Her Greatest Secret [ Editing...

By GirlCrush_Yaya

849K 53.9K 7K

โ” ๐Š ๐€ ๐’ ๐‡ ๐„ ๐ ๐€ โHer greatest secret is what brought us togetherโž โ€ข โKau pun tahu aku tak akan sentuh... More

INTRO [Kudos Inspiration!]
PROLOGUE - HER GREATEST SECRET
HGS 1|Bab 1 - Ini kenyataan!
HGS 2|Bab 2 - Accident
HGS 3|Bab 3 - Pertemuan kembali
HGS 4|Bab 4 - Free show
HGS 5|Bab 5 - Cium lantai
HGS 6|Bab 6 - Senyuman Darlie
HGS 7|Bab 7 - Panic Attack
HGS 8|Bab 8 - Solace
HGS 9|Bab 9 - Afham Wickedhail
HGS 10|Bab 10 - Her greatest scar
HGS 11|Bab 11 - Tangkap basah
HGS 12|Bab 12 - Hero vs Ratu
HGS 13|Bab 13 - Najis mughallazah
HGS 14|Bab 14 - Sampai mati
HGS 15|Bab 15 - Go to hell
HGS 16|Bab 16 - Malapetaka
HGS 17|Bab 17 - Kau tak layak!
HGS 18|Bab 18 - Kasih bonda
HGS 19|Bab 19 - Aku masih waras
HGS 20|Bab 20 - Buktikan
HGS 21|Bab 21 - Too late
HGS 22|Bab 22 - What have you done?
HGS 23|Bab 23 - Meltdown
HGS 24|Bab 24 - Padan muka
HGS 25|Bab 25 - This Is Me
HGS 26|Bab 26 - Lapan tahun
HGS 27|Bab 27 - Buang tabiat
JOM MAIN DETEKTIF ๐Ÿง
HGS 28|Bab 28 - Aku dah jumpa dia!
HGS 29|Bab 29 - Enjoy the moment
HGS 30|Bab 30 - Bayi siapa ni?
HGS 31|Bab 31 - Antara kau atau Wina
HGS 32|Bab 32 - Aku janji, Mun
HGS 33|Bab 33 - I'm really sorry
HGS 34|Bab 34 - Sakitnya kehilangan
HIS BIGGEST SORROW - HER GREATEST SECRET PART 2
HBS 1|BAB 35 - Aku tak benarkan
HBS 2|Bab 36 - Bunuh aku!
HBS 3|Bab 37 - It's okay
HBS 4|Bab 38 - Belum masanya
HBS 5|Bab 39 - Aku gagal
HBS 6|Bab 40 - Bunga vs Godiva
HBS 7|Bab 41 - Belajar kenali dia
HBS 8|Bab 42 - Lamaran kedua
HBS 9|Bab 43 - I love you
HBS 10|Bab 44 - In this heart of mine
HBS 11|Bab 45 - Permata papa dan mama
HBS 13|Bab 47 - I love you too
HGS 14|Bab 48 - Thanks for everything

HBS 12|Bab 46 - Team mama vs papa

14.3K 849 106
By GirlCrush_Yaya

Tiada apa-apa lagi atas dunia ini
yang perlu kau risaukan lagi

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Nadiya Kasheqa

"Bosan kan hari ni, mama?"

"Hmm, Wina bosan? Kenapa Wina cakap macam tu?" Soalku sementara terus menyisir perlahan-lahan rambutnya sambil duduk di atas katil.

Semua rambutnya yang panjang separas pinggang, aku kumpul di dalam satu tangan dan aku ikat tinggi di belakang kepalanya seperti ekor kuda.

Kini baru terjawab persoalan tentang ciri fizikal Wina yang sering menjadi tanda-tanyaku selama ini.

Ternyata rambut keperangannya diwarisi dari Mun.

Malah tubuh kecil dan genit itu juga turut diwarisi dari orang yang sama.

Patutlah tiada satu pun karakter genetik fizikal yang ada padanya menyerupai Afham.

Melihat Wina, aku seolah-olah melihat Mun versi kerdil. Saling tak tumpah. Malah hanya dengan berada dekat di sisi Wina, aku seperti disuntik penawar rinduku terhadap arwah si sahabat.

