The Chaos After You

By mac_axil

2.6K 45 21

Ariana Natasya kecewa saat kekasih hatinya berkahwin dengan kakak kandungnya sendiri tanpa rasa bersalah. Suk... More

-Cp 1-
-Cp 2-
-Cp 3-
-Cp 4-
-Cp 5-
-Cp 6-
-Cp 7-
- Cp8 -
-Cp 9-
-Cp 10-
-Cp 11-
-Cp 12-
-Cp 13-
- Cp 14-
-Cp 15-
-Cp 16-
-Cp17-
-Cp 18-
-Cp19-
-Cp 20-
- Cp 21-
-Cp 22-
-Cp 23-
- Cp 24 -
-Cp 25-
- Cp 27-
-Cp 28-
-Cp 29-
- Cp 30-
-Cp 31-
-Cp 32-
-Cp 33-
- Cp 34-
-Cp 35-
-Cp 36-
-Cp 37-
-Cp 38-
-Cp 39-

-Cp 26-

48 2 0
By mac_axil

< You can't stop the feelings you have for someone. You can't lie to yourself either. Your heart knows the truth all too well. >


Daniel duduk berseorangan di luar banglo ibu bapanya. Kegelapan malam menjadi kawasan sekelilingnya sunyi.Hanya kedengaran bunyi cengkerik berlagu riang.Sejak hantar Ariana ke rumahnya terus Daniel pulang ke rumah ibu bapanya. Sengaja mahu bermalam di sini.

Bunyi batukan dari Aleesya membuatkan Daniel tersedar dari lamunannya. Huluran secawan kopi panas oleh Aleesya disambut oleh Daniel dengan ucapan terima kasih.

" Kalau abang rasa betul-betul serius dengan perasaan abang tu, why not try to confess?" Tiba-tiba sahaja Aleesya meluahkan pendapatnya.

Dahi Daniel berkerut. Setelah kopinya dihirup, cawannya diletakkan di atas meja bersebelahan dengannya.

" Adik rasa dah sampai masanya.." Sambung Aleesya lagi.

" Masa apa? " soal Daniel

" Untuk abang berubah! "

Dahi Daniel bertambah kerut. Kurang mengerti maksud ucapan adiknya itu.

" You love her, don't you?"

" Who?"

" Kak Ariana la.Siapa lagi berani caras hati abang kesayangan Aleesya ni. " kata Aleesya.

" Tak lah. " Jawab Daniel perlahan.

" Tipu. You love her, right?"

Daniel menunduk. Dia tidak mahu menjawab pertanyaan itu kerada dia sedar dia gagal menyembunyikan perasaannya setelah sekian lama. Dia tahu Aleesya sudah dapat membaca perasaan yang tertera di wajahnya.

" Should I give you some tips? " Aleesya tersengih kambing sambil mengangkat keningnya.

Daniel memandang adiknya itu dengan pandangan blur. " Tips? For what?"

" Untuk abang mengorat Kak Ariana. Well, For your information, I knew her before you."

" Ceit, I'm a man. Of course, abang tahu nak buat apa." Kata Daniel dengan lagaknya.

" Ceh, berlagak. Kejap lagi Kak Ariana lari baru tahu."

Daniel hanya tersenyum sinis. Kemudian Aleesya bangun dari duduk disebelahnya.

" Dik nak pergi mana? "

" Nak masuklah. Tidur. Esok sekolah. " kata Aleesya sebelum menghilangkan diri meninggalkan Daniel yang masih terpinga-pinga.

Daniel mengelengkan kepalanya. Kadang-kadang dia tersenyum bersendirian bila teringat akan agenda dia bersama Ariana. Saat pertama kali dia berjumpa dengan Ariana, sangkakan Ariana pemalu orang nya tetapi indah khabar dari rupa. Garang benor! Huhuhu. Tapi disebalik garangnya ada terselit dukanya dalam lara. Dan gelagat Ariana bila gelabah sumpah mengelikan hatinya apatah lagi apabila bila Ariana membuat muka manjanya. Haih, Ariana. Kenapalah kewujudannya membuat hidup dia kucar-kacir.

