The Chaos After You

Od mac_axil

2.6K 45 21

Ariana Natasya kecewa saat kekasih hatinya berkahwin dengan kakak kandungnya sendiri tanpa rasa bersalah. Suk... Více

-Cp 1-
-Cp 2-
-Cp 4-
-Cp 5-
-Cp 6-
-Cp 7-
- Cp8 -
-Cp 9-
-Cp 10-
-Cp 11-
-Cp 12-
-Cp 13-
- Cp 14-
-Cp 15-
-Cp 16-
-Cp17-
-Cp 18-
-Cp19-
-Cp 20-
- Cp 21-
-Cp 22-
-Cp 23-
- Cp 24 -
-Cp 25-
-Cp 26-
- Cp 27-
-Cp 28-
-Cp 29-
- Cp 30-
-Cp 31-
-Cp 32-
-Cp 33-
- Cp 34-
-Cp 35-
-Cp 36-
-Cp 37-
-Cp 38-
-Cp 39-

-Cp 3-

86 1 1
Od mac_axil

< I wish I could give you my pain just for one moment. Not to hurt you but rather so you can finally understand how much you hurt me.>


Bunyi guruh menandakan hari akan hujan. Walaupun begitu,majlis tetap akan dilangsungkan. Suasana riuh-rendah dari luar boleh kedengaran. Semua sanak saudara sedang bergembira di luar tetapi Ariana masih lagi tidak menyiapkan diri dan menyembunyikan diri dalam bilik. Sikit pun tidak terdetik hatinya untuk meraikan majlis itu.

Bunyi ketukan bilik membuatkan dia mengeluh. Belum sempat aku memberi izin masuk,terpancul tubuh badan Ibunya,Puan Maria di pintu. Ariana lihat wajah ibunya sungguh ceria dengan baju gaunnya yang berwarna purple.

" Kamu tak siap lagi? Kenapa lambat? Ramai orang dah datang tu. " Tegur Puan Maria. Ariana mengeluh kecil. Tidak bersemangat langsung.

Puan Maria mula mendekati anak bongsunya itu yang berada di sofa. Melihat riak wajah anaknya itu yang sedih membuatkan dia mengusap-usap belakang badan anaknya. Ariana terasa sebak ketika itu. Tidak serta merta air matanya mengalir. Dia tidak menjangka perkara ini boleh berlaku. Sungguh dia tidak menjangka dan tidak berharap langsung perkara ini terjadi.

Hari ni berlangsungnya majlis perkahwinan kakaknya. Mungkin bagi orang lain, majlis ini ialah majlis yang ditunggu-tunggukan oleh mereka, tetapi bagi dia tidak. Dia memang berharap sangat majlis ini tidak akan terjadi.

Helmi, Lelaki yang satu-satunya dia cintai yang bakal menjadi milik kakaknya sebentar lagi. Dan itu sungguh mengecewakan dia. Renyuk hati dia bila difikirkan lelaki yang dia sukai akan berkahwin. Tetapi lagi renyuk hati dia apabila lelaki itu bakal menjadi suami kakaknya.

" Awak adik Farisha kan? Ariana . Cantik nama awak macam tuan punya nama. "

Itulah kali pertama Helmi menegurnya. Namun hari kepada hari seterusnya, bulan kepada bulan seterusnya. Akhirnya dia dan Helmi melanjutkan hubungan daripada kawan kepada kekasih. Tiba-tiba satu hari Helmi meminta putus tanpa sebab. Dan itu membuatkannya keliru. Pada hari itu juga, dia mendapat satu berita yang mengejutkan.

" Adik. Kakak minta maaf sangat-sangat. Kakak cintakan Helmi dan dia cintakan kakak. Kami akan berkahwin minggu hadapan.Kami dah buat persiapan pun. Minta maaf sebab rahsiakan daripada adik. "

Sungguh Ariana kecewa. Kecewa dengan tindakan kakaknya dan Helmi. Apa salah dia sehingga mereka berdua berbuat demikian. Kenapa Helmi sanggup mempermainkan dia ? Kenapa kakaknya tidak memberitahu aku perkara ini terlebih awal dahulu? Kenapa dia perlu lalui semua ini? Jahat sangatkah dia?

Dia menangis teresak-esak pada bahu ibunya. Semua yang dia pendam dia luahkan melalui tangisan. Dia berharap sangat dia dapat hancurkan majlis ni tetapi jauh dari sudut hati dia tidak berani. Dia tidak mahu maruah keluarga dia tercalar. Dia tak nak malukan kedua-dua ibu bapa dia. Jadi dia hanya mampu pendamkan.

" Sudahlah adik. Kumbang bukan seekor sayang. Mungkin ini bukan jodoh adik. Ini jodoh kakak. " Pujuk Ibu. Bertambah kuat dia menangis. Ibu seakan-akan menyebelahi kakak. Ayah pula hanya mendiamkan diri sahaja. Kenapa tiada seorang pun yang memahami hati dia ini? Adakah memang salah dia kerana jatuh cinta kepada lelaki tersebut?

" Adik..jangan la macam ni. Adik buat ibu risau. Kita banyak tetamu di luar sana. Ibu tak nak mereka kata apa pula bila kita batalkan majlis ini. " Pujuk ibu lagi. Berat hati ibu apabila melihat anaknya menangis. Tapi hendak buat macam mana. Hanya itu sahaja cara yang terbaik.

Ariana berhenti dari menangis. Belakang tapak tangan dia lap air mata yang menitis. Hidung nya sudah kemerahan dan matanya sudah sembam akibat menangis dari semalam. Tapi dia tidak menghiraukannya.

" Ibu....ibu pergilah dulu.. Jangan pedulikan Adik. Nanti Adik datang. " Kata Ariana sambil tersendu-sendu. Badan ibu dia tolak perlahan dari duduk di sebelahnya menyuruh ibunya itu keluar dari bilik.  Puan Maria  mengangguk kepalanya sebelum mengikuti arahan anak bongsunya itu.

" Ibu keluar dulu. Nanti kamu pun mesti keluar. Nanti orang cakap apa pula kalau tahu yang kamu tak keluar bilik. Cepat sikit. Majlis sudah nak bermula. Ibu tak nak anak ibu nangis. Anak ibu mesti kuat."

Setelah memastikan ibu menutup pintu bilik, Ariana bangun lalu mencapai sepasang baju gaun berwarna purple yang secocok dengan pakaian ibu. Setelah selesai menyiapkan diri, dia mencalit sikit make up supaya mata dia tidak kelihatan sembam. Takut-takut juga kalau ada orang tanya tentang mata dia. Nasib dewan ini mempunyai bilik yang kosong. Boleh dia larikan diri buat sementara.

Ketukan dari luar membuatkan dia tersentak. " Adik..Majlis dah nak bermula. " Jerit Ibu dari luar.

Dia menilik-nilik sekali lagi muka dia. Setelah memastikan semuanya okay,dia mengambil telefon dan keluar dari bilik. Kelihatan semua sanak saudara sudah memenuhi dewan. Dan begitu juga dengan pengantin yang bakal dikahwinkan. Memang tidak dinafikan Helmi nampak segak mengenakan baju melayu yang berwarna putih itu dan kakaknya cantik apabila mengenakan baju kahwinnya. Tapi sayang dia tak mampu untuk menegurnya setelah apa yang terjadi. Lebih kurang seminggu juga dia berkurung dalam bilik. Walaupun ramai sedara yang datang ke rumah dan dewan untuk membantu persiapan majlis ini. Dia hanya berkurung dalam bilik dia dan memberi alasan tidak sihat jika ditanya.

" Ariana! Kau sakit lagi tak? muka kau nampak pucat je. " Tegur salah seorang sedaranya sebaik sahaja Ariana melabuhkan punggung di bangku yang tersedia. Ariana hanya tersenyum pahit . Sengaja dia duduk di kawasan belakang supaya ramai tidak mengendahkannya.

