Stop!!! Pelakon itu suami aku...

By lavenderyana

234K 7K 99

Tak pernah dijangka dalam hidup Zara yang dia akan berkahwin dengan seorang pelakon popular, Hafiey. Dia tida... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bukan bab baru
Bab 50
Bab 51

Bab 26

4K 120 0
By lavenderyana

Hafiey

"Nah makanannya." Tanpa perasaan Zara berlalu pergi. Tapi lengannya dipegang membuatkan dia terhenti.

"Lepas la! Orang nampak nanti!" Dia marah dalam keadaan berbisik kepada Hafiey yang tersengih.

"Tapi I miss you." Zara menjeling sambil matanya melilau melihat kiri dan kanan. Nasib baiklah badannya menutup meja-meja lain dari memandang tangan Hafiey di lengannya.

"Lepas, abang tak nak sapa-sapa tahu kan?" Baru saja Hafiey ingin mengalah, muncul Adib tersenyum.

"Ya, Hafiey? Ada apa-apa servis kitorang yang kurang ke?" Hafiey menundukkan muka dan menjeling. Kenapa la dia datang?

"No, everything's fine. Saya cuma cakap makanan ni agak tawar dari biasa, tu je." Adib mengangguk sedikit kepada Zara dan Zara masuk ke dapur semula.

"Kami boleh tukarkan makanan baru kalau you nak." Hafiey melihat saja Zara berlalu masuk, barulah dia melihat penganggu di depannya ini.

"Tak payah ber I you. Kau aku dah cukup. Tu, isteri aku. So, aku boleh buat apa je. Kau kenapa? Jealous ke?" Adib menahan marahnya dengan senyuman sinis.

"Tu isteri kau, dia bisnes partner aku, ni tempat kerja dia. Selagi dia kat sini, dengan aku, she's mine. Kau, aku dengar kalau berita pasal ni tersebar, habis karier kau. Kan? So, ni maknannya, sekarang ni korang cuma peniaga dengan pelanggan. That's all." Hafiey menggigit bibirnya. Ingin saja dia menumbuk lelaki ini sehingga lembik.

"Kalau takde apa-apa, saya masuk dulu." Suara Adib kembali seperti biasa, tidak berbisik seperti tadi.

Hafiey memandang Adib yang berjalan ke kaunter dengan senyuman. Tidak dapat dilupa ayat lelaki itu yang menyatakan Zara miliknya selagi dia sedang bekerja. Hafiey paling tidak suka kepunyaannya menjadi milik orang lain.






Zara

"Apa benda la diorang bualkan tu, rancak semacam je." Kelihatan Adib yang datang dengan senyuman dari meja Hafiey. Sementara Hafiey seperti tidak senang duduk di mejanya. Khai dan Zara memandang sesama mereka.

"Macam marah je laki kau tu Zara." Zara menggelegak ingin tahu, tapi dia tidak dapat bertanya kepada Hafiey. Soalan peribadi seperti itu jika didengar orang lain pasti akan menimbulkan skandal secepat mungkin.

Nampak saja Hafiey selesai makan, Adib muncul dari pejabat. Dia datang ke kaunter dan mendekati Zara yang duduk di depan.

"Tia, awak pergi kira makan Hafiey. Dia tak perlu ke sini, dia tetamu special kita kan." Tia dengan teruja bersetuju lalu je meja makan Hafiey.

Zara sedikit sebanyak tidak bersetuju. Dia pasti ini berkaitan hal tadi. Sebelum tak pernah Adib memberi layanan sespecial ini kepada mana-mana pelanggannya dan ini termasuk pelakon yang datang seperti Hafiey.

"Awak borak apa dengan Hafiey tadi?" Oleh kerana keliru, mulutnya terluah juga.

"Takde yang serius pun. Saya cuma tanya apa yang kurang je dalam servis kita. Dan dia cakap okay, problem solved!" Zara melihat Adib yang tersenyum manis. Oleh kerana mukanya yang nampak bercakap benar, dia berdiam saja.

Dia melihat meja Hafiey seketika. Hafiey memandangnya walaupun Tia sedang bercakap dengannya. Tak lama kemudian, dia beredar meninggalkan Tia dengan wajah yang berpuas hati.

"Nah boss, duit makan Hafiey tadi." Dengan senyuman tawar, Zara menyambut duit dihulur Tia.

"Mummy..." Tiba-tiba muncul Datin Ida ke restorannya. Kelam kabut Adib menghampiri emaknya. Datin Ida dengan muka berlagaknya ke kaunter yang masih diduduki Zara. Zara menghulurkan tangan tapi cuma disambut sipi-sipi saja oleh Datin Ida.

"Apa nama you? Ara? Lara?"

"Zara datin." Kecik suara Zara menjawab. Sudah tiada apa-apa dengan Adib pun, dia masih berasa takut dengan wanita bernama Datin Ida ini.

"Zara, right. Apa-apa jelah. Ad, bisnes okay? Bawak keluar jumlah keuntungan terbaru, mummy nak compare ni." Datin Ida menyuruh sambil matanya tidak lepas memandang Zara.

"Mummy datang mengejut sebab nak tengok keuntungan restoran je? Rasanya tak payah kut. Ad boleh bawak untuk mummy bila Ad balik nanti." Datin Ida menjeling anaknya pula.

"Kenapa tak boleh sekarang? Alang-alang mummy datang ni, why not?" Dengan mengeluh, Adib masuk ke pejabat.

