The Chaos After You

By mac_axil

2.6K 45 21

Ariana Natasya kecewa saat kekasih hatinya berkahwin dengan kakak kandungnya sendiri tanpa rasa bersalah. Suk... More

-Cp 1-
-Cp 2-
-Cp 3-
-Cp 4-
-Cp 5-
-Cp 6-
-Cp 7-
- Cp8 -
-Cp 9-
-Cp 11-
-Cp 12-
-Cp 13-
- Cp 14-
-Cp 15-
-Cp 16-
-Cp17-
-Cp 18-
-Cp19-
-Cp 20-
- Cp 21-
-Cp 22-
-Cp 23-
- Cp 24 -
-Cp 25-
-Cp 26-
- Cp 27-
-Cp 28-
-Cp 29-
- Cp 30-
-Cp 31-
-Cp 32-
-Cp 33-
- Cp 34-
-Cp 35-
-Cp 36-
-Cp 37-
-Cp 38-
-Cp 39-

-Cp 10-

80 1 0
By mac_axil



< Families are like branches of a tree. We grow in different directions, yet our roots remain as one. >


Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Kereta Myvi yang dipandu perlahan diberhentikan di tepi jalan raya. 3 jam dia memandu dari rumah sewanya ke perak. Tambahan pula, dengan jalan yang sesak oleh kerana hari minggu.

Ariana menghelakan nafas yang berat. Matanya meliar melihat kawasan padang sawah yang terletak di seberang jalan. Manakala di sebelahnya pula terletaknya satu rumah teres yang berwarna kelabu. Rumah dimana tempat dia membesar.

" Ayah "

Satu perkataan yang keluar dari mulutnya saat terlihat ayahnya keluar dari pintu rumah tersebut. Melihat perbuatan ayahnya yang sedang memegang penyapu, mungkin hendak menyapu daun yang berguguran di hadapan rumah.

Tangannya digumpal bagi mengumpul semangat. Walaubagaimana pun dia harus menepuhinya juga. Tak kira apa pun yang berlaku. Ariana keluar dari kereta dan menuju dengan perlahan ke rumah tersebut. Oleh kerana, pagar rumah terbuka lagi menyenangkan untuk dia masuk ke dalam rumah. Encik Tapah yang sedang sibuk menyapu langsung tidak perasaan akan kehadiran anaknya itu.

" Peakaabooooo! " gurau Ariana dengan melompat di hadapan Encik Tapah. Terus tercampak penyapu yang sedang dipegang oleh Encik Tapah.

" Oh mak kau hijau! "

Ariana tergelak kecil saat mendengar telatah ayahnya itu. " Apa ayah ni..tak senonoh betul! "

" Ariana! Betul ke anak ayah ni?! " kata Encik Tapah dengan matanya terbeliak besar. Bagaikan mimpi rasanya saat ini.

" Betul la! Anak ayah yang comel ni. " Usik Ariana lagi. Padahal air matanya dah terasa nak mengalir dah saat ini. Rindunya kepada ayahnya akhirnya terubat juga.

" Ariana! Anak ayahhh! " Kata Encik Tapah dengan gembira. Ariana yang berada dihadapannya terus ditarik ke dalam dakapan. Tudung yang menutupi rambut anaknya itu diusap perlahan. Tak semena-mena air matanya sebagai seorang ayah mengalir juga. Rindu akan anaknya itu.

" Kenapa merajuk lama sangat? Ayah rindu anak ayah. " ujar Encik Tapah beserta dengan tangisannya. Tersentuh Ariana ketika itu. Terus dibalas kuat dakapan ayahnya itu. Tak pernah-pernah dia melihat ayahnya menangis depannya. Berdosakah dia kerana ayahnya menangis disebabkan perangai tak senonoh dia ni?

" Adik,minta maaf ayah. "

Itu sahaja yang dia mampu katakan sekarang. Tak tahu mahu membalas apa lagi. Tersembur juga air mata dia tahan sejak dari tadi.

" Minta maaf sangat-sangat...." Kata Ariana lagi.

