DIANA

By thewhitewonder

965K 35.4K 1.2K

Kerana menghormati keputusan orang tuanya, Diana menggadai diri masuk ke dalam dunia yang berbeza dengan kehi... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52 - F I N A L E
Nota Kaki : D I A N A

26

17.3K 665 6
By thewhitewonder

Dub dub dub dub...

Masing-masing seolah terdengar jantung sendiri berdegup kencang.

Diana terkedu apabila dia mendongak dan melihat wajah Ez betul-betul di atas pandangannya. Ez juga turut tergamam melihat mereka berdiri sangat hampir antara satu sama lain. Dia rasakan jantungnya berdegup semakin laju.

Ez cepat-cepat membelakangkan sedikit badannya. Entah kenapa dia risau jika Diana dapat mendengar degupan jantungnya. Malu.

"Are u okay?" Soal Ez sambil melihat Diana atas bawah.

"Okay." Ringkas Diana menjawab sambil mengangguk perlahan. Dia pun pantas mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang meluncur tadi.

'Eh?' Diana terasa sesuatu di lengannya.

"Ehemm." Diana sengaja berdehem memberi isyarat pada Ez.

Ez yang pada mulanya tidak perasan terus terkejut melihat tangannya memegang erat tangan Diana.

"Oh sorry. I'm sorry." Dia terus melepaskan lengan Diana. Awkward!

Diana hanya tersenyum kekok. Jika hubungan mereka seperti suami isteri lain pasti kejadian begini tak membuatkan mereka berasa kekok begini.

Sambil mereka sambung berjalan ke kereta, Ez yang memikirkan keadaan mereka tadi mula terasa ego lelakinya sebagai suami tercabar. Dia berasa tidak adil kenapa dia perlu ditegur sebegitu.

"Kejap tapi kenapa awak nak saya lepaskan tangan awak? Bukannya saya tak boleh sentuh awak." Ez terlepas kata tak dapat menahan apa yang sedang bermain di fikirannya. Namun, dia sendiri terkejut mengapa mulutnya boleh terlepas sebegitu.

'Ah, lantaklah kalau aku nampak macam desperate!'

Diana tergamam mendengar kata-kata Ez. Dia hairan dengan sikap Ez dan menoleh semula ke depan.

"I can touch you whenever or wherever i want!" Ez masih tak putus asa mahu Diana memberi respon.

Diana yang mendengar ayat itu menjadi lebih terkejut. Dia rasakan ini bukan diri Ez yang 'cool' seperti selalu. Malah kata-kata Ez membuatkan dia mula rasa tak selesa dan berdebar. Diana merenung Ez sementara menunggu Ez membuka lock kereta.

'Dah kenapa dia ni? Mengada semacam.' Katanya dalam hati.

"I'm sorry. I mean, umm... ya la awak tegur tadi macam salah je saya pegang awak."

Diana hanya menjuling matanya ke atas dan menggeleng kepala.

"Cepatlah saya nak masuk kereta." Dia mendengus dan terus masuk ke dalam kereta. Dia malas mahu melayan kerenah Ez. Nanti lagi kekok kalau dilayan apatah lagi mereka hendak berjalan berdua selepas ini.

.

Ez dan Diana menghabiskan hari mereka dengan bersiar-siar di kota London. Pada mulanya mereka ke University of London, tempat Ez menuntut pengajiannya selama 5 tahun.

Diana boleh lihat wajah Ez sangat teruja menceritakan kenangannya di situ sepanjang mereka berjalan di dalam kawasan universiti. Berbeza dengan wajah dingin yang biasa dilihatnya. Siapa sahaja yang tidak merindui zaman belajar.

Kemudian mereka melawat tempat-tempat yang sering dikunjung seperti Buckingham Palace, Big Ben, Tower Bridge dan Tower of London. Bagi Diana mungkin tiada apa yang istimewa di tempat-tempat ini kerana hanya menjamu mata. Tetapi dia sukakah sejarah dan reka bentuk bangunan-bangunan itu.

