The Chaos After You

By mac_axil

2.6K 45 21

Ariana Natasya kecewa saat kekasih hatinya berkahwin dengan kakak kandungnya sendiri tanpa rasa bersalah. Suk... More

-Cp 1-
-Cp 2-
-Cp 3-
-Cp 4-
-Cp 5-
-Cp 6-
-Cp 7-
- Cp8 -
-Cp 9-
-Cp 10-
-Cp 11-
-Cp 13-
- Cp 14-
-Cp 15-
-Cp 16-
-Cp17-
-Cp 18-
-Cp19-
-Cp 20-
- Cp 21-
-Cp 22-
-Cp 23-
- Cp 24 -
-Cp 25-
-Cp 26-
- Cp 27-
-Cp 28-
-Cp 29-
- Cp 30-
-Cp 31-
-Cp 32-
-Cp 33-
- Cp 34-
-Cp 35-
-Cp 36-
-Cp 37-
-Cp 38-
-Cp 39-

-Cp 12-

72 0 0
By mac_axil


< No matter where I went, I always knew my way back to you. You are my compass star. >


Seusai Ariana menghabiskan sisa makanan,dia meminta diri untuk ke tandas. Melissa yang menjadi peneman setia itu hanya mengangguk sahaja. Sebaik sahaja Ariana keluar dari tandas . Tiba-tiba dia dihalang oleh seseorang. Seseorang yang amat dia mengenali.

Ariana berdengus kasar apabila dia cuba hendak lalu tetapi tetap dihalang. " Excuse me. Orang nak lalu,tepi sikit boleh?"

" Ariana, please.. " rayu lelaki itu dengan cuba untuk menarik lengan Ariana tetapi dengan pantas dia menepis.

" Apa ni, Helmi! " marah Ariana sebelum berlari meninggalkan kawasan tersebut. Melissa yang berada di meja makan tersebut terus didapatinya. Beg tangan yang berada di kerusi terus dicapai.

" Weyh, aku gerak dulu. Nanti jumpa dekat rumah. " Kata Ariana sebelum berlalu pergi meninggalkan Melissa terpinga-pinga di restoren.

" Ariana,kau nak pergi mana? " Tanya Melissa namun Ariana terlebih dahulu menghilangkan diri. Berkerut dahi Melissa dibuatnya. Dah kenapa dah Ariana tu? Sakit perut ke? Kot ya pun tak payahlah tinggalkan dia keseorangan di restoren ni. Dahla Ariana tu tumpang kereta dia tadi. Macam mana pula si Ariana tu nak balik ke tempat kerjanya nanti?

Dan sewaktu dengan itu, matanya tertangkap satu figura badan yang amat dikenalinya yang laju keluar dari kawasan restoren tersebut.

" Helmi? " Kaget Melissa seketika. Kenapa dia ada kat sini? Ah, mestilah nak makan, takkan nak jogging pulak. Dah nama pun restaurant.Lmao

Ariana menepuk dahinya saat baru teringat yang dia menumpang Melissa untuk ke sini. Dah tu pi tinggalkan Melissa buat apa tadi. Macam mana dia nak balik office sekarang ni? Haih, kau ni Ariana. Tu la,main jalan je.

" Ariana, tunggu! "

Terdengar suara Helmi yang jerit dari belakang terus memutuskan niat Ariana yang hendak berpatah balik ke restaurant itu. Kalau bukan dengan Melissa,dengan siapa lagi dia nak balik? Nak panggil teksi, mahal.

Melihat Helmi yang semakin mendekatinya terus Ariana membuka langkah besar untuk menjauhi lelaki tersebut. Ah,lantaklah naik teksi pun. Yang penting dia tak nak bertembung lagi dengan lelaki itu.Tapi apakah dayanya. Tenaga lelaki sebenar-benarnya lagi kuat dari wanita.

Ariana menghelakan nafas berat saat dia dihalang oleh Helmi untuk berjalan. Helmi yang berada di depannya dijeling. " Awak nak apa ni Helmi? Tolong lah, saya sibuk ni "

" Ariana,please. Listen to me. " Rayunya.

" Dengar apa lagi Helmi? Cukuplah semuanya. Saya dah terima seadanya. " Balas Ariana acuh tak acuh. Malas dia nak melayan si Helmi ni. Muak tengok mukanya lagi.

" No, Ariana. Saya tahu saya bersalah. " katanya secara tiba-tiba. Ariana mengetapkan bibirnya. Dah tahu salah, tak payahlah munculkan diri lagi.

" I'm sorry, Ariana. " kata Helmi lagi.

" Okay. Saya maafkan. Dah puas? Ada lagi nak cakap? Kalau tak, saya nak pergi. " Balas Ariana dingin. Tidak mahu lama-lama dengan Helmi di situ. Dah la tengah panas terik. Terbakar kulitnya nanti. Ni baru dunia, belum akhirat lagi. Opss!

" Saya.."