" Shuuhh.. Tak apa. Adik tak salah. " pujuk Encik Tapah. Belakang badan Ariana pula diusap perlahan bagi meredhakan tangisan.

Agak lama anak-beranak itu berpelukan di hadapan rumah dan akhirnya terlerai juga pelukan yang dirindui tersebut.

" Dah-dah jangan nangis lagi. Nanti tak cantik dah anak ayah ni. " Pujuk Encik Tapah lagi.

" Eh, mana ada. Anak ayah sentiasa cantik tau. " Balas Ariana sambil mengelap air matanya.

" Ha iyalah, anak ayah cantik dan comel. " Tergelak kecil Ariana saat ayahnya berkata begitu. Terus hilang kesedihan di hatinya.

" Ayah, ibu mana? " Soal Ariana apabila perasan akan ketiadaan ibunya. Dah dalam 20 minit dia berada di rumahnya itu, tetapi kelibatan ibunya itu tidak nampak langsung. Sibuk kah ibunya itu?

" Ibu? Ada tu kat dalam. " Bibir ayahnya dimuncungkan menunjuk ke arah pintu yang tertutup rapat. Ariana mengangguk sebelum meminta izin untuk masuk ke dalam rumah. Ayahnya hanya membontoti dari belakang Ariana.

Daun pintu yang tertutup rapat dibuka perlahan-lahan. Dan kemudian muncul sekujur tubuh badan Ibunya yang sedang melipat baju sambil menonton television. Ibunya langsung tidak perasan akan kehadirannya kerana sibuk dengan kerjanya.

" Ibu! "

Tersentak Puan Maria saat terdengar suara Ariana di muka pintu. Ariana terus berlari mendapatkan ibunya itu. Badan ibunya terus dipeluk tanpa sebarang kata.

" Ariana! Ariana dah balik sayang!" Ujar ibunya dengan kegembiraan. Pelukan anaknya dibalas kuat. Encik Tapah yang berada di muka pintu tersenyum. Untuk kali kedua agenda menangis anak-beranak berlaku pada hari ni.

" Ya allah! Anak ibu ke ni? "

" Iya. Anak ibu. "

" Alhamdulillah. Anak ibu dah balik. "


<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3


" Adik pergi mana? Kenapa tak bagitau ibu dengan ayah? "

" Adik sihat ke? "

" Adik ada sakit ke? "

" Kenapa tak jenguk ibu ayah di kampung? "

" Adik tak rindu kami berdua ka? "

" Adik kerja di mana sekarang? "

" Adik ditinggal dengan sapa? Duduk dekat mana? "

Ariana menepuk dahinya apabila kedua-dua ibu ayahnya menanyakan soalan bertalu-talu tanpa henti. Aduhai,kot ya pun bagilah dia telan air liur dulu nak menjawab soalan.

" Ibu,ayah. Adik okay je. Adik tak ada apa-apa. " Balas Ariana sambil memandang wajah ibu ayahnya dengan tenang.

" Iya? Habis tu kenapa tak jenguk kami di kampung ni? Adik pergi mana 3 tahun tak balik-balik?" Soal Puan Maria.

" Adik marahkan kami ka? " Soal Encik Tapah pula.

Ariana mengeluh seketika. Ha itulah kau Ariana, pergi lagi bawak diri jauh-jauh kan dah kene banyak soal. Ha jawab la hang satu-satu. Huhuhu

" Tak, adik tak marah. Adik pergi Australia sambung belajar di sana." Jelas Ariana sambil mengupas kulit rambutan yang berada di hadapan meja. Erm, ni yang best ni kalau balik rumahnya. Buah-buahan di kampung juga yang sedap.

" Ha? Apa lia? " Berkerut dahi Puan Maria mendengarnya. Encik Tapah sudah mengangkat bahu tanda tak tahu.

" Australia ibu. "

" Ya allah adik! Kenapa sampai jauh ke situ? " Jelas riak risau Puan Maria ketika berkata.

" Adik sorang ke sana? " Soal Ayahnya pula. Ariana mengelengkan kepalanya.

