KALAU DAH JODOH (complete)

By xmunchys

9.1K 402 16

'Aku nak putuskan hubungan ni.' 'Aku kena pergi jauh.' 'Tolong jangan cari aku.' Sumayyah membawa diri ke lua... More

Nota buat readers
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27

15

222 12 0
By xmunchys

"Mai.. ambil aku boleh?" kata Sumayyah menerusi telefon bimbitnya.

"Nanti aku story. Aku tunggu kat pickup point gate D."

"Okay bye"

Sumayyah menunggu ketibaan Maisarah di hujung jalan. Sengaja mahu jauh daripada orang awam. Dadanya berasa semakin sesak kerana tangisan yang teresak-esak sedari tadi ditambah pula dengan rasa amarahnya terhadap Adam. Dia cuba untuk tenang tetapi tidak boleh.

Wajah Adam kerap muncul pada saat itu membuatkan Sumayyah semakin sebak. Di sudut hatinya, dia juga berasa bersalah dengan tindak-tanduknya yang menghamburkan kata-kata kesat tanpa berikan ruang untuk Adam membela diri.

'Aku kejam!'

'Aku tak sengaja Adam.'

'Tapi aku tak suka kau tanya pasal sekolah tu'

'Aku dah cuba sedaya upaya lupakan dia, kenapa kau biarkan dia menghantui aku lagi'.

'Aku penat tahu tak'

Sumayyah kemudian kembali menangis.

"Assalamualaikum.." ucap seseorang di telinga kanan Sumayyah.

Pantas Sumayyah mengelap air matanya apabila terlihat kelibat orang berada di sampingnya. Seorang perempuan yang agak berusia. Mungkin umurnya setanding ibu Sumayyah.

"Waalaikumsalam.. Ya kenapa makcik? Eh i mean, why are you here? Are you seeking for any help?" kata Sumayyah memperbaiki bahasa setelah menyedari dirinya bukan di Malaysia.

"Eh tak mengapa. Makcik cakap bahasa melayu. Anak kenapa ni? Makcik tengok macam ada masalah sahaja." soal Makcik itu.

Sumayyah diam. Dia tak tahu perlu atau tidak dia berkongsi masalah dengan wanita itu.

"Cerita sahajalah. InsyaAllah makcik bantu" tambah Makcik itu lagi.

"Kawan lelaki saya, dia suka tanya benda yang saya tak suka. Kenapa dia tak faham saya? Saya dah cakap banyak kali, tapi dia tetap tanya walaupun benda tu takda kena mengena sikit pun dengan dia." Sumayyah memulakan cerita.

Makcik itu cuma mengangguk dan nampak fokus sekali mendengar cerita Sumayyah.

"Tadi saya teremosi sikit, saya marah dia bila dia tanya pasal benda tu lagi. Saya tak boleh terima orang yang tak faham diri saya." Sumayyah kemudian kembali menangis apabila teringat semula situasi tegang tadi.

"Ohh begitu ceritanya.." Makcik itu berkata lalu tersenyum sahaja.

"Macam ini la nak.. Kadang bukan semua benda boleh puaskan hati kita. Dan kadang juga manusia boleh lupa akan sesuatu termasuklah janji-janji mereka. Jadi mungkin kawan kamu itu terlupa akan ketidaksenangan kamu berkenaan perkara itu. Mungkin dia bertindak begitu kerana perasaan ingin tahu yang terlalu tinggi. Setiap perkara pasti ada sebab nak.. Kamu perlu beri dia ruang penjelasan." kata Makcik itu panjang lebar. Kata-katanya itu sedikit sebanyak menenangkan juga perasaan amarah Sumayyah tadi. Sumayyah mula sedar.

"Terima kasih Makcik. Mungkin semua ini salah saya." balas Sumayyah merendah diri.

"Makcik doakan kamu berdua bahagia selamanya.. Aminn" kata Makcik itu lagi.

"Aminn" Sumayyah turut meng-amin-kan doa Makcik tersebut.

Mereka berdua kemudian tersenyum sesama sendiri.

"Saya minta dulu ya, kawan saya dah sampai. Err.. Nama makcik apa ya?" kata Sumayyah sebelum pergi.

"Panggil sahaja Makcik Fatimah" balas Makcik itu.

"Sedap nama itu. Macam nama ibu saya. Hehehe saya balik dulu. Assalamualaikum" kata Sumayyah kemudian berlalu mendapatkan Maisarah yang terpinga-pinga di hadapan pintu.

"Mai!" jerit Sumayyah daripada jauh.

"Kau okay tak ni?" tanya Maisarah serta merta.

"Okay je. Jom balik." kata Sumayyah sengaja tidak mahu membuka cerita.

"Cepatlah nanti Adam nampak" kata Sumayyah lagi terburu-buru.

Maisarah menarik tangan Sumayyah untuk meminta penjelasan.