"I dengar you dah kawin, betul ke?" Dengan perlahan Zara mengangguk.

"Bagus, I suka. Yang I tak suka you dah kawin pun masih kacau Ad lagi." Terkejut Zara tiba-tiba dituduh seperti itu.

"Apa maksud Datin? Saya takde buat pun apa yang Datin cakap tu. Saya dah bersuami." Datin Ida cuma tersenyum sinis.

"So, bagi I satu sebab kenapa dia masih liat nak terima Dahlia jadi isteri dia? Semua sebab you masih kerja kat sini kan?" Marah Zara dituduh penyebab Adib masih tidak menerima Dahlia.

"Kenapa datin nak salahkan saya pulak? Kenapa datin tak tanya sendiri Adib kenapa dia tak berminat sangat dengan Dahlia tu?" Muka Datin Ida masam mencuka.

"You burukkan Dahlia ke? Apa maksud you Adib tak minat dia? Apa you ingat perempuan macam you ni je la yang dia minat?" Zara mengeluh. Ayat kosongnya diputar belit menjadikan dia pula yang bermasalah dalam hal ini.

"Mummy, enough! Tak cukup kita bincang kat rumah, mummy nak heret pulak masalah kat kedai? Kenapa mummy?" Datin Ida berang dengan kata-kata Adib.

"Watch your mouth Ad. Kalau tak sebabkan mummy dengan daddy, takkan wujud restoran ni sekarang. Korang berdua sepatutnya berterima kasih pada mummy sebab dah jadi penyumbang utama sampai jadi terkenal sampai sekarang." Baru Adib hendak menjawab lagi, Zara mengelengkan kepala memaksa Adib berhenti.

"Saya tak tahu kenapa datin salahkan saya dalam hal ni. Masalah keluarga macam ni sepatutnya dibincang di rumah. Maafkan saya datin kalau kata-kata saya ni buat datin marah. Tapi, datin sepatutnya berbincang elok-elok dengan Adib kat rumah." Datin Ida mendengus kuat, dia membetulkan kain yang menutup kepalanya sedikit.

"I rasa takde apa yang perlu dibincang lagi. Ad anak I, I tahu apa yang terbaik untuknya. Ad, balik ni mummy nak Ad dengar cakap mummy dengan daddy. Kalau Ad masih enggan, mummy tahulah masalah ni berpunca dari siapa." Ujar Datin Ida lalu memandang Zara sebelum berlalu dari situ.

Zara menarik nafas panjang selepas saja mummy Adib keluar dari restoran itu. Pekerja-pekerja mereka datang mendekati Zara dan bertanya jika dia okay. Zara mengangguk, meyakinkan mereka yang dia baik-baik saja.

"Adib?" Adib mengajaknya masuk ke pejabat bagi mengelakkan orang lain mendengar perbualan mereka.

"Saya nak mintak maaf bagi pihak mummy. Saya tak tahu kenapa sampai awak boleh kena kait sekali. Mummy selalu je jadi punca kita tak senang kan?" Mereka berdua tersenyum tipis.

"Ada apa-apa sebab ke awak masih tak terima Dahlia?" Adib merenung wajah Zara lama.

"Adib?" Segan pula Zara apabila ditenung lama-lama begitu.

"Saja, saya tak minat dia. Tak minat tak boleh kawin kan?" Zara tidak berpuas hati dengan jawapan Adib.

"Saya tahu tu bukan jawapan sebenar lagi, so I'm waiting." Adib menarik nafas panjang.

"Kenapa nak tahu sangat eh? Ke awak orang kanan mummy?" Zara membeliakkan matanya.

"Seriously? Lepas dia kata saya penyebab awak masih tak kawin lagi, awak boleh rasa saya orang kanan dia? Unbeliavable." Zara mengeleng perlahan.

"Sorry, sekarang ni mummy asyik pressure dengan benda ni je. Saya jadi serabut." Zara mengangguk.

"Takpe, tarik nafas dalam-dalam. Ada masalah, boleh cerita dengan saya. Kalau boleh, saya bantu." Zara memberi senyuman seikhlas mungkin kepada Adib dan berlalu keluar.

"Zara?" Dia berpaling sekali lagi.

"Sebab saya tak dapat nak terima dia.... Sebabnya saya masih tak dapat nak lupakan awak. Dan saya tak boleh nak terima awak bahagia tanpa saya." Tergamam Zara. Dia mengeras di depan pintu.

"Adib, saya....saya dah kawin." Suaranya berbaur bimbang sedikit.

"Saya tahu. Dan kerana itu lah saya menjadi orang yang paling rugi sebab tak ambil awak jadi milik saya masa saya ada peluang dulu." Zara mengundur sedikit.

"Stop. Saya tak nak dengar semua ni. Saya...saya nak balik awal hari ni." Zara terus mengambil handbagnya dan keluar dari pejabat serta merta. Tidak dipeduli sesiapa yang memanggilnya lagi.

"Kenapa tu?" Tanya Khai kepada Adib. Dan Adib cuma meraup mukanya.

Continue Reading

You'll Also Like

311K 22.7K 62
'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana t...
142K 12.7K 57
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
413K 14.3K 94
Cover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Rom...
2.5M 62.9K 88
Dua hati disatukan tanpa ikatan cinta. Bukan paksaan keluarga. Bukan kerelaan hati. Tengku Ammar Mukhriz mengahwini Nur Rania Erynna tanpa mengenal...