Ustaz, Tunggu Saya!

Av aeinsohko

807K 31.7K 4.3K

Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua... Mer

Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Promote Time
Bab 52
Epilog
✨Farewell ✨
UTS Beraya #1
UTS Beraya #2
UTS Beraya #3
UTS Beraya #04
UTS Beraya #5
UTS Beraya #06

Bab 22

15K 629 159
Av aeinsohko

Aku memisat mataku, membenarkan sedikit demi sedikit memenuhi penglihatan. Jam telefon dilihat sekilas.

3 pagi.

Aku pandang sebelahku. Mak masih lena, begitu juga Anaqi yang berada didalam coat bayi. Nafas dihela. Disebabkan kejadian airmata tengahari tadi, tidak pasal-pasal aku demam. Lembik betul.

Kesudahannya, mak membebel dan menyuruh aku tidur dibiliknya. Hamidi keseorangan didalam bilik.

Pintu bilik mak aku pandang. Dilemma seketika.

Lapar.

Itulah asbab aku terjaga jam 3 pagi ini. Kemudian aku bangkit, keluar dari bilik Mak ingin menuju kedapur. Nak geledah dapur, cari makanan. Rupa dah macam pencuri pula.

Langkah terhenti apabila melintasi bilik aku dan Hamidi. Dari bahagian bawah pintu, dapat dilihat cahaya menyimbahi ruang bilik itu. Takkanlah tak tidur? Seketika terdengar suaranya mengaji alquran. Tahulah aku yang dia bangun malam untuk menghadap illahi. Aku pula, bangun untuk menghadap makanan. Begitu kontra niat aku dan Hamidi. Aku senyum nipis sebelum menyambung langkah kedapur.

Lampu dapur dibuka, tidak lama kemudian dapur terang disimbahi lampu.

'Nak makan apa waktu-waktu macam ni?'

'Takkan nak masak? Nanti bising, ganggu orang lain nak tidur.'

'Nasi?'

'Roti?'

'Kuih pelita yang mak buat petang tadi?'

'Biskut tawar?'

Kesudahannya aku mengeluh, tidak tahu untuk makan apa.

Dari pagi tak makan, siapa je tak lapar? Makan malam tadi pun aku tidak sentuh, selera tiada. Dan sekarang, selera tiba-tiba datang? Jam 3 pagi? Diwaktu manusia lain sedang lena.

Peti ais bahagian freezer dibuka. Mata meliar seketika sebelum bibir manarik senyum. Mata tertancap pada ais krim Malaysia yang berperisa asam boi itu. Aku ambil dua sebelum peti ais ditutup kembali. Langkah diatur kemeja makan sebelu melabuhkan punggung diatas kerusi.

Sejuk. Pagi-pagi buta macam ni makan aiskrim? Kalau tahu dek Mak mahupun Hamidi, sah-sah kena bebel.

Sedang asyik hati bergembira menjamu selera pagi. Satu dehemen garau kedengaran. Hantu ke?

"Buat apa tu?" suara garau itu bertanya, bernada lembut. Tidak sempat aku detect empunya suara, si gerangan sudah berada disisiku. Malah aiskrim ditanganku diambilnya. Aku pandang tak puas hati. Gigi dikancing geram.

"Kenapa tak makan nasi je? Mak ada simpan lauk untuk Aisya dalam peti." tangannya yang menyentuh dahiku, aku tolak perlahan.

"Saya nak makan aiskrim." balasku mendatar.

"Dengan perut kosong, nak makan aiskrim? Aiskrim asam boi pula tu."

Aku mendengus.

"Makan dulu, baru Habib bagi aiskrim."

"Taknaklah!"

"Nak aiskrim tak?"

Batang aiskrim digoyangkan dihadapan mukaku. Mencabar kesabaran betul. Dengan pakai kain pelikat, t-shirt plain putih, kopiah atas kepala. Ingat boleh cair ke? Sorry to say, memang saya cair sekarang. Eh tak! Tak cair langsung!

"Jangan nak paksa boleh tak?"

"Tiada kompromi." balasnya ringkas, pakej sekali jongket-jongket kening. Aku mendengus.

Aku bangun dari duduk. Baik tidur je!

"Nak pergi mana?" tanganku dipegang Hamidi. Aku cuba untuk leraikan, tapi gagal.

"Masuk tidur."

"Siapa bagi keizinan?"

"Do I care? Saya mengantuk."

Langsung Hamidi tidak aku pandang.

"Duduk." kata Hamidi. Atau lebih tepat lagi, mengarahkan aku supaya duduk kembali.

"Jangan paksa boleh tak?"

"Boleh aje,"

"tapi bukan sekarang." sambungnya sekaligus muka aku memuram durja. Aku duduk dengan rasa keterpaksaan.

Aku sekadar memerhati Hamidi mengeluarkan mangkuk dari peti, tidak pasti mangkuk apa. Kemudian dipanaskannya. Sambil itu dia membancuh air didalam mug. Aku sekadar memerhati.

Tidak lama kemudian, makanan siap dipanaskan lalu diletakkan didalam mangkuk. Kemudian dibawa kepadaku bersama mug tadi.