Mujur mereka berdua sudah tidak berasa kekok disebabkan hal tadi. Jadi mereka tidak kisah mengambil gambar bersama. Diana pada mulanya terasa berdebar apabila Ez ingin mengambil gambarnya tapi lama kelamaan dia menjadi selesa. Tak kisahlah janji ada gambar kat sini!

Pada waktu petang, mereka bersiar-siar di Hyde Park. Walaupun mereka datang pada musim luruh, Diana tetap terpegun melihat taman itu dipenuhi dengan pokok-pokok semuanya berwarna kuning keemasan.

"Huwaaaa cantiknyaaa !" Diana ternganga melihat keindahan taman itu.

"Cantik kan? Kalau kita datang masa musim bunga lagi cantik."

Ez di sebelah hanya tersenyum melihat gelagat Diana. Dia akui hatinya turut gembira dapat melihat Diana tersenyum lebar begitu.

"Saya ambikkan gambar awak." Ez terus ke depan.

Diana terkedu seketika.

"Okay." Dia hanya bersetuju.

Selepas beberapa gambar diambil bibir Ez tersenyum melihat gambar di telefonnya.

"Asyik awak je ambik gambar saya. Biar saya ambikkan gambar awak pulak." Kata Diana.

"Err..." Ez teragak-agak membalas.

"Dah berdiri kat sana."

Ez hanya pasrah

"Okay. Senyum sikit." Kat Diana. Sengaja dia bertukar watak menjadi jurugambar.

"Alright nice. Pose lagi. Pose lagi."

Ez hanya ketawa melihat Diana. Malu pun ada.

"Do you need help to have your picture together?" Seorang lelaki tempatan tiba-tiba menegur mereka apabila melihat Diana sedang mengambil gambar Ez.

"Err...no..." Ez baru hendak menolak

"Yes. Really appreciate that." Diana lekas memotong.

Ez tergamam. Diana terus memberi telefon Ez tadi kepada lelaki itu.

"Friends? Lovers? Or husband and wife?" Soal lelaki itu sengaja hendak beramah mesra.

"Err..husband and wife." Balas Ez.

"Oh. Lovely!"

Mereka berdua terus berdiri bersebelahan. Rasa kekok hanya Tuhan yang tahu. Diana sudah berdiri tegak dengan bibirnya tersenyum pada kamera. Lelaki itu yang mulanya melihat skrin terus memandang mereka semula.

"Wait. Closer." Kata lelaki itu.

"Ha?" Diana terkedu. Dia menoleh pada Ez di sebelah.

Ez hanya memandangnya. Dalam hati masing, mereka sangat berdebar. Mereka berdua merapatkan tubuh mereka. Keduanya berdiri tegak.

"No no no. Husband and wife should be doing some lovely poses."

"We are not good in doing that poses. We are fine by standing just like this." Diana terus membalas.

"Oh alright then." Lelaki itu terus tergamam.

"Alright. One two..."

Ketika itu, Ez terus memeluk pinggang Diana lalu ditarik rapat ke tubuhnya. Mata Diana terus membulat. Jantungnya seperti sudah gugur. Tubuhnya terkaku.

"Three!"

Diana terus menoleh memandang Ez.

"Alright more. Ready..." Lelaki itu menyambung.

"Smile. You don't want to looked startled in every of picture right?" Bisik Ez.

Diana terus memandang kamera. Bibirnya dipaksa untuk tersenyum. Tubuh Ez terasa hangat di sebelahnya. Tangan Ez terasa erat dipinggangnya. Jantung Diana sudah berdegup laju bagai nak gila. Macam ni pun dah nervous!

"Thank you for your help." Kata Ez apabila mengambil semula telefonnya dari lelaki tadi.

"No worry, lad. Have a good holiday." Kata lelaki itu.

Mereka melambai ketika lelaki itu pergi. Diana ibarat anak kecil terus mendekati Ez.