Saat yang ditunggu-tunggukan oleh orang ramai telah tiba. Masing-masing sudah mengeluarkan gadjet untuk merakam saat-saat tersebut. Dia masih lagi duduk seperti patung. Kalau boleh, dia mahu tekup telinga dengan bantal. Dia tak mahu dengar ayat yang bakal disebut itu. Tetapi apakah dayanya.

" Aku nikahkan dikau Mohd Helmi bin Mohd Mahadi dengan Farisha Adriana binti Mohd Tapah dengan mas kahwinnnya dua ratus ringgit tunai."

" Aku terima nikahnya dengan Farisha Adriana Binti Mohd Tapah dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai."

" Sah?"

Dia memejam mata untuk seketika. Cuba menenangkan hati daripada menghancurkan majlis perkahwinan ini.

" Sah! Sah!" Kedengaran ramai memjawab soalan tok kadi.

" Alhamdulillah." Kata Tok Kadi sebelum memulakan bacaan doa.

Bunyi tepukan mula memenuhi ruang dewan sebaik sahaja orang ramai mengaminkan bacaan doa daripada Tok Kadi.Tetapi dia masih berharap ini semua adalah mimpi ngeri. Dia kembali membuka kelopak mata. Keadaan masih lagi sama. Dari riak wajah kakak, dia boleh nampak betapa gembiranya dia. Ibu dan ayah apatah lagi. Walaupun dia masih lagi bersedih tetapi dia redha dengan majlis perkahwinan ini. Dia tak boleh hendak marah kakak kerana dia tetap kakak kandung dia. Dia lebih berkuasa daripada dia. Anggap sahaja yang dia tiada jodoh dengan Helmi.

Hujan sudah turun tetapi ramai lagi tetamu yang datang. Sejak dari tadi, dia cuba menyibukkan diri dia melayan tetamu dan berborak dengan saudara-mara yang hadir. Dia melarikan diri apabila mendapat peluang. Sedang dia berjalan menuju ke bilik yang dia masuk sebentar tadi, nama dia dipanggil.

" Ariana! "

Dia terdengar nama dia dipanggil. Apabila dia pandang belakang, dia lihat Helmi berdiri di belakang dia. Helmi nampak segak dengan baju pengantinnya apabila melihat dengan lebih dekat.Kalaulah dia yang menjadi pengantinnya dan bukan kakaknya, pasti dia terasa bahagia sangat sekarang seperti bagaimana kakaknya merasa sekrang ini.

Tetapi dengan pantas Ariana cuba mengusirkan bayangan tersebut. Dia kembali ke realiti. Tapi apa yang Helmi buat dekat kawasan ini? Tak puas lagi ke lepas apa yang Helmi buat dekat dia? Apa lagi lelaki ini mahukan? Tak cukup ke hancurkan hidup dia? Hancurkan hubungan dia dengan kakak dia?

Dia kembali melangkah.

" Ariana! "

Helmi memanggil lagi. Dia tidak menghiraukannya. Melihat dia yang mempercepatkan langkah membuatkan Helmi berani menarik pergelangan tangan dia sehingga menghadapnya.

" Ariana! Tolong jangan larikan diri.."

" Apa ni?! Tarik tangan sesuka hati! " Dia kembali menarik tangan dia. Panas hati dia dibuatnya.

" Ariana..Tolong la maafkan saya. Saya bukannya nak mempermainkan hati Ariana..Tapi.."

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya dia sudah memotong. " Tapi apa?! Cukuplah. Saya dah muak tau tak! Saya dah muak kena tipu dengan awak. Tolonglah beredar. Saya tak nak majlis ini rosak hanya disebabkan seorang lelaki. Awak lebih baik layan tetamu awak. " Kata dia. Dia malas untuk bergaduh. Dia sudah mula terima kenyataan. Jadi apa yang lelaki itu mahu terangkan lagi?

