Xander's Mine: Queen For Him

Door imoutt

68.9K 4.9K 369

Disebabkan satu kejadian hitam yang berlaku dirinya hilang separuh nyawa, air mata sering menjadi teman di ka... Meer

XM: prolog
XM:1
XM:2
XM:4
XM:5
XM:6
XM:7
XM:8
XM:9
XM:10
XM:11
XM:12
XM:13
XM:14
XM:15
XM:16
XM:17
XM:18
XM:19
XM:20
XM:21
XM:22
XM:23
XM:24
XM:25
XM:26
XM:27
XM:28
XM:29
XM:30
XM:31
XM: 32
XM:33
XM:34
XM:35
XM:36
XM:37
XM:38
XM:39
XM:40
XM:41
XM:42
XM:43
XM:44
XM:45
XM:46
XM:47
XM:48
XM:49
XM:50
XM:51
XM:52
XM:53
XM:54
XM:55
XM:56
XM:57
XM:58
XM:59
XM:60

XM:3

1.4K 115 6
Door imoutt


Jantung berdegup kencang apabila melihat seorang jejaka tampan, yang berdiri di atas tangga bersama pandangan tajam yang di halakan kepada mereka atau lebih tepat kearah dirinya. 'Asal aku rasa semacam je ni? Jantung ni pun kenapa berdegup kuat sangat! Mata dia macam warna .. mustahil! Bukan dia'

"Siapa ni?" kata si jejaka sambil menaikkan kening bersama pandangan tajam yang mampu membuatkan si gadis tidak keruan. "Hai babe, i miss u!" Kata Alesya bersama senyuman menerpa kearah si jejaka yang dirinduinya.

Vy yang melihat rakannya memeluk si jejaka berada di hadapan hanya mendiamkan diri. "Stop it! Alesya Hawkin" kata si j
ejaka bersama suara mendatar kepada si gadis yang sibuk memeluk lengannya.

"What?! I rindu you ok? Dah lama tak jumpa kesayangan i ni" balas Alesya menayangkan wajah sedih seperti meminta kaki daripada si jejaka. Damien yang melihat adiknya seperti diva gedik mula menarik rambut si gadis, "tak payah nak i miss you, i miss you sangat lah! Geli aku" kata Damien menyampah dengan tingkah laku Alesya.

"Eleh! Cakap je lah jealous. takde yang nak rindu dia" balas Alesya sambil cuba menarik rambut yang berada di dalam genggaman si abang. "Adalah! Tu Vy" kata Damien sambil memerhatikan si gadis bersama senyuman senget.

"Vy tak rindu kau pun! Kau je yang perasan" kata Alesya sambil melihat rakannya, "kan Vy?" Pertanyaan yang diikuti pandangan daripada mereka yang lain membuatkan dirinya gugup.

"Ha?! Errr ya?" Kata Vy tergagap kerana segan di pandangan oleh yang lain termasuk pandangan tajam yang menusuk kalbu itu. "See! Aku dah kata, tak payah kau rindu aku, Vy pun cukup" balas Damien dengan bangganya seperti baru mendapat gula-gula daripada si ibu.

"So nama kau Vy?" Kata si jejaka memandang si gadis. Vy yang mendengar soalan daripada si jejaka hanya mampu menganggukkan kepala. "Well, kalau nak bersoal jawab pun kita tunggu petang nanti ok? Bagi dulu diorang yang baru sampai ni rest" kata Haikarl memberikan cadangan sambil memberikan pandangan kepada rakannya. Pandangan yang hanya mereka berdua yang fahami.

"Eh!Ok jugak tu! Xander, jess tak datang ke?" Kata Mel sambil melihat Xander yang berwajah beku. Si jejaka hanya menaikkan kedua bahu tanda tidak tahu kepada Si gadis. "Kyra kau tunjuk bilik Alesya ni dengan Vy" kata Mel mengarah Kyra.