" Termenung apa Abang? " Sapa Puan Aleeya pula kali ini.

Daniel menguntumkan senyuman ke arah mamanya sebelum memberi sedikit ruang kepada wanita itu duduk di sebelahnya.

" Tak adalah mama. Saja Abang lepak-lepak kat luar ni. Nak ambik angin. " Jawab Daniel yang cuba menyedapkan hati mamanya.

" Alah, mama! Abang tu terkenangkan kekasih hatinya. Sebab tu macam orang angau. Tersengih sorang-sorang. " Entah sejak bila Danish berdiri tegak di pintu ruang rehat rumah itu.

Daniel berpaling ke arah Danish dengan tajam. Tanpa dipelawa, Danish duduk di antara Daniel dan mamanya. Mujur kerusi yang berada di situ lebar dan panjang, jadi tidaklah sempit bila tiga orang duduk di situ.

" Kau ni Danish, pandai-pandai aje!" Kepala Danish disekeh oleh Daniel. Danish tersengih manakala Puan Aleeya mengelengkan kepalanya.

" How was your business in Penang?Okay? " tanya Danish apabila suasana tiba-tiba berubah menjadi hening.

Daniel mengangguk perlahan. " So far so good. Kalau masing-masing beri kerjasama, lagi dua tahun siaplah."

" Wah, naik pangkat lagi la tu. Tak lama lagi syarikat tu jadi milik kau Abang. Patutlah kau tak nak syarikat papa. Ada udang disebalik batu ya." Kata Danish lalu menepuk bahu Daniel seperti tahu isi tersirat Daniel disebaliknya.

Puan Aleeya mengangkat keningnya tanda tidak mengerti apa yang dibual oleh kedua-dua anaknya itu. " Kenapa pula Danish cakap macam tu? Encik Rafi tu tak ada waris ke?"

" Jangan dengar cakap Danish ni. Dia ni merepek je." Balas Daniel. Apa punya logik la si Danish ni. Tak mungkinlah Bossnya, Encik Rafi itu nak serahkan syarikatnya bukat-bulat kepada orang yang tiada pertalian dengannya walaupun Daniel dah dapat kepercayaannya. Susah-susah orang tu bekerja nak bina nama, last-last jatuh ke tangan orang lain pula.

" Apa pula merepek. Encik Rafi tu ada anak perempuan, Rania. " Jelas Danish. Daniel hanya mendiamkan diri

" Ha lepas tu? Kenapa Danish agak syarikat Aurora jadi milik abang?" Soal Puan Aleeya lagi. Maklumlah selama Daniel bekerja di syarikat Aurora, dia langsung tak pernah tanya tentang majikan anaknya itu. Tiba-tiba hari ni terdetik pula ingin menahunya.

" Sebab si Rania ni bukan tahu pun benda-benda macam ni. " jelas Danish lagi. Daniel mengangkat keningnya. Aik, tahu aja si Danish ni.

" Kenapa pula? Rania tu jenis sosial ke apa?" Teka Puan Aleeya.

Daniel mengeleng kepalanya. " Taklah. Rania ambik perubatan. Sekarang dia doktor pakar kanak-kanak di Hospital Sabah." Jelas Daniel pula kali ni. Danish dan Puan Aleeya memandang Daniel.

" Abang kenal dia?" Soal Puan Aleeya yang tertanya-tanya akan hubungan Daniel dengan perempuan yang bernama Rania itu.

" Gila tak kenal. Ex-girlfriend abang waktu sekolah dulu." Usik Danish yang sudah terkeluar tanduk setannya.

" Iya?" Terkejut Puan Aleeya mendengarnya. Daniel apatah lagi. Terngaga mulutnya.

" Memandai kau je Danish! Tak la mama. Dia kawan sekelas Daniel. " jelas Daniel yang cuba membetulkan perkara sebenar. Danish ni memang. Suka sebarkan berita palsu tanpa rasa bersalah. Sesukahati dia je.