'Bubur nasi?'

Dari mana datangnya? Aku berkerut dahi.

"Tadi Habib buatkan bubur, tapi Aisya dah tidur jadi Habib simpan dalam peti dulu." terang Hamidi.

Tangannya ligat mengacau perlahan bubur didalam mangkuk itu. Menghilangkan sedikit haba panas bubur.

Aku masih tetap dengan pekerjaan sementara aku, iaitu memerhati tingkah Hamidi. Bukan memerhati Hamidi ya, sekadar memerhati tingkah Hamidi.

Kemudian mangkuk ditolak kehadapanku.

"Makanlah."

Aku hanya memerhati bubur tersebut. Ada sesuatu yang mengganggu fikiranku sekarang.

Hamidi mengambil mangkuk tersebut. Kemudian sudu berisi bubur itu disuakan kepadaku. Dan. Aku. Hanya. Melihat.

"Kenapa? Habib buatkan dengan penuh kasih sayang tahu tak? Tak kan taknak makan?"

Aku jeda.

"Aiskrim tadi awak letak mana?"

Hamidi ketawa kecil. Sudu diletakkan kembali didalam mangkuk.

"Ingatkan apa tadi. Ada je aiskrim Sayang tu, Habib letak balik dalam freezer."

Aku diam.

"Kalau cair aiskrim saya, saya tak maafkan awak." gumamku perlahan.

"Sampai hati taknak maafkan Habib sebab aiskrim." lirih Hamidi.

Aku menjulingkan mata keatas. Hamidi menyuakan kembali bubur.

"Cepat makan. Lepastu rehat, nanti subuh Habib kejutkan balik." katanya.

Penatlah asyik tidur. Tak faham ke? Suaan bubur dari Hamidi aku sambut.

"Sedap tak?"

"Hmm,"

Kepalaku diusapnya. Kemudian dahiku disentuh.

"Dah kebah sikit demam sayang."

Aku diam. Setia menyambut suapan bubur dari Hamidi.

"Lena tak tidur semalam tanpa Habib?"

Aku jeling Hamidi yang sudah tersengih. Susah gila nak lelap. Nasib baik suami aku ni bijak, ada juga solution dia.

Jujur, walaupun aku merajuk dengan dia. Aku masih inginkan belaian darinya.

"Lena sangat. Boleh peluk Anaqi." balasku tidak jujur. Gila apa nak jujur.

"Nampaknya Habib sorang jelah yang rindu isteri Habib sampai susah lelap semalam." lirih Hamidi perlahan.

Aku pandang Hamidi. Boleh percaya ke?

"Tak tanya pun."

Dan disebabkan jawapan aku yang agak 'bijak' itu, Hamidi menarik pipiku. Sakit lah!

"Ya Allah, isteri siapa ni? Sejak bila pandai menjawab macam ni?" tangan Hamidi aku tolak menjauhi pipiku.

"Sakitlah." rungutku.

"Tak tanya pun." aku melopong. Paku keras dipulangkan kembali oleh Hamidi, pakej sekali senyuman sinis.

Aku berdecit.

"Cepatlah, saya nak makan aiskrim pula." aku gesa Hamidi.

Kalau suami yang suapkan, memang selera makan lain macam ye? Lagi-lagi suami yang handsome macam ni.

"Kenapa pandang Habib macam nak makan je? Tak cukup ke bubur ni?" tanya Hamidi bernada mengusik.

"Sibuklah dia ni. Cepatlah, aiskrim dari tadi panggil saya." Hamidi aku jeling.

Dia tersenyum senang. Menyambung menyuap bubur kepadaku. Sumpah, Hamidi masak sedap. Cemburu pula rasanya, maklumlah suami masak sedap. Sedangkan aku si isteri, hampeh betul skill memasaknya.

Dan seperti yang dijanjikan, selepas makan bubur, Hamidi bagi aku aiskrim.

***************
Alunan tenang dari saluran earphone aku hayati diatas sambil bersandar dipokok, yang penting adalah aiskrim dimulut. Dengan mata terpejam, walaupun tidak mengetahui maksud yang dialunkan. Tapi ketenangan yang dialirkan dalam rentaknya dalam aku rasai.

"Kenapa tak tidur lagi? Sejuk ke?" tanya Mak, dahiku disentuh.

"Panas lagi tubuh Ecca ni."

Aku senyum kecil.

'Mak, Ecca tak boleh tidur!' aku mengadu didalam hati.

Aku berbaring mengiring membelakangi Mak. Seketika, terasa ada tangan menyelimuti aku.

"Malam ni Hamidi tak ada nak hilangkan sejuk kamu, jadi kamu kena selimut."

Mak pun pandai menyindir ke?

Aku senyum kekok.

"Terima kasih, Mak."

"Sama-sama." senyuman diberikan kepadaku.

Ting!

Segera aku mencapai telefon diatas meja lampu.

Dari Hamidi.

Habib Qalbi 💕

Habib tahu sayang tak boleh lelap.
Harapnya ni dapat ulitkan sayang malam ni. 😉
Audio

Aku membuka audio yang dihantar Hamidi. Tenang. Memang mampu untuk ulitkan tidur.

"Haih, suami dan isteri sama je. Tak boleh berpisah langsung."

Aku sekadar senyum kecil mendengar komen mak.

'Lael saedah, Zaujati.'

Satu lagi pesanan diterima sebaik aku habis mendengarkan audio yang dihantarnya.

Lamunan aku tentang semalam terhapus apabila alunan merdu itu mati tiba-tiba. Aku membuka mata melihat gerangan yang mengganggu ketenteraman aku.

Dia ni lagi!

Aku menjelingnya.

"Kenapa duduk luar? Sayang tu demam lagi."

Aku memandangnya yang masih berjubah. Baru pulang dari surau? Rasanya jemaah lain sudah pulang awal-awal lagi selepas solat asar. Kenapalah suka sangat balik lewat dari surau?

"Satu lagi, tu..." dia menunjuk kearah aiskrim dipeganganku.

"Rasanya aiskrim dah habis. Dari mana aiskrim tu?" soalnya tidak berpuas hati.

"Saya belilah."

"Bila?"

"Tadi."

"Dengan siapa?"

Aku menjelingnya, banyak pula soalan dia tanya.

"Sorang."

"Tak minta izin suami dulu?"

"Saya dah dapat keizinan Mak."

"I see... Ouh lupa, suami Aisya tu Mak."

Sinis.

Aku ketap bibir. Aiskrim yang masih berbaki separuh aku letak ditangannya.

"Tak payah nak sindir-sindir. Saya minta maaf sebab tak minta izin awak." aku bangun menyarung selipar.

Tapi ditarik Hamidi menyebabkan aku kembali duduk diatas pangkin.

"Habib gurau je. Sejak bila tak boleh bergurau ni, hmm?"

Aku diam. Memaku diri. Aiskrim diberikan kepadaku kembali.

"Ni last. Lepasni tak ada aiskrim dah."

"Ambillah, dah tak ada selera."

Diam.

"Aisya,"

Bila dia panggil dengan panggilan nama disertai nada sebegitu. Maknanya dia dalam mood serious.

"Sampai bila nak dingin dengan Habib?" tanya Hamidi.

Aku diam.

Hamidi masih setia menunggu jawapan dari aku. Tidak tunggu lama aku mengambil telefonku lalu aku sumbatkan kembali earphone kedalam telingaku. Audio tadi dipasang kembali. Aku bangun untuk beredar. Sekali lagi dihalang Hamidi.

Dia mencabut sebelah earphone ditelingaku.

"Habib bagi Aisya masa sikit lagi untuk Aisya redakan marah Aisya. Tapi jangan lama, Habib rindu isteri Habib yang ceria."

Jeda.

"Esok kita balik KL, tupun kalau demam Aisya dah kebah." katanya. Sisi kepalaku dikucupnya sekilas.

Tidak tunggu lama aku terus atur langkah meninggalknnya. Masuk kedalam rumah.

'Aisya rindu Habib. Tapi hati Aisya sakit.'

************
Aku memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk kedalam rumah yang sudah dua hari ditinggalkan itu. Walaupun salamku tidak disambut manusia, tetapi aku yakin ada makhluk Allah yang lain akan menyambut salamku.

Bunyi macam seram pula.

Aku labuhkan duduk diatas sofa, telefon diambil keluar dari beg silang apabila terdengar bunyi notifikasi masuk.

Dari penghantar misteri itu.

Aku mengeluh kecil. Ingatkan dah berhenti ganggu, rupanya masih belum. Ketika di rumah Mak, satu mesej pun aku tidak terima dari gerangan misteri ini.

'Hai.'
'Seronok balik kampung?'
'Aku saja je taknak ganggu kau dekat kampung.'

Aku menjulingkan mata membaca soalan yang diajukan. Tidak cukup itu, diselit sekali emoji 'wink'.

"Gila." getusku perlahan.

"Siapa yang gila?" satu suara garau bertanya.

Aku memandang kearah pintu, dimana Hamidi sedang masuk sambil membawa beg aku dan dia.

"Entah." balasku ringkas. Malas mahu memanjangkan cerita.

"Habib ke?" aku tersentak, wajah sudah berkerut. Memandangnya yang berwajah mendatar, dia melabuhkan duduk disofa satu seat.

"Boleh jatuh derhaka kalau saya kata awak gila." Hamidi senyum kecil. Atau lebih tepat, senyum hambar.

"Dingin dengan Habib, tak takut jadi derhaka ke?" tanya Hamidi setelah lama berdiam menekur lantai.

Aku kaku. Lidah terkelu tidak tahu ingin menjawab apa. Sedang Hamidi masih setia merenung aku dengan pandangan redup. Memohon jawapan.

"Kalau Aisya terus dingin macam ni, masalah tak akan selesai."

'Masalah akan selesai je kalau Humairah tak ada.' kata hatiku.

Diam.

Hamidi mengeluh berat.

"Aisya tahu, apa kejayaan terbesar syaitan?" tanya Hamidi perlahan.

