Ustaz, Tunggu Saya!

By aeinsohko

809K 31.8K 4.3K

Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua... More

Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Promote Time
Bab 52
Epilog
✨Farewell ✨
UTS Beraya #1
UTS Beraya #2
UTS Beraya #3
UTS Beraya #04
UTS Beraya #5
UTS Beraya #06

Bab 34

12.8K 501 33
By aeinsohko

Sebaik aku menjejak masuk kedalam rumah, terkedek-kedek si kecil Anaqi datang menghampiri. Dipeluk kakiku lalu ketawa kecil. Aku turut sama tersenyum.

"Cu.. App.." tangannya diangkat keatas, minta didukung. Aduih budak kecil ni.

"Sini, paksu yang dukung." baru sahaja Hamidi ingin mengangkatnya, pantas sahaja diturunkan tangannya lalu memeluk erat kakiku.

"Nonono..." kepala digelengnya. Aku senyum kecil.

"Okay-okay, jom ikut cik su." aku memimpin tangan Anaqi. Tersengih-sengih si kecil. Haih, Ciksu dalam pantang lagi anak oi.

"Sayang nak duduk bilik bawah atau bilik kita, dekat atas?" aku menghentikan langkah seketika. Tubuh terpaksa dikeraskan apabila Anaqi gagah menarik.

Aku memandang tangga.

"Dekat atas," balasku pendek. Hamidi mengangguk kecil.

"Awfa, tolong letak ni dalam bilik paksu ya?" pinta Hamidi kepada Awfa yang sedang menonton television. Akur sahaja si anak dara kecil itu.

"Nenek mana?" sempat Hamidi bertanya pada Awfa.

"Dekat dapur, dengan tok mummy." tok mummy, panggilan untuk mummy. Hamidi mengangguk.

"Jom," tanganku dipegang ketika kaki ingin menaiki tangga. Aku tidak menolak. Cuma masalah sekarang, si Anaqi ni. Ey budak kecil ni, nak dukung tak boleh. Entah berapa lama masa yang akan diambil kalau berterusan macam ni. Nak tunggu dia panjat satu-satu anak tangga.

"Anaqi , sini paksu dukung." tidak sempat Anaqi memberi tindak balas, Hamidi terlebih dahulu mengangkat kedalam dukungan.

Merengek-rengek si kecil minta dilepaskan. Aku ketawa kecil melihat muka cemberut Hamidi apabila Anaqi bertindak memukul mukanya.

Eh dia ni, pukul laki Cik Su pula!

"Id, Ecca," aku dan Hamidi serentak berpaling kearah gerangan yang memanggil. Satu tangan Hamidi mengunci pergerakan tangan Anaqi.

"Nak pergi mana?" tanya Mak.

"Naik bilik," balas Hamidi ringkas. Mak berkerut dahi.

"Mak dah siapkan bilik bawah untuk Ecca berpantang, senang sikit kalau dekat bawah." balas Mak.

Aku memandang Hamidi. Kenapa tak bagitahu awal-awal, kalau tak, tak adanya aku nak naik atas. Susah-susah mak siapkan bilik bawah.

"Kalau macam tu, Ecca duduk bilik bawah je." balasku dengan senyuman.

"Sayang, tadi kata nak duduk atas." ujar Hamidi tak puas hati. Dia ni, aku pelangkung juga kan.

Astaghfirullah, tak baik cakap macam tu!

"Mak dah siapkan bilik bawah, kan? Tak apalah..." balasku.

"Mak tak kisah pun kamu nak duduk mana-mana, asalkan kamu berpantang je." ujar mak dengan dahi yang berkerut. Pulak dah.

"Sayang duduk ataslah, lagipun Habib buat kerja dekat atas." Hamidi seolah memujuk.

"Hmm, kalau dah Id suruh tinggal dekat atas, kamu ikutkan ajelah." balas Mak. Hamidi dijeling oleh mak. Mungkin tak sangka yang anaknya gedik mengada.

Aku mengangguk.

"Pergilah naik, rehat. Id, kamu jangan nak ganggu Ecca rehat!" mak menitipkan pesanan keras buat Hamidi.

"Ye mak," akur Hamidi.

"Eh mak, ni ha satu lagi. Budak kecil ni," Anaqi diturunkan dari dukungan. Sebaik kakinya menjijak lantai, kakiku dipeluknya.

