Ustaz, Tunggu Saya!

By aeinsohko

806K 31.7K 4.3K

Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua... More

Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Promote Time
Bab 52
Epilog
✨Farewell ✨
UTS Beraya #1
UTS Beraya #2
UTS Beraya #3
UTS Beraya #04
UTS Beraya #5
UTS Beraya #06

Bab 23

15K 602 79
By aeinsohko

Sebaik memastikan rumah selamat untuk ditinggalkan, aku mengorak langkah masuk kedalam kereta. Beg silang diletakkan dibawah seat. Menjamin keselamatan kononnya. Maklum saja, drive sorang tanpa suami. Sempat gambar sinar ungu itu ditatap sebentar sebelum disimpan semula.

"Sedap?" tanya Hamidi selepas suapan pertama masuk kedalam mulutku. Mengada betul nak suap-suap bagai.

Aku mengangguk laju. Hamidi pula sudah ketawa kecil.

"Nanti nak makan bubur hari-hari, boleh tak?" tanyaku.

"Larat ke nak hidup dengan bubur nasi je?" Hamidi menjongketkan kening. Aku kulum senyum.

"Larat je. Asalkan Habib ada dengan Aisya." Aku senyum lebar. Hamidi turut tidak dapat menahan senyum.

"Boleh kenyang lama ke kalau makan bubur?" tanya Hamidi lagi. Suapan masih diteruskan apabila aku membuka mulut untuk disuapkan.

Aku angguk laju.

"Boleh kenyang sampai seminggu kalau Habib suapkan." balasku. Melihatkan Hamidi yang sudah kemerahan muka, membuatkan aku meletuskan tawa.

"Habib malu eh?" kedua belah pipinya ditarik.

"Dah, makan cepat. Lepas tu bagi Habib reward." tanganku dipipinya dijauhkan.

"Aisya bagi esok reward." balasku.

"Reward dalam bentuk apa?"

'Gambar ultrasound.' sekadar didalam hati.

Hakikatnya, aku hanya senyum lebar sebagai jawapan.

Aku memandu kereta ke rumah mummy. Memang itu cadangnya, kerumah mummy kemudian bertemu Hamidi di Helwah Cafe. Entah apa yang menarik minatku untuk kesana. Yang pasti, suasana di cafe itu menyenangkan.

Izin sudah dipinta pagi tadi sebelum Hamidi berangkat ketempat kerja.

Akhirnya kereta yang dipandu menjejak masuk kelaman rumah yang pernah menjadi kediamanku dahulu. Aku keluar dari kereta. Sunyi. Kelibat mummy tidak kelihatan. Aku keluar dari kereta, melangkah kepintu utama. Salam dilaung.

Seketika kemudian pintu dibuka oleh Mak Teh. Aku menghadiahkan senyum dan dibalas mak teh.

"Assalamualaikum Mak Teh. Mummy ada?"

"Waalaikumussalam. Baru je tadi Datin keluar." balas Mak Teh.

"Mummy keluar dengan siapa? Arham ke?" pelik. Takkan dengan Arham?

Mak Teh menggeleng.

"Dia keluar dengan kawan Ecca, Syaza."

"Syaza?"

"Ha'ah, katanya nak pergi beli cincin tunang."

Aku berkerut dahi. Pelik.

"Ada apa-apa yang saya tak tahu ke, Mak Teh?"

Mak Teh menggaru hujung kening dengan dahi berkerut.

"Takkan Ecca tak tahu yang Arham dan Syaza nak bertunang?" tanya Mak Teh pelik.

Aku tergamam. Syaza dan Arham? Bertunang? Dan aku tak tahu? Aku bukan ahli keluarga ini ke sampai perkara sebegitu penting tidak dikhabarkan kepadaku?

"Ecca?" panggilan Mak Teh menyentakkan lamunanku. Aku senyum kelat.

"Tak apalah Mak Teh, Ecca balik dulu. Sampaikan salam buat diorang, ya?" aku senyum pahit. Langkah diatur kembali ke kereta sebelum dipandu menuju ke cafe.

Sungguh,

Hati sakit diperlaku sebegitu oleh keluarga.