Aku diam. Bukan sengaja aku nak diam. Cuma, kalau kita tak tahu, lebih baik diam kan? Daripada pura-pura bijak, lebih baik mengaku bodoh.

"Syaitan akan bergembira bila suami isteri bergaduh, dingin, bermasam muka..."

"Itu antara kejayaan terbesar mereka." sambung Hamidi.

Aku ketap bibir.

"Bagitahu Habib apa yang Aisya pendamkan sampai dingin macam ni dengan Habib."

Matanya tunak memandang tepat kearah bebola mataku. Tidak betah dengan pandangannya. Aku melarikan pandangan.

"Pandang Habib, Aisya." aura apa yang dia lepaskan ni?

"Awak sendiri tahu sebabnya." balasku perlahan.

"No, I don't."

"Jadi, lupakan semua ni. Selesai."

Hamidi mengeluh. Aku ketap bibir, bangun dari duduk.

"Duduk dulu, Aisya."

"Anggap benda ni dah selesai. Saya penat."

"Duduk."

Ya Allah, tak pernah aku rasa aura tegas macam ni dari Hamidi. Aku duduk dengan terpaksa. Suasana sepi. Hamidi beralih duduk disofa yang sama denganku.

"Apa yang Aisya nak tahu? Tanyalah, Habib akan jawab."

"Hatta, kalau Aisya ada sesuatu nak luahkan, luahkan je. Tak guna simpan lama-lama dalam hati kalau akhir nanti boleh rosakkan hubungan rumah tangga kita." sambungannya.

Aku masih diam.

"Rasa insecure?" tanya Hamidi.

"Kalau Aisya rasa insecure dengan Humairah, kenapa tak serlahkan diri Aisya depan dia? Aisya lagi berhak sebab Aisya isteri Habib." sambungnya bila aku masih mengunci mulut

"Dan kalau betul Humairah masih harapkan Habib sama seperti Alia katakan, Aisya sepatutnya buktikan yang Habib milik Aisya." matanya tepat menikam kasih kedalam mataku.

"Dengan sikap Aisya dingin, lemah macam ni depan Humairah. Aisya tak rasa yang Aisya sedang buka peluang untuk dia?"

Hamidi seolah sedang memprovok aku.

"Mak sendiri perasan hubungan kita yang dingin, tak mustahil Humairah pun perasan juga." sambungnya lagi.

Betullah. Mak ada bertanya kepadaku dan Hamidi tentang masalah yang dihadapi. Puas kami berselindung akhirnya berjaya juga ditebak Mak.

Tak hairan, lagipula Mak terlebih dahulu makan garam. Dan dari pengalaman, dia tahu asbab kedinginan kami.

Aku masih diam. Kalau sebelum ini pantas sahaja aku melawan. Tapi kini, mulutku seakan dikunci rapat.

"Takallam, Aisya. (cakaplah)"

Bibir aku ketap.

"Saya salah." hanya itu yang aku ungkapkan. Sambil mata menengkur lantai.

"Bukan tu jawapan sebenar Aisya. Pandang Habib."

Aku mengeluh kecil. Mata dipejam seketika menyerap kekuatan untuk bertentangan mata dengannya.

"Ya, Aisya insecure dengan Humairah." balasku.

"Aisya cemburu dengan peribadi dia yang kontra dengan Aisya. Aisya insecure bila Humairah ada dekat dengan awak,"

"Mana panggilan Aisya untuk Habib?" pintas Hamidi. Pandangannya redup sedang pandangan aku hampir kabur.

Aku menarik nafas dalam.

"Aisya insecure bila Humairah ada dekat dengan Habib." bergetar suaraku mengulangkan ayat itu.

Aku diam. Mata masih melawan pandangannya. Hamidi memberi isyarat untuk aku teruskan luahanku.

"Aisya lagi insecure bila Alia cuba dekatkan Humairah dengan Habib. Aisya nampak tu. Sedang Aisya, Alia buat-buat tak tahu."

"Jadi, bagitahu Aisya apa yang patut Aisya rasa selain insecure bila Alia buat macam tu?"

Hamidi diam, masih memandangku. Aku senyum kelat.

"Habib sendiri tak ada jawapan, kan?"

Hamidi masih diam. Seolah memberi ruang kepadaku untuk meluah.

"Humairah ada segalanya. Dia pandai masak, pandai bab rumah tangga, pandai agama, pandai jaga diri, cantik, solehah..."

"Sedang Aisya? Masak pun suami yang ajarkan. Hal rumah tangga pun masih cetek dalam pengetahuan. Bab agama? Tak usah cakap, Aisya ibarat tin kosong kalau libatkan perihal agama. Langsung tak pandai jaga diri, solehah jauh sekali tak." bergetar suaraku untuk luahkan satu persatu.

"Angah tak rasa perkahwinan Angah dengan Kak Ecca tu satu beban ke?"

Terimbas perbualan antara Alia dan Hamidi di dapur yang tanpa sengaja aku dengar ketika aku mahu kedapur.

"Apa yang adik merepek ni?"