"Anaqi rindu Cik Su dia tu, kamu bawa naik sekalilah..." ujar mak. Hamidi mencebik tidak puas hati kepada Anaqj. Dengan budak pun nak berkira.

Diambilnya Anaqi lalu letak didalam gendongan kembali.

"Kacau line paksu-lah kamu ni, Anaqi." getus Hamidi. Hidung Anaqi ditariknya. Merengek si kecil dibuatnya.

"Elok-elok naik tangga tu, Ecca." sempat Mak menitipkan pesan. Naik tangga tak boleh lasak-lasak. Kena ayu-ayu nanti terbuka jahitan. Sudahlah aku dipakaikan kain batik. Aduih lagilah sempit langkah.

Aku memberhentikan langkah apabila melintasi bilik yang diinapi Alia sebelum ini.

"Kenapa?"

"Alia ada?" soalan Hamidi dibalas soalan. Hamidi senyap tidak menjawab.

"Jomlah masuk, sayang kena rehat banyak-banyak." Hamidi akhirnya bersuara. Itupun bukan untuk menjawab soalan aku. Pintu bilik sudah dibukanya. Aku akur. Masuk kedalam bilik.

Aku melabuhkan punggung diatas katil. Anaqi diletakkan disebelahku. Tersengih-sengih si kecil bermain dengan mainannya.

Beberapa ketika, pintu diketuk kecil. Hamidi yang sedang mengemas barang berhenti seketika, langkah diatur kearah pintu. Pintu dibuka, terjengullah dua wajah seiras itu dengan senyum lebar.

"Nak masuk boleh?" tanpa salam, soalan terus diaju serentak.

Hamidi meluaskan bukaan pintu.

"Masuklah, jangan nakal-nakal sudah." si kembar di pelawa masuk. Sempat dititipkan pesan basi itu.

'Jangan nakal-nakal...'

Agaknya mereka sudah lali mendengarkannya.

Ruang disebelahku diambil. Bermakna ruang sebelahku sudah dipenuhi oleh tiga beradik itu. Hamidi pula meneruskan kerja yang tergendala.

"Ciksu sakit ya?" tanya Awfa setelah lama mendiamkan diri. Dari tadi matanya memandang kearah perutku.

"Sikit je," balasku ringkas.

"Ciksu sakit dekat sini ke?" perutku ditunjuk Awfi. Aku angguk kecil.

"Doktor buat apa dekat Cik Su?" tanya Awfa lagi. Aku ketawa kecil mendengar soalannya. Dia punya soalan, macam doktor tu aniaya aku pula.

"Doktor belah perut Ciksu-lah!" balas Awfie. Haish jawapan, seram pula aku dengar. Lagi menghiburkan, ditengah mereka sedang bergaduh tentang doktor. Anaqi tak kurang hebatnya turut mengajuk percakapan dua kakaknya itu. Terteleng kekiri kekanan kepalanya. Maklum saja, dia berada ditengah-tengah antara Awfa dan Awfie.

"Doktor belah sebab nak keluarkan baby lah!" Awfa membela si doktor apabila Awfie mengatakan bahawa doktor itu jahat.

"Bb... Bi.. Eby..." Anaqi mengajuk. Tidak dapat ditahan, dia memeluk pinggangku. Kepalanya disembamkan ke perutku kuat. Tepat pula dikawasan jahitan.

Aku refleks mengaduh, bibir bawah diketap spontan apabila deria sakit dirasai.

"Anaqi," lantas Hamidi mendekati. Anaqi diangkat dari katil.

"Sayang okay tak?" tanya Hamidi cemas. Aku mengangguk kecil.

"Nak pergi hospital tak?" tanya Hamidi lagi. Aku menggeleng. Gelabah lebih pula laki aku ni. Hamidi hela keluh perlahan.

"Sekejap, Habib bawa Anaqi turun." aku lepas nafas dalam.

"Biarlah, Anaqi tak sengaja pun. Aisya nak main dengan dia lagi."

Hamidi menggeleng tegas.

"Bila dah betul-betul pulih, sayang nak main sampai subuh pun Habib tak larang. Tapi bukan sekarang, ya?" aku berdecit. Tak larang konon. Nanti tengok sahaja.

"Awfa, Awfie, mari turun."