"Wina bosanlah duduk kat rumah je bila weekend. Apa kata kita pergi jalan-jalan lagi macam yang kita buat hari tu. Nak tak, mama?"

Aku melirik Afham yang duduk bersandar di kepala katil. Tumpuannya tumpah ke permukaan skrin telefon pintar di tangan. Kerutan yang terukir di dahinya menjentik rasa kurang senang dalam diri.

Apa agaknya yang menganggu dia sehingga tumpuannya langsung tidak ke arah Wina.

"Boleh tak, mama?"

"Cuba Wina tanya papa."

Wina menoleh dan memerhatikan Afham yang tidak jauh darinya.

"Papa..."

Afham tersentak dan mengangkat pandangan. Lantas telefon pintarnya diletakkan ke tepi.

"Ya, sayang?" Dia datang menghampiri dan terus baring bertongkat lengan di depan kami di atas katil besar itu. Perhatiannya kini sepenuhnya tertumpu pada si anak.

"Wina cakap apa tadi? Sorry, papa tak dengar."

"Wina nak ajak papa dengan mama keluar. Jom kita pergi jalan-jalan, nak?" Wina mengulangi semula soalannya.

Kali ini Afham mendongak ke arahku sebelum kembali menatap Wina lalu mengambil tangan anak itu dan dimainnya.

"Wina ada idea nak pergi mana?"

Lucu aku melihat Wina memuncungkan mulut dalam pada dia berfikir. Terkerut-kerut wajahnya.

"Wina pun tak tahulan nak pergi mana."

Afham menjongket kening sebelum tersenyum. Dia lantas bangkit duduk berhadapan Wina.

"Mama? Any idea nak pergi mana?"

Aku tersentak tatkala Afham menujukan soalan tersebut buatku. Kini dua pasang mata tertumpu menantikan jawapan dariku. Menggeleng perlahan, aku juga tiada idea.

"Alaaa..." keluh Wina.

"Tak apa, macam nilah. Apa kata, kita keluar pergi makan je dulu. Kita pergi makan piza favourite Wina then papa akan ikut mana je Wina kata Wina nak pergi. Tapi sebelum tu, papa ingat papa nak singgah hospital sekejap, boleh?"

"Hospital? Kenapa pula hospital?" soal Wina, pelik.

Tak semena-mena pandangan aku dan Afham bertembung.

Ada soalan yang aku mahu luahkan namun aku pendamkan untuk membiarkan dia menjawab pertanyaan Wina dahulu. 

"Papa nak jumpa kawan papa sekejap. Dia masuk hospital sebab sakit."

Aku mengedipkan mata.

Kawan dia?

Renungan Afham seolah menyembunyikan sesuatu dan ada yang tidak kena pada penelitianku.

Tak mungkin dia nak berjumpa Reza...

Memang semalam aku nyatakan persetujuan untuk mempertemukan Reza dan Wina namun aku tak sangka secepat ini Afham mengambil langkah.

Afham jatuhkan renungan semula pada Wina.

"Kita pergi sekejap je ya? Kawan papa tu nak sangat jumpa Wina."

"Kita nak kena bawak hadiah ke untuk kawan papa tu?"

Aku melepaskan nafas berat dan mengambil keputusan untuk senyap mendengar perbualan dua beranak itu.

"Wina nak belikan kawan papa hadiah ke?" Afham menyoal lagi.

"Hmm... kan waktu Wina sakit hari tu Aunty Zaty bagi hadiah teddy bear untuk Wina."

Wina terjeda seperti berfikir.

"Eh, tapi kawan papa tu, lelaki ke perempuan?"

Terukir senyuman nipis Afham mendengar soalan Wina. Aku tak mampu memberikan sebarang reaksi.

"Kawan papa tu lelaki, sayang."

"Kalau lelaki, kita nak kena bawa apa? Takkan kita nak bawa teddy bear juga." Wajah Wina jelas bingung.

