The Chaos After You

By mac_axil

2.6K 45 21

Ariana Natasya kecewa saat kekasih hatinya berkahwin dengan kakak kandungnya sendiri tanpa rasa bersalah. Suk... More

-Cp 1-
-Cp 2-
-Cp 3-
-Cp 5-
-Cp 6-
-Cp 7-
- Cp8 -
-Cp 9-
-Cp 10-
-Cp 11-
-Cp 12-
-Cp 13-
- Cp 14-
-Cp 15-
-Cp 16-
-Cp17-
-Cp 18-
-Cp19-
-Cp 20-
- Cp 21-
-Cp 22-
-Cp 23-
- Cp 24 -
-Cp 25-
-Cp 26-
- Cp 27-
-Cp 28-
-Cp 29-
- Cp 30-
-Cp 31-
-Cp 32-
-Cp 33-
- Cp 34-
-Cp 35-
-Cp 36-
-Cp 37-
-Cp 38-
-Cp 39-

-Cp 4-

94 3 0
By mac_axil



< Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. >


3 tahun telah pun berlalu sejak kejadian itu. Tanpa pengetahuan keluarga, Ariana membawa diri ke Australia untuk menyambung pengajiannya selepas tamat pengajian diploma di University Malaya selama 3 tahun kos business management kerana mendapat biasiswa. Alhamdulillah dan kini dia berada di tanah air semula dan bekerja di syarikat yang ternama atas berkat usahanya selama ini.

Tipulah kalau tidak rindu akan keluarganya tetapi kerana hatinya yang pedih, dia tetap dengan pendiriannya. Agaknya apa lah khabar ayah dan ibu? Sihat ke tak? Haih.

" Ariana! Bangun! "

Ariana tersentak saat teman serumahnya menepuk perlahan bahunya sebelum kembali lena. Melihat Ariana tiada balasan, Melissa dengan pantas mengoncang sehingga Ariana mengeliat atas katil bersaiz Queen itu. Ariana merenung ke arah melissa seketika. Bantal busuk yang berada di sebelah diambil lalu dipeluk.

" Kau nak apa? " Soal Ariana dengan suara serak. Dengan melihat Melissa yang sudah pakaian lengkap gaunnya membuatkan Ariana lagi tertanya.

Melissa, teman baiknya sejak dia di bangku sekolah lagi. Kadang-kadang dia bersyukur kerana dihadirkan teman sejati yang menemani dikala yang sedang dilukai.

" Eh, kau lupa ke? Kau dah janji dengan aku,kan? " Melissa sudah mencekak pinggangnya sambil memandang Ariana dengan tajam. Eh, semalam dia beria dah janji dengannya. Boleh pulak dia lupa akan janji mereka berdua.

" Janji? Apa ya? Aku tak ingatlah. Hehe " Ariana bangun dari pembaringannya sebelum membetulkan rambutnya yang kusut. Melissa sudah membuat muka.

" Kan kita dah janji nak pergi wedding cousin aku malam ni. Haih, kau ni. " Melissa mengeluh seketika. Itulah Ariana ni. Sikit-sikit pelupa. Nak kata dah tua umur baru 25 tahun.

" Wedding? Ouh,malam ni ke? Aku ingatkan minggu depan. " Kepala yang tidak gatal digaru.

" Banyaklah kau minggu depan. Cepat siap. Aku tunggu kat bawah. " Kata Melissa sebelum ingin berlalu pergi dari bilik Ariana. Tetapi Ariana terlebih dahulu menahannya.

" Alaaa, aku tak pergi tak boleh ke? Penatlah. " Kata Ariana dengan membuat muka sedihnya. Mana tak penat, hari sabtu pun kene kerja. Ini semua si boss punya pasal. Tiba-tiba nak report tentang office hari ni juga. Puas dia bertungkus lumus hari ni samapi nak makan tengah hari pun tak sempat.

" Jangan nak mengada. Pergi siap. Lagipun esok hari ahad kan. Cuti. Esok kau tido la puas-puas." Arah Melissa. Ariana sudah muncungkan bibirnya. Halah,halah. Ni yang malas ni.