Pin! Pin!

Tersekat perbualan mereka tatkala bunyi hon dari sebuah kereta BMW berwarna biru yang berhenti betul-betul disebelah mereka. Oleh kerana cermin kereta tersebut bewarna gelap, tuan empunya kereta tidak dicam langsung oleh mereka berdua. Tidak lama itu, Cermin sebelah pemandu diturunkan dan tersembul wajah Daniel beserta kaca mata hitamnya dari dalam kereta tersebut.

" Ariana. "

Membulat matanya saat namanya diseru oleh Daniel. Dah kenapa Daniel pula ada dekat sini?

" Jom! " ajaknya. Terangkat kening Ariana. Jom? Pergi mana?

" Ha? "

" Nak naik ke tak nak ni? " Soalnya lagi. Bukan apa ada kereta kat belakangnya. Kang lagi lambat,mahu kene hon nanti. Jalan ni punya bukannya dia punya. Jadi dia tak boleh sesuka hati berhenti tanpa sebab.

" Ha,nak! Kejap. " Balas Ariana dengan laju sebelum membuka pintu penumpang. Tanpa diperdulikan Helmi yang terpinga-pinga dibelakangnya terus Ariana menutup pintu. Naseb baik ada Daniel, boleh la dia larikan diri daripada Helmi.

Tanpa sempat Helmi menahan Ariana, kereta BMW tersebut terlebih dahulu meninggalkan kawasan tersebut. Dan yang peliknya siapakah gerangan lelaki tersebut? Teman lelaki Ariana ke? Ah, tak mungkin. Ariana hanya milik dia.

" Siapa lelaki tadi? " Soal Daniel secara tiba-tiba. Ariana mengungam. Kalau jawab orang gila,salah tak? Huhuhu

" Huh? Abang ipar ? " Jawab Ariana jujur. Kang jawab bekas kekasih kang, haru biru keadaannya nanti.

" Ouh. Ingatkan boyfriend. " Jawabnya dengan selamba. Ariana hanya tersenyum sinis sahaja.

" Eh, nak pergi mana ni? " Soal Ariana apabila tersedar akan situasi sebenar. Mana taknya. Dia main masuk je tadi tanpa tahu hala tuju yang sebenar.

" Jumpa Tok kadi " Jawab Daniel laju.

" Nak buat apa? " Terpinga-pinga Ariana dibuatnya.

" Angkat Nikah "

" Dengan sapa? " Soal Ariana lagi.

" Dengan awakla. " Balas Daniel pendek.

" Ha? " Tercengang Ariana ketika itu.

" Eh dia ni. Lurus bendul betul la. Nak hantar awak balik office la sayang. " Daniel tergelak kecil melihat muka terkejut Ariana.

" Ha ouh " Ariana mengangguk kepalanya tanda faham. Biasalah bila berhadapan dengan lelaki kacak ni, siapa je yang tak gementar. Huhuhu. Eh wait. Tadi dia panggil apa? Sayang? Ish ish ish. Dasar playboy dak ni.

Daniel yang sedang fokus memandu memandang Ariana yang tiba-tiba mengeleng kepalanya sambil merenung ke luar cermin. Ha mula la tu, berangan.

" Eh, tapi awak tahu ke office saya dekat mana?" Tanya Ariana dengan tiba-tiba. Iyalah, mana pernah dia bagitau tempat pejabatnya di mana kepada Daniel. Takkan Daniel boleh tahu dengan tiba-tiba pulak. Pelik.

" Awak lupa ke yang saya pernah ke sana sebab nak jumpa manager awak." Balas Daniel. Ariana sudah menepuk dahinya. Ah, buat malu sahaja dia ni.Ish. Yela, sejak-sejak company dia dan company Daniel dah bekerjasama, selalu sangat Daniel ni datang ke office dia. Rajin benor Daniel nak datang office dia ni ha.

" Lagipun saya memang nak ke sana pun. Alang-alang jumpa awak kat tepi jalan. Tu yang saya berhenti." Terang Daniel sebelum dibalas dengan anggukan daripada Ariana.


<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3


Ariana menekan butang 6 sebaik sahaja memasuki Lif dan diikuti oleh Daniel. Sampai sahaja di tingkat 6, Ariana dan Daniel keluar dari lif kemudian terdengar suara bising dari arah bilik mesyuarat. Pasti ada sesuatu yang sedang berlaku di sana. Dengan pantas Ariana menuju ke bilik mesyuarat meninggalkan Daniel di belakang. Sebelum tu, Ariana sempat lagi mengintai meja Encik Arif.. Kot-kotlah Encik Arif tu ada dekat situ. Semakin lebar senyuman Ariana apabila melihat mejanya kosong. Fuh! Nasib baik Encik Arif tak ada. Boleh curi tulang sekejap. Huhuhu

"Dhia! Ada apa ni? Kau buat apa tu?" Soal Ariana sebaik sahaja melihat Dhia, teman kerjanya keluar dari bilik mesyuarat. Matanya mengintai ke dalam bilik mesyuarat melalui pintu.

