KALAU DAH JODOH (complete)

By xmunchys

9.1K 402 16

'Aku nak putuskan hubungan ni.' 'Aku kena pergi jauh.' 'Tolong jangan cari aku.' Sumayyah membawa diri ke lua... More

Nota buat readers
1
2
3
4
5
6
7
8
9
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27

10

248 11 0
By xmunchys

From: unknown
Sumayyah?

To:unknown
Adam?

From: unknown
Oh yes! Why salah number

To: Adam
Sorryyyyy, I kelam kabut tadi

To: Adam
Adam, you check me out dekat whatsapp jela eh, lagi senang.

ADAM
*online*

Sini

Ya
Sorry sangat pasal tadi
I tak sengaja

Its okay

'bapak awkward do conversation'

Sumayyah end conversation begitu sahaja kerana memang tidak ada apa yang penting untuk dikongsi. Dia juga tidak mahu mengganggu masa Adam kerana hari sudah lewat malam.

-

"Mai, kau nak lepak sini ke? Aku nak keluar jap" kata Sumayyah yang sedang menggosok tudung.

"Kau halau aku ke?" balas Maisarah.

"Eh bukanlah halau. Tanya je. Kalau kau stay, aku bawak kunci spare je." jawab Sumayyah pula.

"Nak pergi mana? Nak ikutttt" balas Maisarah teruja. Dia sudah berdiri kerana hendak bersiap.

"Ehhh orang nak dating lah. Sibuk je" jawab Sumayyah dengan gaya menjengkelkan.

Sudah sebulan juga Sumayyah mula rapat dengan Adam. Kebiasaannya mereka hanya berjumpa di kawasan fakulti sahaja, tetapi malam ini mereka bercadang untuk dinner bersama-sama.

"Alaaaa untunglah orang tu dah ada boyfriend. Dulu aku offer taknak. Pandai eh cari sendiri" perli Maisarah.

"Bad ke? Korang gi mana?" tambah Maisarah lagi.

"Iye.. Gi dinner je" balas Sumayyah serba salah.

Dia serba salah kerana hubungan dia bersama dengan Adam, belum sampai ke pengetahuan Maisarah lagi termasuk juga Bad. Bukan dia tidak mahu berterus terang, tetapi Sumayyah berasa belum tiba waktu yang sesuai untuk dia membuka cerita. Dia juga cuba menjauhkan diri daripada Bad kerana tidak mahu dia berharap, tetapi mungkin Bad sudah terlalu selesa berkawan dengan Sumayyah. Jadi, Sumayyah hanya diam sahaja.

"Okaylah aku pergi dulu. Kau hati-hati eh? Kalau housemate aku balik, kau kata je aku ada meeting ke apa hehe" kata Sumayyah sebelum keluar dari rumah.

Maisarah hanya mengangguk dan tersenyum apabila melihat Sumayyah sudah ceria kembali.

-

"Adam. Kita makan kat kedai situ la. Tuna sandwich kat situ sedap" ajak Sumayyah sewaktu mereka melintas kedai yang Sumayyah maksudkan itu.

"You kenyang ke makan sandwich je? Nanti I pulak kena bebel bila you lapar." jawab Adam memerli.

"Ishh you ni!!" balas Sumayyah sambil menampar lembut lengan Adam.

"Alololo iyelah. Kalau lapar, you boleh makan lagi. Suka gemuk kan?" sakat Adam lagi kemudian mendahului masuk ke restoran tersebut.

Sumayyah hanya membuat muka kurang senang semasa mengekori Adam ke dalam. Mereka kemudian membuat pesanan dan kembali berbual.

"Su, I nak tanya sikit boleh?" kata Adam memecah kesunyian.

"Tanya jela" balas Sumayyah tanpa berasa sangsi.

"Kita ni macam mana eh?" tanya Adam.

Sumayyah terdiam. Tidak jadi mahu menyedut air di hadapannya itu.

"Err macam mana apa?" tanya Sumayyah buat-buat tak tahu.

"Yela, kita dah berkawan lama. Apa status kita?" tanya Adam lagi tanpa rasa ragu-ragu.

Sumayyah tak tahu mahu jawab apa kali ini. Dia memang tidak menjangka Adam akan menimbulkan isu sebegini. Otak Sumayyah ligat berfikir cara untuk beralih topik.

"Eh Adam. Sem break nanti kan, you ada plan nak balik Malaysia tak?" tanya Sumayyah selamba. Seolah-olah tiada salah apa-apa.

Adam kemudian menghela nafas berat. Faham benar dengan taktik mengalih topik pasangannya itu.