"Habib," aku menegur.

"Aisya nak berbual dengan diorang sekejap..." aduku. Hamidi menggeleng.

"Sayang,"

"Diorang akan behave, i promise..." aku mengangkat tangan sebagai ikrar.  Hamidi akhirnya mengalah.

Dia mengatur langkah bersama Anaqi di dukungan, keluar dari bilik menuju kearas bawah.

"Sakit?" tanya Awfa setelah lama dia berdiam diri.

Aku senyum tipis.

"Sikit je,"

"Ciksu,"

"Ya sayang,"

"Mana baby Cik Su?" tanya Awfie. Aku terkedu seketika. Senyuman tawar diukir kepada Awfie.

Pap!

Lengan Awfie dipukul Awfa.

"Kenapa pukul Awfie? Tak elok tahu," aku menegur. Awfie sudah mengusap kesan pukulan Awfa. Pedih mungkin.

"Awfie tu tanya pasal baby Cik Su, nanti Ciksu sedih." adu Awfa.

"Kan Pak Su dah kata, baby ada dekat syurga." kali ini kata-katanya dituju kepada Awfie.

"Baby tunggu Ciksu sama macam Ibu tunggu kita," sambung Awfa. Aku senyum tipis. Kepala Awfa diusap.

"Pandainya Awfa, siapa yang bagitahu ni?"

"Papa,"

"Papa pesan kalau taknak Cik Su sedih, jangan tanya pasal baby... Baby Cik Su ada dekat syurga," sambungnya lagi.

"Cik Su jangan sedih-sedih tahu," tangan kecilnya menyapu airmataku yang turun tanpa sedar.

"Awfie minta maaf," aku kalihkan pandangan memandang Awfie yanv bersuara perlahan. Kepalanya menunduk. Aku tersenyum kecil, dagunya diangkat memandangku.

"Tak apa, Cik Su tak marah pun..." kepalanya diusap.

"Sudah, jangan sedih-sedih... Dah tak lawa dah princesses Cik Su." mereka mengukir senyuman lebar. Suka dipanggil puteri.

"Nak kiss," pinta Awfa.

"Boleh," pipi disua kepadanya.

"Awfie nak juga!" aku ketawa kecil. Pipi disua kepada Awfie pula.

"Habib pun nak juga," tiba-tiba sahaja ada satu suara asing tapi tak asing. Aku memandang kearah pintu. Hamidi sedang berpeluk tubuh sambil bersandar pada pintu bilik. Acah handsome-lah tu.

"Tak boleh!" larang Awfie.

"Kenapa pula?" Hamidi mengatur langkah kearah katil. Dia melabuhkan duduk ditepi kananku, aku menginjak sedikit memberi ruang.

"Paksu lelaki, tak boleh kiss perempuan." terang Awfie.

"Memandai je budak ni,"  Hamidi mencebik.

Cup!

"See, boleh je Pak Su kiss..." Hamidi menjongketkan kening. Aku sudah melopong. Dia ni biar betul, depan budak-budak. Kalau iya pun dengki, agak-agaklah.

"Ey Pak Su, dosa! Nak bagitahu nenek!"

Bergegas pasangan kembar itu berlari keluar bilik. Nak mengadulah tu. Aku ketawa kecil melihat keletah dua orang itu.

"Sakit lagi?" ketawaku mati apabila terasa sesuatu melekap lembut diperutku. Aku memandang Hamidi yang sedang memandangku.

Aku menggeleng kecil.

"Dah okay sikit," balasku.

"Sayang rehat dulu, nanti Habib bawakan makanan." ujar Hamidi. Kepalaku diusap.

"Diorang tidur sini ke malam ni?" tanyaku. Hamidi berfikir sejenak.

"Rasanya tak, malam ni Arifi datang ambil diorang." balas Hamidi. Aku mengemam bibir.

"Cuma mak je yang tidur sini. Sepanjang sayang berpantang nanti, mak yang jagakan. Sayang okay, kan?" sambung Hamidi. Dibelakangnya diutarakan soalan.

Aku angguk kecil. Hamidi menginjak sedikit. Membetulkan bantal tidur. Bantal ditepuk beberapa kali.

"Rest dulu," aku hanya akur. Tubuh dibaringkan dibantu Hamidi.

"Phone Aisya mana?" tanyaku.

