Stop!!! Pelakon itu suami aku...

By lavenderyana

233K 7K 99

Tak pernah dijangka dalam hidup Zara yang dia akan berkahwin dengan seorang pelakon popular, Hafiey. Dia tida... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bukan bab baru
Bab 50
Bab 51

Bab 24

3.9K 138 1
By lavenderyana

"Aah ummi, on the way nak pi ambik abang kat airport ni. Dengan Hazim. Okay, nanti Zara sampaikan." Hazim melihat kakak iparnya di kerusi pemandu.

"Sapa? Auntie Zah ke?" Zara mengangguk mengiyakan. Sambil itu dia melihat cermin belakang, memastikan kereta mertuanya ada di belakang. Oleh kerana mama dan papa berkejar hendak ke tempat lain selepas ini, mereka memutuskan untuk menaiki dua buah kereta.

Sampai saja di airport, mereka mencari-cari jika Hafiey sudah ada di sana, tapi nampaknya mereka masih belum sampai. Untuk membuang masa, Hazim telah mengajak Zara untuk lepak di sebuah cafe sambil cuci-cuci mata di kedai berdekatan.

"Kak, tengok ni. Berita pasal angah la." Hazim menunjukkan berita di telefonnya kepada Zara tentang Hafiey.

Anne dan Hafiey ada apa-apa ke? Ini berikutan pelakon wanita Anne yang sanggup terbang ke Macau semata-mata untuk membuat suprise kepada Hafiey. Dikatakan Hafiey di sana bagi dokumentari perlancongan di Macau. Untuk menambah kepastian, Anne dilaporkan mengambil rehat selama seminggu dari bidang lakonan dan bercuti di Macau bersama-sama Hafiey. Mereka dikhabarkan akan pulang bersama apabila pengambaran Hafiey selesai.

Zara membuat muka selamba apabila ditunjukkan berita itu. Ni dah basi. Seminggu benda berlaku baru nak ambik tahu. Bisiknya geram.

"Ni kalau mama tahu ni, siap la angah." Zara tidak mengambil kisah dengan apa komen Hazim. Dia kena sentiasa berfikiran positif dan berharap yang baik-baik saja. Insyaallah.

"Betulla tu. Angah dan confirmkan semalam." Hazim mengeleng melihat qajah Zara yang tenang dan kembali dengan telefon di tangannya. Tak lama selepas itu, Zara bangun dari kerusinya.

"Jom dik, tenang akak shopping. Bosan la duduk macam ni. Angah tu entah bila sampainya?" Hazim mengangguk saja apa yang dimahu Zara. Bagi Zara pula, cuci mata atau shopping adalah salah satu cara untuk dia menenangkan diri. Dan sekarang dia perlu bertenang.

Sedang mereka tersenyum, bergelak ketawa, muncul seseorang menegur mereka.

"Wei, Hazim. Buat apa kat sini?" Mereka berpaling melihat seorang lelaki dan serta merta wajah Hazim tersenyum gembira. Mereka bersalam dan Zara menunggu di sebelah tersenyum melihat mereka berdua.

"Zim, ni.....girlfriend kau ke? Kakak? Tak mungkin la, kak Hanna je kan? Girlfriend Hazim ke?" Senyum Zara berkembang mekar. Yelah siapa tak suka kan difikir lebih muda tujuh tahun dari usia sebenar.

"Ekceli, kakak.." Tak sempat Zara nak menghabiskan ayat, kawan Hazim tadi tergamam kembali. Dia menarik Hazim dan berbisik sesuatu kepadanya. Hazim terkejut tapi masih ketawa dengan apa yang dibisik sebentar tadi. Tidak sempat mereka berbual panjang, kawannya itu terburu-buru pergi.

"So, apa yang korang bisik tadi? Yang adik suka sangat tadi kenapa?" Hazim menyambung ketawa.

"Takde kak. Dia kagum dengan adik sebab ada girlfriend yang usia kakak-kakak. Bukan girlfriend lagi bawah umur adik." Sekali lagi mereka berdua ketawa.

"Seronoknya dia orang kata couple. Kan?" Pantas Zara dan Hazim berpaling ke belakang mereka. Di belakang mereka terdapat Hafiey dengan muka tak berapa bahagia dia.

"Bila abang sampai?" Zara segera mencapai tangan Hafiey dan bersalam dengannya. Sementara Hafiey menjeling tajam Hazim di belakang Zara. Pandangan mereka berdua tajam merenung satu sama lain. Sebaik saja Zara berpaling, Hazim segera bermuka manis dan bersalam dengan abangnya.

"Aah, bila angah sampai? Tak jumpa dengan mama papa ke? Diorang tunggu angah kat depan tadi." Kecik besar kecik besar je Hafiey melihat Hazim sekarang.

"Em, jom kita pergi. Nanti lama pulak diorang tunggu kita." Hazim bergerak terlebih dahulu dan diikuti Zara disebelahnya. Hafiey yang masih geram menarik tangan Zara agar berjalan di sisinya tapi ditolak lembut oleh Zara.

"Kita kat public sekarang. Tak nak terjumpa siapa-siapa yang kenal abang kan? Kut-kut kita jalan sama-sama, kontroversi pulak nanti. So.....kat rumah kay." Tidak menunggu persetujuan Hafiey, Zara mengikuti langkah Hazim yang sudah jauh ke depan.

Hafiey mengeluh dengan keadaan ini. Ni baru tiga minggu diorang kawin, satu malam rasa nikmat jadi suami isteri, nak lebih-lebih kat luar tak boleh. Takut terjumpa orang yang dia kenal. Seksanya....





Hafiey

Ketika ini mereka satu keluarga bersama kak Mas berada di restoran bagi merai mereka berdua yang baru pulang. Zara gembira, tapi Hafiey sengsara. Kenapa? Sebab ni! Sebab budak-budak ni.

Ceritanya bermula apabila mereka sampai di restoran. Dalam kereta boleh la nak bersweet kejap pegang-pegang tangan. Bila sampai je, terus terlerai pegangan mereka berdua sebaik saja keluar dari kereta dan masuk ke restoran.

Nak elakkan kontroversi, Zara dengan senang hatinya meminta Hazim duduk di antara mereka. Hazim pula dengan riang rianya bersetuju. Terlepas peluang dia nak bermanja-manja dengan Zara walaupun di bawah meja.

Tapi disebabkan kerap kali sangat Hafiey dengan Hazim bertengkar mulut, mama papa menyuruh Zara duduk di tengah-tengah mereka. Bersorak Hafiey di dalam hatinya. Baru je nak bermula manja-manja, peluang dikebas lagi. Sara ni pulak sibuk-sibuk nak duduk di riba Zara. Melepas lagi.

Dari tadi lagi Hafiey memanjakan anak saudaranya. Sementara dia dilayan acuh tak acuh saja oleh Zara. Kali ini dia cemburu pulak dengan budak kecik ni. Berat kau Hafiey. Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Hafiey menarik sebelah tangan Zara dan digenggamnya erat di bawah meja. Terkejut Zara tapi Hafiey peduli apa. Zara isterinya, milik dia.

"Mak ngah, tolong bukakan coklat ni untuk Sara boleh?" Zara mencuba membuka sebelah tangan, tapi gagal. Dia cuba meleraikan pegangan erat Hafiey, tapi makin dikemas pula tangannya dipegang. Geram saja Zara nak cubit Hafiey ni. Hafiey bermuka selamba seperti tiada apa berlaku antara mereka. Kerana sakit hati, Sara mula campur tangan.

"Pak ngah! Lepas la tangan mak ngah!!" Kuat suara Sara menyebabkan semua mata berpaling melihat mereka berdua. Hanna dan suaminya Razlan ketawa, begitu juga mama dan papa. Merah muka Zara sementara Hafiey tersengih.

"Angah, sabar angah. Nak pegang tangan Zara lepas ni." Razlan menegur membuatkan bertambah merah muka Zara.

"Sara, mai duduk kat mama. Jangan kacau makngah nak makan." Hanna mengajak anaknya kembali di sebelahnya tapi Sara dengan degil mengeleng.

"Takpe kak, biar je Sara duduk sini. Dia takde kacau Zara makan pun." Menjeling Hafiey.

Selesai saja makan, mereka berpisah. Hanna dan Razlan ke rumah mereka. Mama dan papa ke Terengganu dua hari ada kenduri kat sana. Oleh kerana Hazim tidak mahu mengikut mereka, di rumah Hafiey la dia menginap. Mengeluh Hafiey mendengar khabar itu. Kak Mas naik bersama mereka untuk tumpangan balik.

"Oh lupa Hafiey, Anne ada wassap akak ni. Tanya bila nak dinner lagi sama-sama macam kat Macau." Hafiey berdiam sejenak memikir bila sesuai. Dia melihat Zara yang berpaling melihat ke luar tingkap. Bila dipandang ke belakang pula, Hazim merenungnya tajam. Dah kenapa pulak budak ni?

"Nanti dulu la kak. Penat flight tadi pun tak hilang lagi. Lagipun kan saya cuti panjang lepas nikan? So, stop dulu la pasal kerja-kerja ni." Katanya sambil tangan mencari tangan Zara untuk digenggam. Zara berpaling sekilas sebelum menunduk menyembunyikan senyumannya.

"Dia tu tak reti rehat ke, sampai baru jumpa kelmarin dah ajak orang keluar lagi? Tak faham ke orang pun nak rehat kat rumah, tak nak keluar rumah?" Suara Hazim kedengaran perlahan di belakang. Tahu sangat siapa yang dimaksudkan adiknya, tapi Hafiey mendiamkan dirinya.

Continue Reading

You'll Also Like

1M 24.5K 75
Satu tragedi malam membuatkan Adrina dan Zahrif disatukan dalam keadaan yang tidak rela. "Aku tanya macam mana kau ada malam tu! Kau yang nak perangk...
770K 25.5K 45
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang sudah terjalin lama terputus ditengah jalan kera...
807K 22.3K 50
Qayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi pe...
870K 35.2K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...