Mereka kemudian menyambung perbualan dan menjamu selera dengan gembira.

-

"Sumayyah.. Jom lunch sama" pelawa Bad sejurus selepas kelas tutorial mereka tamat.

"Hmm aku busy la. Sorry Bad" balas Sumayyah dingin lalu terus meninggalkan Bad seorang diri.

"Aku ada salah ke?" tanya Bad seorang diri sambil garu kepala.

Bad kemudian berlalu ke arah ke kafe dengan pelbagai soalan yang bermain di fikirannya. Sengaja tidak mahu mengekori Sumayyah kerana takut Sumayyah tidak suka. Dia juga buntu kerana sejak akhir-akhir ini Sumayyah seakan-akan cuba menjauhkan diri daripadanya sedangkan sebelum ini mereka biasa sahaja.

"Weh Bad. Pahal kau ni, putus cinta ke?" tanya seseorang tiba-tiba.

"Oi pik! Stress assignment je bro. Ha kenapa ni? Nak ajak friendly futsal ke?" balas Bad tenang.

"Nah. Jemput datang program aku. Support member la bro" kata Syafik sambil menghulur sehelai kertas seakan poster.

"Ohh Gala Night kelab kau. InsyaAllah" jawab Bad memberi sokongan.

"Okay aku gerak dulu. Jangan lupa datang sabtu depan." kata Syafik mengingatkan.

"Bawak awek bro. Tema boek kalini. Kau baca la sendiri. Bye." sambung Syafik lagi sebelum meninggalkan Bad keseorangan lagi.

'Awek?'

'Mana datang?'

'Harap Sumayyah setuju nak ikut'

-

Bad mencari Sumayyah di dalam kelas bagi bertanyakan tentang kesudian Sumayyah untuk menjadi partner-nya untuk Gala Night kelab Syafik. Tetapi gadis idamannya itu tiada. Jarang Sumayyah skip kelas.

'Dia tak sihat agaknya' Bad bersangka baik.

Bad masih menunggu Sumayyah hadir sehingga kelas ke-dua mereka. Mungkin Sumayyah terlewat agaknya. Tetapi Sumayyah masih jugak tidak timbul-timbul. Bad mula risau. Takut anggapan pertamanya benar belaka.

Dia kemudian mencari seseorang yang mungkin tahu keberadaan Sumayyah. Kawan baik Sumayyah. Mujur semasa Bad melangkah ke kawasan kafe, dia terlihat seseorang yang agak familiar. 'Mungkin dia orangnya'.

"Excuse me, Maisarah right?" tanya Bad sedikit teragak-agak kerana tidak pasti akan rupa sebenar Maisarah. Bad tidak pernah berjumpa Maisarah pun sebelum ini, Sumayyah juga tidak pernah memperkenalkan sahabatnya itu, hanya sekadar menyebut nama sahaja. Cuma Bad selalu juga nampak Sumayyah duduk bersama dengan Maisarah. Terutamanya di kawasan luar kolej, jadi Bad beranggapan pasti mereka rapat.

"Yes I am. Why?" tanya Maisarah pula.

"Sumayyah's bestfriend or housemate whatsoever mate?" tanya Bad lagi inginkan kepastian.

"Maybe bestfriend, but we are not housemate" balas Maisarah pula yang masih bingung akan gerangan si jejaka di hadapannya itu.

"Apa-apa jelah, mana Sumayyah?" tanya Bad meluru.

"Wow biadapnya. Bagitahu nama takda tiba-tiba tanya macam-macam. Macam mana kau kenal aku?" marah Maisarah yang kurang senang dengan sikap Bad tadi.

"Ala aku minta maaf la, aku ada urgent case nak jumpa dia ni" jawab Bad pula sedikit cuak.

"Nama aku Bad by the way. Badri." sambungnya lagi.

Maisarah tergamam.

Continue Reading

You'll Also Like

103K 1.1K 22
Satu persahabatan yang terjalin bertukar menjadi cinta. "Berani sangat cium orang" Anith terdiam apabila satu bibir lembut singgah pada bibir nya mem...
4.1K 211 13
"SEBABKAN KAU LAH ORANG AKU SAYANG DAH TAKDA KAU TAU TAK?!!!!" -????- ~Sesi ba...
13.9K 947 14
Ni bule dikatakn sequel to Crush s1 la . Book 2 ni pulak penuh dgn kemerapuan abadi bin kekal 🦄 so , pepandai ah feeling korang dgn crush trhebat p...
252K 9.9K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...