"Adik cakap apa yang adik nampak dan rasa. Angah kahwin dengan dia, semua angah kena ajar satu persatu. Dari segi memasak sampailah hal rumah tangga, semua angah kena ajar. Sepatutnya sebelum kahwin, dia dah tahu semua ni. Eyy... Langsung tak sesuai dengan angah!" jawab Alia.

"Adik, angah pilih dia bukan sebab nak jadi maid angah. Tapi untuk jadi pendamping angah. Untuk jadi suri hati angah, bukan suri rumah yang seratus peratus, kerja rumah dia yang buat."

Hamidi tarik nafas.

"Kalau bab memasak dan hal rumah tangga, angah tak pernah rasa terbeban untuk ajar dia. Malah lagi seronok, sebab dari situ angah boleh luangkan banyak lagi masa dengan dia." sambung Hamidi.

"Iyalah tu." Alia mencebik.

"Kalau adik tahu yang dia langsung tak penuhi kriteria sebagai kakak ipar, dah lama adik reject tahu tak?"

Aku dengar Hamidi ketawa kecil. Seolah pernyataan yang diungkapkan Alia itu sesuatu yang kelakar.

"Apa yang kelakarnya?" tanya Alia tidak berpuas hati.

"Adiklah,"

"Sini angah nak bagitahu, syarat  nikah cuma lima iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, dua orang saksi, wali dan ijab kabul. Jadi persetujuan adik bukan sesuatu yang terlalu penting dalam perkahwinan angah."

"Tapi restu keluarga kena ada kan?"

"Mak dah restui perkahwinan kami. Cuma adik je masalah sikit."

"Adik cuma nak yang terbaik untuk angah je!"

"Terima kasih atas keprihatinan adik. Tapi, angah dah dapat yang terbaik untuk hidup angah."

"Angah!"

Hamidi hanya ketawa kecil sebelum keluar ikut pintu belakang.

"Aisya?" panggil Hamidi menyentakkan aku. Ibu jarinya naik menyapu airmata yang entah bila mengalir.

Aku tarik nafas.

"Paling sakit," aku senyum palsu.

"Bila percubaan pertama Aisya memasak disabotaj. Disabotaj suami sendiri." aku buat-buat ketawa.

"Mati-mati Aisya ingat Aisya boleh buat Tomyam tu. Tapi hampa, rupa-rupanya suami Aisya yang sedapkan lauk tu." aku cuba menyuntik mood lucu.

Tapi suasana tetap tegang.

Sakit hati bila teringatkan kejadian tu. Hamidi yang menambahkan rasa didalam tomyam masakan aku. Begitu juga nasi yang ditanak, Hamidi kurangkan sedikit air kerana aku terlebih masukkan air. Kalau bukan sebab Hamidi, mungkin kami sudah makan bubur nasi tengahari itu.

“Lagi?" tanya Hamidi. Sedang tangannya menggenggam lembut tanganku seolah menyuruh aku lepaskan semua yang terbuku dalam hati.

"Aisya cemburu bila Habib angkat call Humairah. Sedangkan waktu tu, Aisya nak Habib pujuk Aisya."

Aku lihat Hamidi sudah berkerut muka.

"Bila balik kampung, Aisya tengok Humairah dah ada dekat sana. Mesti Habib bagitau dia yang kita nak balik rumah mak, kan?"

Makin bertambah kerutan dimuka Hamidi. Ah, nasib baik masih handsome.

"Tambah lagi waktu tu, baju Habib dan Humairah pula sedondon." aku senyum kecil.

Perempuan, hal sekecil itu pun jadi masalah. Aku tarik nafas dalam sebelum hembusnya tenang. Tangan Hamidi dicapai. Dikucup lembut.

"Aisya minta maaf sebab dingin dengan Habib."

Seketika Hamidi ketawa kecil. Aku pandangnya pelik.

"Habib rasa Aisya ada salah faham ni." tawanya masih bersisa.

"Malam tu, Habib bukan angkat call dari Humairah, tapi dari Mak. Takkan sayang tak perasan, lepas Habib on call terus Habib ajak balik rumah Mak keesokkanya. Lagipun, mak sendiri tak tahu yang Humairah pergi rumah Mak haritu." aku sudah berkerut dahi.

"Tak payah nak berkerut dahi sangat, nanti cepat kedut." dahiku digosoknya rata. Aku berdecit.

"Kenapa tak bagitau awal-awal? Buat penat je terasa hati dengan Habib."

"Dah Aisya yang tak tanya. Bukan salah Habib." Hamidi mengaku tak bersalah. Dia menjongketkan kedua belah bahu.

Aku memincingkan mata kepadanya.

"Lagi satu, kalau masalah baju Habib dengan Humairah sedondon. Rasanya bukan salah Habib, tapi sayang yang salah." Hamidi tersenyum. Hidungku dicuitnya.

"Kenapa Aisya pula?" tanya aku tidak berpuas hati.

"Sebab Aisya yang sediakan baju tu untuk Habib." balasnya sambil menjongketkan kening tanda kemenangan.

Aku kacip gigi geram.

"Dahlah, malas layan!" aku bangun dari duduk ingin beredar. Elok-elok minta maaf, dia kenakan aku balik? Ey menyesal betul!