"Ada je, nanti Habib ambilkan." selepas memyelimutkan aku, dia mengatur langkah kearah meja solek. Tangannya menyeluk kedalam tas tanganku sebelum sekeping gadget nipis diambil. Dia kembali mendekatiku lalu menghulurkannya kepadaku.

"Habib turun sekejap, kalau ada apa-apa panggil je."

Aku angguk kecil. Sempat kucupan dihadiahkan didahi sebelum dia menghilang dibalik pintu bilik.

Kini aku sendiri didalam bilik. Telefon dibuka. Terpapar gambar perkahwinan kami. Selepas memasukkan pin laluan, gambar Hamidi menjadi latar halaman telefon.

Jari mengetik ikon gallery. Album 'happiness pill' dibuka. Berderet gambar ketika aku sedang mengandung. Dari mula kehamilan sehinggalah beberapa hari sebelum aku kehilangan. Itulah kali terakhir gambar diambil.

"Anak mama," gambar yang memaparkan perutku yang membuncit itu diusap. Gambar yang diambil Hamidi, hanya bahagian perut sahaja diambil dengan tanganku diatas perut.

"Mama minta maaf, ya sayang."

"Kalau mama tak berkeras, Awra dah boleh lihat dunia ni tak lama lagi." airmata yang hampir menitik diseka.

"Mama minta maaf sebab tak jaga Awra elok-elok,"

"Disebabkan mama, Awra pergi tanpa sempat lihat dunia ni."

"Mama minta maaf," tidak dapat dibendung, airmata mengalir melalui pipi.

"Awra tunggu mama dengan baba ya? Kita jumpa dekat syurga nanti, InShaa Allah." telefon dibawa dekat kebibir sebelum satu ciuman singgah di skrin telefon.

Telefon kemudiannya dibawa kedakapan. Lena dalam perasaan sedih.

***********
"Sayang," panggil seseorang.

"Sayang bangun," perlahan-lahan aku membuka mata. Figura Hamidi menjengah pemandangan.

"Habib bawa makanan ni, sayang makan ya? Habib suapkan." rambut yang sedikit berjuntai, dibetulkannya.

Aku menggeleng kecil. Hamidi mengeluh kecil. Aku mengemaskan pegangan telefonku apabila matanya memandang telefonku dengan wajah berkerut.

"Jarang benar sayang tidur dakap phone," dia menjongketkan kening. Aku mengemaskan pegangan phone apabila dia ingin mengambil phone aku.

"Kenapa ni?" tanya Hamidi lembut.

"Aisya taknak jauh dengan Awra," balasku. Hamidi mengeluh perlahan.

"Awra tak pernah jauh dengan sayang, tak pernah jauh dari kita."

Aku menggeleng kecil.

"Awra dah tinggalkan Aisya," mataku sudah bertakung.

"Awra tak tinggalkan sayang, dia ada. Selalu ada. Dia selalu ada di hati sayang, di hati Habib." tangannya menyapu butir hangat yang melalui pipiku.

"Simpan dulu phone ni. Makan dulu, Habib suap sayang, ya?" smartphone dipeganganku dirungkai perlahan. Diambilnya lalu diletakkan diatas meja tepi katil.

Hamidi membantu aku untuk bangun dari perbaringan.

Bubur nasi ikan merah.

Disuap perlahan dengan berhati-hati. Untuk suapan ke lima, aku menolak. Menggeleng kecil.

"Sayang," nada memujuk. Aku menggeleng lagi.

"Aisya dah kenyang," ujarku.

"Sayang makan sikit je ni, mana nak kenyang nya." balas Hamidi. Aku menggeleng.

Aku menunduk, bermain dengan jari sendiri. Hamidi meletakkan mangkuk bubur diatas meja. Tangannya diletakkan diatas tanganku. Aku jeda, berhenti bermain dengan jariku.

"Fikirkan apa?" tanya Hamidi lembut. Aku menggeleng kecil. Tangannya yang terletak diatas tanganku dipandang, bibir bawah diketap kecil. Kemudian telinga menangkap suara Hamidi ketawa kecil.

"Main jelah dengan jari Habib tu," aku mengangkat muka memandang Hamidi yang sedang tersenyum.

"Sayang suka picit-picit, cubit-cubit jari Habib kan? Tu haa," dia memuncungkan mulut menunjuk kearah tangannya yang berada diatas tanganku.

"Boleh ke?" tanyaku polos mengundang tawa kecil Hamidi.

"Mestilah boleh. Kalau tak, tak adanya Habib nak offer tangan macam ni ha..." balas Hamidi, merujuk kepada tangannya itu.

Teragak-agak aku memicit jarinya. Entahlah, terasa kekok sebentar. Lama-lama aku tersenyum sendiri. Entah apa yang menarik sangat bermain dengan jarinya.

"Sayang fikirkan apa?" tanya Hamidi setelah lama bilik sunyi. Senyumanku pudar perlahan-lahan. Aku mengangkat muka memandangnya.

"Aisya nak pergi kubur Awra, boleh?" pintaku Teragak-agak. Hamidi senyum kecil.

"Boleh, nanti Habib bawakan." balasnya. Aku mengukir senyuman lebar.

"Tapi bukan harini, tunggu sayang dah habis pantang dulu. Okay?" perlahan-lahan senyuman pudar.

"Awra pasti terkilan sebab Aisya tak jenguk dia," ujarku perlahan. Tangan Hamidi menggenggam tanganku lembut.

"Tak, Awra faham yang mama dia tak sihat."

"Sayang makan sikit lagi ya?" Hamidi memujuk. Aku menggeleng.

"Kalau makan sikit, mana nak larat. Tadi kata nak lawat kubur Awra, kan?" Hamidi memasang jerat. Aku mengetap bibir bawah.

"Makan sikit lagi, ya?" kekura tanganku diusap perlahan.

Aku diam tiada jawapan.

"Sayang,"

"Janganlah paksa Aisya," nadaku sudah berubah sebak.

"Hey... Sayang, kenapa ni?" kepalaku yang menunduk diangkatnya. Walau mataku sudah berbalam dengan airmata, dapat dilihat dia mengukir senyuman tipis.

"La tahzan," cecair jernih yang mengalir diusapnya. Hamidi menginjak lebih dekat, tubuhku dibawa kedakapannya sebelum aku hamburkan tangisan. Belakangku diusapnya.

"Kalau Aisya tak degil, Aisya dah boleh pegang peluk cium Awra sekarang ni. Tak perlu tunggu sampai Aisya habis pantang," teresak-esak aku di dakapannya.

"Shh... Habib tak sukalah sayang salahkan takdir macam ni," tepi kepalaku dikucup.

"Tapi semua ni salah Aisya. Aisya ibu yang tak pandai jaga anak. Aisya minta maaf."

"Tak sayang, sayang dah jadi yang terbaik. Semua yang terjadi, dah ditetapkan dari awal."

Aku diam hanya menghamburkan tangis.

"La tahzan, innallaha ma'as ssobirin..." bisik Hamidi ditelingaku.

"Awra tak suka tengok mama dia menangis macam ni, jangan nangis lagi." belakangku diusap, disertai kucupan ditepi kepala.

"Sayang taknak Awra sedih, kan?" aku mengangguk tanda mengiyakan. Ibu mana yang mahu anaknya sedih.

"Kalau taknak, sayang tak boleh sedih macam ni." aku menghabiskan sisa tangis. Pelukan dileraikan. Sisa airmata disapu kasar.

"Aisya tak sedih," kata tak sedih, tapi nada mencebik tunggu masa nak nangis balik. Hamidi ketawa kecil.

"Iya, sayang tak sedih. Sayang kuat," kepalaku diusapnya.

Aku memandang mangkuk bubur yang diletakkan diatas meja tepi katil.

"Nak tu," aku memuncungkan mulut kearah mangkuk tersebut. Mata memandang ke arah Hamidi, menanti responnya.

Hamidi senyum lebar.

"Habib suapkan?" aku mengangguk. Kemudian, Hamidi mengambil mangkuk tersebut sebelum bubur disuapkan kepadaku.

"Sedap?" aku mengangguk kecil.

"Siapa yang masak?" tanyaku ringkas.

"Mak," balas Hamidi tersangatlah ringkas.

"Patutlah," aku memandang Hamidi dengan senyuman yang disembunyikan.

"Patut apa?"

"Patutlah sedap dia lain macam," jawabku dengan senyuman. Hamidi menjengilkan mata memandang.

"Nak kata Habib masak bubur nasi sebelum ni, tak sedap? Macam tu?" Hamidi menjongketkan kening. Aku mengangguk mengiyakan. Hamidi mencebik.

"Dahtu, selama ni sayang puji Habib masak sedap tu, apa dia?" tanya Hamidi tak berpuas. Berjauh hati kononnya.

"Yang tu pujian kasih sayang je," Hamidi mencebik. Aku tersenyum kecil.

Suapan yang disua Hamidi, aku tolak. Tekak sudah tidak dapat menelannya. Hamidi berkerut dahi memandangku.

"Sikit lagi ni," aku menggeleng tidak mahu. Jari menunjuk kearah segelas air diatas meja, tanda tekak memerlukan air. Hamidi menghulurkannya kepada ku.

"Habib je lah habiskan," ujarku. Hamidi menjongketkan kening seraya tersenyum. Gelas dihulurkan kepadanya lalu disambutnya.

"Sayang tolong habiskan untuk Habib je lah," kening dijongket beberapa kali. Aku mencebik.

"Habib,"

"Hmm?"

"Aisya tak nampak lagi Alia, mana dia? Dia okay je kan?" tanyaku perlahan. Anak mata Hamidi dicari. Tapi tidak lama mata kami bertaut sebelum Hamidi melarikannya. Dia berdehem beberapa kali.

"Habib bawa turun mangkuk ni sekejap ya? Lepas ni Habib naik balik," ujar Hamidi seraya senyum nipis.

"Habib," tangan Hamidi dipegang.

"Jangan salahkan Alia, ya?" Hamidi jeda seketika sebelum mengeluh kecil. Kemudian dia menggeleng kecil, entah apa maksudnya. Hamidi bangun, mangkuk diletakkan diatas dulang kembali sebelum dia mengatur langkah keluar dari bilik.

Aku hanya memandang kearah pintu yang tertutup rapat. Nafas perlahan dihela.

**********
Aku mengukir senyuman lebar apabila mataku ditutup dari belakang. Tangan naik menyentuh jejari kecil yang menutup pandanganku itu. Sudah dapat diagak siapa.

Pastilah pengikat cinta kami.

"Awra,"

Terkekek si kecil ketawa apabila aku dapat meneka namanya. Tangan yang menutup mataku, jatuh memaut leherku. Pipiku diciumnya lama. Persis anak kecil yang lain lakukan terhadap ibunya.

Berbusana putih suci. Itulah yang dikenakan oleh aku dan Awra. Berada ditengah-tengah taman indah. Seolah menggambarkan keindahan jalan cerita kami buat masa ini.

"Mana baba?" Awra sudah berada diribaanku. Aku meliar mencari kelibat.

"I'm here,"

"Baba," aku tersenyum lebar mendengar ayat yang keluar dari mulut si kecil. Hamidi melabuhkan punggung disisiku. Awra sudah berada diribaan Hamidi pula.

Mukanya persis aku, kening, mata, bibir. Saling tak tumpah dengan mukaku. Betullah apa yang dikatakan Hamidi. Anak kami, persis aku wajahnya.

Tanganku dan tangan Hamidi diambil Awra, disatukan dengan tangannya. Kemudian pipiku dikucup sekilas, tidak lupa juga pipi Hamidi.

"Awra sayang mama dan baba,"

********
Aku mencelikkan mata perlahan-lahan. Bias cahaya perlahan-lahan masuk kedalam mata. Satu susuk yang sedang duduk disebelahku cuba diamati. Masih berbalam pandangan. Mungkin kerana masih berbaki kantuknya.

"Alia," tegurku, apabila figura gadis itu sudah jelas kelihatan. Alia yang tadinya duduk menekur lantai pantas mengangkat wajah memandangku. Wajahnya memaparkan riak terkejut, cepat-cepat dia bangun dari duduk.

"Sorry, Alia tak niat nak ganggu akak." ujarnya perlahan dengan kepala menunduk kelantai.

Aku menggeleng kecil.

"Alia tak ganggu akak pun," balasku. Aku bangun dari perbaringan. Ruang sebelah dilihat. Kosong. Mana Hamidi. Jam dinding dipandang, sudah jam 12 malam.  Aku kembali memandang Alia.

"Kenapa tak tidur lagi?" tanyaku prihatin. Alia diam tidak menjawab. Melihatkan Alia yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menjawab.

Aku menginjak sedikit, memberi ruang yang lebih luas untuk Alia. Ruang itu ditepuk.

"Duduklah," ajakku.

"Jangan malu-malu," aku senyum kecil melihatkan wajah teragak-agaknya.

Perlahan-lahan Alia melabuhkan duduk disebelahku.

"Alia ada apa-apa nak bagitahu akak ke?" tanyaku. Dari riaknya, aku tahu ada sesuatu yang ingin dikatakan.

"Alia minta maaf," mataku dipandangnya. Aku terkedu seketika, satu rasa mengalir bersama dalam darah. Kemudian aku menyungging senyum kecil.

"Alia tak salah apa-apa pun," balasku.

"Tapi kalau bukan sebab Alia, akak tak akan..."

"Shh dah, benda dah terjadi. Tak ada guna akak nak marahkan Lia."

"Akak tak marahkan Lia?"

Aku menggeleng.

"Tak ada guna akak marah orang lain, hatta marahkan diri sendiri pun tak. Benda tu bukannya boleh putarkan kembali masa yang lepas, kan?"

Seminggu aku ambil masa untuk betul-betul belajar terima kenyataan. Bahawa aku kehilangan saham dunia akhiratku. Terima kasih buat suami tercinta.

Alia senyum kecil.

"Hari-hari akak tunggu adik datang jenguk akak, kenapa baru datang sekarang?" tanyaku setelah lama berdiam. Alia berkerut dahi.

"Adik?" tanya Alia pelik. Aku sengih tak bersalah.

"Adik tu Alia, kan? Tak salah rasanya panggil Alia, adik since akak tak ada adik." aku senyum lebar. Begitu juga Alia.

"Boleh je kan akak panggil Alia, adik?" laju sahaja Alia mengangguk. Aku senyum kecil.

"Adik tak jawab lagi soalan tadi, kenapa baru datang sekarang? Ini kalau akak tak tersedar, tak adanya boleh jumpa adik." nadaku seolah berjauh hati. Ali senyum nipis.

"Alia takut akak marahkan Alia," jawab Alia perlahan. Aku senyum kecil.

"Bukan sebab Angah?" pertanyaanku jelas membuatnya kaku seketika. Ali mengemam bibir.

"Tak apa, pasal Angah tu nanti akak slowtalk dengan dia. Adik jangan risau."

"Terima kasih, kak."

"Sama-sama," aku senyum kecil.

"Alia ni tak guna kan, kak?" dia memandangku. Aku berkerut dahi.

"Kenapa pula cakap macam tu?"

Alia mengeluh kecil.

"Alia dah rosakkan kebahagiaan abang Alia sendiri. Alia buat akak sakit hati. Bukan tu je, Kak Mairah dengan tunang dia pun bergaduh sebab Alia." suaranya mengendur.

"Kak Mairah dah bertunang?" tanyaku meminta kepastian.

"Dah lama, lagi beberapa hari dia nak kahwin." aku terkedu seketika mendengar jawapan Alia. Maknanya betullah apa yang dikatakan Hamidi, Humairah dah nak kahwin.

"Tak padan dengan budak kecil kan, Alia ni."

"Budak kecil apanya, dah layak jadi mak orang dah ni," usikku. Cemberut muka kawan tu. Aku ketawa kecil.

"Sudah, benda yang lepas jangan dikenang lagi, okay?" aku cuba memujuk.

Alia senyum tipis.

"Dah lewat ni, pergilah masuk tidur."

"Baiklah,"

"Goodnight kak, Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," balasku. Alia berlalu kearah pintu, sempat dipeluknya aku.

Mungkin ini hikmahnya, usaha untuk ambil hati adik ipar berhasil. Walau terpaksa kehilangan insan yang menjadi penguat semangat. Si anak kecil. Aku senyum kecil.

"Eh kak," aku mengangkat kepala memandang pintu, masih terjengul kepala Alia disitu. Aku menjongketkan kening.

"Angah mana? Akak tidur sorang ke?" tanya Alia, mulut memuncung menunjukkan kearah tempat tidur Hamidi.

Ha'ah kan, suami aku 'hilang'. Aku kembali memandang Alia.

"Adik tahu Angah dekata mana?" tanyaku.