" Tak. Dengan Melissa. Kebetulan dia pun dapat tawaran juga. "

" Kenapa adik tak bagitau adik pergi sambung belajar? Risau kami tahu tak." Kata Puan Maria yang diselitkan sedikit kemarahan. Iyalah,siapa sahaja yang tak risau kalau anaknya hilang tanpa khabar.

" Habis tu Adik duduk dengan siapa sekarang?" Tanya Encik Tapah pula.

" Ke adik dah kahwin?"

Hampir nak tersembur biji rambutan di dalam mulut Ariana saat mendengar soalan Puan Maria. Ish, ibu dia ni. Agak-agaklah nak cakap macam tu sekali pun.

" Eh mana ada. Ibu ni kan."

" Habis tu? Adik mengandung luar nikah ke?"

Ya Allah! Nak tercekik Ariana dibuatnya. " Ibu! Apa ni merepek."

" Ish awak ni. Tak baik tau cakap macam tu. Sudahlah anak awak ni baru balik. Karang merajuk budak tu lagi." Kata Encik Tapah yang cuba menyebelahi anak bongsunya itu.

" Tak adalah. Saya tanya je. Mana la tahu kan." Balas Puan Maria dengan lega. Bukan apa,sejak-sejak ni dah banyak berlaku kes macam tu di kawasan rumahnya. Jadi takut-takut juga jika iannya berlaku pada anaknya itu Sudahlah anaknya itu perempuan,kalau lelaki dia tak kisah.

" Iyalah. Tapi tak payahlah tanya soalan yang macam gitu. "

" Ha,iyalah. Lepas ni saya tak buat lagi. " Akhirnya Puan Maria mengaku salah juga. Geli hati Ariana dibuatnya saat melihat ayah dan ibunya. Teringat kembali memori ketika mereka bersama dahulu. Sehari dalam rumah itu kalau tak dengar gelak ketawa mereka tak sah. Tiba-tiba rindu pula dia dengan Farisha, kakaknya itu. Agaknya apa khabar kakaknya itu. Mungkin sudah bahagia bersama helmi sekarang.


<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3


Angin lembut yang meniup-niup tudung Ariana membuatkan Ariana rimas. Sesekali Ariana membetulkan tudung yang sudah senget-benget. Pandangan Ariana jatuh ke dahan pokok yang berada di hadapan rumahnya itu.

" Adik balik bila?" Soal Puan Maria.

" Petang ini. " Jawab Ariana pendek.

Puan Maria yang berada dihadapan merenung Ariana. Ariana membalas renungan Puan Maria. Makin lama, Ariana dapat melihat air mata mula bertakung di mata ibunya. Wajah Ariana diulus perlahan.

" Dah besar dah anak ibu." Ujar Puan Maria perlahan. Mata putih Puan Maria bertukar menjadi merah. Jelas sangat Puan Maria sedang menahan air matanya.

" Mestilah besar , takkan makin kecik pula ibu ni." Ariana cuba bergurau bagi menghilangkan resah ibunya tetapi ibunya tidak mengendahkannya.

"Cukup ke makan di sana? Badan kamu makin kurus." Puan Maria meletakkan kedua-dua tapak tangannya di pipi Ariana.

Ariana hanya mengangguk. Ariana tidak mampu berkata-kata apabila melihat air mata ibunya mengalir.

" Adik.." Panggil Puan Maria perlahan.

" Ya, bu?"

" Adik anak ibu.." Puan Maria masih mengelus pipinya.

" Ibu, janganlah macam ni. Adik dah nak balik dah.." Kata Ariana perlahan.

Melihat Ariana yang turut mengalir air matanya terus dibawa ke dalam dakapan. Puan Maria memeluk Ariana dengan erat seolah-olah tidak mahu melepaskan anaknya itu. Baru satu hari dia berjumpa dengan anaknya, rindu masih berbaki lagi.

Encik Tapah hanya memerhatikan dari jauh. Air matanya dikesat dengan lengan bajunya. Segera dia turun menuju ke dapur bagi menyiapkan makanan tengah hari.

Continue Reading

You'll Also Like

230K 9.2K 34
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan b...
37.9K 1.8K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...
38K 4.7K 6
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.
36.4K 3.7K 40
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...