Me vs You

Por fvrvhlee

123K 3.9K 216

Barangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu pen... Más

1 // Birthday
2 // Angan-Angan
3 // Kisah Dulu
4 // Nombor Telefon
5 // Family A
6 // Plan
7 // Kisah Ting. 6
8 // First Day
9 // Akmal
10 // Gay
11 // Nombor
12 // Saudara Jauh
13 // Call
14 // Baran
15 // Nekad
16 // Suprise!
17 // Kantoi
18 // Date
19 // Janji
20 // Saingan
21 // Partner
22 // Berubah
23 // Terakhir
24 // Malam Graduasi
25 // Permulaan
26 // Hati
27 // Rancangan
28 // Kucar-kacir
29 // Rahsia
30 // Separuh Rela
31 // Kebenaran
32 // Hati Yang Terusik
33 // Confession
34 // Esok
35 // Penentuan
36 // Air mata
37 // Seorang Diri
38 // Noktah
39 // Terkejut
40 // Hilang
41 // Berpisah
42 // Buku Baru
43 // Sunyi
45 // Mimpi Ngeri
46 // Penjelasan
47 // Biarkan
48 // Impian
49 // Rumah
50 // Permulaan

44 // Geram

1.1K 42 3
Por fvrvhlee

3 tahun kemudian.


Adlina menghempaskan punggungnya di atas katil bujang dengan muka masam. Buku-buku dan beg tangan dicampak juga di atas katil. Bibirnya sengaja dimuncungkan agar lelaki di hadapannya tahu yang dia benar-benar marah pada kali ini. Peluh yang membasahi dahinya gara-gara bergegas pulang ke rumah selepas mendapat berita ketibaan lelaki itu di sini tidak dipedulikannya. Dibiarkan saja peluh itu menitis, menuruni pipi mulusnya sehingga kering sendiri.

Ah. Kalau lelaki itu pula yang merajuk melihat sikapnya sebegini dingin sewaktu menyambut dirinya, biar saja. Adlina takkan mengalah pada kali ini!

Suka-suka hati je datang tak bagitahu. Datang lepas tu senyum kemain lebar ingat orang suka? Haa? Ingat handsome senyum macam tu?! Even handsome pun, ingat nak mengaku ke? Bebelnya geram di dalam hati.

"Hey. Seriously you're gonna ignore me like that?" soal lelaki itu sambil tertawa kecil menampakkan lesung pipit di pipinya. Adlina menjeling geram ke arahnya sebelum melemparkan semula pandangannya ke arah luar tingkap biliknya. Ringan sahaja tangannya ikut memeluk tubuhnya dan membiarkan sahaja soalan lelaki itu sepi tanpa jawapan.

Lelaki di hadapannya berterusan ketawa melihat tingkah laku Adlina. Comel betul. Dahlah tengah merajuk. Memang automatik semua jadi makin comel ke kalau tarik muncung?

Namun, tidak pula kata-kata itu terlepas dari bibirnya. Ini kalau cakap, mahu lagi ke depan muncung akak sorang ni, fikirnya geli hati.

"Oh hi, Lin. You're here. And... that's pretty fast. I thought you're going to the library this evening?" sapa Nina mesra sekali gus memecahkan kesunyian bilik itu sejak dari tadi. Entah dari mana gadis yang juga berasal dari Malaysia itu muncul dan memberi segelas air kepada lelaki tu.

Eh? Air?

"Kau dah jumpa dia ke?" soal Adlina dungu. Nina sekadar ketawa kecil. Diperhatikan lelaki kacak yang sedang minum air kosong yang diberinya dengan sekali teguk. Manis. Sejak berjumpa dari tadi, matanya tidak lekang daripada melihat wajah tenang lelaki itu. Tertanya-tanya hubungan sebenarnya dan Adlina. Seingatnya, tidak pernah pula dia mendengar perihal lelaki ini dari mulut Adlina.

