Ustaz, Tunggu Saya!

由 aeinsohko

807K 31.7K 4.3K

Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua... 更多

Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Promote Time
Bab 52
Epilog
✨Farewell ✨
UTS Beraya #1
UTS Beraya #2
UTS Beraya #3
UTS Beraya #04
UTS Beraya #5
UTS Beraya #06

Bab 29

10.7K 511 52
由 aeinsohko

Aku mencelikkan mata perlahan-lahan apabila terdengar suara orang sedang berbual. Lenaku terganggu. Lena? Bila masa aku tidur?

"Ecca belum sedar?" suara mak bertanya.

Aku berpaling kearah datangnya suara itu. Hamidi menggeleng kecil. Kepalanya menunduk memandang gambar ditangannya. Gambar, gambar yang aku jumpa tadi. Mak juga turut memandang pada tempat yang sama. Masih tidak sedar yang aku sudah bangun.

"Mak," Hamidi angkat kepala memandang Mak.

"Bila mak dapat gambar ni?" tanya Hamidi.

"Dua hari sebelum kamu pergi Singapore." jawab Mak. Hamidi menggosok belakang lehernya, pasti serabut.

"Id, jujur mak bagitahu. Mak terkilan dengan pilihan Id." sambung Mak. Langsung merentap tangkal hati aku, aku kemam bibir. Hamidi mengeluh lemah.

"Mak, benda ni dah lepas."

"Dalam ramai-ramai perempuan, kenapa perempuan macam ni yang Id pilih? Apa yang Id tertarik dengan dia dulu?" tanya Mak. Tanpa sedar mataku sudah berair, setiap bait yang dibicarakan mereka, sangat jelas dipendengaran aku walau mereka sedaya upaya mmeperlahankan suara.

"Mak, tolonglah..."

"Mak terkilan..." serentak itu berpaling kearahku. Jelas riaknya tergamam, mungkin tak sangka aku dah sedar. Hamidi turut memandang sama. Aku senyum tipis, cuba bangun dari perbaringan. Kepala disandarkan dikepala katil. Mak menyusun langkah keluar bilik.

Aku menginjak sedikit apabila Hamidi melabuhkan punggung disisiku. Menginjak bukan sebab memberi ruang, tetapi lebih kepada menjauhkan diri. Suasana sunyi seketika. Kekok? Pastinya.

Hamidi menghulurkan air masak. Baru sahaja aku ingin menyambut, dia menjauhkan kembali gelas tersebut. Apalagi?!

"Biar Habib suapkan."

Aku menggeleng. Gelas dipegangannya aku ambil. Dicicip perlahan. Kemudian dihulurkan kembali kepadanya, Hamidi mengambil gelas tersebut. Aku menunduk, bermain dengan perutku.

"Taknak peluk Habib ke? Kata rindu." Hamidi bersuara. Aku ketap bibir apabila Hamidi sedikit menunduk, mencari anak mataku.

"Hey, taknak peluk Habib ke?" lenganku dicucuknya. Aku menolak perlahan.

"Marah Habib sebab balik lambat ke?" tanya Hamidi lagi. Bukannya aku tidak tahu, dia cuba untuk buat aku lupa kejadian tadi.

"Aisya dengar apa yang mak cakap tadi."

Jeda seketika. Hamidi hela nafas berat.

"Aisya," aku menjauhkan tanganku apabila Hamidi cuba mencapainya.

"Mak tak suka Aisya. Mak benci Aisya."

"Tak. Mak sayang Aisya, mak tak benci Aisya pun." Hamidi memendekkan jarak antara kami. Sempat dia halang tindakanku dari menginjak menjauhi.

Aku menggeleng.

"Tak payah nak sedapkan hati Aisya. Aisya dah dengar. Aisya dah dengar apa yang mak cakap tadi." bergetar suaraku.

"Mak tak suka Aisya." esakan yang ditahan, pecah jua. Tindakan reflekks Hamidi menarik aku lembut kedalam pelukan, tidak sempat ditahan.

Esakan pecah didadanya.

"Shh... Mak sayang Aisya. Mak terkejut je tu." belakangku diusap, cuba menenangkanku. Dadanya aku tolak.