*****************
Aku merenung kerusi kosong dihadapan. Pandang kosong. Baru sahaja aku menghubungi Arham untuk bertanya tentang hubungannya dengan Syaza. Dan jawapannya,

"Betul ke kau nak bertunang?"

Jeda. Diam tiada balasan.

"Arham, aku tanya ni." suaraku perlahan.

"Hmm..."

Kini giliran aku untuk diam.

"Aku bukan adik kau ke sampaikan kau nak rahsiakan benda ni dari aku?"

"Aku bukan taknak bagitau kau. Cuma tak sempat dan aku tak tahu nak bagitahu kau macam mana. Tapi baguslah kalau kau dah tahu." balasnya. Dan alasan yang diberikan amatlah bodoh.

"Bagus?" aku senyum sinis.

"Bagus sangat. Aku tahu dari orang lain. Bukan dari keluarga aku sendiri." balasku sinis.

Keluhan dilepaskan. Seketika kemudian, datang seorang pelayan perempuan menghidangkan aiskrim coklat. Aku berkerut dahi. Bila masa aku pesan airkrim. Pelayan perempuan itu dipandang.

"Maaf, rasanya saya tak pesan aiskrim." kataku. Malah makanan pun tidak aku pesan lagi. Aku menunggu Hamidi terlebih dahulu kerana dia kelewatan.

Pelayan itu tersenyum.

"Saya tahu. Aiskrim ni saya yang belanja." balasnya sambil tersenyum lebar. Comel pula aku rasa budak ni. Aku senyum kecil.

"Saya yang entah sesiapa, awak nak belanja? Kenapa ya? " tanyaku.

Dia mengangguk.

"Sebab akak comel." aku menjongketkan kening sebelum ketawa kecil.

"Macam-macamlah awak ni. By the way, terima kasih ya?"

Dia tersenyum lebar. Mungkin gembira aiskrimnya diterima aku.

"Sama-sama, kak. Saya sambung kerja dulu ya?"

Aku mengangguk.

Sebaik kelibatnya hilang, aiskrim tersebut disudu sebelum dimasukkan kedalam mulut. Baik betul pekerja dekat sini.

Baru tiga suapan. Tekakku mula loya. Perut pula bertindak menolak kembali aiskrim yang ditelanku. Aku menekup mulut. Tidak menunggu lama, beg dicapai sebelum kaki bergegas ke tandas.

Sebaik tiba ditandas, segala isi yang ditelan diluahkan kembali kedalam sinki. Untung saja ketika itu tandas kosong tanpa pelanggan cafe yang lain. Dada aku urut perlahan kerana perit. Aku menongkat disinki. Berkumur beberapa kali.

Setelah memastikan keadaan diriku stabil. Aku keluar dari tandas. Sempat penampilanku ditilik ringkas. Sebaik sahaja menjejak keluar tandas. Kepalaku terasa berpinar. Pandangan mula kabur. Sebelum aku rebah dan semuanya gelap.

Perkara yang terakhir aku dengar cuma panggilan seorang perempuan dan...

"Kak Ecca!"

"Aisya!"
**********
Mata dibuka perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit cahaya lampu berkejaran masuk ke mata. Aku memejamkan mata kembali apabila merasakan kuantiti cahaya yang masuk terlalu banyak. Kemudian mata dibuka kembali apabila mata dapat mengawal cahaya dari masuk membuta tuli.

Mata meliar kesegenap ruang. Bersiling putih. Dan aku pula terbaring di sofa.

"Kak Ecca!"

"Aisya!"

Dua panggilan itu kembali terngiang. Sehinggalah aku tertancap pada susuk yang kemas bersarung kurta koko, bersandar disofa tunggal. Kepalanya terdongak sedikit keatas dengan mata yang terpejam. Tampak seperti sedang memikirkan sesuatu. Pandanganku jatuh kepada tangannya yang berada diatas pahanya, sebelah menggenggam telefon manakala sebelah lagi memegang sekeping gambar.

Aku berkerut dahi apabila mengamati objek yang dipegangnya. Telefon itu milik aku dan gambar yang dipegangnya adalah gambar ultrasound. Mataku terbuntang sedikit. Aku memerhati sekeliling sebelum mata tertancap kearah vitamin untuk ibu mengandung berada diatas meja, disitu juga terletak segelas air kosong. Aku ketap bibir.