Baru beberapa langkah, Hamidi menarikku kembali. Disebabkan ketidakseimbangan badan, aku terduduk diatasnya. Tangannya cekap memeluk pinggangku.

"Nak pergi mana?"

"Naik bilik." balasku acuh tak acuh.

Hamidi diam seketika.

"Sayang,"

"Hmm..."

"Tegas tak Habib tadi?" tanya Hamidi. Aku memandangnya yang sudah tersengih.

Perutnya aku siku.

"Arh, sakitlah."

"Tahu pun, suka buat Aisya gerun?" Hamidi yang sudah ketawa aku jeling.

"Okay-okay, samihni." sejurus itu pipiku dikucupnya sekilas. Aku menjelingnya, ambil kesempatan betul.

Tangannya yang melingkar pinggangku aku tampar.

"Lepaslah."

Hamidi menggeleng kecil sambil menjuihkan bibir.

"Mana boleh main lepas je. Sayang ada satu lagi hutang dengan Habib."

"Hutang apa?"

"Hutang maaf."

"Kan dah minta maaf tadi!"

"Tu kisah lain, ni kisah lain pula."

"Kisah apa pula?"

"Aiskrim."

Aku jeda seketika. Ouh aiskrim!

Aku pandang Hamidi. Mata dikerdipkan. Sedang Hamidi buat tak endah. Mukanya dicebikkan seolah tidak terkesan langsung dengan kerdipan mata aku.

Macam mana boleh lupa pasal aiskrim?! Aku beli sepuluh batang aiskrim Malaysia berperisa asam boi untuk bawa balik Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan Hamidi.

"Habib," panggilku meleret.

"Hmm," acuh tak acuh je bunyinya.

"Sorry ya?" Hamidi tayang muka datar.

"Forgive me okay? Aisya taknak jadi isteri derhaka." jariku bermain dihidungnya. Boleh tahan mancung jugalah. Suaraku sengaja dileretkan.

Hamidi mencebik. Dia mendengus apabila tanganku masih bermain dihidungnya.

"Kalau Habib taknak maafkan, Aisya nangis nanti. Haa, Habib mesti taknak tengok Aisya nangis kan?" ugutku.

Hamidi buat muka tak kisah.

"Nangislah."

Aku ketap gigi. Berdecit perlahan.

"Taknaklah, penat tahu tak nangis-nangis ni."

"Tahu pun, Habib yang tengok sayang nangis pun penat sekali."

Aku memandangnya.

"Mesti buruk muka Aisya kan?" tanya aku.

"Boleh tahanlah." aku memincingkan mata.

"Tapi yang buruk tu lah, yang Habib sayang. Beruntung kan? Buruk-buruk pun Habib sayang lagi." sambungnya.

Aku berdecit.

"Kalau sayang, kenapa aiskrim pun boleh jadi isu?"

Aku diam tidak membalas. Sekadar menganggap soalan itu biasa. Pelukannya dikemaskan, dagunya diletakkan dibahuku. Nafasnya kurang terasa kerana aku masih memakai tudung.

"Sayang," panggilnya lembut.

Untuk makluman, aura yang ni lagi seram daripada aura tegas tadi.

"Apa?"

"Jom, naik bilik."

"Nak buat apa?"

"Tidur." perlu ke buat nada macam tu? Seram tahu tak?!

Mataku sedikit terbuntang. Kepalanya dibahuku aku tolak.

"Pervert!"

Hamidi ketawa kecil.

"Apa yang pervert nya?"

"Habiblah!"

"Habib ajak tidur sebab sekarang waktu qoilullah lah. Sunat tahu tak tidur waktu ni." balasnya dengan tawa masih bersisa.

"Jadi sekarang, siapa yang pervert?" dia menjongketkan kening. Aku berdecit. Sedar bahawa diri sudah terkena.

"Lepaslah, dah lah busuk lepastu kenakan kita!" tangan Hamidi dipinggang aku tampar bertalu.

"Amboi, kutuk depan-depan ye?" Aku buat tak endah. Akhirnya, Hamidi lepaskan pelukan dan aku bangun dari duduk diatas ribanya.

"Habib sayang Aisya tak?" tanya sambil memandang ke matanya. Hamidi senyum seketika sebelum melarikan pandangan, memandang keskrin telefon. Sempat lagi kenyit mata!

"Tak sayang."

Sampai hati!

"Tadi kata sayang!" baru je beberapa minit yang lepas dia kata dia sayang aku.

"Tu tadi, sekarang tak." balas Hamidi selamba. Kakinya aku pijak, terus menyeringai kesakitan. Hamidi pandang aku dengan muka berkerut.

"Hey, dah kenapa mata berair tu?" Hamidi sudah bangun dari duduk.

"Habib betul-betul tak sayang Aisya ke?"

"Habib gurau jelah, mana boleh tak sayang zaujah Habib." hidungku ditariknya. Aku tahan senyum. Sabar, jangan terlalu mudah untuk cair.

"Cuba sayang pejam mata."

Aku memejamkan mata apabila disuruhnya.