Alia kelihatan berfikir sejenak.

"Rasanya dekat bilik kerja, nak Alia panggilkan?"

Aku menggeleng kecil. Alia mengangguk faham sebelum sekali lagi meminta diri untuk beredar.

********
Pintu bilik kerja Hamidi ditolak perlahan. Gelap sahaja bilik itu. Suis lampu ditekan. Beberapa saat sahaja, ruang sudah disimbahi cahaya lampu. Kosong. Tiada langsung kelibat Hamidi disitu. Lampu ditutup kembali, begitu juga pintu.

Mata meliar memerhati setiap sudut ruang tingkat atas tersebut. Akhirnya mata tertangkap kearah pintu bilik yang berwarna soft pink. Lamgkah perlahan diatur mendekati. Terbias simbahan lampu dari bawah pintu itu. Aku menggigit bibir bawah.

Perlahan tombol pintu dipulas. Pintu ditolak. Memberi ruang mata aku memerhati segenap bilik itu. Aku senyum tipis. Mata yang mula bertakung cuba ditahan.

Sedang asyik mata memerhati keadaan bilik yang masih lima belas peratus belum siap dirias itu, mata tertancap pada satu susuk tubuh diatas sofa tiga rangkai di penjuru bilik.

Pintu bilik ditutup. Langkah dibawa mendekati kearah figura itu. Kini aku betul-betul berdiri di sebelahnya. Kepalanya sedikit terlentok ke kanan. Kalau nak dibuai mimpi, mana nak sedar dah posisi yang entah apa-apa.

Aku senyum kecil meihat objek dipeganganya. Teether Rattle. Permainan untuk anak kecil.

Nak kejutkan Hamidi, takut menganggu. Akhirnya aku mengambil jalan untuk mengambil selimut didalam bilik. Ini kalau tahu dek mak, mahunya tak membebel.

Jalan sana sini macam orang normal yang bukan tengah berpantang. Tunggulah efek nanti. Tak sekarang, nanti tua merasalah azab tak jaga pantang. Haih...

Selimut yang diambil didalam almari bilik dibawa masuk kebilik tadi. Hamidi masih diposisi sama. Aku melabuhkan punggung ditepinya. Tubuhnya ditarik supaya tidur diatas ribaku. Hamidi yang sedikit menggeliat kecil aku tepuk seolah sedang melenakan seorang bayi.

Selamat sahaja kepalanya jatuh diatas ribaku. Selimut tadi membaluti dirinya. Rambutnya aku usap seperti kebiasaan yang aku lakukan sebelum ini.

Aku mengeluh kecil. Sedar yang aku sedikit abaikan hati Hamidi sebagai suami. Terlalu ikutkan emosi. Bagai aku seorang sahaja yang kehilangan, padahal Hamidi turut merasai kehilangan itu. Bukan aku sahaja.

Cuma, lelaki tetap lelaki. Dipendam perasaan itu agar tidak kelihatan lemah. Walhal diri sudah dibendung rasa sedih. Tetap. Masih lagi dipendamnya. Asalkan orang sekelilingnya tidak mengesan perasaannya.

Dan bagiku,

Lelaki itu complicated juga.

Lelaki dan perempuan, sama je.

Complicated dalam cara mereka sendiri.

Teether Rattle yang dipegang Hamidi diambil. Aku berkerut dahi. Rupanya bukan objek itu sahaja yang dipegang Hamidi. Ada lagi objek lain. Sekeping gambar. Ultrasound.

Aku mengetap bibir bawah. Tanpa sedar mata mengalir butir jernih.

Tepat sangkaan aku. Hamidi turut sedih. Bukan aku sahaja. Cuma dia menyembunyikan rasa itu kerana dia tahu, aku tak mampu hadapi seorang diri. Aku perlukan seseorang untuk menenangkan aku.

"Aisya minta maaf," ujarku perlahan.

"Sleep well, Aisya sayang Habib."

Mata dikatup dengan tangan masih mengusap rambutnya. Entah bila aku terlena. Lena dengan kepala Hamidi berbantalkan pahaku. Sedang aku hanya bersandar di sofa ini.

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

46.6K 1.3K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
3.1K 230 16
(n.) Adam milik Hawa dan Hawa milik Adam.
78K 8.9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
2M 115K 72
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu...