan membelek muka sebum senyuman palsu diukir perlahan. Tombol pintu di capai, mata segera menangkap kedua figura yang tegak berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Vy" wajah segera memandang ke arah Alesya sebelum lengan kedua gadis yang berada di sisi segera di capai dan di bawa ke arab ruang makan yang menempatkan pelbagai jenis makanan. "Jom kita makan aku dah lapar ni" tanpa menunggu kedua rakannya dirinya segera melabuhkan duduk di hadapan hidangan yang tersedia sebelum memandanh kedua rakannya yang masih kaku bersam wajah sayu.

"Korang panggil aku tadi kata nak makan, ni kenapa dua-dua berdiri macam patung mannequin ni? Duduk lah teman aku makan." Usai berbicara kedua gadis segera melabuhkan duduk di sisinya sambil mata masih statik memandang ke arahnya. "Oh gosh! Korang dah kenapa? Aku ok je lah, yang korang tengok aku macam tu dah kenapa? Korang jangan risau lagi pun DIA BUKANNYA PENTING UNTUK AKU"

Ayat terakhir sengaja di tekan meskipun seakan berpuluh pisau yang menghiris luka yang sedia berdarah di hatinya. "Vy, kitorang bukan nak sakitkan hati kau tapi kitorang dah bincang yang kitorang kena bagitahu kau sebab-" belum sempat Mel yang berada di sisi menghabiskan bicara dirnya segera memotong,

"sebab nanti aku akan tahu jugak? Betulkan tu yang korang fikir? Korang jangan risau lah aku tak kisah pun, and lagi satu, benda ni cerita lama aku dah ada orang yang selalu ada untuk aku dan boleh jaga aku"

Usai berbicara kedua gadis yang berada di sisi segera memandang tepat ke arahnya bersama wajah yang terkejut setelah mendengar kejutan yang di berikan dirinya. Sepanjang mereka berada di negara asing, Alesya dan Mel terlalu sibuk dengan perihal masing-masing sehingga kehidupan peribadi dirinya turut tidak di ketahui oleh mereka.

Kedua rakannya masing menyangka dirinya akan tetap bersendirian namun perihal Jovian tidak pernah terlepas untuk di jadikan topik perbualan meskipun hampir 5 tahun mereka hidup bersama.

"What?! Sejak bila kau ada teman lelaki? Kau tak pernah nak bagitahu kitorang! Siapa dia? Kitorang kenal tak?" Suara Alesya yang nyaring hanya membuatkan dirinya menutup telinga sebelum kepala di gelengkan. " nope, korang tak kenal dia. Dan belum tiba masanya untuk aku nak kenalkan dengan korang"

Wajah Mel yang memandang ke arah dirinya hanya di balas dengan wajah yang selamba sambil tangan lincah memotong steak yang berada di hadapan. " siapa dia?" Suara Mel yang perlahan melihat ke arah dirinya seakan sayu setelah mendengar berita yang di sampaikan. "Just a good guy with a good attitude. And kalau korang nak kenal dengan dia, aku boleh kenalkan masa fashion week nanti"

Dengan selamba dirinya menyuapkan daging yang telah di potong masuk ke dalam mulut satu persatu sambil melihat reaksi dari kedua rakannya. "Tapi masa dashion week tu, aku dengan Mel ada urusan. Macam mana nak kenal dengan dia? Dan kenapa mesti dekat fashion week tu pulak?"

Wajah Alesya yang masih kekal tertumpu ke arahnya hanya di pandang sekilas sebelum air yang berada di atas meja segera di teguk perlahan. "Dia nak aku jumpa dengan parents dia masa dekat fashion week tu"

"What?! Korang dah berapa lama sebenarnya? And kenapa dia nak kau jumpa parents dia? Jangan cakap kau nak-" wajah Mel yang seakan pucat melihat dirinya hanya di balas dengan gelengan. "Tak. Bukan macam apa yang kau fikir, dia just nak aku jumpa parents dia untuk kenalkan aku dekat parents dia dulu, nak bagi kenal and rapat, sebelum bawak aku jumpa family besar dia."

"So maksudnya lelaki tu dah start serius dengan kau lah? Korang dah lama bersama ke? Kenapa kitorang langsung tak tahu?" Wajah Alesya yang masih tidak berpuas hati memandang ke arahnya membuatkan dirinya segera menyandar ke arah kerusi. "Kitorang baru lagi, tapi dah kenal lama"

"Lama macam mana tu?" Kini giliran Mel bertanya ke arah dirinya.  "Aku kenal dengan dia since aku masuk Collegue tu. Dia dah pernah confess dekat aku tapi semua aku tolak, sampai lah satu masa dia tak pernah berhenti kejar aku walaupun aku dah banyak kali jauhkan diri." Kenangan ketika Jovian sanggup berdampingan bersama dirinya,meskipun telah di tolak berpuluh kali membuatkan dirinya menggelengkan kepala apabila terkenang sikap Jovian yang terlalu keras.