" Tapi aku tak ada baju gaun macam kau ni. Aku pakai baju kurung je boleh? " Ariana menarik tangan Melissa sebelum mengoyang-goyangkannya seperti anak kucing yang mengeselkan badan pada tuannya.

" Tak payah mengada. Nanti aku bagi baju gaun aku. " Kata Melissa yang seperti mengarah.

" Ala, tak apa. Aku pakai baju aku je. "

" Tak payah. Jangan nak memalukan aku. Kau tu nanti pakai baju yang lusuh yang dah berpuluh tahun tu. Aku suruh buang, tak nak. Degil. Padahal kau kaya je, bukan miskin. " Ha, sudah! Itu dia Tengku Melissa binti Tengku Zamri sudah membebel kalah mak cik bawang.

" Kalau memalukan, tak payah bawak aku. Boleh? " Ariana tersengih menayangkan gigi ke arah Melissa. Mana tak dia malu kalau pergi majilis orang yang tidak mengenalimya. Sudahlah Melissa ni anak orang berada. Dah nama pun 'tengku' sudah tentu kaum kerabatnya semua orang berada. Kalau dibandingkan dengan dia, apalah sangat.

" ARIANA NATASYA BINTI MOHD TAPAH ! "


<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3


Ariana memandang kawasan dewan besar yang dihiasi dengan lampu dan bunga berwarna putih yang sedap mata memandang. Walaupun orang yang berada di dalam dewan ini penuh tetapi suasana tetap dapat dikawal. Matanya terhenti apabila melihat pasangan secocok yang sedang duduk di atas pelamin. Bagai pinang dibelah dua. Inilah namanya kenduri kahwin orang berada. Tengok cara mereka berpakaian pun dah tahu. Patutlah Melissa berkeras suruh dia memakai gaun miliknya. Kalau tidak mesti orang yang berada di dewan ini memandang serong ke arahnya.

Sambil menikmati pandangan di dewan ini,sambil itu jugak dia melilau mencari Melissa yang sudah hilang ke mana. Tadi beria kata sekejap tetapi dah dekat 20 minit dia berdiri dekat sini keseorangan. Sudahlah dia tidak mengenali siapa-siapa kecuali Melissa. Alihnya dia hanya mencuci mata sahaja.Mana la tahu boleh terserempak dengan jodoh.

" Eh, Ariana! "

Tersentak Ariana apabila bahunya ditepuk dari belakang. Wajah wanita yang sudah berkerut tapi nampak muda dipandangnya.

" Eh, mummy! Apa khabar? " Tangannya terus dihulur untuk menyalami wanita tua itu. Tangannya disambut dengan mesra sebelum pipinya pula diciumnya.

" Baik. Rindunya anak Mummy ni." Ariana yang berada dihadapannya itu dipeluknya dengan erat. Ariana terkaku seketika sebelum membalas pelukannya. Haih, mummy ni. Gaya macam jumpa anaknya sendiri sedangkan Ariana bukan anaknya. Tengku Melissa lah anaknya.

Iyup. Wanita yang berada dihadapannya merupakan mummy Melissa, Puan Tengku Khadijah. Oleh kerana keakraban Ariana dengan keluarga Melissa, semua panggilan keluarga Melissa diikutnya atas peemintaan keluarga itu. Mummylah,Daddylah. Nasib Melissa anak tunggal. Kalau Melissa ada abang mesti dia pun kene panggil abang Melissa dengan gelaran abang. Euuu! Tak mau!

Baru sahaja Ariana ingin meleraikan pelukan tersebut,matanya bertentang dengan anak mata orang lain yang berada di belakang Puan Khadijah dengan pandangan yang tajam.

Eh wait! Kalau Melissa tak ada abang, belakang Mummy ni siapa? Ariana memandang lelaki yang tidak dikenali yang berkerut memandangnya dari tadi. Daripada tadi dia memandang Ariana, tetapi Ariana tidak perasan akan kewujudan lelaki itu. Mungkin kerana terlalu gembira berjumpa dengan Mummy Melissa ini.

Tapi bila dipandang lama wajah lelaki itu ditambahkan juga dengan berpakaian baju melayu berwarna merah yang sama warna dengan baju gaunnya membuatkan dia terpesona seketika. Mak aih! Handsomenya anak orang ni!