"Berat sayang berapa?" tanya Hamidi tiba-tiba.

Aku kulum senyum kecil.

"Tak seberat cinta Aisya untuk Habib." balasku sambil tersenyum lebar.

"Dah pandai buat ayat gula sekarang, ya?"

"Mestilah!" balasku bangga.

Seketika, terasa tubuhku diawangan. Kaki yang tadi berpijak diatas karpet sudah naik tinggi. Disebabkan tindakan pantas itu, tanpa sengaja aku menjerit kecil.

"Habib!" pantas tangan memeluk lehernya.

Aku membuka mata. Hamidi yang sudah ketawa kecil aku pandang. Kemudian Hamidi mengorak langkah menaiki tangga.

"Behave, karang jatuh tangga. Dua-dua terbaring dekat hospital." pesannya bila jariku bermain dengan hidungnya ketika sedang menaiki tangga.

**************
Aplikasi Skype dibuka. Mata meliar mencari nama pengguna milik Arfan. Jam menunjukkan hampir jam 10malam dan Hamidi masih belum pulang dari majlis tahlil. Tadi Hamidi dijemput oleh jiran kami untuk kemajlis tahlil yang diadakan.

Sekaligus Hamidi memutuskan untuk solat di surau yang terdapat disitu. Dan aku, solat bersendirian dirumah. Menyesal pula tak ikut sekali solat dekat surau.

"Assalamualaikum,"

Aku tersenyum apabila panggilan Skype aku dijawab Arfan.

"Wa'alaikummusalam." balasku.

"Ada apa tiba-tiba Skype abang?"

Aku mencebik terasa hati. Kenapa? Dah tak boleh nak Skype abang sendiri ke?

"Macam tak suka je Ecca Skype abang." nadaku berjauh hati.

"Tak adalah, tiba-tiba je. Ingatkan dah tak ingat abang, maklumlah dah ada suami disisi."

Aku mencebik.

"Mana Kak Effa?" tanyaku. Selalunya Arfan akan mengajak Kak Effa sekali untuk berskype.

"Ada je. Sibuk tanya bini orang, kenapa? Suami mana?" dia menjongketkan kening. Kedekut benar, nak bercakap dengan bini dia pun nak marah. Aku menjelingnya.

"Hamidi pergi majlis tahlil dekat rumah jiran." balasku.

"Patutlah Skype abang, suami tak ada rupanya. Haha..." jelas nada mengejek. Suka benar dia ketawakan aku ye? Aku berdecit geram.

"Sakit hati je cakap dengan Abang."

"Kalau macam tu, off."

"Janganlah, Ecca bosan ni!"

Arfan lepas tawa. Kemudian, dia melaung memanggil Kak Effa dengan tawa yang masih bersisa. Mendengarkan sahutan dari Kak Effa, aku simpul senyum. Seketika, muncul wajah Kak Effa di skrin laptop.

"Akak!" panggilku teruja. Kak Effa hanya tersenyum lucu.

"Dik..." panggil Arfan. Aku menjongketkan kening. Spoil mood aku nak berbual dengan Kak Effa betul.

"Apa?"

"Kau ada mabuk-mabuk tak sekarang?" ujarnya sambil tersenyum. Aku berkerut dahi. Begitu juga Kak Effa yang sudah memandangnya pelik.

"Gila ke apa? Ecca dah tinggal benda tu sebelum kahwin lagi." balasku tak berpuas hati. Perlu ke tanya soalan macam tu?

"Bukanlah, maksud abang. Mabuk dengan cinta suami Ecca tu." jawab Arfan sebelum melepaskan tawa. Kak Effa sudah menggeleng kecil, mungkin tak sangka dapat suami otak tak betul kot.

"Kata orang padahal dia yang mabuk dengan cinta Kak Effa." aku mencebik.

"Tak, Kak Effa yang mabuk dengan cinta abang." sangkal Arfan. Aku menunjukkan gaya nak muntah.

"Iyalah tu." Kak Effa turut mencebik.

Kemudian kedengaran pintu dibuka. Aku memandang kearah pintu. Hamidi masuk kedalam bilik sambil membuka kopiahnya.

Aku hadiahkan senyuman sebaik dia memandang kearahku. Kemudian matanya beralih memandang kearah laptop dihadapanku. Dia menjongketkan kening tanda bertanya.

"Abang Fan." balasku. Hamidi mengangguk kecil.

Selepas meletakkan kopiah dimeja solek. Hamidi mengatur langkah mendekati aku, dia melabuhkan duduk disebelahku. Sempat dia memberi salam kepada Arfan ditalian sana.

"Dari mana?" tanya Arfan.

"Pergi majlis tahlil tadi." balas Hamidi.

Arfan mengangguk kecil. Suasana tiba-tiba diam. Mataku memerhati baby bump milik Kak Effa. Comel. Tanpa sedar aku ukir senyum kecil. Nanti aku pun mesti macam tu juga kan?

"Kak Effa,"

"Ya?"

"Best tak mengandung?" tanyaku yang mengundang tawa kecil dari pasangan suami isteri itu.