Afham lantas menarik tubuh kecil Wina lalu didudukkan di atas ribanya. Dia tunduk mengucup ubun-ubun Wina, sejurus itu memandangku. Tiada reaksi yang boleh aku pamerkan. Mataku meredup memikirkan kesungguhan Wina.

"Papa rasa, kita tak payah bawa hadiah kut..."

"Kenapa, papa?"

"Sebab... papa rasa kalau dia tengok Wina, mesti dia lagi suka dari dapat hadiah." Afham mencubit lembut pipi gebu Wina sambil menayang senyuman manis.

"So, Wina nak kena pakai baju cantik-cantiklah ni sebab Winalah hadiah tu?" Polos sungguh soalan Wina.

Walaupun Wina ketawa, aku dan Afham tak mampu gelak bersama.

Ya Allah...kenapa air mata ni rasa seperti mahu gugur mendengar soalannya.

"Hmm... betullah tu." Afham mengangguk lemah.

"Apa kata sekarang ni Wina pergi bersiap. Lepas tu kita boleh terus gerak."

"Ok, papa! Sekejap, Wina pergi tukar baju."

Sebaik Wina keluar, aku membuang pandang jauh dari Afham.

"Sayang," tegur Afham lembut.

"Apa yang awak buat ni, Am?"

Tanpa amaran dia datang memeluk aku dari belakang.

"I'm sorry. Abang terpaksa buat keputusan segera ni sebab..."

"Sebab apa, Am?"

Lantas aku rungkaikan pelukan dia dan berpusing.

"Reza, dia..."

Mendengar nama itu, darahku mula mendidih.

"Saya dah kata semalam yang saya tak sedia lagi nak kenalkan Wina dengan ayah kandung dia. Saya tak nak trauma Wina trigger. Ini bukan masanya. Awak tak faham ke?"

"Abang faham, tapi abang sendiri dapat rasa yang Wina memang takkan sempat jumpa Reza kalau kita bertangguh lagi, sayang."

"What? Kenapa awak cakap macam tu?"

"Reza dah tenat sangat, sayang. Tajul baru bagitahu abang tadi."

Aku terduduk semula di atas katil.

"ANOTHER cardiac arrest." Tajul berkata sejurus melihat kami bertiga muncul di luar unit rawatan rapi itu. Kepalanya menggeleng lemah.

Sebagai seorang doktor, aku cukup faham dengan sebaris ayat itu. Benar kata Afham tadi, ternyata peluang Reza untuk terus hidup sangat tipis. Aku melihat ke arah pintu wad. Ada lagi dua orang anggota polis yang berdiri di hadapan pintu seolah-olah berkawal.

"Doktor ada cakap apa-apa?" Afham bertanya.

"Entahlah. Doktor masih kat dalam, trying to bring him back. There's nothing we can do other than praying. I guess we just have to wait."

Tajul melangkah ke arah deretan kerusi lantas melabuhkan punggung. Tengkuknya diraut kasar. Aku dan Afham turut duduk. Sebaik Afham melabuhkan punggung, dia terus mengangkat Wina duduk di atas ribanya.

Tangannya tiba-tiba mengayam jemariku.

Aku membalas lembut.

Aku faham benar perasaan Afham ketika itu. Walaupun perbuatan Reza pada Wina amat keji, namun jauh di sudut hati dia masih ada rasa empati terhadap apa yang berlaku terhadap Reza.

Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya ada dalam hati dan fikiran Reza ketika dia tergamak mengelar sendiri pergelangan tangannya semalam.

"Uncle Tajul, uncle kenal juga ke kawan papa tu?" Wina tiba-tiba bersuara memecah kesunyian.

Tajul yang tadi tunduk menongkat siku di lutut, terus menegakkan badan. Dia melontar pandangan ke arah aku dan Afham bersilih ganti sebelum redup memandang Wina.

"Ya, Wina... dia kawan uncle dengan papa."

Mulut Wina membentuk huruf 'O'.

"Kawan papa tu sakit apa? Kenapa kita tak masuk tengok dia?" Mulut keletah itu bertanya lagi.

"Err..." Tajul kehilangan kata-kata. Sekali lagi dia mengangkat pandangan melihat aku dan Afham umpama meminta pertolongan.