" Melissa mana, sayang? " Soalan daripada Puan Khadijah membuatkan dia tersentak seketika. Dengan pantas dia mengalihkan pandangannya.

" Entahlah,anak kesayangan mummy tu. Hilang dah. Dia suruh Ariana tunggu dekat sini,lepas dia pulak hilang. " ngadu Ariana sambil membuat muka simpatinya. Puan khadijah tersenyum melihat telatah Arian sebelum mengusap kepala Ariana yang dilindungi oleh tudung selendang berwarna hitam itu.

" Kesian, anak mummy ya. Nanti mummy jumpa Melissa, siap dia! Kene dengan mummy. " Balas Puan Khadijah yang seolah-olah ingin turut berjenaka. Ariana sudah tergelak kecik melihat Puan Khadijah yang membuat lakonan seolah-olah ingin memukul anaknya itu. Manakala lelaki yang berada di belakang Puan Khadijah itu masih lagi sama. Berdiri dibelakang dengan wajahnya kerut melihat mereka berdua.

" Eh, mummy! Puas Melissa cari tadi. Dekat sini rupanya. " Agenda mereka berdua terbantut apabila suara Melissa pula muncul.

" Ha,ada pun kamu ni. Kenapa kamu tinggalkan anak mummy keseorangan dekat sini? Kesian dia tau." Kata Puan Khadijah dengan sedikit nada marah. Ariana sudah tersengih-sengih memandang Melissa dengan penuh kejahatan.

" Ouh, Melissa jumpa Pak ngah itu yang lama tu. Eh, sekarang ni siapa anak mummy ni? Ariana ke Melissa ni? " Kata Melissa sambil mencekak pinggangnya.

" Semestinya, Ariana Natasya. Kan, Mummy? " Lengan Puan Khadijah dipeluk erat. Lidahnya dijelir kerarah Melissa. Sengaja mahu mengenakan wanita tersebut. Itulah siapa suruh tinggalkan dia bersendirian.

" Eh, Melissa okay! " Kata Melissa sebelum melompat kearah Puan Khadijah dan Ariana. Tidak semena-mena dengan Ariana sekali,Melissa peluk dengan kuat. mahu tercekik Ariana dibuatnya.

" Bertuah punya anak! Mummy..." Baru sahaja Puan khadijah mahu membebel terus terbantut apabila Melissa terlebih dahulu memotongnya.

" Eh, abang Daniel! " Melissa melepaskan pelukan saat matanya bertentang dengan mata lelaki yang berada di belakang Mummynya sejak tadi. Ariana dan Puan Khadijah turut mengalihkan pandangan terhadapan lelaki yang digelar Daniel itu.

' Ah, Daniel namanya. Sesuai dengan mukanya yang ala-ala kacukan itu' desis hati Ariana. Ini kalau bawak balik jumpa ibu dia , pasti ibunya suka. Lagi-lagi bila si Daniel ni rambutnya panjang. Lelaki idaman gitu. Eh, Ariana! Nak melebih-lebih pula. Oppss!

" Abang buat apa dekat sini? " Soal Melissa.

" Teman Mak Longlah. Pak Long tak sihat. Itu yang abang teman Mak long dekat sini. " balas Daniel. Ariana mengangkat keningnya. La,sepupu Melissa ke?

" Haa? Daddy tak sihat? Yeke, mummy? " Puan Khadijah menepuk dahinya saat anaknya menanyakan soalan itu. Walhal pagi tadi dia sudah memberitahu kepada anaknya itu tentang keadaan daddynya.

" Bertuah punya anak. Kan mummy dah bagitahu pagi tadi. "

" Ouh,yeke? Melissa lupalah! Hehe! " Melissa tersengih kambing apabila mengingati kembali memorinya pagi tadi.Maklumlah gembira dapat berjumpa dengan sanak-saudara yang kian lama tak nampak. Terus dilupakan daddynya itu.