"Habib," panggilku perlahan. Tapi cukup untuk membuatkan Hamidi membuka mata dan memandang kearahku. Senyuman nipis terlakar diwajahnya.

Dia bangun menghampiri aku, aku bangun dari perbaringan bagi memberi ruang kepada Hamidi melabuhkan punggung disisiku. Telefon dan gambar ultrasound masih ditangannya. Aku telan air liur yang terasa kesat.

"Nak air?" tanya Hamidi tiba-tiba. Barulah telefon dan gambar tersebut diletakkan diatas meja bersebelahan. Aku hanya memandang. Hamidi senyum kecil.

"Sayang nak air tak?" Hamidi mengulang kembali soalan yang diajukan sebentar tadi. Kali ini, tangannya naik bermain dengan rambutku.

Eh kejap! Rambut? Aku menyentuh kepalaku. Tanpa tudung? Aku memandang Hamidi dengan wajah berkerut.

"Mana tudung Aisya?" tanyaku pelik. Hamidi menunjukkan kearah tudung aku diletakkan. Aku mengangguk kecil.

Suasana sepi seketika.

"Nak air." mintaku perlahan. Tekak terasa kering saat ini.

Gelas berisi air kosong diatas meja diambil Hamidi. Gelas disuakan kepadaku. Dibantu Hamidi, air tersebut diminum perlahan beberapa teguk. Kemudian Hamidi meletakkan kembali diatas meja.

Sekali lagi suasana sepi kembali menyelubungi. Hamidi berdehem seketika. Aku tidak pasti kenapa suasana menjadi kekok.

"Ada apa-apa nak bagitahu Habib?" tanya Hamidi perlahan. Matanya setia memandangku. Seperti hari-hari sebelum ini, mata itu tidak pernah pudar dari sinar kasih sayang dan cinta.

Aku kemam bibir. Sementara Hamidi masih setia menanti jawapan. Kemudian Hamidi menggaru hujung keningnya seraya mengeluh perlahan. Telefon aku dan gambar ultrasound diambil kembali sebelum disuakan kepadaku.

"Aisya nak bagitahu yang mana dulu?" soalannya menambahkan lagi pelik dihati. Dikanannya ada gambar ultrasound manakala dikiri ada telefon.

Sekali lagi sepi menemani. Sungguh buntu, tidak faham dengan apa yang dimaksudkan. Untuk apa aku jelaskan tentang telefonku? Atau...

Hamidi meletakkan telefonku ditapak tanganku.

"Habib nak dengar tentang ni dulu." katanya, merujuk kepada telefonnya. Dengan hati berdebar aku memandang telefon.

Aku kejung.

Hamidi dah tahu.

Ruang chat antara aku dan penghantar SMS misteri itu. Aku memandang Hamidi.

"Aisya," suaraku tersekat-sekat.

Tanganku dibawa kedalam genggaman. Digenggam lembut.

"Ingat tak apa Habib pernah kata dulu?"

Aku menunduk.

"Kalau ada masalah, kongsi dengan Habib. Jangan pendam seorang diri, bagitahu Habib. Kita sama-sama selesaikan. Ingat tak?" tanganku digenggaman kanannya digosok lembut.

"Aisya taknak ganggu Habib." balasku perlahan.

Hamidi mengeluh.

"Aisya kenal siapa yang hantar tu?"

Aku menggeleng.

"Tak apa, nanti Habib belikan nombor baru."

Terus aku memandang Hamidi. Aku menggeleng kecil.

"Aisya sayang nombor ni." ujarku.

Hamidi senyum kecil. Kepalaku diusap.

"Tapi Habib lagi sayangkan zaujah Habib." ujarnya, hujung bibirnya naik menbentuk senyuman lebar. Tidak semena aku turut tersenyum sama.

Lama mata saling bertatapan, mencurah kasih dan cinta yang makin hari makin bertambah mekar. Sehinggalah tangan kirinya Hamidi mendarat diperut aku yang kempis. Pandangannya juga bertukar arah memandang perutku yang dilindungi baju. Bibirnya mengukir senyum tatkala tangannya mengusap perutku. Barulah dia kembali memandangku.

