The Chaos After You

By mac_axil

2.6K 45 21

Ariana Natasya kecewa saat kekasih hatinya berkahwin dengan kakak kandungnya sendiri tanpa rasa bersalah. Suk... More

-Cp 1-
-Cp 2-
-Cp 3-
-Cp 4-
-Cp 5-
-Cp 6-
-Cp 7-
- Cp8 -
-Cp 9-
-Cp 10-
-Cp 11-
-Cp 12-
-Cp 13-
- Cp 14-
-Cp 15-
-Cp 16-
-Cp17-
-Cp 18-
-Cp19-
-Cp 20-
- Cp 21-
-Cp 22-
-Cp 23-
- Cp 24 -
-Cp 25-
-Cp 26-
- Cp 27-
-Cp 28-
-Cp 29-
- Cp 30-
-Cp 31-
-Cp 32-
-Cp 33-
- Cp 34-
-Cp 35-
-Cp 37-
-Cp 38-
-Cp 39-

-Cp 36-

41 0 0
By mac_axil

< Don't waste your time on revenge. Those who hurt you will eventually face their own karma. >



" Ini dia, Kak Ain. Marketing strategy project. " Satu file bewarna coklet dihulurkan kepada Ain yang sedang menaip di papan kekunci itu.Bersusah payah dia buat semalam dari pejabat ke bengkel lepas tu sambung sedikit di rumah. Nasib baik pagi ni dah siap. Huhuhu.

Ain hanya menjeling terhadap file yang dihulurkan oleh Ariana itu. " Buat balik. "

Terkedu Ariana mendengarnya." Tapi Kak Ain tak tengok pun lagi. "

" Tak perlu pun. " Jawab Ain laju. Dahi Ariana berkerut. Apa masalah Kak Ain ni? Sengaja nak cari pasal ke apa ni?

Akhirnya, Ariana kembali ke tempatnya dengan mukanya yang tidak puas hati. Dhia yang perasan akan hal itu menyoal kepada Ariana. Namun Ariana hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Ariana kembali menaip semula projek itu semula.

" Buat balik. " Ayat yang sama terpancul dari mulut Kak Ain. Ariana hanya mengetapkan bibirnya menahan geram.

Tanpa banyak songeh, Ariana kembali duduk ditempatnya lalu menyambung membuat semula projek tersebut. walaupun sebenarnya hatinya sudah menyumpah seranah tapi dia dah setkan mindanya sudah teruskan berjuang walau apa pun terjadi.

Untuk kali ketiga, Ariana membuat semula projek itu. Tetapi kali ini dia sudah meminta pendapat pekerja yang lain terlebih dahulu sebelum dihulurkan kepada Kak Ain. Sanggup dia tak turun rehat semata-mata untuk menyiapkan file projek ini sahaja.

" Nope. Dahlah kau tak payah la buat apa-apa. " File itu terus dicampak ke lantai. Semua yang berada disitu mula membisik sesama sendiri.

Terpanar Ariana dibuatnya. Tak pernah-pernah dibuat oleh Encik arif seperti itu tetapi Kak ain dah buat macam tu.

" Maksud Kak Ain? " Soal Ariana sambil mengutip file yang dibaling oleh Kak Ain itu.

" Kau ni membazir kertas je. Dah berapa kali dah kau buat salah! " Marah Ain.

" Apa salah saya, Kak Ain? Rasanya saya dah check banyak kali dah. " Berkerut dahi Ariana dibuatnya. Macam mana Kak Ain boleh tahu kesalahanya sedangkan file yang dibuatnya langsung tidak dilihat dengan betulnya.

" Kenapa aku kene bagitahu kau pulak? "Soal Ain yang membuatkan Ariana terpinga-pinga. Aik? Dah dia kata salah. Yang mana salah tak nak bagitahu pula.

" Kalau Kak Ain tak bagitahu, macam mana saya nak tahu mana saya salah. " Kata Ariana. Walaupun sebenarnya mulutnya tunggu masa untuk meletop sahaja, tetapi ditahankan juga.

" Eh, kau kan bijak. Dulu dengan Encik Arif, pandai pulak kau. Bila dengan aku, entah hilang mana otak kau. "

What the...Mahu dicampak Kak Ain dari bangunan Ariana rasakan waktu itu. Apa masalah Kak Ain ni sampai nak cari pasal dengan dia? Aishh.