" Oh ya, Abang Daniel. Ini Ariana Natasya. Kawan Melissa merangkap anak angkat tak terangkat sebab berat sangat kepada mummy. Ariana, ini abang Daniel. Sepupu sepapat entah bape papat pun tak tahu. " Ariana yang dari tadi diam mendengar perbualan mereka terus tersentak saat dia diperkenalkan kepada sepupu Melissa itu.

" Hai. " Kata Daniel sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Terkedu Ariana dibuatnya. Mak aih! Cair terus dia dibuatnya.

" Hai.." Ariana membalasnya dengan perlahan. Pandangannya terus ditundukkan ke bawah tanda rasa malu. Ewah! Eh, Ariana. Gedik pula kau ni. Huh.

" Eh, abang Daniel. Jangan pandang lama anak orang ni. Dia sudah berpunya,harap maklum. " Belum sempat Daniel merenung Ariana habis-habisan,Melissa sudah memberi amaran kepadanya. Terkejut Ariana dibuatnya.Terus dicubit lengan Melissa supaya dia diam. Sengaja nak mengusiknya. Padahal dia solo je.

" Lah, yeke. Baru nak mengorat. " Balas Daniel dengan selamba. Merah pipi Ariana apabila mendengar Daniel mengatakan begitu. Tipulah kalau cakap hatinya tidak tergugat mendengar lelaki yang setampannya berkata begitu kepadanya.

" Eh,dah. Jangan nak ngorat sangat. Itu makanan dah memangil dah tu. Mari kita makan. " Ajak Puan Khadijah seloroh menarik dua-dua tangan anak dara itu. Daniel hanya tersengih sebelum membontoti meraka dari belakang.

Selesai sahaja mereka menjamu selera, seperti biasa Ariana ditinggalkan oleh dua anak beranak itu. Aduh, sedih! Sudahlah ditinggalkan Dia dengan Daniel ni sahaja di tempat makan ni. Terasa suasananya kekok terlampau. Nak ajak borak tapi malu. Haih!

" Dah lama ke kawan dengan Melissa? "

Ariana yang sedang menguis-guis sisa makanan yang berada di atas linggannya tersentak saat suara garau itu menyentuh cuping telinganya. Kepalanya terus diangkat daripada menunduk dari pandangan lelaki itu. Mana taknya,sepanjang dia makan, Daniel asyik memandangnya sahaja seolah-olah mahu menerkamnya.

" Bolehlah. Dalam tujuh tahun macam tu. "

" Ouh patutlah rapat. " Balasnya. Ariana hanya mengangguk kepalanya.

" Dah kerja ke belajar lagi? " Soalnya lagi.

" kerja. " Balas Ariana pula.

" Department mana? "

" Accounting . "

" Best kerja? "

" Best. "

" Apa yang best? "

" Entah "

Sudah seperti polis sedang lakukan siasatan terhadap persalah apabila Daniel menanyakan soalan yang banyak kepada Ariana. Yang Ariana pula, hanya menjawab sahaja. Itulah terasa kekok sangat sampai sepatah sahaja yang dijawabnya. Kalau jawab lebih-lebih nanti terasa lagi pelik pulak.

" Duduk dekat mana? "

" Atas kerusi. " Jawab Ariana tanpa sedar. Mungkin agak gementar apabila berborak dengan lelaki yang baru sahaja diperkenalkannya. Tersembur gelak ketawa Daniel dibuatnya mendengar jawapan lurus Ariana. Orang disekeliling mereka memandang kearah mereka berdua oleh kerana Daniel yang tiba-tiba ketawa besar. Ariana dengan pantas mengeleng kepalanya dengan laju sambil tangannya membuat isyarat kepada Daniel supaya senyap.

" No, i means Klang. Bukan Kerusi. Sorry. hehehe " Ariana menepuk dahinya menandakan yang dia salah. Aigoo! Buat malu saja.

" Haih, comel la awak ni. " Kata Daniel dengan selambanya. Tapi sumpah, ini kali pertama dia terasa selesa berbual dengan wanita yang baru dikenalinya untuk kali pertama. Lagi-lagi dengan gelagat wanita ini yang kelam kabut, lagi bertambah comel dibuatnya.

Wait. Whatttt!!! Lelaki dihadapannya ini kata dia comel. what the...