"Sebab ni ke Aisya taknak pergi klinik setiap kali Habib ajak?"

Aku mengangguk kecil.

"Kenapa?" walaupun nada yang digunakan adalah lembut, tetapi soalan itu bagai tanda kesal darinya.

"Kenapa Aisya tak bagitahu Habib?"

"Aisya memang nak bagitahu, tapi..." tergagap aku ingin mengemukakan jawapan.

"Tapi?"

Aku ketap bibir. Tidak menunggu lama. Aku menarik nafas dalam. Genggaman tangan Hamidi aku leraikan, giliran aku pula yang menggenggam tangannya. Tangannya dibawa kebibir. Menunduk aku seperti seorang pesalah. Menyembam muka ketangannya.

"Aisya minta maaf sebab tak bagitahu Habib awal-awal tentang ni. Sepatutnya Aisya tak boleh rahsiakan hal penting macam ni. Aisya minta maaf."

Takut jika Hamidi menjauhi aku kerana khilaf aku sendiri. Aku mengangkat muka apabila tiada tindak balas dari Hamidi. Sebaik mengangkat muka, mata Hamidi tepat memandangku.

"Maafkan Aisya, ya?" aku sudah tersebek.

Hamidi tarik senyum lebar. Tubuhku ditarik kedalam pelukannya. Aku menyembamkan muka kedadanya. Tangan turut membalas pelukannya.

"Aisya minta maaf." ujarku untuk kesekian kalinya.

"Shh... Bukan salah sayang pun." kepalaku dikucupnya.

"Sayang tak bagitahu Habib sebab sayang terkilan dengan Habib waktu tu. Habib faham." sambungnya.

"Ini ke 'reward' yang sayang maksudkan semalam?" tanya Hamidi.

Aku mengangguk kecil dengan kepala masih tersembam didadanya.

"Syukran, sayang." ujarnya.

Aku senyum mendengarkannya.

"Syukran too."

Tak salahkan untuk aku rojakkan dua bahasa penting itu? Syukran too?

Hamidi ketawa kecil.

"Syukran too?" Hamidi mengulanginya dengan sisa tawa masih ada. Aku menongkat dagu didadanya. Memandang kearahnya yang juga sedang tunduk memandangku. Aku sengih tak bersalah.

"Habib tak marah Aisya sebab lewat bagitahu hal ni?" tanyaku. Hamidi ukir senyum. Haish laki aku ni, sejak dari hari pertama berjumpa, tak pernah lokek dari senyum.

"Tak marah, cuma terkilan sikit je." balasnya. Aku diam mengetap bibir. Kemudian, Hamidi ketawa kecil. Hidung dilagakan dengan hidungku. Dahi bertemu dahi. Mata ditatap kasih. Menyalur rasa yang tak pernah hilang.

"Terima kasih sebab kandungkan benih Habib." ujarnya.

Aku ukir senyuman lebar tanpa sedar.

"Boss!"

Serentak itu aku dan Hamidi menjarakkan diri. Sekaligus pelukan turut terlerai. Pandangan ditala kearah gerangan yang tiba-tiba masuk menerpa. Aku berkerut dahi, gadis ini yang memberikan dia aiskrim tadi.

Aku melihat mukanya yang sudah berona merah.

"Hanan," dari nada Hamidi cukup menggambarkan dia geram. Dia mengeluh kecil.

"Kenapa tak ketuk pintu dulu?" tanya Hamidi. Langsung tidak dipandang gadis yang dipanggil Hanan itu. Mungkin malu. Macam mana aku tahu? Telinganya berona kemerahan tanda dia malu. Aku senyum kecil. Pemalu rupanya.

"Tapi saya dah ketuk banyak kali tadi." balas Hanan teragak-agak.

Aku dan Hamidi berpandangan. Hamidi menggosok belakang lehernya manakala aku menggaru kening yang tidak gatal. Masing-masing melarikan pandangan daripada Hanan. Err, jadi sebenarnya siapa yang salah dalam situasi ni?

"Boss tu yang ralit bermanja dengan isteri sampai saya ketuk pintu pun, Boss tak dengar." sambungnya lagi.

"Dah dah... Awak ni merepek aje kerja." balas Hamidi. Aku pula lebih selesa diam. Tidak tahu ingin balas apa. Hamidi kemudiannya berdehem beberapa kali.

"Ada apa masuk pejabat saya?" tanya Hamidi pula.

Hanan mengangkat tangan separa mukanya, menunjukkan sebotol minyak angin.

"Minyak angin untuk akak tu." mulutnya memuncung kearahku.

"Letak atas meja saya." balas Hamidi. Hanan melangkah mendekati meja kerja Hamidi sebelum botol kecil itu diletakkan diatasnya.

"Saya pergi dulu ye. Maaf menganggu."

Hamidi mengangguk kecil.

"Eh boss!"

"Apa lagi?" nada Hamidi seolah malas melayan.

"Jangan lupa kunci pintu, nanti kena serbu pula." ujarnya sebelum beredar menghilangkan diri disebalik pintu.

Aku kemam bibir menahan dari mengeluarkan tawa kecilku. Tetapi sebaik Hamidi memandangku, serta merta tawa terlepas dari tahananku.

"Kenapa ketawa?" tanya Hamidi tak berpuas hati.

Telinganya aku gosok.

"Telinga merah-merah ni kenapa? Malu ya?" tanya ku. Atau lebih tepat, mengusik.

Hidungku dicuitnya. Tidak membalas soalanku.

"Habib,"

"Ya?"

"Ini ke tempat kerja Habib?" tanyaku.

Hamidi tersenyum. Mengangguk kecil.

"Patutlah ajak jumpa dekat cafe ni." gumamku perlahan.

"Sayang yang nak sangat datang tempat kerja Habib kan? Beria merengek pagi tadi." ujar Hamidi.

Aku sengih kambing. Mengangguk kecil. Tak sangka ini rupanya 'kebun anggur' yang dimaksudkan Hamidi selama ini.

"Aisya nak datang hari-hari, boleh?"

"Boleh, sayang." hidungku dicuit.

****************
Aku menjeling Hamidi. Jelingan amaran. Kemudian, pandangan dipasakkan ke kaca television. Walau hakikatnya, tiada yang menarik kerana fokus hilang akibat dari deringan telefon pintar milik Hamidi. Telefon aku? Aku baru sahaja tukar nombor baru, maka tiada sebarang panggilan diterima olehku. Aman dunia.

"Sayang," Panggil Hamidi. Aku menjeling.

"Kalau Habib angkat call tu, malam ni tidur dekat luar." ujarku keras. Cakap tak serupa bikin. Alih-alih, Hamidi juga yang kau cari sebab tak boleh tidur tanpa dia disisi.

Hamidi menjongketkan kening tanda tidak percaya. Hujung keningnya digaru tanpa rasa gatal.

"Diorang yang salah, Habib yang kena? Mana aci." balas Hamidi.

Aku abaikan rungutannya. Telefonnya juga sudah berhenti berdering.

"Sayang," panggil Hamidi lagi. Serentak itu deringan telefon kedengaran. Aku berdecit geram.

"Boleh tak Habib off phone tu?" tanya ku geram.

Hamidi mengambil telefonnya lalu menunjukkan kepadaku nama pemanggil. Aku berdecit.

"Sayang, tak baiklah." tegur Hamidi.

"Apa yang diorang buat tu, baik sangat?" bidasku.

Hamidi garu hujung kening. Telefon diletakkan kembali.

"Sayang," Hamidi masih lagi dengan suaranya untuk memujuk.

Aku menekup telinga. Hamidi pula sudah ketawa kecil melihat tindak balasku. Kemudian dia menundukkan badannya, setara dengan perutku.

"Assalamualaikum anak baba," aku menjelingnya yang sedang bercakap dengan perutku.

"Baba nak minum nescafe, boleh tak anak baba tolong buatkan? Mama tengah marah tu." sambungnya lagi. Hamidi angkat kepala memandangku.

"Nanti Aisya buatkan." aku bangun dari duduk. Hamidi yang sudah tersenyum lebar ketika aku menjelingnya.

Langkah aku terhenti apabila deringan sekali lagi kedengaran. Hamidi aku pandang, jelingan amaran keras sekali lagi dihadiahkan sebelum aku beredar kedapur. Membancuh nescafe buat si suami.

Sachet nescafe 3in1 diambil. Hujung sachet dikoyak sebelum dituangkan isinya kedalam mug. Air panas dituangkan lalu dikacau air tersebut mengikut lawan arah jam sementelah selawat meniti dibibir.

Sekalipun marah atau tidak berpuas hati, didik diri untuk alunkan selawat atau berzikir ketika menyediakan hidangan. Itulah yang dipesan Hamidi.

Mug yang berisi bancuhan nescafe itu dibawa keruang tamu, untuk diberikan kepada Hamidi. Langkah terhenti disisi sofa, serta-merta Hamidi meminta diri untuk menamatkan panggilan setelah melihatku.

Mug aku letak kasar diatas meja.

"Tidur dekat luar." ujarku lalu beredar, tapi tangkas dihalang Hamidi.

"Kenapa ni?" tanya Hamidi lembut.

Sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu ditanya pula. Aku ditarik untuk duduk disebelahnya.

"Kenapa taknak angkat call?" tanya Hamidi.

"Buat apa nak angkat, diorang bukan keluarga saya." balasku perlahan, mata memandang pergerakan tanganku yang sedang memicit geram tangan Hamidi.

"Astaghfirullah. Tak baik cakap macam tu, sayang."

Aku kemam bibir.

"Betullah, benda penting macam tu pun diorang tak bagitahu. Itu ke nama keluarga?" jawapku. Masih tidak mengangkat kepala.

"Sayang,"

"Pandang Habib." daguku diangkat.

"Mummy nak cakap dengan sayang. Tak baik buat mummy macam tu. Dia ibu sayang." ujarnya.

"Mummy pun sama je, tak bagitahu Aisya benda ni. Semua orang pinggirkan Aisya!"

"Sayang, diorang ada sebab. Cuba bercakap dulu dengan diorang."

"Sebab apa? Sebab lupa nak bagitau? Nampak sangat yang Aisya ni bukan sesiapa."

"Sayang, cuba..."

"Dahlah, Aisya nak tidur! Habib tidur luar! Taknak kawan dengan Habib!" pintasku. Aku bangun memanjat tangga meninggalkan Hamidi terkebil-kebil dibawah.

Siapa yang tak sakit hati kalau diperlakukan sebegitu?

*************
Terkebil-kebil aku memandang siling. Sekejap kekiri, kemudian kekanan. Tempat perbaringan Hamidi yang kosong, aku pandang lama. Kemudian aku bangun dari perbaringan. Memandang pintu bilik yang tertutup rapat. Tiada tanda-tanda pintu itu akan dibuka dari luar.

"Kenapa baba tak masuk bilik lagi, hmm?"

Aku mengusap perutku.

'Macam mana dia nak masuk kalau kau kunci pintu?'

Aku mengeluh perlahan.

Akhirnya kalah dengan perasaan, aku bingkas turun dari katil. Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Kepala aku jengulkan keluar, melilau mencari kelibat Hamidi. Tapi tiada.

"Baba dekat mana, sayang?"

Takkan betul-betul tidur luar? Atau dekat bawah lagi? Bilik kerja?

Akhirnya kaki dibawa melangkah kebilik kerja. Melalui bawah pintu, dapat dilihat simbahan cahaya yang menerangi bilik itu. Tombol pintu teragak-agak dipegang. Aku ketap bibir.

"Masuk je, Habib tak kunci pintu."

Aku tersentak. Mana dia tahu aku ada dekat depan bilik kerja? Bibir bawah digigit. Perlahan-lahan aku memulas tombol. Aku menjengulkan kepala kedalam.

"Kenapa tak tidur lagi? Dah lewat ni." tanya Hamidi yang sedang duduk diatas sofa sambil menghadap laptop, sambil jari lincah menari dikeyboard. Aku menyebek, langsung tak pandang muka aku?