"Nak tengok."

"Perempuan mesti nak tengok lepas ambik gambar kan?" Ez tersenyum senget. Tangannya terus memberi telefonnya kepada Diana.

"Mestilah. Mana tahu muka saya tak ready ke, jadi tak cantik lah gambar tu."

Jari Diana terus menekan-nekan skrin telefon.

"Cantiknyaaa! Pandai dia ambikkan gambar nampak view taman ni. Ni pun cantik."

"Sebab awak yang cantik kot." Kata Ez.

Diana terus terdiam. Sekali lagi hatinya berdebar. Matanya terus lari ke arah skrin telefon semula. Ketika itu, gambar pertama yang diambil oleh lelaki itu terpapar. Diana terus melepaskan tawanya. Wajahnya tadi yang terkejut kerana perbuatan Ez sangat menggelikan hati.

"Kalau macam ni cantik tak?" Soal Diana pada Ez sambil jarinya zoom pada wajahnya.

"Cantik." Ez hanya mengangguk.

Diana terkedu sekali lagi. Semakin laju jantungnya berdegup. Baru sekali kena puji terus cair. Ish tak boleh jadi. Dia tak boleh cepat cair dengan Ez.

"Haih. Cantiknya taman ni. Rasa nak ambik gambar kat setiap sudut." Diana mengubah topik. Wajahnya masih teruja melihat pokok keemasan di setiap jalan.

"Dah la tu excited awak. Jom jalan." Ez mengajak Diana bersiar sekitar taman.

Mereka berbual kosong sepanjang di situ sambil berjalan. Ez hanya menceritakan pengalamannya di situ setiap kali ditanya oleh Diana. Ez tidak bosan menjawab soalan Diana yang tidak henti.

Apabila tiada apa lagi yang boleh dibualkan, mereka berdua mula senyap dan hanya melihat pemandangan sekeliling.

"Awak tak sejuk ke?" Ez memecah kesunyian.

"Sejuk sikit je." Jawab Diana sambil membetulkan kot labuhnya yang nipis.

Ez mula rasa kasihan melihat Diana yang mengenggam tangannya. Dia yakin Diana berasa sejuk apatah lagi jam sudah petang sebegini suhu akan menjadi lebih rendah.

"May I hold your hand?" Berhati-hati Ez menyoal Diana.

Diana tergamam. Dia mula rasa berdebar mendengar soalan Ez. Diana menoleh melihat Ez. Wajahnya jelas tidak selesa.

'Ishh dia ni kenapa buat hal lagi?' Getus hati Diana. Ez nampaknya semakin pelik. Asyik nak mendekati dirinya.

Ez tergelak kecil melihat reaksi Diana.

"Jangan la tengok saya macam tu. Saya tengok tangan awak macam sejuk je. Jari awak dah merah-merah kat hujung."

"Ooh. It's okay. I'm good." Pendek respon Diana lalu terus melangkah.

Ez tergelak lagi.

"It's fine. Mesti awak rasa tak selesa dengan saya kan. Kalau macam tu awak masukkan tangan awak ni dalam poket kot awak je. Inilah gunanya kot berpoket." Ez tersenyum kemudian selamba mencapai tangan Diana dan dimasukkan ke dalam poket setiap satu.

Diana rasakan semakin laju hatinya berdebar melihat kelakuan Ez yang menyentuh tangannya. Dia mula rasakan Ez sudah berubah, lebih ambil berat tentang dirinya. Tidak seperti dahulu. Namun, Diana risau apabila tadi Ez tahu dia tidak selesa dengan Ez. Risau jika Ez terasa hati.

Ez pula dalam hati menyimpan rasa kecil hati. Dia tahu Diana masih tidak selesa dengannya. Dia sedikit kecewa kerana tidak dapat berbuat apa-apa pada isterinya yang sah itu tetapi dia cuba memahami keadaan Diana yang masih belum dapat menerimanya.