" Ouh,baguslah macam tu." Puan Aleeya menganguk perlahan yang membuatkan Danish dan Daniel memandangnya pelik.

" Apa yang bagus?" Baru sahaja Daniel ingin membuka mulut, Danish sudah menanya terlebih dahulu. Haih, sehati sejiwa betul.

" Baguslah. Boleh mama berkenan dia dengan Abang."

Bagaikan ditembak bazooka Daniel dibuatnya. Haih, mama dia ni. Tak habis-habis dengan misi mencari calon menantunya.

Danish dengan pantas meneglengkan kepalanya sebelum mebuatkan tanda X mengunakan tangannya. " Eh, tak boleh ma. Ariana si cinta hati abang nak letak mana?"

" Sebelum aku cekik kau, baik kau diam."

Kecik besar kecik besar dia tengok si Danish yang berada disebelahnya ini. Nasib baik mamanya ada sekali, kalau tak dah dihumban si Danish ni ke dalam tong sampah.

" Bila nak kahwin Daniel? Umur macam kamu ni sepatutnya sudah ada isteri. "

Daniel tersenyum kelat saat mamanya sudah mula dengan ceramahnya. Dia dah agak dah, mamanya pasti akan mencari peluang untuk berbicara dengannya tentang ini.

" Belum tiba masanya mama. " Jawab Daniel perlahan. Ditundukkan pandangannya ke lantai. Puan Aleeya mengeluh perlahan. Dia bukannya nak memaksa anaknya kahwin cepat tetapi dia risau akan Daniel. Kalau Daniel duduk dengannya, tak apa. Dia ada untuk menjaganya. Tetapi sejak Daniel keluar duduk bersendirian, dia risau akan anaknya itu.

" Jangan memilih bang. Pilihan sudah di depan mata. Tunggu apa lagi." Nasihat Danish.



<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3



" Ariana, jujur dengan aku " Ariana yang sedang tekun menonton drama Thailand di kaca television itu ditepuk bahunya. 

" Apahal pulak ni? " Terus ditolehkan kepala kepada Melissa yang duduk disebelahnya itu.

" Kau santau apa dengan abang Daniel aku? "

Mahu tercekik Ariana apabila Melissa menyoalkan soalan itu.

" Apa pula aku santau dia? " Soal Ariana pelik.

" Aku tengok Abang Daniel tu asyik dengan kau je. Ni pergi balik Penang pun dia dengan kau. " kata Melissa. Siapa sahaja yang tak perasan. Sedangkan mak cik-mak cik jiran sebelah ni pun perasan. Dikatakan Daniel itu ialah teman lelaki Ariana. Dia pun layankan aja geng-geng membawang itu. Kalau cakap bukan, nanti lagi banyak disoalnya.

" Dia yang nak tumpangkan aku? Aku terima jelah. " Jujur Ariana. Ceh padahal dia tak tahu motif Daniel sebenarnya nak tumpangkan. Lupa pula dia nak tanya tentang perkara itu kepada Daniel kian hari.

" Kau suka abang Daniel ke? " Teka Melissa yang cuba mengorek rahsia Ariana.

Pantas Ariana mengelengkan kepalanya. " Suka tu tak adalah. Tapi kalau berangan-anngan tu adalah. Iyalah, macam kita berangan nak dengan oppa korea tu. Macam tu jela. "

" Kau cakap betul-betul.."

Ariana mengangkat keningnya. Apa salah ke dia kata macam gitu?

" Betul la aku cakap. Habis tu kalau aku suka dia pun, dia suka tak dekat aku? Aku ni bukannya setanding dengan dia pun. "

" Kalau dia suka kau, macam mana? " balas Melissa balik yang membuatkan Ariana terdiam seketika sebelum menjawab.

" Aku tolaklah dia balik. "

" Ariana..." Melihat raut wajah Ariana, dia tahu yang Ariana sedang menyembunyikan sesuatu darinya.

" Kau tahukan aku takut dalam bab-bab bercinta ni. " jawab Ariana jujur. Sungguh dia takut dalam percintaan ini.

