Xander's Mine: Queen For Him

Par imoutt

68.9K 4.9K 369

Disebabkan satu kejadian hitam yang berlaku dirinya hilang separuh nyawa, air mata sering menjadi teman di ka... Plus

XM: prolog
XM:1
XM:2
XM:3
XM:5
XM:6
XM:7
XM:8
XM:9
XM:10
XM:11
XM:12
XM:13
XM:14
XM:15
XM:16
XM:17
XM:18
XM:19
XM:20
XM:21
XM:22
XM:23
XM:24
XM:25
XM:26
XM:27
XM:28
XM:29
XM:30
XM:31
XM: 32
XM:33
XM:34
XM:35
XM:36
XM:37
XM:38
XM:39
XM:40
XM:41
XM:42
XM:43
XM:44
XM:45
XM:46
XM:47
XM:48
XM:49
XM:50
XM:51
XM:52
XM:53
XM:54
XM:55
XM:56
XM:57
XM:58
XM:59
XM:60

XM:4

1.4K 110 2
Par imoutt

Bunyi ketukan di pintu mengganggu dirinya daripada tidur yang lena setelah berhempas pulas menangis hanya kerana seseorang yang baginya penting di dalam hidup.

"Vy kau pergi tengok siapa yang ketuk macam nak roboh pintu tu, kacau je aku nak tidur" kata Alesya sambil melelapkan matanya semula untuk meneruskan aktiviti membuta.

"Dasar pemalas anak bangsawan ni" balas Vy yang belalu ke pintu untuk melihat gerangan mana yang mengganggu tidur mereka.

"Eh? Mel kenapa?" Kata Vy apabila melihat wajah Melinda yang mengetuk pintu mereka. "Alesya mana?" Kata Mel kepada Vy kepala menjenguk ke dalam bilik.

"Tu membongkang lagi, penat kot" kata Vy kepada si gadis, dia suka melihat perwatakan Mel yang peramah dan tidak kekok menegur dirinya.

"Oh! Actually i datang ni nak bagi tahu, kejap lagi kita semua kena kumpul kat bawah sebab kita ada aktiviti sikit, and sebab u orang baru kita nak kenal-kenal dengan yang lain" kata Mel menerangkan tujuannya pergi ke bilik yang menempatkan Alesya bersama gadis manis yang berada di hadapan.

"Ok! Kejap lagi kitorang turun, saya bangunkan dulu si maleficent tu" kata Vy ramah. "Ok! jangan lama sangat tahu! diorang dah tunggu tu" kata Mel ketawa perlahan, belum sempat si gadis berlalu Vy segara menahan tanggannya. "Er- ramai sangat ke orang kat bawah? " kata Vy sambil menggosok lengannya tanda segan kepada si gadis.

"Dont worry lah! Tak ramai pun ada beberapa orang je, jangan lupa turun tau" kata Mel yang faham dengan riak wajah si gadis. Setelah si gadis berlalu, Vy memusingkan tubuhnya sebelum terjatuh ke lantai terkejut melihat Alesya yang berada di hadapan.

"Kenapa kau kat belakang aku gila! Nak tercabut usus aku tengok kau" kata Vy mengurut dadanya perlahan, sambil melihat riak Alesya yang selamba duduk di atas kerusi di ruangan bilik memandangnya.

"Yang kau terkejut sangat kenapa? Aku kat belakang je pun! bukannya terbang, suka betul kau kutuk aku kan? MALEFICENT konon" balasnya geram memandang Vy yang pucat 'takut sangat tu'

"Terbang otak kau! Kalau aku shock pastu mati,kau tidurlah dengan mayat aku kat sebelah. Dan kau memang maleficent pun dah terbongkang je kerja" kata Vy memandang Alesya tidak puas hati.

"Nak mati konon, tak mati lah kau tu, nak tahu kenapa kau tak mati?" Kata Alesya memandang wajah Vy. "Kenapa pulak tak mati?" Kata Vy hairan.

"Mananya kau nak mati kalau budak tu kau tak jumpa lagi" balas Alesya sambil memutarkan bebola mata ke atas.