"Kenapa? Dah berisi ke?" Kak Effa menjongketkan kening.

Aku sekadar senyum. Biarlah aku bagitau Hamidi dulu sebelum memkhabarkan kepada ahli keluarga yang lain. Suami mesti didahulukan. Aku memandang Hamidi bila terasa diperhatikan. Hamidi senyum tipis. Aku turut membalasnya.

Suasana bertukar kekok. Tidak pasti mengapa. Mungkin kerana pandangan Hamidi kepadaku. Masing-masing tidak bersuara. Soalan yang diajukan oleh aku mahupun Kak Effa dibiar tidak berbalas.

"Dah, pergi layan suami sana. Lagipun kat Malaysia dah malam kan?" suara Arfan menyapa. Aku angguk kecil. Usai berbalas pesanan dan salam. Aku mematikan panggilan Skype. Laptop juga turut dimatikan.

Aku kemudiannya memandang Hamidi. Kdudukanku dibetulkan betul-betul menghadap Hamidi. Kaki dilipat bersila. Hamidi turut membetulkan kedudukannya, separa menghadapku. Tangannya pula naik membelai rambutku. Terasa tenang...

"Dah solat isyak?" tanya Hamidi.

Aku mengangguk kecil. Mata masih tidak lepas memandangnya.

"Kenapa pandang macam tu?" tanya Hamidi pelik. Tangannya aku ambil.

"Habib,"

"Hmm...."

Tangannya masih membelai rambutku.

"Habib mesti inginkan zuriat kan?" tanyaku perlahan. Sejurus itu, pergerakannya terhenti. Matanya merenung kasih kedalam mataku. Bibirnya mengukir senyum tidak lama dari itu.

"Dalam setiap perkahwinan, kehadiran cahaya mata adalah perkara yang dinantikan. Siapa je yang kahwin taknak anak? Aisya pun dah tentu nantikan kehadiran cahaya mata dalam perkahwinan ni kan? Sama juga dengan Habib." balasnya tenang.

Aku masih tidak bersuara. Melihatkan dari anak matanya, dia masih ingin menyambung kata.

"Tapi itukan rezeki dari Allah. Cepat atau lambat itu semua dah ditentukan. Kita mampu doa, usaha dan cari ikhtiar, selebihnya tawakkal. Faham?"

Aku tersenyum mendengar jawapannya. Jawapan yang keluar dari bibirnya tak pernah menyakitkan malah menyenangkan. Suasana diam kembali. Tapi malangnya diganggu oleh bunyi perut aku. Spoil mood betullah!

"Sayang tak makan lagi ke?" aku tersengih, menggeleng tak bersalah. Mana boleh makan kalau Habib tak ada, tak ada selera!

"Kenapa tak makan? Kan Habib dah kata makan dulu, jangan tunggu Habib."

Aku menggaru hujung kening.

"Tak seronok makan sorang-sorang, sunyi." balasku perlahan. Kemudian Hamidi mengukir senyum kecil.

"Samih, tak sangka sayang tak lalu makan kalau Habib tak ada." aku mencebik mendengarnya.

"Sayang nak makan apa? Habib buatkan."

"Betul ni?"

Hamidi mengangguk. Melihatkan jawapan Hamidi, aku mengetuk dagu seolah memikir. Hamidi pula sudah menongkat kepala menunggu jawapan dari ku.

"Nak bubur nasi macam haritu!"

Hamidi ketawa kecil.

"Punya lama fikir, nak makan tu je."

Aku mengerdipkan mata.

"Yelah, Habib buatkan." balas Hamidi pakej sekali senyuman manis semanis madu.

"Syukran jaziilan, Habib! Sayang Habib!" kedua belah pipinya aku cium pantas. Hamidi menjongketkan kening.

"Rewards ke?"

"Ha'ah, kalau masak sedap dapat bonus nanti." Aku sengih kambing.

"Kalau tak sedap?"

"Dapat juga."

Hamidi ketawa kecil. Tangannya menyerabaikan rambutku sebelum dikucup dahiku. Kemudian dibetulkan semula. Kena rasuk ke apa suami aku ni? Aku tersengih melihat perbuatannya.

"Nanti dah siap, Habib panggil." katanya sebelum bangun dan beredar keluar dari bilik.

Aku termangu seketika. Seperti ada sesuatu yang tidak aku luahkan tadi.

Ya Allah! Aku menepuk dahi. Kenapa boleh lupa nak bagitau yang aku pregnant?

TBC

Fortsätt läs

Du kommer också att gilla

1.1M 39.8K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...
8.5K 229 17
"Hei babe. Kahwin dengan aku." Tiada angin, tiada ribut. Dengan tiba-tiba saja Nur Lailana dilamar kawan baiknya sendiri, Syahimi Hakimi. Tidak terma...
603K 24K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
134K 5.4K 56
Book 07 [completed]✅ Start : 4 September 2022 End : 4 Julai 2023 ☁️ ꀘꈤꂦꅐꈤ ꍏꌚ Encik Duda Hotszz ! ☁️ ♡︎ Isyraf × Aisha ♡︎ " Nak ngorat Encik Duda ni...