Soalannya tidak aku jawab sehinggalah dia mengangkat muka memandangku. Haaaa, reti pula tengok muka bini!

"Sini." ruang disebelahnya ditepuk, tanda menyuruh aku duduk disitu. Aku mengatur langkah duduk disebelahnya.

"Aisya tak boleh tidurlah!" rungutku disambut tawa kecil dari Hamidi.

Aku merebahkan kepala diatas pahanya. Tangannya ditarik kedalam pelukan. Mata dipejamkan.

"Selesa ke tidur macam ni?" tanya Hamidi.

Aku mengangguk kecil. Seketika kemudian, aku menggeleng pula.

"Kalau macam tu, pergi masuk tidur dalam bilik. Dah lewat ni, sayang." ujarnya sambil mengusap rambutku.

"Kan dah cakap, tak boleh tidur." balasku perlahan. Hamidi sekadar diam sambil tangan masih mengusap rambutku.

"Habib," aku merengek.

"Iyaa..."

"Aisya dah mengantuk ni. Jomlah tidur." jari Hamidi aku mainkan, dipicit-picit geram.

Aku bangun dari perbaringan, menghadap dengan mata dipincingkan Hamidi. Hamidi menjongketkan kening bertanya.

"Kalau Aisya liat bangun subuh pagi esok, jangan nak salahkan Aisya. Habib yang salah sebab taknak temankan Aisya tidur."

Perempuan, terang-terang dia yang salah. Masih lagi mahu salahkan lelaki. Hamidi mencebek mendengar ujaranku. Atau lebih tepat, senyum sinis.

"Sebelum ni Aisya tidur awal pun, masih liat juga nak bangun subuh." keningnya terjongket-jongket.

"Yang tu lain cerita,"

"Sama je."

Aku memulas perutnya geram.

"Aww sayang..." tanganku yang memulas perutnya, ditariknya.

"Sakit sayang." mukanya sudah berkerut.

Aku menjeling.

"Okay okay, jom tidur." Hamidi mematikan laptopnya dan mengemas meja. Meja rendah itu ditolak sedikit menjauhi sofa, mencipta ruang yang luas  diantaranya. Aku berkerut kening memerhati.

"Nak buat apa?" tanyaku pelik. Hamidi memandangku.

"Tidur sini, okay?"

Aku berkerut dahi. Bantal kecil diatas sofa diambil lalu diletakkan diatas karpet itu.

"Sekejap Habib ambilkan selimut." Hamidi bangun keluar dari bilik. Entah selimut dari mana yang dia nak ambil. Jangan kata selimut dekat atas katil tu sudah.

Seketika kemudian Hamidi masuk kembali dengan selimut yang terlipat elok ditangan. Lampu bilik itu ditutup, hanya membiarkan meja lampu diatas meja kerjanya. Hamidi membaringkan tubuh, tangannya menarik aku untuk berbaring bersama.

"Kenapa taknak tidur dalam bilik?" tanyaku pelik. Tangan memeluk batang tubuhnya, menongkat dagu didadanya sedang mata memandang kewajahnya.

"Malas nak berjalan masuk bilik." balasnya sambil mengemaskan pelukan, matanya terpejam. Aku berkerut dahi. Kalau dia malas masuk bilik, selimut ni dia rembat dari mana?

"Selimut ni ambil mana?"

"Dalam almari bilik kita." balasnya.

Aku diam sejenak. Dah kenapa suami aku malam ni?

"Rajin pula masuk bilik?" sindirku.

Hamidi tersenyum. Kepala yang mendongak memandang ditolak kebawah. Kepalaku ditarik kedadanya.

"Shh tidur, esok liat pula nak bangun subuh." ujarnya.

Disebalik dadanya, aku mengukir senyum. Menghidu bauan tubuhnya cukup membuat aku tenang.

Berbalut pelukan hangat si suami, diulit alunan merdu ayat suci. Aku lena didalam dakapannya. Moga kehadiran benih yang sedang membesar, akan menambahkan lagi seri rumah tangga kami.

*********
Usai mengaminkan doa, aku menghulurkan tangan untuk bersalaman.  Tangan Hamidi dikucup. Seperti kebiasaan hari lain, Hamidi akan mengucup ubun-ubunku selepas aku mengucup tangannya.