"So, kau betullah dah lupakan dia?" Suara Mel sekali lagi menarik perhatiannya. "Yes! Aku dah lupakan dia, memang itu pun target aku datang sini. Dia dah bahagia dengan pilihan dia aku bahagia dengan pilihan aku"

"Walaupun sebenarnya kau yang terseksa?" Wjaah Mel yang memandang ke arah dirinya di balas dengan gelengan yang laju. "Apa yang kau maksudkan ni? Mana ada aku terseksa?" Helaan nafas berat dari Mel membuatkan dirinya segera berdiri sebelum langkah kaki terhenti dari terus beredar. "Aku tahu kau masih tunggu Xander, Vy. Dan kau tak sepatutnya seksa diri kau just nak bahagiakan orang lain" suara Mel yang perlahan bergema dari belakang membuatkan air mata hampir mengalir ke pipi.

"Dan akan ada hati yang turut terseksa kalau kau buat macam ni, bukan kau je. Tapi lelaki yang kau letakkan harapan tu akan sedih bila dia dapat tahu hati kau bukan untuk dia" usai Alesya berkata tubuhnya segera di alihkan memandang kedua rakannya semula bersama senyuman yang buat kesekian kalinya palsu untuk menutup duka.

"Aku dah lupakan dia, dan mungkin ini bahagian aku untuk bahagia. Walau bukan dengan dia, aku akan tetap bahagia sebab aku tahu hati ni tetap akan berubah" belum sempat dirinya berlalu suara Mel sekali lagi menghentikan segala pergerakan sekaligus membuatkan jantungnya berdegup kencang. "Kalau aku cakap dia dah tahu pasal kau? Dan kalau aku cakap kau tak keseorangan dalam menanti cinta tu macam mana? Apa yang kau nak buat?"

Tanpa memalingkan wajah ke arah Mel dan Alesya dirinya segera berbicara bersama suara yang kian terketar menahan tangis "aku takkan pernah ditakdirkan dengan dia Mel, dah memang itu takdir kami. Aku bukan Xanders mine, dan takkan pernah tercipta untuk dia. Sampai bila-bila, aku takkan tergamak hancurkan hati orang yang aku sayang walaupun hidup aku akan tetap di bayangi cinta dia"

Usai berkata langkah kaki segera di hayun menuju ke arah biliknya.Badan segera di hempaskan ke atas katil bersaiz queen,sebelum mata di tutup perlahan. Tangisan kecil mula kedengaran, tangan di lekapkan ke dada berharap kesakitan yang dirasakan akan beransur hilang seperti hujan yang muncul seketika.

Beberapa minit kemudian,Dirinya mula terbuai di alam mimpi bersama air mata yang mampu melakar mimpi fantasi namun tidak seindah realiti.

_._

Mel POV

Wajah Alesya yang berkerut melihat dirinya di pandang sekilas. "Apa maksud kau 'dia tahu pasal kau?' Jangan cakap!-" Kepala segera di gelengkan. "Aku just cakap je, sebab nak tengok reaksi Vy tadi. Tapi satu perkara yang aku pasti Xander mesti akan tahu jugak hal ni, dan aku tahu hati dia masih harapkan Xander walaupun muka dia tunjukkan reaksi gembira tapi aku tahu hati dia menangis bila dapat cerita tu"

Mata hanya mampu merenung ke luar jendela yang berada di hadapan. "Dan kita kena siasat siapa lelaki yang berjaya curi perhatian dia" 'sebab aku tak nak ada hati yang terluka' ayat yang terakhir hanya mampu diungkapkan di dalam hati sebelum menerima anggukan dari Alesya.

"Setiap coretan yang terlakar hanya sebagai hayalan, mungkin pertemuan hanya sebuah kesilapan. Dan kenangan mengajar erti pengorbanan"

Seguir leyendo

También te gustarán

51.9K 5.2K 27
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
806K 294 1
Agency Series (2) RICH HUSBAND AGENCY merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi membantu individu menyelesaikan misi mereka untuk memikat seseo...
76.3K 3.4K 63
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...
1.3M 62K 38
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungk...