Ustaz, Tunggu Saya!

By aeinsohko

807K 31.7K 4.3K

Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua... More

Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Promote Time
Bab 52
Epilog
✨Farewell ✨
UTS Beraya #1
UTS Beraya #2
UTS Beraya #3
UTS Beraya #04
UTS Beraya #5
UTS Beraya #06

Bab 01

41.8K 896 56
By aeinsohko

Bunyi ketukan pintu bertalu-talu beserta jam penggera membuatkan tidur aku terganggu. Aku mengusutkan rambutku. Pantang betul bila lena pagiku terganggu. Aku atur langkah longlai kearah pintu.

"Nak apa?" Tanya aku dalam keadaan mamai. Mata masih separa terbuka. Bengang pula pagi-pagi buta ni. Mana tak bengang nye. Dahla ketuk pintu kuat-kuat.

"You're already late, Aisya Rabecca" balas Arham. Aku berkerut dahi. Mencerna maksudnya. Lambat? Aku berkerut seketika sebelum terbuntang mata memandang Arham.

"Kelas! Aku dah lambat ke kelas!" serentak itu pintu ditutup ganas. Berkejaran kebilik air. Membersihkan diri. Baju juga dipilih ala kadar, tiada masa untuk berdiri lama dihadapan wardrobe itu.

Aku bergegas turun kebawah. Kedua orang tuaku disapa ringkas. Air diteguk ringkas. Sekeping roti bakar digigit sambil menyarung heels. Langkah diatur laju kearah kereta. Enjin dihidupkan. Tak dapat! Aku menghentak stereng kereta. Pagi-pagi macam ni dia nak buat hal.

Aku memandang sebelah. Arham mengatur langkah santai kearah keretanya. Terpaksa! Terpaksa tebalkan muka minta Arham hantarkan. Aku keluar dari kereta. Mengatur langkah kearah kereta Arham. Cermin keretanya diketuk kuat.

"Apa?" Tanyanya dingin.

"Aku nak tumpang, kereta aku buat hal." ujarku aku. Belum sempat dia membalas aku dah pun siap duduk di tempat duduk penumpang ditepinya. Tayang muka tak bersalah. Lantak dialah nak kutuk ke apa, aku dah lewat. Dengan muka tidak redha, Arham memandu kereta membelah jalan menuju kearah tempat aku menuntut ilmu.

"Aku balik tumpang Syaza nanti. Kau tak payah datang jemput aku nanti." kata aku.

"Baguslah, aku pun tak ada masa nak datang jemput kau." balas Arham. Aku mencebik. Bila masa je kau ada masa dengan aku? Haram betul.

"Dah sampai, cepat keluar! Aku ada meeting penting pagi ni." halau Arham. Ingat aku nak sangat duduk dalam kereta kau? Aku keluar dari keretanya tanpa mengucapkan sepatah terima kasih. Terus sahaja keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan kolej.

"Eccaaa, almost thirty minutes only." Kata Syaza geram sebaik aku mendekatinya yang dari tadi menjadi tugu disitu. Tunggu aku lah tu. Haih...

"Ya aku tahu, aku terbabas tadi. Kereta aku pula buat hal." balasku.

"Kalau kereta kau tak buat hal pun sama je. Kau tahu tak, boleh kira dengan tangan berapa kali kau datang awal" bebel Syaza. Aku menjulingkan mata. Membebel pula dah pagi-pagi ni. Tadi kata lewat, kau pula membebel. Dah tambah kelewatan disitu.

Aku atur langkah ke bilik kuliah, meninggalkan Syaza dibelakang. Membebellah engkau sorang-sorang.

******

Kurang fokus itu pasti, mengantuk juga pasti. Mana tak mengantuk kalau lecturer bercakap pun gaya berbisik je. Hanya fokus pada barisan hadapan sahaja. Back bencher macam aku ni, mana nak hiraukan.

Sebaik sahaja Madam Suzy melangkah keluar. Aku menjatuhkan kepala keatas meja. Berlapikkan lengan. Menyesal pula tidur lewat semalam.

"Babe, semester break ni, kau ada plan nak pergi mana-mana tak?" Tanya Syaza. Aku mengangkat muka. Menggeleng kecil tanda tiada apa-apa perancangan untuk cuti semester ini.

"Aku ingat kan, nak balik kampung lah." Kata Syaza. Hmm, tak tanya. Aku menjatuhkan kembali kepalaku.

"Kau nak ikut tak?" Tanya Syaza. Bahuku digoncangnya. Teruja benar budak ni. Aku angkat kepala memandangnya. Kening dijongketkan malas.

"Aku ikut kau?" aku bertanya kembali. Aku pergi kampung? Tak pernah-pernah kaki aku jejak kampung.

Syaza mengangguk laju. Bahuku sekali lagi digoncangnya. Perempuan ni, ada juga makan siku nanti.

"Best ke?" tanyaku.

Syaza mengangguk laju.

"Ada sawah, sungai, hutan, kerbau, lembu, kambing..."

Aku menjelingnya.

"Aku tanya betul-betul ni." aku pandangnya malas. Syaza sengih.

"Kau ikut je dulu, nanti kau tahulah apa yang best dekat kampung. Yang penting, kau akan dapat ketenangan yang tak ada dekat bandar ni." balas Syaza. Bersungguh betul dia ni ajak aku balik kampung.

"Tengoklah nanti, aku fikirkan dulu." jawabku. Buku dikemaskan, lalu aku bangkit.

"Betul ni?!"

"Hmm..."

"Yes, akhirnya seorang Syaza Izzati dapat bawa seketul Aisya Rabecca masuk kampung!" ujarnya gembira. Aku jeling tajam.

"Apalah kau beria sangat ajak aku ni." Geram betul aku.

"Dah lah. Jom pergi cafe, aku tak sempat breakfast tadi." kataku. Aku buka langkah meninggalkan tempat duduk. Syaza pula tergesa-gesa mengemas bukunya.

********
Meja yang agak terselindung menjadi pilihan kami. Aku memilih sandwich dan kopi sebagai santapan tika itu.

"Kat rumah kampung kau tu kan, siapa lagi yang tinggal kat situ?" Tanya aku memulakan perbualan.

"Ada siapa? Ramai! Pak Haji, Mak Haji, Mak Bedah, Pak Ayub dengan bini dia..." laju mulutnya menyebut satu persatu nama penghuni kampungnya. Aku hanya mendengarkan sahaja. Menanti masa dia menghabiskan ayatnya

"Dah?" Tanya aku memerli. Syaza mengangguk dengan gaya megah. Ye lah siapa tak megah dapat hafal semua ahli-ahli mesyuarat tingkap, ahli-ahli jawatankuasa masjid, lelaki-lelaki handsome kat kampung sendiri.

"Cik Syaza. Aku tanya berapa orang tinggal kat rumah kau. Bukannya yang tinggal kat kampung kau!" bidasku.

"Eh yeke?" Syaza sudah menggaru kepala. Aku menjulingkan mata keatas.

"Kat rumah aku tak ada siapa pun. Yang ada pun Abang Mustaqim, Abang Haziq dan adik aku, Mislia."kata Syaza. Hah nampak tak? Tadi kata tak ada orang.

Syaza Izzati ni anak keempat dari 5 adik beradik. Abang sulungnya, Mu'min. Tinggal di Sabah. Yang Kedua, Mustaqim kerja biasa-biasa je. Yang ketiga, Haziq. Dengar kata Playboy hahaha. Syaza Izzati, minah sebelah aku sekarang. Dan yang bongsu, Mislia Izzati.

********
Aku mencapai remote , siaran tv dibelek-belek. Tiada siaran yang menarik perhatian. Memang aku jenis tak suka tonton tv. Jadi, semua rancangan dipandang kosong. Akhirnya tv dimatikan.