"Mengantuk lagi ke?" tanya Hamidi apabila aku tidak melepaskan tangannya, malah ditunjukkan muka mengantuk yang amat.

Aku mengangguk lemah. Sengaja ingin mantapkan perasaan mengantuk yang menguasai diri.

"Kenapa tak mandi? Biar segar sikit mata tu. Kan dah mengantuk ni." sempat lagi dia membebel.

Hamidi melepaskan pegangan. Jarinya mengurut alis keningku lembut sebelum dicium.

"Mengantuk lagi?" tanya Hamidi sekali lagi.

Aku mengangguk lagi memandangnya dengan muka kesian. Sebenarnya nak minta kebenaran tidur lepas subuh. Tadi, punya liat nak bangun subuh sampailah Hamidi ugut nak angkut letak luar rumah, tidur sebelah kereta. Laki aku ni memang,

Hamidi mengangguk faham.

"Tolong ambilkan Habib quran." pintanya. Tidak diendah muka kesian yang aku paparkan.

"Habib," rengekku tidak berpuas hati. Hamidi tersenyum.

"Cepatlah, nak halau syaitan yang bergantung dekat mata Aisya tu." balasnya dengan senyuman yang makin melebar.

"Habib!"

Dan tawanya meletus. Dengan tidak berpuas hati, aku bangun mengorak langkah kearah meja yang menempatkan alquran dan rehal.

"Nak pergi mana?" tanyaku apabila Hamidi bangun dari duduk.

"Ambil wudhu' baru." balasnya lalu mengatur langkah kebilik air. Ouh lupa, yang wudhu' dia dah batal sebab bersentuhan tadi.

Aku duduk kembali diatas sejadah yang masih belum dilipat. Alquran diletakkan diatas bantal yang aku ambil sekali.

Tidak lama kemudian, Hamidi kembali melabuhkan duduk diatas sejadahnya. Kemudian dia memandangku pelik. Air wudhu' masih ada dimukanya, sengaja tak lap. Tahu tak seksi? Aku berura-ura ingin menyentuh hidungnya apabila ada setitik air ingin jatuh. Tapi aku batalkan niat apabila Hamidi menjengilkan mata tanda amaran. Aku mencebik.

"Kenapa ambil bantal? Dua pula tu." tanyanya. Aku sekadar memberikan senyuman. Hamidi menjengulkan kepala kearah katil sebelum berkerut dahi.

"Ambil bantal Habib pula tu." sambungnya lagi.

Aku tidak membalas. Alquran dihulurkan kepadanya. Hamidi menyambut. Rehal tidak aku ambil kerana Hamidi lebih suka memegang alquran ketika membacanya berbanding meletakkan diatas rehal.

Sebaik dia mengambil huluran quran dariku, aku meletakkan bantal disisinya sebelum mendaratkan kepala diatas bantal. Bantal satu lagi dibuat peluk. Nak peluk tangan Hamidi tak boleh sebab dia nak baca quran, jadi peluk bantal je.

"Aisya,"

Aku memejamkan mata. Dari nadanya sudah aku tahu apa yang bakal dikatakan.

"Bangun, jangan mengada nak tidur subuh."

Aku menggeleng.

"Lima minit, please." aku mengangkat tangan menunjukkan lima jari.

"Tak ada lima minit."

"Kalau macam tu, lima puluh minit." aku sembunyi senyum.

"Heih budak ni, menjawab ya sekarang?"

"Shh.. Baca quran tu, jangan ganggu Aisya tidur."

Dapat aku teka yang dia sedang menggeleng kepala dengan perangai aku. Tak kisah, janji dapat tidur. Yang penting, ada laki teman dekat sebelah sambil baca quran. Lagilah nyenyak nak tidur.

TBC


Continue Reading

You'll Also Like

487K 23.7K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
601K 23.8K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
8.5K 229 17
"Hei babe. Kahwin dengan aku." Tiada angin, tiada ribut. Dengan tiba-tiba saja Nur Lailana dilamar kawan baiknya sendiri, Syahimi Hakimi. Tidak terma...
3.2M 286K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...