"Wina, kawan papa tu..."

Belum sempat Afham menyampuk, pintu unit rawatan rapi itu tiba-tiba dibuka dari dalam. Serentak kami menoleh ke arah yang sama. Tanpa berlengah, kami menerpa apabila seorang doktor lelaki muncul dan terus mendapatkan dua orang anggota polis yang berdiri di hadapan wad sedari tadi.

"Kami dah cuba sebaik mungkin..." Doktor itu menggeleng lemah.

"Innalillah..."

Tajul meraup rambut sementara aku dan Afham sudah saling bertukar pandangan sayu. Tidak pasti perasaan apa yang lebih merajai hati ketika itu. Semuanya seolah berbaur antara satu sama lain.

Ada sayu dan simpati.

Sebak?

Aku mengaku memang tiada rasa sebak yang hinggap di hati ketika itu namun tak semestinya aku gembira dan suka atas kepergian Reza.

Yang pastinya, ada sedikit rasa terkilan berbekas di hati kerana tidak sempat berterus-terang berkenaan Wina kepada arwah.

Kami berundur memberi laluan apabila katil yang membawa sekujur tubuh kaku Reza ditolak keluar dari bilik. Tubuh dan mukanya tertutup dengan selimut putih. Afham terus mendukung Wina sementara aku berdiri rapat di sebelah untuk meminjam sedikit kekuatan melawan ketakutan yang entah kenapa sempat singgah di hati. Hanya lirikan aku yang mengekori pergerakan katil itu.

Wina memandang kosong ke arah tubuh di atas katil. Tangannya merangkul leher Afham yang sedang mendukungnya.

"Am, aku gerak dulu. Uruskan arwah." Tajul menepuk bahu Afham sebelum bergerak namun dia sempat berhenti di depanku dengan mendadak.

"Sorry Sheqa, I lupa nak bagi you something."

Tajul mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek kemejanya.

"Ada pegawai I jumpa nota kecil ni dalam cell Reza semalam. I rasa maybe you lebih tahu apa maksud nota tu."

Aku berpandangan sejenak dengan Afham sebelum mengambil nota yang dihulurkan oleh Tajul.

Usai meminta diri, Tajul berlalu pergi dengan anggota polis yang lain mengikut katil yang ditolak pergi. Sempat dia mengusap lembut kepala Wina yang masih memerhati katil yang semakin menjauh.

Pandangan aku tundukkan memandang nota yang terlipat itu. Secara perlahan, aku buka dan baca satu demi satu perkataan yang tertera.

Munirah, maafkan aku...

Hanya itu.

Cuma sebaris ayat itu yang ditinggalkan tercoret di atas nota namun berjaya akhirnya membuatkan aku sebak dan hiba. Berbalam mata ini menampung air mata.

Bukan kerana Reza, tetapi kerana Mun.

Walaupun Mun tidak mendapat keadilan yang sepatutnya, namun aku rasa dia mungkin boleh lebih tenang di sana sekarang.

Mun, aku doakan kau tenang di sana sahabat...

Tiada apa-apa lagi atas dunia ini yang perlu kau risaukan...

Wina, akan aku jaga dengan sebaiknya sesuai amanah yang kau titipkan, Mun...

Peka dengan apa yang jadi, Afham terus merangkul bahuku untuk menenangkan.

"Sayang, are you okay?"

Aku mengangguk lemah.

"Kita pergi dari sini, ya"?

Sekali lagi aku mengangguk.

Belum sempat kami bergerak pergi, Wina tiba-tiba menyampuk.

"Papa, yang tadi tu kawan papa ke?"

Afham hanya mengiyakan. Tiada apa lagi yang perlu disorokkan.

"Dia pun dah pergi syurga macam mama Sofia?"

Pandanganku makin kabur dek air jernih yang bertakung di tubir mata. Tanpa amaran, ia menitis jatuh je pipi.

Afham memeluk Wina sementara tangan Wina menepuk-nepuk belakang bahu papanya laksana menenangkan.

"Papa jangan sedih. Nanti malam kita bacakan dia Yasiin macam yang kita selalu buat untuk mama Sofia tu."