" Amboi,sukanya abang Daniel. Ariana, jom balik. Ke kau nak abang Daniel hantarkan?" Kata Melissa yang tiba-tiba muncul. Terbuntang mata Ariana dibuatnya. Dengan pantas dia mengambil beg tangannya kemudian bangun dan mendapatkan Melissa yang berada di tepi. Nasib baik Melissa datang tepat pada waktunya.

" Enggak mahu. saya minta diri dulu ya. Bye. Lain kali jumpa lagi. " Kata Ariana dengan cepat lalu menarik Melissa berlalu pergi meninggalkan Daniel yang masih terpingga-pingga. Tak mahu dilayankan Daniel itu, kang lain pula jadinya. Daniel hanya mengelengkan kepalanya melihat telatah Ariana. Geli hatinya melihat telatah gadis itu.



<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3



Sebaik sahaja menaiki kereta BMW milik Melissa itu, mereka terus meninggalkan kawasan tersebut. Sepanjang dalam kereta, Ariana hanya mendiamkan diri manakala Melissa fokus dengan memandu. Hanya suara radio hit fm sahaja kedengaran hingga Melissa memulakan bicara. Seketika kemudian, Melissa memecahkan kesunyian.

" Kau borak apa dengan Abang Daniel? "

" Huh?" Ariana yang dari tadi termenung ke luar tingkal terus kalihkan pandangannya ke arah Melissa.

" Ouh, tak ada benda pun. Borak biasa. " Balas Ariana. Melissa mengangkat keningnya.Borak biasa?

" Takkan lah borak biasa sampai Abang Daniel tu gelak besar? Satu dewan dengar tau." Soal Melissa lagi. Ariana terus mengetap bibirnya. Ini kalau dicerita dengan Melissa tentang kejadian tadi,mahu dia kene bahan dengan Melissa pasal kerusi tu. Cukuplah hanya dia dengan Daniel sahaja tahu.

" Entah dia tu. " Jawab Ariana acuh tak acuh. Padahal tidak mahu kantoi dengan Melissa. Melissa hanya mengelengkan kepalanya mendengar jawapan Ariana.

" Kau jangan main-main dengan dia. Dia tu pandai masak tau macam chef Wan tu. "

" Wow,chef. Badan sado macam tu masak. Pergh, mesti sedap. " kata Ariana sambil terbayang tubuh badan Daniel yang tegap itu. Haihlah, jarang nampak seorang chef yang badan tegap ni. Selalu jumpa chef yang berbadan buncit adalah. Huhuhu

" Eh,kau nak tahu tak. Kau lah wanita pertama yang pernah aku nampak buat Abang Daniel gelak besar. " Kata Melissa secara tiba-tiba. Walhal mata dan tangannya lincah memandu dengan fokus.

" Huh? " Ariana memandangnya dengan pandangan pelik.

" Iyalah. Kalau kau nak tahu, abang Daniel ni susah tau nak rapat dengan perempuan. Tegur pun susah,apatah lagi nak gelak macam tadi. " Terang Melissa.

" Ouh, yeke. Hmm.." Balas Ariana yang seperti tidak mahu mengambil tahu tentangnya.Buat apa nak ambil tahu tentang Daniel tu, lagipun bukannya dia akan berjumpa dengannya lagi. mungkin? Hmm..

"Aku ni pun jarang ditegur dengannya. Aku tengok tadi elok je dia sembang dengan kau. Entah-entah dia..." Belum sempat Melissa habiskan percakapannya, dengan pantas Ariana mencubit lengannya membuatkan dia mengadu.

" Dah! Jangan nak mengada. Lagipun baru je bertegur, takkan la boleh suka pula " Balas Ariana dengan terang. Walaupun si Daniel itu mempunyai lesung pipit yang menarik perhatiannya, tetapi hatinya masih lagi belum terbuka untuk sesiapa lagi.

Melissa hanya mengelengkan kepalanya mendengar balasan daripada Ariana. Betul la orang kata kalau sekali dah lukakan hati wanita, susah untuk pulihkannya kembali.

Continue Reading

You'll Also Like

93.2K 4.7K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
934K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
51K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
1.8M 61.6K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...