" Dah la pergi sana. Menyampah aku . Ada assistant pun macam tak ada je. " Kutuk Ain dengan kuat sebelum berlalu pergi ke bilik cafeteria dengan mulutnya terkumat kamit.

" Apahal dengan Kak Ain tu? Asyik kena marah je Ariana tu hari ni. " soal Adam yang perasan akan keadaan tersebut. Adam dan Dhia yang sedang berdiri di sebelah mesin fotocopy tu berpandangan sebentar.

" Kau tak tahu ke perangai Kak Ain tu. Dia kan benci dengan Ariana sejak dulu lagi. Tak boleh tengok Ariana senang sikit dari dia, terus dicari kesalahannya. " Balas Dhia sambil-sambil menjenguk ke arah Ariana. Kesian pula dia dengan Ariana ni.

" Apa yang nak dibencinya? Elok je Ariana tu kerja. Bukannya dia curi tulang pun. " kata Adam lagi.

" Orang dah dengki macam tu la perangainya. " Perli Dhia.

" Kesian aku dengan Ariana." Sambung Dhia lagi.

Adam hanya mengelengkan kepalanya " Itulah, nak tolong pun tak boleh. Kak Ain dah naik pangkat. Apa-apa kita berurus dengan dia kelak. "


<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3


" You nak tahu tak kenapa Aurora nak bekerjasama dengan kita? Sedangkan syarikat diorang boleh je cari supplier yang lain. " Ain mula berbisik dengan Cik Kaylee di dalam pantry pejabat tersebut.

" Kenapa? " Balas Cik Kaylee yang sedikit tertanya akan hal itu.

Ain menjeling sekeliling sebelum menyambung berbisik. " Sebab ada orang tukan sanggup jual badan untuk naikkan nama dia. "

Tanpa mereka sedar, Ariana dan Dhia yang baru sahaja ingin memasuki pantri tersebut terus terhenti mendengar perbualan mereka tersebut. Senjage mereka tidak mahu masuk kerana ingin mendengar perbualan tersebut.

" Siapa? " soal Cik Kaylee lagi. Dia ni kalo bab-bab teka ni lembab sikit. Huhuuhu.

" Adalah orang tu. " Ain masih lagi cuba bermain teka-teki dengan cik Kaylee.

" Cuba you bagi hint sikit. " Cik Kaylee yang cuba meminta bantuan supaya senang untukdia meneka tanpa salah.

" Ala yang pernah buat hal dengan Rene Clair dulu. " Kata Ain.

" Hmmm....siapa eh? Hm.... Itu budak Ariana kah? " Teka Cik Kayle. Ain mengangguk kepalanya laju.

Manakala Ariana dan Dhia yang berada diluar sudah berjelingan antara satu sama lain apabila nama Ariana dipetik. Seperti sedang mengintai penceroboh, Ariana dan Dhia ketika itu. Tu masa nak serbu sahaja.

" Serius lah, Ain? Ariana tu? " Cik Kaylee yang inginkan kepastian.

" Iya, kalau tak , takkan la Aurora nak dengan kita. Dulu Kita pernah nak collab dengan Aurora tapi kena tolak sebab cita rasa diorang lagi tinggi. Tengok bila Ariana dah masuk sejak-sejak ni lepas dinaikkan pangkat. Terus Aurora nak collab. " Jelas Ain yang sengaja mahu memburuk-burukkan nama Ariana. Ariana mengetap bibirnya mendengar cerita tersebut. Apabila dia mahu menyerang Dhia menahannya supaya tunggu sebentar.

" Ish, patutlah i selalu tengok Ariana dengan director Aurora tu selalu berdua aja. Dalam diam rupanya. " kata Cik Kaylee yang mudah percaya akan kata-kata Ain. Ain tersenyum sinis apabila dia berjaya melibatkan Cik Kaylee dalam hal ini.

" Itulah, muka je baik tapi sebenarnya..hmm.... Pelac...." Tak sempat Ain menghabiskan ayatnya, Ariana dan Dhia berdehem memasuki pantri tersebut. Cepat-cepat mereka berdua melarikan diri dari tempat.

Ariana apatah lagi. Mulutnya dari tadi terkumat-kamit menjampi Ain dengan kaylee sejak dadi tadi.

" Wei, aku dah tak tahan ni." kata Ariana yang tunggu masa untuk meletop sahaja. Dhia yang berada disebelah mengusap-usap belakang badan Ariana untuk meredakan kemarahannya.

" Sabarlah wei. "

" Aku nak berhenti. " luah Ariana. Stress dia dengan Ain itu.

Dhia terus menepuk kuat belakang badan Ariana sehingga membuatkan dia tersentak. " Kalau kau berhenti aku macam mana? "

" Sakit lah woi. " Adu Ariana.

" Instead of berhenti, kenapa kau tak tunjuk je yang kau boleh buat." Kata Dhia yang ingin memberi idea.

" Tapi kau tengok lah Kak Ain cuba nak buat cerita pasal aku dengan Daniel." Balas Ariana.

Dhia berdecit. " Pasal hal kau dengan encik Daniel itu. Itu lain la. Itu privasi korang. Nak jatuh cinta ke nak kahwin ke. Kerja-kerja la. Eish geram pulak aku ni."

" Entahlah. Aku pun tak faham la dengan dia ni. " balas Ariana.


<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3


" Encik Daniel yang in charge dalam cooperation dengan company Huayo . " kata Faris kepada Encik Rafi sewaktu mereka telah tamat bermesyuarat di bilik Encik Rafi.

" Ini antara projek yang penting kerana ini pertama kali Aurora berurusan dengan syarikat minyak. " kata Faris lagi mewakili Daniel yang berada disebelahnya. Encik Rafi hanya mengangguk kepalanya.

" Kalau contact dah sign, Aurora akan invest about 20% dalam project ini. " Daniel pula menyambungkannya.

" Okay good. I put my trust on you." Kata Encik Rafi sambil menepuk-nepuk bahu Daniel.

" Okay. My team will do our best. " Balas Daniel. Setelah mengucapkan kata terakhir, Encik Rafi sudah meminta diri untuk beredar dari bilik tersebut. Tetapi sampai sahaja di pintu terus Encik Rafi berhenti dan menoleh kearah mereka berdua.

" Before i forget, my daughter akan masuk sini. I hope you will guide her Daniel. " Kata Encik Rafi yang membuatkan kening Daniel terangkat. Faris yang berada disebelahnya hanya berdiamkan diri sahaja.

" Rania? " Soal Daniel. Tetapi dibalas gelengan oleh Encik Rafi.

" Adik dia. Reena. Jadi saya berharap awak bolehlah membantu dialah. " kata Encik Rafi sebelum beredar. Dahi Daniel berkerut. Memorinya kembali mencari nama Reena.

Faris yang sibuk mengemas document-document diatas meja dijeling. Kemudian, dia baru teringat yang Encik Rafi mempunyai dua orang anak perempuan. Satu Rania dan satu Reena. Rania ialah sahabatnya yang kini seorang doktor di Sabah. Dan Reena pula muda 4 tahun darinya. Dulu disekolah selalu juga Rania bercerita tentang adiknya dan selalu juga mereka bertemu. Tetapi lepas dia tamat sekolah, dia langsung tak berjumpa dengan Reena cuma dengan Rania sahaja dia sekali-sekala berjumpa. Itu pun kalau Rania balik ke rumah orang tuanya kerana katanya dia lebih selesa berada di Sabah dengan pekerjaannya. Tak sangka pula kini dia akan bekerjasama dengan adik Reena pula. Huhuhu.

" Encik Daniel..ouh Encik Daniel.." Panggil Faris sambil melambai-lambai tangannya ke arah Daniel yang termenung di menghadap pintu itu.

" Ha? " Daniel menyahut.

" Tak lama lagi nak habis waktu kerja. Jadi saya balik tempat saya dulu ya." Kata Faris sambil membawa semua dokument itu. Daniel mengerling kearah jam tangannya. Jarum menunjukkan sudah pukul 5.

Setelah memberikan tanda isyarat, Faris membiarkan Daniel keseorangan di dalam bilik tersebut. Daniel pantas mengeluarkan telefonnya. Nombor Ariana didail dan tak lama itu panggilan itu dijawab.

" Balik pukul berapa? " Soal Daniel yang membuatkan Ariana terpinga-pinga.

" Lagi setengah jam? " Jawab Ariana tanpa banyak soal.

" Okay." Kata Daniel sebelum mematikan panggilan telefon tersebut. Ariana terus berkerut dihujung panggilan telefon tersebut.