Tergaman, Afham lantas menurunkan Wina dan bertinggung menghadapnya.

"Wina nak bacakan Yasiin untuk kawan papa tu?

"Nak," balas Wina ringkas.

"Okay, malam nanti kita baca Yasiin sama-sama. Untuk kawan papa dengan mama Sofia sekali."

Aku sudah tak dapat membendung empangan mata lagi.

USAI membacakan bait-bait ayat terakhir dalam surah Yasiin, Afham menadah tangan diikuti aku dan Wina.

Doa-doa dipanjat buat Yang Maha Esa terhadap kedua arwah Sofia dan Reza. Paling menyentuh hati ini, Afham turut tidak lupa menyelitkan doa buat arwah ibu dan Mun yang turut telah pergi menghadap Ilahi, disusuli doa-doa memohon keharmonian dan kesejahteraan buat kami sekeluarga dalam ikatan kasih sayang yang kian utuh.

Rasa syahdu sempat hinggap di hati mendengar ketulusan doanya.

Selesai semuanya, aku mengambil naskah Yasiin dari Wina dan Afham untuk disimpan namun belum sempat aku menarik ianya dari Afham, Afham terlebih dahulu mencapai tanganku sebelum tunduk mengucup kekura tanganku. Berbuat perkara yang sama, aku pula membawa tangannya untuk dicium hormat.

Terpana aku saat bibirnya berlabuh di dahi. Segan aku dibuatnya melihat Wina tersengih. Wajah Afham pula selamba sambil dia mengenyitkan mata.

Aku mengetap bibir, malu.

"Wina, salam papa sayang."

Wina lantas menurut lalu turut menyalami tangan Afham.

Tersenyum aku melihat Afham mencekup pipi kembung Wina lalu mencium dahi itu juga. Bukan mentertawakan Wina tetapi lucu melihat wajah itu terpenyek akibat dipicit tangan Afham.

"Papa!" marah Wina sambil menolak tangan itu turun dari mencekup pipinya.

Afham turut menderaikan tawa sambil mencabut songkok dari kepala. Aku ambil untuk disimpankan sekali bersama naskah Yasiin tadi.

"Hish, papa ni! Suka picit pipi Wina tau!"

Wina merengek sebelum melompat lari ke atas katil.

Afham enggan mengalah. Dia turut bangun lalu meloncat sama ke atas katil. Menyakat, perut Wina dicucuk-cucuk dengan telunjuknya sehingga si anak tergeliat kegelian.

"Papa, stop! Wina gelilah," tangis Wina dalam merayu. Kadang-kala dia ketawa mengekek akibat terlampau geli digeletek. Antomatik ruang bilik itu terus dipenuhi gelak tawa Afham dan Wina yang keriangan.

Terletus ketawa kecil dari mulutku melihat tubuh kecil itu tergeliat kiri dan kanan untuk mengelak tangan sasa Afham yang galak menggeletek perut dan pinggangnya.

Aku sekadar menggelengkan kepala melihat telatah dua beranak itu. Perlahan-lahan aku bangun dan menyimpan Yasiin dan songkok Afham ke atas rak sementara sejadah dan telekung aku sangkutkan di pengampai kecil yang ada di satu sudut ruang solat dalam bilik itu.

Sebaik aku melabuhkan punggung di atas katil, Wina lantas bangun dan lari menyorok di belakangku. Termengah-mengah bunyi nafasnya. Tak semena-mena aku pula yang berada di tengah antara Afham dan Wina.

"Mama, please help me. Tengok papa tu dia geletek Wina. Wina gelilah," adu Wina.

"Oh, pandai ye anak papa ni lari belakang mama. Sekali dengan mama, papa geletek nanti." Afham mempicingkan mata, nakal.

Targatnya bertukar kini. Dan mangsanya tentulah aku yang berada di tengah antara mereka.

"Awak, no! Stop it. Jangan nak mengada eh!"

Aku sampaikan amaran bersama telunjuk yang diluruskan. Cuak juga jika dia benar-benar mengotakan kata memandangkan aku memang tersangat sensitif dan mudah geli jika digeletek.

Habis semua aku tendang nanti!