Ah lupa. Adlina sememangnya terlalu berahsia dengan kisah hidupnya. Dibandingkan dengan dia, Adlina lebih gemar mendengar celoteh Nina berbanding bercerita tentang kisah hidupnya. Yang dia tahu cumalah Adlina hidup sebatang kara dan ibu bapanya meninggal gara-gara langgar lari. Selebihnya, Adlina memilih untuk mengunci mulutnya rapi. Enggan membuka cerita lama, katanya setiap kali Nina cuba mengorek kisah tentangnya. Dan dia pun akhirnya mengalah dan akur dengan keputusan Adlina yang memintanya tidak memaksanya untuk bercerita tentang apa-apa melainkan Adlina sendiri yang rela hati untuk membuka mulut.

"Mestilah dah. Aku jumpa dia kat depan pintu hall kita lepas balik tadi. Nampak macam blur semacam tu aku tegur nak cari siapa. Sekali dia kata nak cari kau. Eloklah aku bawa terus dia datang bilik kita ni,"

"Yang kau bagi dia naik sini buat apalah gila? Tinggal jelah kat dining room ke, apa ke," getus Adlina geram. Masih memilih untuk tidak melayan lelaki itu dan merajuk.

"Punyalah handsome macam ni kau nak biar aku tinggalkan dekat dining room? Buatnya minah salleh semua kerumun dia, sexual harass dia ke, tak ke kesian?" Nina mula membebel dan seperti biasa, Adlina cuma mendengar awal-awal bebelannya sahaja. Yang lain, ke lautlah.

"Oh that's interesting, young lady. Wait. You nak cakap I handsome ke ni?" soal lelaki itu kepada Nina sambil tersenyum penuh makna.

Serta-merta Nina jadi pendiam tatkala mendengar soalan itu. Mukanya juga turut merah padam menahan malu gara-gara lantang bersuara memuji lelaki itu begitu bersahaja.

"Well hello please. Biasa je actually I tengok. Jangan nak perasan sangat eh Fiq," bidas Nina gugup. Afiq terus ketawa besar mendengar jawapan Nina. Adlina mengecilkan matanya sambil memerhatikan Afiq yang tampak geli hati dengan jawapan Nina.

"Dahlah. Aku nak keluar kejap. Have funlah korang. Bye," laju sahaja Nina mengambil beg tangannya di atas meja tulis dan keluar dari biliknya. Carutan juga begitu lancar keluar dari bibirnya perlahan, menyesali perbuatan tadi sejak dia menutup pintu bilik.

Stupid punya Nina!

"Dah? Dah habis gelak?" sindir Adlina. Afiq tersenyum lebar sambil mengecilkan matanya. Kepalanya sengaja digelengkan beberapa kali.

"Now tell me. Why are you here?"

"I miss you,"

"Jangan main-mainlah. Eee. Kenapa abang boleh ada kat sini?"

"Really. I mean it. I miss you, Lin. I miss you so much,"

Adlina mengambil bantal kecil berhampirannya sebelum membaling bantal itu ke arah Afiq. Afiq kembali tertawa sambil lincah tangannya menyambut bantal berbentuk hati berwarna merah jambu itu.

"Wow. Baru cakap rindu, terus bagi hati eh. Kalau tahu macam ni, abang fly datang jumpa Lin awal lagi," usik Afiq. Adlina melompongkan mulutnya sedikit sebelum akhirnya dia ikut ketawa.

Give up! Penat betul kalau lawan dengan mamat ni.

Afiq tersenyum manis tatkala dia mendengar hilai tawa dari bibir gadis itu. Hilai tawa yang cuma didengari melalui panggilan telefon atau video dan bukannya secara berdepan sebegini. Adlina mungkin menyangka bahawa dia cuma melawak sewaktu dia melafazkan kata rindu terhadapnya.

Namun demi Tuhan, tiada siapa yang tahu betapa rindunya dia dengan Adlina setelah hampir tidak berjumpa selama 3 tahun. Ini kali pertama dia berjumpa dengan Adlina selepas gadis itu menyambungkan pelajarannya di sini, University of Cumbria. Ada sahaja yang menjadi halangan tatkala dia mahu berjumpa dengan Adlina. Jadual kerjanya juga selalu bertindih dengan jadual aktiviti Adlina pada saat terakhir dan membuatkan dirinya semakin tidak keruan untuk datang ke sini. Sedar tak sedar, Adlina bakal menamatkan pelajarannya tidak lama lagi.