"Aisya tak bodohlah, Aisya dengar!" tak semena-mena suaraku meninggi.

"Sayang," tanganku diraih.

"Jangan pegang Aisya, Aisya kotor. Jijik." lirihku. Pegangan Hamidi cuba dilepaskan.

"Sayang, pandang sini." daguku diangkat memandangnya. Tepat kedalam matanya.

"Habib tak suka sayang cakap macam tu. Sayang tak kotor, sayang tak jijik. Ingat tu." airmataku diusap. Hamidi senyum.

"Sini, peluk Habib. Sayang kata nak peluk Habib, kan?" Hamidi mendepakan tangannya. Aku menggeleng.

"Taknak peluk Habib?"

"Sampai bila-bila Aisya tak pernah sesuai untuk Habib. Tak layak pun untuk berdamping dengan Habib."

"Sayang,"

"Dari dulu Aisya bagitahu, Aisya tak layak. Tapi Habib tetap nafikan, sekarang..."

"Sayang, sudahlah tu..." aku melarikan tanganku dari digenggamnya.

"Sekarang jelas, memang Aisya tak layak. Mak pun tak suka Aisya. Aisya bukan perempuan yang mak harapkan."

"Aisya, berhenti mengarut!" tegas Hamidi. Aku memandangnya.

"Apa? Semua yang Aisya cakap tu betul, Aisya tak layak! Aisya kotor, jijik! Murahan! Aisya tak layak langsung!" entah apa yang merasuk, dada Hamidi dipukul bertalu-talu. Mengogoi menangis. Hamidi hanya membiarkan seketika, kemudian barulah dia menahan tanganku.

Serentak itu pintu bilik diketuk dari luar. Aku masih lagi menangis.

"Id!" laungan Arifi kedengaran dari luar, memanggil Hamidi. Hamidi hela nafas seketika.

"Pakai tudung." ujar Hamidi perlahan sebelum bangkit, membuka pintu. Terpancul wajah tegang Arifi. Aku palingkan wajahku kearah bertentangan apabila Arifi memandang sekilas kearahku.

"Aku dah kata jangan tambah stress dia, dia pregnant tu." ujar Arifi tegas. Aku ketap bibir. Langsung tidak memandang mereka. Bunyi kaki menapak menjauhi kedengaran.

"Ecca," panggil Arifi. Aku ketap bibir. Maknanya Hamidi yang pergi tadi.

"Dah lewat ni, zohor pun dah nak habis. Pergi solat dulu." sambung Arifi. Kemudian bunyi pintu bilik ditutup. Seketika, kedengaran bunyi enjin kereta milik Hamidi meninggalkan halaman. Airmata yang semakin kering, jatuh kembali.

************
Azan asar baru sahaja berkumandang dari surau. Tiada tanda-tanda Hamidi akan balik. Aku pula masih berkurung sendirian didalam bilik sejak tadi. Langsung tidak berniat untuk keluar bertemu isi rumah.

Aku berpaling kearah pintu apabila pintu diketuk dari luar. Aku hela nafas berat. Kalau sebentar tadi, Arifi yang mengetuk pintu. Tapi aku tidak menyahut.

"Kak. Kak Ecca, buka pintu ni." kali ini suara Alia pula.

Aku hanya mendiamkan diri. Sejadah dibentangkan, lebih baik aku tunaikan solat asar sementara wudhu' masih belum terbatal. Hamidi? Aku tidak tahu kemana dia pergi. Marahkah dia dengan aku?

Takbir diangkat. Menyahut seruan Illahi. Satu perasaan meresap kedalam hati. Perasaan yang sudah lama tidak aku rasakan. Perasaan yang membuatkan hati aku rapuh. Rapuh. Perasaan yang akan buatkan aku menitiskan air mata dikala solat.

Sujudku menjadi lama. Meluah rasa hati yang masih tersisa. Salahkah aku meluah isi hati pada waktu ini? Jika hamba lain 'bertapa' dihadapan Rabb pada sepertiga malam, salahkah aku bersendirian dengan Rabbku di waktu asar.

Bagiku, biarlah aku sendirian dengan tuhanku. Tidak kira waktu mana. Salam pertama diberi kearah kanan, diikuti sebelah kiri sebelum muka diraup sekaligus menghilangkan jejak airmata dipipi.

Tangan naik mengusap perutku. Senyuman nipis terbit.

"Assalamualaikum Awra, anak mama."

"Baba dah balik tengahari tadi, tapi tak sempat nak bercakap dengan Awra lagi. Mama minta maaf, ya?" aku senyum tipis.

"Sekarang ni baba tak ada, dia keluar. Nanti baba balik, baba jumpa Awra ya? Awra rindu baba, ya? Kesian anak mama."

"Mama sayang Awra. Awra pun sayang mama kan? Mama harap Awra tak jijik tinggal dalam rahim mama. Mama minta maaf, ya sayang." aku ketap bibir.

"Bila Awra dah keluar untuk lihat dunia ni, jadi hamba yang berguna. Jangan jadi macam mama. Jangan rosakkan zaman muda Awra dengan benda yang sia-sia. Awra kekuatan untuk mama, Awra semangat untuk mama." aku sapu airmata yang mengalir.

"Jadi macam baba, ya nak. Baba baik. Insan yang taat, soleh, penyabar. Baba seorang yang tenang, yang murah dengan senyuman." aku senyum tipis. Airmata yang mengalir aku sapu lagi.

"Awra jangan jadi manja macam mama ya. Kesian baba nak melayan kerenah kita nanti." aku ketawa kecil. Pedih.

Suasana sunyi kembali. Melayan perasaan aku sendiri.

************
Aku memandang kearah pintu bilik apabila kedengaran pintu dibuka dari luar. Hamidi masuk kedalam bilik. Dia senyum kearahku apabila dia memandang kearahku. Aku senyum tipis.

"Buat apa tu?" Hamidi melabuhkan duduk disisiku. Kopiah diatas kepalanya dibuka lalu diletakkan dipakaikan atas kepalaku. Tanganku naik membuka kopiahnya diatas kepalaku. Kopiah tersebut diletakkan diatas meja.

Baru sahaja aku ingin bangun dari duduk, Hamidi pantas memegang tanganku.

"Duduk dulu,"

Aku hanya akur. Hamidi turun, duduk dilantai dihadapanku.

"Assalamualaikum anak baba," dapat aku rasakan tangannya mengusap perutku. Aku ketap bibir. Entah kenapa terasa sebak di bekung dada.

"Baba pergi surau tadi, tak sempat nak berbual dengan anak baba ni. Kesian anak baba, rindu baba ya?" perutku dikucupnya. Aku mendongak menahan airmata dari mengalir.

"Nak dengar cerita sedih tak?" Hamidi masih lagi berbual dengan perutku. Aku hanya memilih untuk mendiamkan diri.

"Mama tak rindu baba pun. Sejak baba balik sampai sekarang, mama tak peluk baba. Mama tak tahu ke yang baba ni rindu dia sangat-sangat." sambung Hamidi. Aku melarikan pandangan apabila Hamidi mendongak memandangku.

"Nampak tak, tengok baba pun taknak. Agaknya mama dah tak sayang baba, hmm..." Hamidi melirihkan suaranya. Aku ketap bibir.

"Nanti Awra bagitahu mama ya, baba minta maaf sebab balik lewat. Mama janganlah marah baba lama-lama. Kesian baba nanti. Tak pasal-pasal angau sorang diri." sambung Hamidi lagi. Jeda seketika, Hamidi mengusap perutku.

"Sayang,"

"Cepatlah bagitahu mama suruh peluk baba." sambungnya. Aku berdecit. Ingatkan panggil aku 'sayang', rupanya panggil anak.

"Ada orang cemburulah..." aku ketap bibir.

"Ada orang cemburu baba panggil anak baba ni, sayang. Tapi tulah, ego taknak mengaku." aku ketap bibir. Nak perli akulah tu. Obvious sangat ke cemburu aku? Sudahlah kutuk terang-terang.

"Baba lapar ni, baba tunggu mama ajak makan tapi mama tak ajak sampai sekarang. Nenek cakap mama masak harini. Mama masak ayam kurma. Ni mesti sebab mama rindu baba, kan?" Hamidi ketawa kecil.