Membulat mataku merenung Afham yang semakin menghampiri dihiasi senyuman nakal yang tersungging di bibir. Wina memaut erat bahuku meminta perlindungan. Aku di tengah-tengah sudah tidak dapat lari dan akhirnya menjadi mangsa tangan itu juga.

"Am! Tak naklah! Am, stop!" Tenggelam timbul suaraku dek tawa yang bercampur aduk dengan tangis. Mengalir air mataku menahan kegelian yang tak terbendung.

Tiba-tiba Wina meloncat naik ke atas badan Afham. Bergelut tangannya untuk menghalang perbuatan si ayah yang sedang mengerjakan perutku.

"Papa, janganlah! Janganlah geletek mama! Kesian mama dengan baby geli nanti!"

Aku mengelak sambil mengerekutkan tubuh. Sedaya-upaya aku menggulungkan badan untuk melindungi perutku dari dikerjakan.

Aku sudah tak berdaya melawan lantas terbaring di atas katil. Dia juga merebahkan tubuh di sebelah lalu menarik Wina sekali ke dalam pelukan. Kegeraman, Afham memeluk Wina kuat-kuat dan mencium serata wajah itu berkali-kali.

"Papa, janganlah..."

"Oo...Wina sekarang dah masuk team mama dengan baby. Nanti siapa nak team dengan papa?" Tak henti-henti Afham menggomol Wina yang sedang berusaha untuk lepas.

"Eii...papa, tak naklah..."

Naik kasihan aku dengar tangisan Wina yang merayu agar dilepaskan.

"Awak, dahlah tu." Aku menyampuk apabila mendengar tagisan Wina yang hampir mahu pecah. Menyakat tu tak beragak!

Aku menarik lembut Wina agar lepas dari dakapan Afham. Cepat-cepat Wina berpusing lantas memelukku. Esakan terlepas di dadaku.

"Papa ni..."

"Eh, papa pulak! Wina yang dah tak sayang papa. Tengok tu, asyik masuk team mama dengan baby je. Papa sedih tau..." Jemari nakalnya masih mencucuk-cucuk halus belakang Wina.

Semakin kuat raungan Wina.

Aku berdecit sambil menepis tangannya. Geram sungguh aku dengan perangainya yang tak henti menyakat. Menyakat sikit-sikit sudahlah.

"Mana ada! Wina sayang je kat papa. Tapi papa tu janganlah buat mama dengan baby macam tu. Wina sayang jugak dekat mama dengan baby. Wina tak nak mama dengan baby sakit."

Aku lantas bertentang mata dengan Afham. Seolah-olah mengerti isi hati masing-masing, kami spontan tersenyum. Jujur, mahu ketawa mendengar suaranya yang tersedu-sedan menghabiskan ayat. Terharu pun ada mendengar luahan tulus dari bibir comel itu.

Afham menggaru kepala.

"Alah... yelah, yelah. Bukan papa buat apa pun. Geletek je. Tak sakit pun mama dengan adik tu."

Afham terkesot hampir. Terus tangannya dilingkar ke pinggangku. Wina tersepit di tengah-tengah seperti sandwich.

"Okeylah. Tadi Wina kata Wina sayang papa, kan? Kalau sayang, cepat peluk papa pula."

Tangisan Wina semakin reda.

"Tak nak! Wina nak peluk mama dengan baby je. Tak nak peluk papa sebab papa busuk!" Dalam sendu yang kian reda, sempat lagi Wina mengenakan papanya.

Terbeliak mata Afham mendengar ujaran Wina.

Aku terketawa besar.

Busuk?

Dalam tawa, sempat aku perasan Adham tak lepas dari menatap aku yang sedang mengesat air mata akibat terlampau galak gelak.

"Eleh...Wina je yang cakap papa busuk. Cuba tanya mama dengan baby. Mesti cakap papa wangi."

Aku mencebir bibir. Tangan naik menumbuk bahunya sebelum ketawa dia pecah memenuhi ruang bilik.

Continue Reading

You'll Also Like

270K 10.4K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
493K 24K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
17.9K 1.7K 22
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
871K 35.2K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...