"Bila abang sampai? Stay mana?" soal Adlina sambil ligat tangannya mengambil semula buku dan beg tangannya yang dicampak ke atas katil dan meletakkan semuannya di atas meja tulisnya. Afiq sekadar merenung tingkah laku Adlina, tidak mendengar butir soalan yang dilemparkan kepadanya sebelum Adlina berdehem kecil.

"Haa? Lin cakap apa?" tanya Afiq terpinga-pinga.

"Berangan lagi! Haha. Malas nak tanya dah. Sekali tanya je. Tak jawab, cannot repeat dah okay,"

"Haha. Eh main ugut eh. Sorry sorry. Lin tanya apa tadi?"

Adlina mengambil tempat di atas katilnya semula, duduk berhadapan dengan Afiq. Diperhatikan wajah cengkung lelaki yang sentiasa tenang itu. Entah mengapa dia merasakan setiap kali dia melihat Afiq, lelaki itu seolah-olah menjadi lebih kurus. Matanya juga ikut sembab yang amat. Sangkanya mungkin gara-gara kualiti panggilan video atau Skype. Tapi ternyata dia salah.

Afiq benar-benar berbeza dari segi penampilan sejak kali terakhir mereka berjumpa.

"You okay? Kenapa nampak teruk sangat ni? Did you work too hard?" tanya Adlina gusar. Afiq menggelengkan kepalanya sambil tersenyum hambar. Ringan sahaja tangannya mengusap ubun-ubun Adlina dan gadis itu juga tidak menahannya daripada diperlakukan sebegitu.

"Lin yang nampak makin kurus, abang rasa. Tak cukup makan ke? Belajar kuat sangat?"

"Hahaha jangan nak tukar soalan eh. Lin tanya abang. Abang okay ke tak ni? Muka cengkung habis. Kalau tak sihat, kenapa datang sini? Jangan cakap abang datang sebab Lin je. I know you've worked too hard these days. Don't lie to me. You should have use your free time to rest, abang. Lin pun nak balik Malaysia dah hujung tahun ni. You could just sit and wait...," belum sempat Adlina menghabiskan ayatnya, Afiq ketawa lagi.

Hari ni memang hari ketawa over nothing sedunia ke?

Melihat wajah Adlina yang mula berubah masam, Afiq terus menyusun 10 jarinya dan dirapatkan antara satu sama lain tanda memohon kemaafan. Cukuplah Adlina merajuk tadi. Janganlah ada versi kedua pula.

"Sorry okay? Haha. Look. I'm totally fine. If abang sakit, I know I shouldn't risk myself to come and see you here. Gila ke apa? Ni nampak kurus sikit, terus Lin ingat abang sakit and terus start bebel. Padahal abang okay je. Kalau betul sakit, alamak kena tadah telingalah nampak gaya," usik Afiq bersahaja. Namun, Adlina masih tidak dapat mententeramkan hatinya yang gudah gelana. Dia tahu Afiq cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Afiq yang menyedari riak wajah Adlina yang jelas terpampang rasa risau terus menyambung percakapannya. "Lin, I'm seriously, totally okay. Stop with all those negative thoughts okay? I'm here. I come to see you. Can we just have some good times before I leave?"

"Did you really come here just to see me?"

"Nope. I had a conference in London. Been there since last week and just settled with it this morning. Then, abang terus ambil flight datang Cumbria to see you. This kind of answer boleh tenangkan hati Lin tak sekarang?"

Adlina ketawa sebelum menumbuk dada Afiq perlahan. Afiq mengaduh kesakitan untuk seketika sebelum ikut ketawa.

"Abang stay kat mana? How many days are you going to spend here?"

"The Crown and Miter Hotel. I can even ride a bicycle to see you less than 10 minutes, you know. Seronok betul jalan-jalan dekat town yang tenang macam ni,"

"Seriously abang datang sini naik basikal je?" soal Adlina terkejut.