Jeda. Hamidi hela nafas kecil.

"Sayang," dia panggil anak dia, bukan bini dia.

"Sayang," panggilnya lagi, kali ini lenganku dicucuknya. Aku memandangnya.

"Dah dekat jam enam. Habib lapar ni, tak makan dari tadi. Sayang pun tak makan lagi kan? Jom makan." Hamidi tersenyum lebar. Aku bangun dari duduk. Baru sahaja ingin keluar. Hamidi bersuara.

"Arifi ada dekat luar, dia bermalam dekat sini malam ni. Pakailah tudung." serentak itu dia menghulurkan tudung sarungku. Aku menyambut hulurannya lalu menyarung tudung kekepala.

Langkah diatur kedapur. Langsung tidak mengangkat kepala. Sesampai didapur, aku membuka tudung saji. Niat ingin memanaskan lauk terbantut apabila bekas lauk yang dipegangku terasa haba panas. Aku berkerut dahi. Nasi juga sudah diletakkan didalam pinggan.

"Habib dah panaskan lauk, tunggu nak makan je." kata Hamidi sekaligus menjawab persoalanku.

"Duduklah," dia menarik kerusi disebelahnya untuk aku. Aku hanya memandang, memilih untuk duduk bertentangan dengannya selepas membasuh tangan. Nasi dipingganku dibuang sedikit. Banyak sangat laki aku letak.

Wajah Hamidi tidak dipandang walau sekilas. Diam seketika. Hamidi meletakkan lauk kedalam pingganku. Kemudian tangan ditadah apabila Hamidi membaca doa.

Aku makan tanpa menghiraukannya. Adapun aku atau dia, masing-masing tidak mengeluarkan suara. Aku memilih untuk diam, berbanding bersuara. Bimbang emosiku tidak dapat dikawal.

"Uhuks..." aku angkat muka memandang Hamidi yang sudah berkerut muka. Mukanya juga sudah berona merah. Cepat-cepat aku basuh tangan, gelas dicapai lalu dituangkan air. Gelas dihulurkannya, tanganku menggosok belakangnya.

Beberapa seketika barulah Hamidi reda. Dia berdehem beberapa kali melegakan tekaknya. Tanganku masih mengusap belakangnya.

"Ingatkan dah tak sayang Habib." ujar Hamidi. Mata kami bertembung. Aku berdehem lalu mengalihkan pandangan.

"Kenapa layan Habib macam stranger?" Tanganku dipegangnya.

"Kalau saya layan macam stranger, saya dah biarkan awak tersedak tadi." balasku perlahan. Dapat aku rasakan pegangannya longgar. Aku mengetap bibir.

"Sorry," aku melepaskan pegangan.

"Cepatlah makan, dah nak masuk maghrib." aku kembali duduk, menyambung makan walau selera sudah hilang. Waktu itu juga, Alia turun kedapur. Perasan sahaja dia memerhatikan kami seketika kemudian masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.

"Makanlah, nanti nak bersiap untuk maghrib pula." Hamidi bersuara. Nadanya sedikit perlahan. Pinggannya sudah licin. Hanya pingganku masih bersisa.

************
Aku memandang Hamidi yang sedang membentangkan sejadah. Azan maghrib juga sudah berkumandang. Tapi, kenapa masih tidak ke surau.

"Kenapa tercegat je dekat situ? Jomlah solat." Hamidi memandangku. Aku memandangnya seketika sebelum berdiri dibelakangnya, diatas sejadah untuk makmum yang sudah siap dibentangkannya.

Persoalan sekarang? Kenapa dia tak solat di surau? Selalunya pantang balik rumah mak, asyik nak solat dekat surau je.

"Fikirkan apa?" aku tersentak dari lamunan. Hamidi yang sedang menjongketkan kening dipandang. Aku menggeleng tanda tiada apa-apa.

"Sayang macam tak suka je Habib jadi imam,"

Aku menggeleng menidakkan. Bukan aku tidak suka, cuma... Entahlah, aku sendiri tidak tahu apa yang hati aku inginkan sebenarnya.

"Cepatlah solat," ujarku. Aku menekur gambar kaabah di sejadah. Tidak kuat untuk aku pandang Hamidi lama-lama.

Hamidi hela nafas kecil. Kemudian kembali memandan kearah kiblat. Tidak lama kemudian, dia mengangkat takbir. Aku turut mengikuti.

Perasaan sebak menjalar, entah bagaimana untuk aku perincikan perasaan ini. Yang pasti, perasaan ini buatkan bening mataku bertakung.

Tambahan lagi, dengan bacaan solat Hamidi yang merdu menambahkan rasa hati. Disaat sujud, takungan dibening mataku pecah. Esakan cuba ditahan supaya tidak kedengaran.

Sebaik salam usai diberi, aku meraup mukaku yang sudah basah. Sisa airmata dilap kering. Tidak mahu dilihat Hamidi. Tapi, pastinya mata aku memerah. Dan, Hamidi pasti dapat meneka asbabnya.

Aku turut mengangkat tangan saat imamku mengangkat doa, menadah rahmat memohon keampunan sang Esa. Mengaku diri hamba yang lemah, yang sentiasa mengharapkan-Nya sebagai gantungan.

Sekali lagi, airmata yang tadinya kering jatuh lagi. Kenapa dengan aku? Kenapa begitu mudah aku menitiskan airmata ini? Sebegitu lemahkah diri aku?

Ya Allah, sematkan kekuatan dalam diriku. Berikan aku rasa untuk istiqamah dalam penghijrahan ini. Jangan Engkau sungkurkan aku dipertengahan jalan hijrah ini. Bantu aku, bantu aku yang sedang mendekatkan diriku padaMu.

Cekalkan hati aku dengan segala ujian yang Engkau berikan. Aku hanyalah hamba yang dhaif tentang kekuatan, ringanlah beban ujianmu diatas bahuku Ya Allah. Aku takut jika aku tersungkur dijalan hijrah ini kerana berat menanggung.

Ya Allah, Engkau lebih mengetahui mengenai diriku berbanding aku sendiri. Engkau tuhan, Rabb seluruh alam.

Aku mengaminkan doa. Tangan diraup kemuka. Tidak lupa menghapus jejak sisa airmata yang melekat sebelum Hamidi berpusing memandangku.

Huluran tangan Hamidi aku sambut dan kucup. Hamidi mencium dahiku.

"Habib sayang sayang," bisiknya. Aku mengetap bibir bawah. Kemudian dia menunduk lagi.

"Baba pun sayang anak baba," ujarnya pula.

"Baba bacakan surah Luqman, ya?" perutku dikucupnya.

"Semoga menjadi anak yang bijak."

Aku hanya memerhati, dia bangun mencapai mashaf al-quran.

**************
(Flashback)

Hamidi melabuhkan punggung disisiku. Terjengul-jengul kepalanya ingin melihat apa yang terpapar diskrin telefon ku.

"Aisya buat apa tu?" tanya Hamidi.

Aku menunjukkan laman sosialku. Dia melentokkan kepala dibahuku, turut serta melihat laman sosialku. Aku pula menyandarkan kepala dikepalanya pula.

"Aisya tak follow pun lagi Instagram Id." ujarnya. Aku mengerling memandangnya yang terlentok dibahu.

Aku menghulurkan telefonku. Tekan search di ruang explore sudah ditekan awal-awal. Huluranku disambut, laju tangannya menaip nama pengguna milik akaun Instagram miliknya. Aku turut mengintai.

"Okay, Done!" telefonku dihulurkan kembali. Kemudian kedengaran satu notifikasi masuk melalui telefonnya. Aku mengangkat kepala, begitu juga dia. Telefonnya yang terletak diatas meja diambil.

Kali ini, aku merehatkan kepala diatas pahanya. Adil kan?

Atfhmdi started following you.

Aku tersenyum. Cepat betul budak ni. Akaunnya ditekan. Senyumanku melebar saat mata tertancap pada gambar perkahwinan kami. Comel je suami aku ni.

"Aisya," panggilnya. Aku memandangnya. Keningku berkerut. Panggil aku, tapi mata masih pandang skrin phone.

Bajunya aku tarik, menarik perhatiannya. Barulah dia memandangku. Aku menjongketkan kening sebagai tanda bertanya.

"Kenapa gambar lama masih ada?" tanya Hamidi. Aku berkerut dahi. Dia menunjukkan skrin telefonnya. Terpapar profile akaun Instagram aku. Eh, stalk orang.

"Id tanya ni," aku memandangnnya kembali.

"Apa dia?" tanyaku kembali.

"Kenapa tak delete gambar lama?" tanya Hamidi kembali.

"Kenapa? Biar jelah, sayang nak padam. Gambar cantik-cantik semua." balasku. Hamidi menarik hidungku geram. Penuh kegeraman.

"Sakitlah," tangannya ditamparku.

"Delete sekarang, Id tak sukalah." ujarnya. Aku berkerut dahi.

"Ish, awak dah kenapa? Suka hati Aisya-lah nak delete ke tak nak." aku bangun dari perbaringan.

"Aisya," panggilnya. Nada memujuk. Aku menekup telinga.

"Dengar dulu," tanganku dijatuhkannya.

"Aisya nak ke kalau waktu Aisya tidur, makan, mandi, buat kerja rumah sekalipun sedang solat, tapi malaikat catat dosa dalam buku amalan Aisya." aku memandangnya.

"Aisya tak buat apa-apa pun!"

"Ya, memanglah Aisya tak buat apa-apa. Tapi selagi gambar freehair Aisya ada dalam socmed, dan dilihat lelaki ajnabi. Benda tu menyumbang dosa untuk Aisya." sambungnya.

Aku diam.

"Janganlah sedih macam ni," pipiku ditariknya.

Aku menghulurkan telefonku.

"Awak tolong delete-kan, tak sanggup." ujarku. Kepala aku rehatkan diatas pahanya, muka dihadapkan keperutnya.

"Nak sedih-sedih kenapa?" tanya Hamidi.

"Aisya mana ada gambar lain selain gambar tu, nanti Aisya nak post dekat Instagram macam mana?"

Hamidi ketawa kecil.

"Id kan ada, nanti Id ambilkan gambar Aisya cantik-cantik."

Aku memandangnya, matanya masih memandang ke skrin telefonku. Pastinya sedang memadam semua gambar aku.

"Boleh percaya ke?" tanyaku ragu.

"Boleh, Id terror bab-bab tangkap gambar." aku mencebik. Masuk bakul angkat sendiri, tak malu ke?

"Banyaknya gambar Aisya," gumamnya.

"Cantik tak?" tanya aku.

Hamidi mencebik. Aku mencubit perutnya.

"Sakitlah,"

"Awak tu, saya tanya elok-elok tapi awak buat muka." ujarku.

"Saya tak buat apa-apa pun, Aisya yang bad thinking." balasnya.

Aku berdecit. Kembali menyembamkan muka keperutnya.

Lama mendiam.

"Nak tidur ke?" tanya Hamidi.

"Hmm," dapat aku rasakan dia melarikan jarinya seketika di celahan rambutku.

"Aisya yang sekarang lagi cantik dari yang dulu," ujarnya lagi. Aku kulum senyum, senyuman disembunyikan dibalik perutnya.

"Sukalah tu orang puji dia," gumamnya perlahan diikuti ketawa kecil.

**********
Aku menyeka airmataku apabila ruang belakangnya tergerak tanda ada penghuni.

Mata dipejamkan. Seketika dalam dirasakan ada tangan memaut pingganku dari belakang. Hamidi pastinya, melalui wangiannya sudah aku tahu.

Belakang tubuhku bertemu tubuhnya. Kemudian dapat dirasakan kepalaku dikucup lama. Aku menggigit bibir bawah, menahan tangis. Aku lemah dalam keadaan sebegini.

"Sayang dah tidur ke?" tanya Hamidi perlahan.

Aku diam tidak menjawab. Aku ingin lepaskan tangis, tapi bukan dihadapannya.

"Sayang tak makan lagi malam ni, jom makan." sambungnya.

Aku masih diam.

"Habib tahu sayang tak tidur lagi. Jom, Habib teman sayang makan." sambungnya lagi.

Suasana sepi sekali lagi, kali ini sedikit lama.

"Habib," terketar-ketar suaraku memanggil.

"Ya sayang, Habib ada ni..."