"Haa okay sikit kan?" Ez menyoal lagi.

"Hmm." Diana mengangguk.

"Awak larat lagi ke nak jalan?"

"Hmm okay je lagi."

"Okay. Kalau macam tu kita pergi dinner and then kita jalan dekat Regent Street. Situ memang cantik sangat kalau pergi waktu malam. Lepas tu kita balik hotel rehat. Okay?"

"Okay je."

"Hahaha awak semua okay eh. Haih sebab kita rushing je datang sini. Kalau boleh, banyak lagi tempat saya nak bawak awak."

Diana hanya tersenyum melihat Ez. Jarang dia dapat lihat Ez teruja untuk menceritakan atau berkongsi sesuatu. Jadi bila di sini Ez nampak lebih ceria, dia tahu kota London ini menyimpan banyak cerita dan kenangan buat Ez.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Keesokan harinya, mereka berlepas pulang ke Malaysia dalam jam 1 petang. Ez terasa sedikit sebak meninggalkan tempat yang banyak menyimpan ceritanya ketika dulu beralih ke usia dewasa.

Ketika dalam penerbangan, Ez termenung kerana teringat perbualannya dengan Uncle Gray tadi. Mereka bertiga singgah bersarapan bersama Uncle Gray seperti yang dijanjikan.

"It is a big regret. If only I bring her to see Aunty Marie earlier." Ez melepaskan rasa kesalnya pada Uncle Gray. Dia masih kesal Aunty Marie tidak dapat melihat pasangan hidupnya seperti yang dia janjikan dulu. Ketika itu mereka berbual sambil memerhatikan Diana yang sedang leka membasuh pinggan di dapur.

"That's okay. She will understand that. As long as she knows you married to someone you love." Lembut Uncle Gray memujuk Ez.

Ez terdiam. Dia menoleh memandang Nizam yang mengetahui hal sebenar. Ez mula mempersoalkan kesilapan dirinya yang pada mulanya berkahwin dengan Diana bukan kerana dia mencintai wanita tu.

"Uncle Gray, what if I say I didn't marry her because I love her?"

"Hahaha now way! Then because of what?"

Ez senyap dan cuba menyusun kata.

"Wait, your family asked you for it?" Uncle Gray menunjukkan riak wajah terkejut.

"Kinda..." Ez menipu. Tidak mungkin dia akan menceritakan perkara sebenar perkahwinannya pada orang lain.

"No. You're lying right? You've been saying not to marry a girl who you not know and you totally object arranged marriage." Kata Uncle Gray ketawa kerana tidak percayakan Ez.

Nizam sudah menahan ketawa. Dia tersenyum sinis pada Ez. Memang kawan baiknya ini sudah buat tindakan gila berkahwin dengan perempuan yang tidak dikenali tetapi itu pilihannya sendiri!

Melihat Ez hanya mendiamkan diri, ketawa Uncle Gray terus mati. Nampaknya memang betullah Diana bukan perempuan yang dicintai Ez untuk dikahwini.

"It's true?" Uncle Gray masih mahukan kepastian.

"Yup." Ez tersenyum kelat.

"Wow. That's..umm.... amazing. I mean I never thought this guy would agree to this kind of thing. This is not you from what i remember. But why you need to worry? I'm pretty sure she is a very good woman to be your wife. I can see she is a very nice lady and ummm... a bit different from your girlfriends." Uncle Gray tersengih.

Pertama kali melihat Diana yang berhijab dan tidak mahu bersalaman dengan lelaki, dia tahu Diana berbeza dengan kawan-kawan perempuan Ez sebelum ini. Ez hanya tersenyum. Uncle Gray tahu Ez seperti menyimpan cerita tentang perkahwinannya. Dia menyambung kata.

"Ez, now you should know getting married is all about commitments. Both of you just need to create the love. Care for each other first. Then you'll see that you are in love with her. And i know u gonna treat her well right? Make sure u treat her far better than how you treated all your girlfriends."