"Iyalah Sya, kalau betul aku mati lepas aku jumpa dia pun ok jugak! sebab hajat aku dah tertunai nampak dia depan mata aku" kata Vy. "Kau jangan nak gila eh! Aku pelekung jugak kau ni cakap benda bukan-bukan" kata Alesya.

"Tapi aku malu lah nak turun bawah" balas Vy kepada Alesya. "Kenapa pulak? Turun je lah bukannya makan kau pun" Kata Alesya menanti respon daripada rakannya.

"Tapi aku segan-" belum sempat Vy menyambung ayatnya Alesya laju memotong "sejak bila kawan aku ni pandai malu, pandai segan ha?!"

"Aku tak kira jom turun, kalau kau kat sini pun apa kau dapat? Baik kita turun. Jom!" Tangan Alesya segera menarik tangan Vy untuk turun ke bawah.

"Sabar boleh tak?  macam dah lama je kau terkurung dalam ni . Aku nak basuh muka dulu kau dah basuh kan? Aku belum lagi, bagilah aku basuh dulu" kata Vy yang rimas ditarik dan berlalu ke bilik air membasuh muka selepas bangun dari tidur. "Yelah pewincess! Cepat sikit aku tunggu kau" kata Alesya sambil menoleh kearah Vy yang berlalu.

Sesampainya mereka di hadapan tangga, Vy segera memberhentikan langkah apabila mendengar suara riuh yang datang dari arah ruang tamu membuatkan dirinya kecut. "Eh! Kenapa kau berhenti? kenapa muka kau pucat macam baru nampak hantu, kau jangan Vy, ada jugak aku tinggalkan kau kat sini" kata Alesya.

"Aku segan lah" kata Vy sambil melihat Alesya yang bercekak pinggang. "Tak payah nak segan, jom!" Alesya menarik tangan Vy untuk menuruni anak tangga menghala ke arah suara-suara sumbang di ruang tamu rumah kaca tersebut.

Mereka berdua berhenti melangkah apabila semua mata menumpukan perhatian kepada mereka. "Sya! Siapa ni!" Kata seorang lelaki tinggi lampai kepada Alesya. "My grandma" balas Alesya selamba sambil melintasi si jejaka bersama jelingan tajam

. "Wow! Cantiknya grandma you, kalau macam tu i nak jadi grandpa you lah" kata si jejaka mengikuti langkah mereka berdua menghala ke arah sofa.

"Tak payah nak sibuk jadi grandpa i. I tak hingin ada grandpa putus wayar macam u yang serupa beruk dah" kata Alesya diiringi tawa yang lain. Vy hanya mampu menggenggam tangan Alesya seperti budak kecik yang takut kehilang si ibu di dalam shopping mall.

"Siapa yang nak jadi grandpa ni?" Semua mata terhala kearah Damien yang keluar dari arah dapur bersama segelas fresh orange di tangan. "Ni si Vian, sibuk nak jadi step grandpa" kata seorang jejaka yang tidak dikenali Vy.

Damien yang mendengar hanya berlalu duduk di atas sofa,bersama yang lain sambil menganggukkan kepala kerana sibuk menghabiskan fresh orange di dalam genggaman tangannya.

"Nak jadi step grandpa kau" kata Haikarl menyambung ayat jejaka yang berada di hadapannya. Damien yang mendengar berpaling dan menyemburkan air fresh orange kepada Haikarl. "Gila! Pengotor kau Damien!" Marah Haikarl yang terkejut di sembur sambil mengibas bajunya yang terkena air semburan Damien. Habis lencun bajunya berbau fresh orange.

Mereka yang lain hanya mampu ketawa melihat Haikarl yang disembur secara free. "Dah kemaruk sangat ke Vian? Sampai nak jadi atuk tiri aku" kata Damien memandang Vian yang tersengih busuk.

"Gila tak nak jadi atuk kau! kalau nenek kau muda habis" kata Fir menerima kerutan dari Damien. "Sejak bila nenek aku muda?" Balasnya sambil memandang Alesya.

"Tu yang cantik tu" kata Vian dengan senyuman manis memandang Vy yang duduk di sebelah Alesya. Damien yang melihat pandangan mata Vian terarah pada Vy mula faham siapa yang menjadi nenek mudanya.

"Itu bukan nenek aku! Kalau cantik macam tu , aku pun nak jugak"balas Damien sambil meluru laju kearah Vian dan menumbuk bahunya. "Sengal" balas salah seorang gadis yang hanya menjadi pemerhati, bersama jelingan tajam yang turut di balas Alesya dengan benci.

Haikarl yang disembur secara free memunculkan diri bersama baju yang baru. "Aik? Dah tukar baju dah kau?" Kata Mel pelik memandang Haikarl. "Mana tak tukar kalau tah beruk mana sembur aku" kata Haikarl menjeling Damien yang tersengih kepadanya, 'Ada jugak aku ikat kat tiang elektrik ni'

"Ok! Memandangkan semua dah ada kat sini, jom kita lepak kat belakang , semua barang dah ready tinggal tunggu korang" kata Mel yang muncul dari arah dapur mengarahkan mereka semua ke laman belakang. Vy hanya mengikuti langkah Alesya yang berada di hadapan sebelum matanya bertembung dengan mata si jejaka yang tajam menikam matanya.

Kesemua mereka duduk di atas kerusi yang di sediakan di laman belakang, Vy melilaukan pandangan untuk mencari kerusi sebelum ternampak Damien yang melambaikan tangan kearahnya. Nak harapkan Alesya? dah start bergayut dengan buah hati, mana nak peduli kawan dia ni.

"Ok! Memandangkan korang semua dah ada kat sini, kita akan main satu game yang aku confirm korang suka punya" kata Fir sambil memerhatikan mereka semua bersama senyuman sinis.

"Tapi aku nak tanya dululah" kata Fir sambil diperhatikan dengan yang lain. "Nak tanya apa?" Balas mereka serentak . "Tuan rumah nak join ke? Selalunya jadi penonton je, come on Xander takkan kau tak nak main" kata Fir sengaja mencabar si jejaka berwajah dingin.

"Come on abang jom lah main" kuat suara si gadis yang berada di sebelahnya diikuti yang lain. Vy yang melihat kemesraan yang di pamerkan hanya mampu mendiamkan diri sebelum matanya sekali lagi bertembung dengan si jejaka. "Fine! kali ni aku join" kata si jejaka mendapat sorakan dari yang lain.

"Macam ni lah! Xander" kata yang lain bersama sorakan yang kuat.

"Sebelum tu aku nak kenalkan kawan baru kita" kata Fir sambil melihat Vy yang berada di antara Mel dan Damien. "Vy Carter" kata Fir sambil melihat Vy disambut anggukkan kepala dari yang lain. "Boleh tak kalau kita teruskan je? Tak payah nak buang masa dengan kenal-kenal macam budak tadika! just start the game Firash" kata si gadis bersama jelingan tajam kepada Vy.

"Baiklah! Game kita malam ni ialah TRUTH or DARE!" katanya disambut sorakkan yang lain. "Yang lain dah tahu kan cara nak main? Rules dia senang je, sapa yang kena dengan benda ni dia kena denda" kata Fir memegang kayu yang dijadikan bahan utama game mereka sebelum memandang Xander "and KENA BUAT" katanya seakan memberikan arahan.

Xander hanya menganggukkan kepala seakan faham akan arahan yang diajukan buatnya. "Jom kita start!" Kata Mel. "Ok yang first kena kayu dia akan tentukan truth or dare, lepas kena second kayu dia kena buat tak kira truth or dare" kata Fir memberikan arahan.

Semasa kayu di pusingkan Vy berdebar-debar menanti kayu tersebut berhenti. siapakah yang akan menjadi si penentu dan siapakah yang akan mendapat hukuman. Tangan yang berada di bawah meja terketar hebat menanti keputusan.

"Its true that i love you, but please dont you dare to let me leave you"

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

358K 13K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
50.7K 5K 26
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
48.8K 5.6K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
917K 29.9K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...