Setelah panggilan Daniel dijawab, Ariana kembali dengan kerjanya. Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang tak kena dengan dokument yang dipegangnnya. Ariana terus mengalih kepalanya mencari kelibatan Adam. Oleh kerana projek ini agak besar, Ain telah meminta bantuan orang lain supaya ianya berjalan dengan lancar. Dan antara orang tersebut adalah Adam. Ariana amat lega apabila Ain membuat keputusan sebegitu. Tak larat dia nak memegang semua tugasan yang diberi oleh Ain seorang sahaja.

" Siapa yang last check budget projek ni? " soal Ariana.

" Kak Ain. " Balas Adam pendek. Ariana mengangguk kepalanya sebelum bangun menuju ke meja Ain dengan document tersebut.

" Ada masalah dengan budjet ni, Kak Ain. " Jelas Ariana sambil menunjukkan kesalahan tersebut.

" Bukan aku sorang sahaja yang check benda ni. Kenapa tak suruh Adam buat? " kata Ain yang sedikit marah itu.

" Sebab Kak Ain adalah leader and Kak Ain juga yang last check benda ni." Jawab Ariana pedas. Bukan apa dia masih lagi bengang dengan Ain akan agenda di pantry office itu. Sakit hatinya sampai mahu pijak-pijak muka Ain yang tunjuk muka baiknya itu.

" Bukan susah pun nak mengaku bersalah. Just be careful for the next time. " Nasihat Ariana kepada Ain. Ain hanya mengetap bibir sahaja.

" Oh ya. Just nak bagitahu yang the main point is too confusing dekat part ni , lepas tu ini tak kena dengan material ini dan costnya terlalu tinggi. Itu sahaja dari pandangan saya. Harap-harap Kak Ain dapatlah betulkan semula ya. " Tegur Ariana lagi sebelum berlalu pergi.

" Kau cakap je senang la. Cuba kau buat. " Kata Ain yang membuat Ariana terhenti.

" Eh, tapi Kak Ain kata dengan saya tak payah buat apa-apa haritu. Jadi saya hanya boleh bantu tengok sahaja. " kata Ariana sambil menghadiahkan senyuman paling manis diberikan kepada Ain sebelum kembali ketempatnya.

Habis disumpah seranah Ariana dibuatnya. Pekerja yang turut berada disitu mengeleng kepala melihat agenda itu.

Puas hatinya dapat mengenakan Ain. Padahal dia juga sedang sibuk dengan kerjanya. Laporan tentang marketing strategy riverside park masih lagi dalam proses walaupun setelah dimarah oleh Kak Ain banyak kali dia tetap melakukannya. Dan untuk design riverside park juga dia telah serahkan kepada orang yang lebih pakar. Sekali sekala dia turut membantu untuk membuat design tersebut. Kini baru dia menyesal bila tak belajar betul-betul tentang bidang kesenian di sekolah tersebut. Punyalah susah nak design sesuatu benda. Huhuhu

Tepat , para pekerja sudah mula mengemas barang untuk beredar. Biasalah kalau bab balik je semua laju. Lagipun dia pun tak sabar nak baring atas katil. Melihat keadaan orang sekeliling muka beredar, Ariana dengan pantas megemas barangnya. Kejap lagi nak order grab lagi,nak balik. Memikirkan keretanya di bengkel itu. Hmm, entah bila la boleh keluar.

Tersentak Ariana tatkala nama Daniel muncul diskrin. Terus Ariana menjawabnya.

" Turun. Saya dekat bawah ni. "

Dahi Ariana berkerut. Bawah? Bawah mana?

" Mana? " soal Ariana.

" Mana lagi. Dekat office awak la. " Balas Daniel.

" Tapi kenapa awak.." Tak sempat Ariana menyoalnya Daniel sudah memotongnya.

" Ariana, turun. " Arah Daniel.

" Okay. " Jawab Ariana sebelum panggilan tersebut dimatikan. Patutlah Daniel telefonnya tadi. Dah bagi hint rupanya untuk menghantar dia pulang. Haih, Daniel ni pun. Nasib baik dia tak order Grab lagi. Kalau tak, mampus nak kena cancel. Nanti dapat penalty kan susah. huhuhu.


Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 302K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
366K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
93.2K 4.7K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
121K 2.7K 37
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...