"Kau gaduh dengan Adam?" tanya Maisarah serius.

"Ala dia yang cari pasal. Jom lah. Aku malas nak tengok muka dia sekarang ni" paksa Sumayyah tergesa-gesa. Dia geram dengan Adam lagi sebenarnya.

Maisarah akur. Dia sudah malas mahu masuk campur hubungan Sumayyah dengan sesiapa pun.

-

Maisarah mencapai telefon bimbitnya selepas selesai makan malam.

BAD
*online*

Oit
Kau okay tak

Assalamualaikum sis

Tak guna
Waalaikumsalam bro

Hahahahhaahahha

Kau dah okay ke

Sejak bila aku tak okay

Eleh
Kenapalah aku tak record muka kau haritu

Pfttt biadap
Aku okay je
Benda yang lepas jangan dikenang

Hahahahahhaha
Alhamdulillah

Jumpa aku esok?
Boleh?

Pukul berapa?

Lunch?

Hmm yelah
Aku lunch pukul 4

Ishhh
Pukul 1 la

Dekat mana?

Aku kata lunch kan
Dekat kafe la

Okay fine
Hahahahha
Maaf kurang bijak

"Hoi apa senyum sorang-sorang tu?" sergah Sumayyah daripada belakang.

"Senyum pun tak boleh ke?" balas Maisarah yang tak puas hati. Cepat-cepat dia matikan skrin telefon bimbitnya agar Sumayyah tidak dapat curi-curi tengok.

"Eleh.. siapa pula yang dah curi hati Maisarah yang keras ni?" perli Sumayyah tetapi jauh di sudut hatinya, dia juga tumpang gembira.

"Diamlah" balas Maisarah dengan nada marah tetapi bibirnya masih tersenyum sipu.

-

"Bad, kita siapkan kerja ni after class boleh?" ajak Sumayyah.

"Boleh. Tapi sampai pukul 1 je aku free. Aku ada meeting lepas tu" balas Bad sambil melihat jam tangannya.

"Oh okay, takpe. Kalau tak sempat siap, kita divide je nanti. Just nak discuss main case tu je" jawab Maisarah sambil tersenyum.

Dia faham Bad sering sibuk dengan pelbagai aktiviti club dan sport. Sebab itulah Sumayyah selalu ajak Bad buat tugasan sejurus selepas diberi oleh pensyarah, kerana pasti akan susah untuk tetapkan masa yang lain nanti.

"Okay jom buat dekat kafe." Sumayyah mengajak Bad selepas kelas mereka tamat.

"Kat library boleh?" soal Bad pula. Bad risau sekiranya Sumayyah dapat tahu yang dia sebenarnya berjanji untuk berjumpa dengan Maisarah.

"Hmm library jauh sangat lah. Takut tak sempat pulak. Kau nak gerak pukul 1 kan?" balas Sumayyah pula memberi alasan.

"Oh okaylah" Bad mengalah.

Mereka kemudian open table dekat kafe menyiapkan assignment semaksimum yang boleh. Sejak berada dalam fasa semester hujung ni, masing-masing sedaya upaya tidak mahu membuat kerja last-minute.

"Okay Bad, kau nak gerak, geraklah. Aku nak lunch dulu" kata Sumayyah selepas melihat Bad tergesa-gesa mengemas peralatannya.

"Err.. okay. Kau pergilah beli dulu." balas Bad.

Bad hanya memerhati Sumayyah berjalan lenggang ke kaunter makanan.

"Eh Bad. Nak duduk sini ke? Kau dengan sapa?" tiba-tiba Maisarah menegur Bad tidak lama selepas Sumayyah bergerak ke arah kaunter.

"Aku baru habis discussion dengan Sumayyah" balas Bad.

"Sumayyahh??!! Serious la? Jom lepak tempat lain.." kata Maisarah sedikit cuak.

"Ohhhh Bad sejak bila meeting berdua ni? Ha Mai.. Tak story pun" tegur Sumayyah yang tiba-tiba muncul.

"Eh apa kau ni?" balas Maisarah buat-buat tak faham.

"Elelelele mengaku jelah Mai" kata Sumayyah menyakat Maisarah.

"Apa bendaa? Haishhh" Maisarah masih menafikan.

"You buat apa ni Sumayyah? Duduk berdua dengan lelaki lain daripada tadi. I call tak angkat, mesej tak reply. Rupa-rupanya keluar dengan orang lain. Sampai hati you!" bentak satu suara daripada belakang.

Semua terdiam.

Continue Reading

You'll Also Like

41.2K 4.9K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
256K 10.1K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
69.5K 1.3K 25
she fell first , but she fell harder 26/5/23 23/10/23
13.9K 947 14
Ni bule dikatakn sequel to Crush s1 la . Book 2 ni pulak penuh dgn kemerapuan abadi bin kekal 🦄 so , pepandai ah feeling korang dgn crush trhebat p...