Tanpa menunggu kata-kata darinya, dia sudah mengorak langkah. Tetapi sekali lagi Helmi menarik lengan bajunya tapi kali ini lebih kuat dan hampir-hampir membuatkan dia terjatuh. Nasib dia sempat imbangkan badan.

" Helmi! Apa ni?! Awak faham bahasa ke tak?! Saya.." Kata-kata dia terhenti. Dia tak mampu untuk bertahan lagi. Akhirnya dia menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin. Cuba mengumpulkan semangat untuk meredakan kemarahan yang sedang bergelora.

" Tak ada apa yang boleh dicakapkan lagi. Tolongla...saya rayu..jangan kacau saya lagi. Teruskan hidup Awak dan jaga kakak saya elok-elok. " Kata dia dengan lembut. Dia cuba menarik lengan bajunya tetapi Helmi masih lagi memegang dengan kuat.

" Helmi! Apa awak buat tu?!! "

Dia dengan Helmi terkaku sebentar. Farisha menghampiri mereka dengan wajahnya mencuka. Cepat-cepat dia menarik tangan dia dari Helmi.

" Hey, Ariana! Apa lagi yang kau tak puas hati huh?! Kenapa kau nak rampas dia dari dia?! Hey, kau dengar sini Helmi ni dia punya! "

Dia tersentap. Tidak menyangka yang kakak akan menuduh dia sebarangan. And wait. Dia rampas Helmi? Ini yang membuatkan dia naik angin.

" Kakak! Adik tak buat apa-apa pun. Tanya laki akak sendiri apa yang dia buat. Lagi satu, bila masa Adik rampas Helmi? Bukan kakak ke? "

Pap!! Pipi dia serta merta ditampar oleh kakak. Dia mengetap gigi.

" Hey, Perempuan! Kau jangan nak kurang ajar ye!" Marah kakak dia. Hati dia terguris lagi dengan tindakannya. Buat kali pertamanya kami bergaduh besar. Dan buat kali pertamanya kakak berkasar dengan dia. Kakak bukan seperti kakak yang dia kenali dahulu. Perangainya sungguh berbeza.

" Farisha! Apa awak buat ni?! " Marah Helmi pula. Helmi cuba untuk memegang pipi dia yang kemerahan tetapi dengan pantas dia tempis. Dia sudah tidak tahan lagi duduk di sini.

" Adik sedar adik ni siapa. Maaflah kalau adik ada buat salah. Tapi sebelum nak marah, tolong siasat terlebih dahulu. Adik pergi dulu. Adik doakan kamu berdua berbahagia. "

Dia beredar dari tempat tersebut. Walaupun dia dengar nama dia dipanggil oleh Helmi, dia pedulikan. Mujur tiada siapa yang melihat agenda tersebut. Kalau tidak pasti akan menjadi buah mulut orang ramai.

Baru sahaja dia ingin berlalu pergi ke bilik di mana tempat dia menukar baju itu, dia terlanggar badan Muaz yang kebetulan berada di belakang dia. Dia mendonggakkan kepala memandangnya.

" Sorry, saya datang lambat. Tadi jalan jem. " Katanya. Dia hanya mendiamkan diri sambil memandang anak matanya.

" Ariana.. Kenapa ni? " Muaz menarik lengan baju Ariana seraya membuatkan dia mendekatinya. Ariana menunduk dari memandang anak matanya. Dan akhirnya air mata dia tumpah buat kali ke berapa tah. Bila nampak Muaz, dia bagaikan tidak boleh mengawal perasaannya.

" Hey..are you okay? " Soal Muaz lagi. Oleh kerana dia tinggi daripada Ariana, dia menunduk seketika supaya memandang tepat ke arahnya .

" Hey ..kenapa ni? " Soalnya dengan lembut. Ariana pula entah tak tahu kenapa dia mula menangis.

" Ariana! Wait! "

Ariana dengan Muaz tersentak apabila munculnya suara ketiga dan serta merta memandang Helmi yang menuju ke arah mereka. Ariana berhenti dari menangis. Air mata yang mengalir serta merta dia lap. Dia tak nak menunjukkan kelemahan dia dihadapan dia lagi.