"Eh? Mel. aku dengan Vy duduk sekali" kata Alesya sambil memandang Mel. "Okay!" Balas Mel sebelum berlalu ke dapur bersama yang lain.

Vy hanya mampu menjadi pemerhati semasa Alesya dan Kyra sibuk bercerita di hadapannya. Semasa menaiki tangga Vy perasan di dalam rumah kaca tersebut terdapat beberapa buah bilik yang di pisahkan kepada dua bahagian, di sebelah kanan terdapat 3 bilik manakala yang disebelah kiri mempunyai 4 bilik.

Mereka dibawa ke lorong sebelah kanan,pintu yang berada di bahagian kiri di sebelah pintu utama berwarna hitam. "Wait! serious ni kitorang duduk sini!" Kata Alesya teruja.

"Yupp, lagipun yang lain dah ambik belah kiri kat sini je yang ada" balas Kyra yang faham reaksi Alesya yang teruja. "Kenapa kalau kita duduk kat bilik ni?" Kata Vy bersama kerutan di dahi yang tidak memahami perbualan rakannya.

"Sebab bilik ni sebelah bilik Xander yang pintu warna hitam tu, excitedlah makcik ni" kata Kyra kepada Vy sebelum diberikan jelingan tajam. Alesya yang terlebih teruja hanya fokus dengan bilik yang bakal mereka diami.

"Gila tak excited! dekat baby i tahu?" Kata Alesya dengan mata yang bersinar-sinar, Kyra dan Vy hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah Alesya seperti baru memenangi kupon tisu tandas free.

"Jangan lupa Sya, she will be here too" kata Kyra menayangkan senyuman sinis. "Oh Please lah! perempuan tu pun ada jugak ke?" Balas Alesya dengan nada menyampah seperti tidak puas hati setelah mendapat berita daripada si gadis. "Siapa yang datang?" Kata Vy sambil merenung kedua gadis yang berada di hadapannya.

"Kejap lagi u akan tahu siapa yang datang, jadi rehat lah Vy buat macam rumah sendiri"kata Kyra sambil tersenyum sebelum berlalu. Tanpa menunggu Vy yang berada di luar Alesya meluru masuk ke dalam bilik mereka.

"Kejap sya! aku tak faham, kenapa kau macam moody je ni? Tadi bukan main happy lagi" kata Vy memandang Alesya yang muncung sedepa. "Aku sakit hati tau! Boleh pulak perempuan tu join sekali" balas Alesya sambil menarik bagasinya menuju ke arah almari yang di sediakan.

"Masalahnya sekarang ni kau cakap pasal sapa?" Kata Vy memandang Alesya. "Aku cakap pasal perempuan yang gedik nak mampus macam langau tu"Kata Alesya sebelum merebahkan badannya di atas tilam bersebelahan Vy.

"Makcik ni kan! kalau aku kata bongok marah, ni dah berapa kali aku tanya PEREMPUAN MANA!" Balas Vy dengan geram sambil sengaja menekan ayat pada PEREMPUAN MANA bagi memastikan rakannya yang sengal ni faham. "Jess lah! Sapa lagi perempuan gedik kat sini, si Jessica Rowan tu je yang gedik nak mampus".

"Jessica Rowan? Sapa tu?" Kata Vy memandang Alesya yang seperti cacing kena rendam dekat air panas. "Kau akan tahu gedik perempuan tu tahap mana bila kau dah tengok petang nanti" balas Alesya sambil duduk kembali menghadap rakannya.

"Oklah, tapi lelaki tadi tu sapa?" Kata Vy menyoal tentang lelaki kacak yang membuatkan jantungnya berdegup laju dan tidak tentu arah melihat pandangan si jejaka yang tajam.

"Itu Xander" kata Alesya. "Xander Zochovich, keturunan Zochovich yang sulung, pewaris segala harta datuk dia. Alexiandro Zochovich" kata Alesya yang berbisik seperti baru lepas tercekik tulang ikan.