Ez tergelak. Uncle Gray masih tidak lupa perangainya yang suka bersosial dan mempunyai ramai kawan wanita. Tapi dahulu yang istimewa dalam hatinya hanya seorang. Dan wanita itu telah memilih untuk meninggalkannya. Sejak itu Ez tidak lagi serius dalam menjalin hubungan dengan perempuan. Cukup hanya sekadar suka-suka.

Lamunan Ez terhenti apabila Diana di sebelah mengalihkan kepala ketika sedang nyenyak tidur. Ez mula perhatikan Diana.

'Boleh ke aku buat Diana cintakan aku?' Ez berbisik dalam hati.

.

Mereka akhirnya selamat tiba di KLIA dalam jam 10.30 pagi. Nizam terus menghantar Ez dan Diana pulang ke Villa Cempaka.

"Okay thanks, bro. Serius tak nak lunch sini?" Pelawa Ez.

"No. Thanks. Aku ada hal sikit petang nanti. So aku nak balik rehat jap. Kirim salam kat bonda dan papa." Balas Nizam.

"Alright. Get a good rest. See you tomorrow."

Kereta Nizam terus meluncur laju keluar dari perkarangan Villa Cempaka. Nonie muncul di pintu menyambut kepulangan mereka berdua.

Ketika sedang makan tengah hari, bonda membuka topik perbualan.

"Bonda dengan papa ingat nak buat kenduri tahlil la hujung bulan ni."

"Untuk siapa?" Armel menyoal.

"Untuk Tok Rahman. Untuk Tok Ki dengan nenek. Untuk semua family kita yang dah pergi."

"Okay sure." Pendek saja jawapan Ez.

"Buat kat rumah ni kan?" Armel menyoal lagi.

"Aah. Dah lama kan tak buat kenduri kat rumah ni. Lepas tu saja la nak buat makan-makan. Sempena Diana dah balik pada Ez."

Serentak Ez dan Diana berhenti mengunyah. Tergamam dengan kata-kata bonda. Mereka melihat sesama sendiri kemudian menoleh kepada bonda. Armel juga memandang wajah mereka.

"Okay tak?" Bonda hanya tersengih.

"Okay. Why not?" Armel mencelah. Dia pula yang sibuk menjawab.

"Ummm... anything u like." Ez menjawab perlahan. Kemudian dia menjeling melihat reaksi Diana.

Diana hanya mampu mengangguk perlahan. Entah kenapa dia rasa bersalah pada bonda. Pasti bonda mengharapkan rumahtangga anaknya menjadi lebih baik.

Pandangan Diana beralih pada makanan di atas pinggan tetapi fikirannya sudah ke lain. Dalam hatinya mula rasa tidak tenang. Dia mula mempersoalkan keputusannya untuk pulang ke Villa Cempaka.

'Kau betul ke nak terima Ez jadi suami kau ni?'

'Kau yakin Ez betul-betul dah berubah?'

'Kau yakin Ez akan terima kau sebagai isteri dan takkan ceraikan kau suatu hari nanti macam apa dia pernah kata dulu?

Bonda kemudian menyambung perbincangannya lalu menghentikan lamunan Diana.

"So everyone agree? Okay then. In two weeks kita buat kenduri tahlil. I prefer to do it on Saturday night. Nanti bonda contact orang masjid and catering."

"Okay bonda. Anything if u need help just tell me." Ez menjawab perlahan. Dia pun masih terkesan dengan perbualan ini.

"Oh Diana don't forget to invite mama papa and the whole family as well."

Diana hanya tersenyum dan mengangguk perlahan.

To be continued....

P.s This is my first work in Wattpad. Jangan lupa vote and feel free to comment :)
Love, TWW

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 45.3K 86
[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pun boleh lari kalau dengar dia mengamuk...
934K 31.3K 73
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga b...
1.2M 56.1K 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Mal...
344K 15K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...