" Ariana please...jangan macam ni. Saya merayu sangat. " Kata Helmi sambil menarik lengan baju Ariana.

" Lepas la..." Dia mencuba menarik tetapi tidak dapat. Muaz sudah mengerut dahinya.

" Ariana.. Saya boleh jelaskan. Tolong jangan larikan diri lagi. "

Melihat ketidakselesaan dia, Muaz menarik lengan baju Ariana dari dipegang olehnya. " Please don't hurt her anymore, Helmi. "

Muaz menepis tangan dia bila dia cuba untuk menarik kembali lengan baju Ariana. Haih! agenda tarik lengan baju ke apa ni?

" Pergi la. Jangan ganggu hidup saya lagi. Lagipun kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. "

Ariana pula menarik lengan baju Muaz memandangkan dia memakai baju melayu sebelum pergi meninggalkan tempat itu. Lantakla si Helmi tu nak cakap apa. Yang penting, dia tak mahu menghadap lelaki itu lagi.

Ariana mengambil baju dan seluar yang tergantung lalu mengambil handbag di atas sofa sebelum memasukkan telefon dia di dalam handbag tersebut. Dia dah tak tahan untuk menanggung kesakitan ini lagi. Muaz yang duduk di atas sofa itu hanya memandang sahaja gerak-geri Ariana.

" Nak pergi mana? Jangan buat macam ni .Ramai orang dekat luar sana. Nanti mereka cakap apa pula. " Ibu menahan dia. Muncung sahaja ibunya itu. Dia terdiam. Hati orang lain ibu hendak jaga, tapi hati anak sendiri?

" Ibu..Adik sakit sangat-sangat. Tolonglah faham perasaan Adik. Adik bukan nak derhaka tapi hati Adik dah terlampau terluka." Jelas dia. Walaupun dia tersentap dengan kata-kata ibu tadi, dia tak berani hendak melawan. Dia tidak mahu jadi anak derhaka kerana memarahinya. Dia masih waras lagi.

" Biarlah dia pergi.. Biar dia tenang di sana. Ayah tahu kamu masih tidak boleh terima. tak apa. Pergilah Ariana. Nanti pandai-pandai lah ayah bagi alasan dekat tetamu. Yang penting ayah nak anak ayah ni tabah. Nanti kalau sudah pulih, jenguklah kami berdua ni. Ayah minta maaflah sebab tak dapat bantu kamu. " Kata ayah pula. Dia tersenyum memandang ayah. Terima kasih ayah. Ibu yang berada disebelah ayah hanya menundukkan kepalanya. Mungkin kecewa dengan tindakan dia? Ah,dia tak kisah. Daripada dia hancurkan majlis ini,baik dia pilih jalan yang terbaik.

Dengan pertolongan ayahnya, Ariana dan Muaz dapat melarikan diri dalam dewan tersebut melalui pintu belakang. Mujur tiada siapa yang terserempak dengan mereka.

"Hey..are you okay? "

" Yeah. I'm fine. " Kata Ariana sambil termenung ke arah luar tingkap.

Suara radio yang terpasang itu langsung tidak dihiraukan. Masih memikirkan perkara tadi. Mujur tadi dia telefon Muaz suruh dia ambik dia dekat sini kerana Melissa ada hal penting. Nak memandu sendiri takut nanti apa-apa pula terjadi pada diri dia ini dengan keadaan sebegini.

" It's okay. Just cry as much as you want. I'm here for you. " Kata Muaz lagi. Sapu tangan yang berwarna coklat miliknya dihulur kepada Ariana. Ariana memandang Muaz seketika sebelum tersenyum. Sapu tangan tersebut diambil daripada Muaz. Thanks,Muaz. :')

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

1.8M 61.7K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
58.7K 3.8K 49
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
422K 36.4K 41
Tiada yang mampu meneka bagaimana cara semesta berkerja. For real, it wasn't me." Esakan yang nak meletus, ditahan walaupun pipinya mula basah. "Real...