"Kenapa kau berbisik ni" kata Vy melihat perangai gila si Alesya yang tiba-tiba berbisik kepadanya. Alesya menayangkan senyuman senget .

"saja , nak buat suspen sikit macam dalam drama tu, baru ada feel nak cerita" balas Alesya sebelum menerima tamparan sulung daripada Vy di pahanya.

"Sakit lah bongok! Aku main-main je kan, inilah dia! Suka kata orang firaun, tapi dia sendiri tak sedar dia lagi kakak firaun" kata Alesya sambil menggosok pahanya yang pedas di tampar.

"Tahu sakit! sapa suruh gila sangat! Kakak firaun konon, kalau aku ni kakak firaun dah lama dah aku kubur kau hidup-hidup" balas Vy sambil mendengus geram, 'boleh gila aku! kalau berkawan lagi lama dengan anak bangsawan baru terlepas dari hospital sakit jiwa ni'

"Dah lah paksa aku ikut dia, lepastu suka hati resign aku dari kerja, dasar tak tahu malu! Aku yang kerja dia yang sibuk nak aku berhenti" kata Vy tidak puas hati memandang Alesya.

"Haih! Penatnya asyik membebel dekat si gila ni, bukannya nak dengar aku cakap. Buat penat badan aku je yang sedia penat dalam kereta ni" kata Vy sambil merebahkan badannya di atas tilam empuk .

"Eleh! Tarak guna punya kawan , aku yang nak kematu punggung drive sorang-sorang dia boleh membongkang kat sebelah! Penat konon" kata Alesya turut merebahkan badan di sebelah Vy.

Vy yang mendengar rungutan Alesya hanya mampu tersenyum sebelum keadaan mulai sunyi, Alesya yang melelapkan mata mula bersiap sedia ke alam mimpi di susuri dengkuran halus.

Vy lantas berdiri sebelum berlalu ke arah dinding kaca yang memaparkan beberapa keindahan alam yang jauh daripada kesibukan ibu kota, rantai yang berada di lehernya di tarik bersama helaan nafas perlahan.

"Betulkah apa yang Alesya cakap penantian aku ni hanya sia-sia? Patutkah aku undurkan diri sebelum hati ni lebih sakit dan terluka dengan lebih dalam" matanya sayu melihat rantai pemberian si budak lelaki misteri yang dirinduinya.

Dia sendiri tidak pasti mampukah hati yang sedia sakit ini bertahan dan berharap untuk jejaka yang telah lama di tunggu sehingga ke hari ini?

"Aku tak tahu sampai bila aku harus bertahan, mungkin aku perlu tinggalkan kenangan yang lalu dengan membuang perasaan yang dah lama muncul ni, bermula dari rantai yang kau bagi"

Dirinya hampir tewas untuk kesekian kalinya dengan menangis mengingati si jejaka yang menjadi titik baharu dalam kamus hidupnya.

Air mata yang laju keluar seperti air terjun yang deras segara di hapus menggunakan hujung jari apabila matanya menangkap pandangan tajam si jejaka yang berada di bawah sedang memerhatikannya "Sejak bila dia ada kat situ?!"

Dia lantas berundur apabila terlalu lama membalas pandangan si jejaka. 'Kenapa aku rasa lain bila aku tengok mata kau? Jantung aku berdegup kuat setiap kali aku tatap mata hitam tu? macam ada sesuatu pasal kau yang aku kena selidik'

Tubuh segera di labuhkan kembali di atas tilam empuk sambil memegang dada yang masih berdegup kencang. Seperti baru lepas berlari marathon.

"Adakah penantian akan berakhir , ataupun sejarah yang lalu bakal berulang kembali"

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

53.6K 3.5K 45
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
923K 30.1K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
3.4M 299K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
60.1K 3.6K 60
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...