QAYS JAREED
Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siapa si pemasangnya, yang pasti akan Qays cari sampai jumpa.
APRIL ISABELLE
Si arkitek muda yang dianggap pembawa tuah kepada syarikat. Tidak tahu dimana silapnya, dia menjadi buah mulut staf yang mengatakan dia gadis liar suka menangguk di air yang keruh. Sedangkan April tidak liar seperti yang diperkatakan.
"Kau cakap dengan aku, siapa yang upah kau?!"
"Saya berani bersumpah saya tak tahu siapa yang buat kita macam ni!"
Tidak pasal Qays menuduh April dalang atas apa yang terjadi. Di mata lelaki itu, April hanya seorang perempuan yang terdesak mahukan hartanya saja. Disebabkan itu, dia bertindak meragut kesucian April tanpa belas kasihan.
"Puas aku tengok hidup kau berantakan macamni Qays..."
"Si*l! Cari perempuan tu sampai jumpa!"
Malangnya, April sudah pergi jauh dari gapaian Qays. Semakin serabut lelaki itu dibuatnya. Pandai pula April menghilangkan jejak sehingga tiada siapa berjaya menemukan dia.
Atau...
Sesuatu terjadi pada wanita itu?
"I Hanania, tunang Qays Jareed"
"Jangan lupa janji awak, saya merayu ceraikan saya Qays..."
"Tak semua janji perlu ditepati sayang. Kalau aku tepati janji aku, macam mana dengan Syed Adrish Qaazi?"
"Berpuluh ribu anak kat luar sana yang membesar tanpa kasih sayang bapa, saya tengok jadi manusia juga. Berjaya. Tak payah beri banyak alasan Qays, lepaskan saya!"
"Never! Itu anak orang lain. Demi anak aku Adrish Qaazi, aku sanggup buat apa saja. Kalau aku boleh hormat keputusan kau, aku harap kau pun boleh hormat keputusan aku kali ini, sayang"
__________________
Aku selalu memikirkan masa depan,
Antara kita berdua hidup bersama,
Namun setiap kali ku zahirkan hasrat hati,
Kau pintaku memutuskan perhubungan.
Mudahnya, kau lupa pada janji...
Kau lupa janji.
NUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM
NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyukainya dari tingkatan 1
Pelik ? Tak pelik pun
RAYYAN QAYYUM ~ Mulut tak pernah berbudi bahasa. Marah saja maki, gaduh. Dari awalnya dia masuk disekolah itu, dia tidak pernah sekali pun membanggakan sekolah itu. Dia tahu buat masalah, masalah dan masalah !
Pelik bukan ? Pelajar baru tapi pelajar masalah ? Kenapa dia perlu ada disini ?
Namun satu keajaiban berlaku. Berlaku satu kejadian yang menyebabkan persahabatan Nur Milayka yang terbina selama 5 tahun berkecai. Tak lupa juga , jawatan yang dia agungkan juga hilang begitu sahaja....
Sakit ? Sakit memang sakit... tapi siapa nak lawan takdir tuhan ?
"Kalau suatu hari nanti aku pilih 'dia' berbanding kau macam mana" - Nur Milayka
"Walaupun suatu hari nanti kau dan aku akan terpisah demi kebahagiaan kau dan 'dia'. Aku akan pastikan selama kau bersama aku. Kau tak lalui kesedihan. Dan aku tak akan izinkan. Ini kali terakhir aku buat kau menangis sebab aku" - Rayyan Qayyum
Selepas dari kejadian itu. Nur Milayka belajar untuk terus redha dan redha. Bermula dari titik itu, satu persatu rahsia terungkai
"Takdir yang menemukan hati kita, abang" - Nur Milayka
Disaat kebahagiaan yang dimahukan tercapai. Masa dan waktu cemburu akan mereka dan tragedi muncul sebagai tanda perpisahan
"Kenapa Hayyin tak genggam tangan abang macam selalu ? Hayyin dah tak suka abang ke ? Hayyin tak rindu abang ke ?" - Rayyan Qayyum
Tragedi apakah yang membuatkan Rayyan Qayyum tak senang duduk siang dan malam ? Apa yang berlaku tentang hubungannya dengan Nur Milayka selepas itu ?
Jangan lupa ikuti kisah mereka dalam Takdir Hati Kita sehingga penamatnya
BTW BANYAK TYPO TAU, NANTI ADA MASA BARU UNPUB UNTUK EDIT SEMULA. THANKYOU SUDI BACA
START : 19 JANUARI 2023
END: 11 JANUARI 2024