"Aisya tak tahu gambar tu dari mana, Aisya dah delete semua gambar lama Aisya," akhirnya aku tewas, aku menangis. Hamidi mengeratkan lagi pelukan.

"Aisya..." esakan aku kedengaran. Kepalaku dikucupnya lagi.

"Bukan salah sayang, Habib tak salahkan sayang pun." ujarnya. Aku menggeleng.

"Pusing sini," bahuku ditariknya perlahan. Aku memalingkan badan menghadapnya. Airmataku diseka. Tubuhnya aku peluk. Kepala disembamkan didadanya.

"Habib sendiri saksi yang Aisya tak upload gambar tu semua kan?"

"Ya. Kan Habib sendiri yang delete gambar tu semua. Sayang lupa?"

Kepalaku diusap.

"Sudah, jangan menangis lagi. Nanti Awra marahkan Habib pula sebab buat mama dia menangis." sambungnya. Aku menggeleng kecil.

"Awra anak yang baik, dia takkan marah baba dia. Dia marahkan mana dia je" jawabku perlahan.

"Kenapa pula?"

"Sebab baba dia baik, mama dia jahat."

"Iya ke mama dia jahat?" aku mengangguk.

"Nak tengok sikit muka jahat mama Awra," dia menjauhkan jarak. Aku mengangkat muka memandangnya. Berkerut-kerut dahinya memerhati mukaku.

"Tak nampak pun muka jahat," ujarnya.

"Mata mama Awra nampak baik, hidung pun nampak baik jugak, pipi, kening, bulu mata, bibir, semuanya nampak macam baik je." satu persatu anggota dimukaku disentuhnya.

"Celah mana yang jahatnya?" dia menjongketkan kening kearahku. Aku menggigit bibir bawah. Ada saja perkara yang dia ingin buat untuk hiburkan aku.

"Cuba sayang senyum, mana tahu kalau senyuman sayang nampak jahat." sambungnya. Aku menggeleng.

"Cepatlah, nak cari jahat mama Awra ni." hidungku dicuitnya. Tanpa sedar aku mengorak senyuman.

"Haa senyuman pun baik je. Manis pula tu. Patutlah baba Awra terpikat, sebab mama Awra baik rupanya. Cantik pula tu," makin melebar senyumanku.

Tanganku memeluk tubuhnya, kepala disandarkan didadanya.

"Habib tak akan tinggalkan Aisya, kan?" tanyaku. Kepala diusapnya.

"Kenapa tanya macam tu?"

Aku menggeleng.

"Aisya takut," jawabku perlahan.

"Habib selalu ada dengan sayang, kalau tak ada depan mata pun Habib akan ada dalam hati dan fikiran sayang. Betul tak?"

Aku menggeleng.

"Aisya nak Habib selalu ada depan mata Aisya." balasku. Lirih. Perit. Itu yang dirasakan.

"Dengan izin Allah," kepalaku dikucupnya.

Jeda seketika, aku dengan fikiran aku yang memakan diri. Hamidi dengan fikirannya.

"Jom makan, sayang tak makan malam lagi." aku menggeleng.

"Tadi sayang makan sikit je, mari Habib temankan sayang makan." aku menggeleng lagi.

"Aisya nak tidur, penat. Esok kita nak balik KL, kan?"

"Ya, esok kita balik KL."

Rambutku dimainnya. Buat aku terbuai.

"Seronok betul nak balik KL, ya? Rindu rumah ke?"

Aku diam tidak membalas.

***********
Aku keluar dari bilik, mata meliar memandang ruang tamu. Kosong. Mana Hamidi? Aku atur langkah ke pintu utama. Mata meliar pula sekeliling halaman rumah. Kemudian, susuk tubuh Arifi kelihatan.

"Cari Id ke?" tanya Arifi.

Aku teragak-agak mengangguk.

"Id ada dalam bilik mak, dia kata nak jumpa mak sekejap." balasnya. Aku mengangguk.

"Kenapa?" tanya Arifi lagi. Aku menggeleng. Dia tersenyum.

"Pergilah bilik mak kalau nak jumpa Id." ujarnya. Aku senyum kekok. Teragak-agak sebenarnya.

"Jangan risau, mak okay je." sambungnya lagi. Lalu menaiki anak tangga, masuk kerumah. Aku memberi sedikit ruang untuk dilaluinya.

Nafas ditarik dalam. Kaki mengatur kebilik mak. Pintu sedikit terbuka, tidak ditutup rapat.

"Id kenal isteri Id, mak." suara Hamidi kedengaran. Aku memberhentikan langkah.

"Mak tak faham, macam mana kamu boleh pilih perempuan macam tu jadi isteri kamu." kata-kata mak pastinya merobek hatiku. Aku menunduk.

"Dia tersasar mak, kalau Allah boleh maafkan dosa dia, kenapa mak tak boleh terima dia yang baru?" suara Hamidi kedengaran lirih.

"Mak tak suka,"

"Mak,"

"Apa lagi? Kamu sepatutnya cari yang betul-betul sesuai dengan kamu. Yang betul-betul sebulu perangai dengan kamu."

"Mak, mak sendiri bagitahu kami adik beradik yang jodoh adalah cerminan diri kita. Baik akhlak kita, baik jugalah akhlak jodoh kita." balas Hamidi.

"Mak, Aisya cerminan diri Id. Kalau mak rasa dia kotor, samalah juga mak pandang Id dengan pandangan kotor." sambung Hamidi perlahan.

"Kamu jangan nak samakan diri kamu dengan orang tak ada iman macam tu!" keras suara mak membalas. Bibirku terketar menahan tangis.

"Id minta maaf kalau buat mak terasa, Id cuma minta mak terima Aisya macam mana mak terima dia sewaktu dia betul-betul masuk keluarga ni." perlahan suara Hamidi.

"Dia isteri yang baik, mak. Penyejuk mata Id. Maafkan dia, mak."

Airmataku mengalir. Perlukah sebegitu rupa Hamidi memohon maaf atas dosa aku?

"Mak, mungkin Id belum cukup baik untuk dapat pasangan yang lebih baik. Tapi bagi Id, Aisya dah cukup terbaik untuk Id." sambung Hamidi.

"Kamu nak kata mak tak cukup beri ajaran agama untuk kamu? Macam tu?"

"Tak mak. Id berterima kasih sangat sebab mak dah berikan ilmu agama yang banyak untuk Id. Tapi Id manusia juga, kadang lalai dengan suruhan Allah. Id minta maaf kalau Id tak seperti yang mak harapkan." balas Hamidi.

Aku gigit bibir bawah.

Suasana sunyi seketika.

"Id dah nak balik Kl, doakan perjalanan Id selamat, ya? Id minta diri dulu."

Jeda.

"Assalamualaikum," kemudian bunyi derap kaki melangkah mendekati pintu. Cepat-cepat aku menyapu sisa airmata aku.

"Aisya," jelas nadanya terkejut melihat aku didepan pintu bilik mak. Aku senyum kepadanya. Riaknya terpapar serba salah.

"Aisya buat apa dekat sini?" tanya Hamidi.

"Aisya cari Habib, abang Fi kata Habib dalam bilik mak." balasku. Hamidi mengangguk.

"Jom balik," ajaknya. Aku diam tidak berganjak lagi.

"Aisya nak jumpa mak dulu sebelum balik," ujarku.

Hamidi kaku. Dia senyum kecil.

"Mak tengah rehat, nanti Aisya on call dengan mak malam ni, ya?" balas Hamidi.

Aku senyum kecil.

"Jomlah balik," aku mengangguk.

TBC

繼續閱讀

You'll Also Like

116K 3.2K 25
Mohd Adam Firdaus merupakan seorang duda. Dia sejenis lelaki yang suka berterus-terang (straight forward). Kalau dia cakap tidak, maka tidaklah. Dia...
131K 3.6K 112
[BOOK 3]♡ Kisah yang menceritakan seorang gadis bernama Jessica. Anak yatim piatu yang kehilangan mak bapa sejak umurnya 5 tahun. Sering dibuli dan d...
11K 469 11
Cahaya Ayrin Dalisha. Berpindah sekolah dari International School kepada sekolah biasa. Akhirnya dia membuka identiti sendiri, contact lense yang sel...
84.4K 8.3K 44
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...