Mata Ariana terbeliak seketika apabila melihat sekumpulan lelaki berada di dalam bilik tersebut.

" Mak aihh! Handsomenya! Siapa diorang tu?" Soal Ariana lagi tetapi kali ini dengan riang. Siapa yang tak suka bila sekumpulan lelaki handsome yang berbadan tegap ada dekat office sendiri.

" Company sport nak collabrate dengan kita!!"

" Woww!"

Ariana dan Dhia sudah melompat keriangan sama-sama. Nampaknya dalam masa sebulan ni memang matanya akan terbeliak je la tengok jejaka-jejaka ini dalam office. Jarang sekali sekumpulan lelaki handsome datang secara serentak dalam officenya. Jadi kita kena guna rezeki yang ada. Huhuhu

" Ehem-ehem.." Bunyi suara garau menyebabkan Ariana dan Dhia berhenti dari melompat—lompat. Ariana membetulkan bajunya sedikit terangkat manakala Dhia sudah cabut lari terlebih dahulu meninggalkannya keseorangan. Tak guna punya kawan.

" Sukanya?" Tanya Daniel sambil menolak sedikit pintu bilik mesyuarat tersebut. Matanya mengintai ke dalam bilik mesyuarat. Nak tahu juga apa yang ada dalam bilik tu.

" Gila tak suka! Mestilah! Nanti dapat jumpa lelaki handsome je. Dah la badan pun perghh." Kata Ariana sambil matanya teruja.

" Ceh. Kalau setakat muka jambu tapi gay buat apa." Balas dia pula.

" Ceit! Cakap jelah jealous, nak tuduh diorang tu gay pulak. Entah-entah dia tu yang gay. " Perli Ariana lagi. Kau ni memang cari gaduh ,Ariana. Ish ish ish.

"Eh, saya lelaki melayu tulen tau." Kata Daniel dengan lagaknya. Ariana membuat muka sebelum menejelir lidah. Pui, nak termuntah dia dengar.

" Hai, miss Ariana ,right? I'm Rykal. " Tegur salah seorang model lelaki yang kebetulan keluar melihat Ariana dan Daniel.

Kaget Ariana seketika. Melihat ciptaan tuhan yang berada di hadapannya. Makin bersinar-sinar anak matanya itu.

" Hai, Rykal...." Tegur Ariana tersipu malu. Daniel yang berada di situ sudah tercengang.

" Saya dengar awaklah yang staff yang paling rajin di sini." Puji Rykal tiba-tiba.

" Aish, mana ada. Biasa-biasa je." Arian bermain dengan jarinya. Alahi, malu la macam gini.

" Cik Ariana, boleh kita.."

" Eh Encik Rykal, itu ada orang panggil awak tu." Tipu Daniel sebelum menolak Rykal kedalam bilik mesyuarat itu kembali.Naik meluat dia tengok diorang berdua ini. Tak sempat Ariana berkata apa-apa hilang terus kelibatan Rykal itu.

" Encik Arif, tengok Cik Ariana ni. Nak curi tulang pula." Kata Daniel sebaik sahaja melihat kelibatan Encik Arif di mejanya.

" Ceit! " Nak jadi peramah sekejap pun tak boleh. Memang tak suka tengok dia ni senang sikit Daniel ni.Aish!

" Ha, Cik Ariana. Meh sini. Tolong saya kumpulkan kos barangan dalam file ini. " Encik Arif dengan pantas meminta bantuan Ariana.

" Kejap lagi ya manager .Sekejap je." Kata Ariana sebelum kembali mengintai ke dalam. Alangkah indahnya kalau dia boleh masuk bilik mesyuarat ini. Boleh berkenalan dengan diorang. Manalah tahu jodoh dah sampai. Huhu

" Cik Ariana, tak baik tau curi tulang. Nanti saya bagitau boss awak." Ugut Daniel.

" Eii! Jealous la tu. Ha iyalah. Selamat bekerja ya, Encik Daniel." Kata Ariana dengan nada merajuk. Terus dia pergi mendapatkan file yang berada di dalam tangan Encik Arif. Mentang-mentanglah dia kenal boss dia, terus diugut . Jahat sungguh Daniel ni.

Daniel sudah tergelak kecil. Baru dia usik sikit, dah merajuk Ariana tu. Comel sungguh . Tetapi memang tak bleh dinafikan, semenjak mereka bertemu di majlis perkahwinan itu, hamper setiap minggu mereka berjumpa sehingga kini. Hubungan mereka sudah semakin rapat tambahan pula mereka membuat projek company bersama-sama. Jadi makin mudah untuk mereka bertemu.

Continue Reading

You'll Also Like

648K 24.9K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1.8M 61.5K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
155K 10K 32
Adam Hirdy | Azalea
3.4M 302K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...