" Tapi Ariana, benda tu dah lepas. " Kata Melissa yang cuba memujuk Ariana. Siapa sahaja yang mahu tengok kawan baiknya asyik bersedih sahaja. Jadi dia perlu buat sesuatu.

" Sebab benda tu dah lepas la, aku kena move on. Aku tak nak benda tu berlaku lagi. " Balas Ariana lagi yang membuatkan Melissa mengeluh.

" Tapi aku perasan yang kau dah lain sejak dengan abang Daniel ni. "

" Lain apa? Sama je. " kata Ariana yang cuba menidaknya.

" Aku kenal kau sejak kau budak hingusan lagi tau. Aku perasan setiap detik kau berubah. Kau dengan lelaki pun susah nak rapat tapi dengan abang Daniel kau lain macam. " kata Melissa.

" Lain macam? Like what? Aku meroyan ke dengan dia? " kata Ariana yang cuba selitkan lawaknya. Padahal dalam hati dah gemuruh sebab takut bila Melissa menyoalkan tentang Daniel.

" Tak adalah. Kau ni seorang yang pendam tau. Tapi dengan Abang Daniel yang kau baru kenal tak sampai setahun tu, kau boleh luahkan segalanya dekat dia. You know what i mean. Even dengan aku pun makan masa jugak untuk kau luahkan itu pun kalau aku paksa." Jelas Melissa yang lebih mendalam.

" Luahkan apa? "

" Tentang kehidupan kau...Helmi..apa semua? "

" Mana kau tahu? " soal Ariana pelik. Sedangkan dia jarang borak dengan Melissa tentang Daniel. Tak mungkin Melissa boleh teka begitu sahaja.

" Aku ni satu-satu je cousin kesayangan Mak Lang aku tu. Of courselah, Abang Daniel tu asyik tanya aku je. " Kata Melissa. Ariana menepuk dahinya. Iya tak iya jugak. Si Daniel ni pun satu. Tak pandai simpan rahsia betul.

" Ceh, tak guna punya Daniel. " kata Ariana perlahan.

" Apa yang lagi mengejutkan iyalah Abang Daniel. Tak pernah-pernah dia mesej aku berkali-kali sebab nak tahu tentang kau, tiba-tiba dia mesej. Siap call lagi. Iya, aku memang tak rapat sangat dengan dia berbanding dengan adik-beradik dia yang lain, sebab dia jenis yang tak campur dengan orang. Tapi bila dengan kau, boom kebaboom dengan mak cik membawang jiran sebelah pun ditegurnya. " bebel Melissa panjang.

" Weyh, kau jangan main-main. " Bulat mata Ariana dibuatnya. Part mak cik bawang tu paling mengejutkan Ariana. Takkan lah Daniel begitu peramah sekali.

" Okay, serious Ariana. Aku tanya kalau abang Daniel betul-betul sukakan kau, macam mana? " Soal Melissa sekali lagi yang cuba mendapatkan keputusan Ariana.

" Tapi dia suka main-main dengan aku. Aku tak tahu. Mungkin Aku akan pertimbangkan. Mungkin? " kata Ariana. Melissa mengelengkan kepalanya. Perlu ke ada perkataan mungkin itu?

" Dia jarang main-main dengan perempuan melainkan dia suka dekat orang tu. I know him, Ariana. Try to accpet him, Ariana. He care more about you than yourself. Trust me. He's the one. " nasihat Melissa. Ariana terdiam. Entahlah dia tak tahu nak kata apa ketika itu. Dia sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku tentang dirinya tetapi yang dia tahu dia senang bila bersama dengan Daniel.

" Minggu ni aku balik rumah parents aku tau. Aku dah lama tak balik. " kata Ariana yang tiba-tiba teringat akan hasratnya yang ingin memulang ke kampung halamannya bagi melepaskan rindu kedua-dua orang tuanya.

" Okay. Kirim salam dekat diorang. Nanti ada masa aku datang melawat. "

Continue Reading

You'll Also Like

686K 39.5K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
230K 9.2K 34
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan b...
8.9M 577K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri...
364K 22.9K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...