"Oh tak. Ni apa yang staff hotel tu cakap. Tadi, I just took a cab datang sini. Kosserlah nak mengayuh basikal time penat," kata Afiq sambil menjelingkan matanya ke atas. Pecah ketawa Adlina melihat aksi Afiq.

"Abang...,"

"Hm?"

"Does Aqash know that you're here?" tanya Adlina lagi. Berdebar-debar hatinya tatkala menyebut nama adik lelaki di hadapnnya sekarang. Setelah sekian lama tidak mendengar khabar Aqash dan dia sendiri meminta supaya Afiq tidak bercerita mengenainya langsung, ringan pula mulutnya bertanyakan soalan itu.

"Do you want me to tell him?" duga Afiq.

"Abang, please...,"

"Haha. I know. No, I didn't tell him anything. In fact, he didn't even know that I went to London at the first place. But you know from his place to yours will take just around an hour and 20 minutes, I think. Maybe there is a chance that we're going to stumble...,"

"No. I don't think so," pintas Adlina dan mematikan ayat Afiq serta merta.

Adlina berdehem kecil sebelum menyambung kembali ayatnya, "I mean, it's been 3 years already, right? If there is a chance that I'm going to stumble on him, it should happen long time ago dah. But I didn't. We didn't. Not even once. And I think he never makes his way through here," Adlina tersenyum kecil.

Entahlah. Separuh hatinya bagaikan bersyukur yang amat kerana tidak pernah bertembung dengan Aqash di sini. Jarak Lancaster University dengan University of Cumbria bukannya jauh mana pun sebenarnya. Boleh saja kalau mereka nak berjumpa tanpa diduga.

Dan mungkin juga separuh hatinya kecewa kerana tidak pernah mendengar atau melihat kelibat lelaki itu langsung di bumi United Kingdom ini.

Afiq mengeluarkan telefon bimbit daripada kocek seluar jeansnya. Dengan pantas dia membuka aplikasi kenalan dan mencari nama Aqash. Adlina melihat saja tingkah laku Afiq sebelum hatinya berdegup semakin kencang sewaktu melihat senyuman nakal Afiq.

"Abang. Jangan cakap...,"

"Yes. Nak abang call dia ke?"

"Abang, no. Stop. Tak kelakarlah. Tak naklah eee. Jangan call dia!" jerit Adlina kecil. Adlina bingkas bangun cuba mendapatkan Afiq yang juga sudah bangun dan mengangkat tinggi telefon bimbitnya. Dicuba rampas telefon bimbit Afiq namun gagal.

Harei tinggi gila mamat ni!

"Abang!"

"Haha. Okay bagi offer yang buatkan abang tak call Aqash,"

"Okay okay. Abang nak apa? Cakap je. Just name it," ujar Adlina lembut padahal hatinya menahan geram yang amat. Bodoh betullah pi sebut pasal Aqash tadi. Padan muka hang!

"Betul apa je?" soal Afiq sambil mencerlungkan matanya. Adlina mengangguk kepalanya laju.

"Hm kejap abang fikir," ujar Afiq sambil mengusap lembut dagunya dengan tangannya sebelah lagi. Menyangkakan ini peluangnya untuk merampas telefon bimbit Afiq, Adlina terus menjengkitkan kakinya dan mengambil iPhone berwarna putih itu. Namun begitu, gara-gara tingkah laku Adlina yang mengejutkan Afiq, Afiq jadi hilang kawalan dan jatuh di atas katil Adlina. Tangannya juga terikut spontan memeluk Adlina.

Dan memaksa Adlina juga terikut jatuh di atas badan Afiq.

Jarinya juga tidak sengaja menekan butang panggilan, sekali gus panggilan terus disambungkan kepada Aqash tanpa sempat Adlina menekan butang merah.

Belum sempat habis terkejut gara-gara jatuh di atas badan Afiq, muka Adlina mula pucat tatkala mendengar suara lelaki di corong telefon sana.

"Hello? Fiq? What a suprise!"

p/s : Hi? :)

Seguir leyendo

También te gustarán

1M 53.5K 73
TAD series 1 [Completed] 📌Amaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha. Seorang gadis berumur 19 tahun. Seorang...
50.7K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
366K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
851K 85.2K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...