Aku mencapai smartphoneku, langkah diatur kearah gazebo luar rumah. Aku menjeling mata apabila terserempak dengan Arham yang kebetulan melangkah masuk.

Baru sahaja aku melabuhkan duduk. Telefonku berdering minta diangkat. Sudah aku tahu siapa yang hubungi aku malam-malam macam ni. Pastinya Syaza. Panggilan diangkat. Telefon ditekapkan ditelinga.

"Ecca!" aku menjauhkan telefon dari telinga. Sewel ke? Malam-malam call orang, lepastu jerit-jerit.

"Kau dah kenapa? Aku tak pekak lagi lah!"

"Sorry-sorry, aku cuma teruja sebab kau nak ikut aku balik kampung!"

Aku mencebik. Betullah tu, aku baru sahaja memberitahunya bahawa aku bersetuju mengikutinya ke kampung pada cuti semester nanti.

"Sebenarnya aku nak pesan something ni,"

"Apa dia?" tanya aku. Kepala mendongak memandang langit malam.

"Aku cuma nak pesan, jangan bawa baju tak cukup kain nanti. Bawa yang sopan-sopan sikit, takut orang kampung negata. Kau faham kan?" ujarnya perlahan. Aku mengangguk kecil.

"Aku tahu, aku bukan budak kecil." balasku.

"Aku pesan bukannya apa, kau pun kadang-kadang bukannya boleh diharap." bidas Syaza. Aku ketap bibir geram.

"Eah. Aku ada hal ni. Lagipun aku belum bagitau ibu aku lagi yang kau ikut aku balik ni" kata Syaza.

"Hmm, yelah. Jumpa kau nanti."

"Okay, bye! Love you!"

"Hate you too." panggilan dimatikan.

********
Aku melabuhkan duduk dihadapan orang tuaku. Bantal kecil diambil untuk peluk.

"Mummy, daddy..." serentak itu mereka menghala pandangan kearahku.

"Ecca nak ikut Syaza pergi kampung dia, cuti semester nanti." ujarku. Wajah orang tuaku dipandang satu persatu.

Jeda seketika. Kemudian terdengar seekor malaun menghamburkan tawa keras.

"Aku mimpi ke? Ke aku salah dengar? Kau? Nak masuk kampung? Buang tabiat dah ni."  aku menjeling Arham yang melabuhkan punggung berdekatanku.

"Suka hati akulah, diamlah kau!" Makin galak dia ketawa.

"Mummy, tengok Arham ni. Dad, please" aku mengadu. Daddy menjeling Arham sekilas, cukup itu buatkan Arham tutup mulut. Walhal, tengah tahan nak gelakkan aku lagi.

"Ecca betul ke ni? Ecca bukannya biasa pergi kampung. Malah, tak pernah masuk kampung pun." ujar daddy. Aku garu kepala yang tak gatal.

"Kampung dengan bandar tak sama, sayang. Lagi-lagi Ecca membesar dekat KL, dah terbiasa dengan hidup macam ni." sambung mummy pula.

"Tapi, Ecca pergi sekejap je. Tak lama pun."

Mummy dan daddy berpandangan seketika.

"Ecca. Ecca nak ikut Syaza balik kampung. Ecca kena tahu cara mereka berpakaian. Ecca tak boleh bawa seluar ketat, baju ikut bentuk badan. Pandangan orang kampung dengan orang KL tak sama. Nanti Ecca pula yang tak selesa." Panjang lebar CEO Mutiara Holdings menerangkan.

"Yes, I know. Syaza pun dah bagitahu benda sama. Ecca dah cukup matang untuk fikir benda tu. Lagipun, both of you never have a village. So, why not I'm try." balasku.

"Dah matang konon, alih-alih mabuk tak ingat dunia juga." ejek Arham.

"You, shut your mouth!" aku memandang Arham tajam. Dia ni, aku cincang lumat-lumat kan.

Mummy dan daddy berpandangan sesama sendiri. Lama mereka senyap, seolah-olah sedang berbincang menggunakan bahasa mata. Yup, bahasa mata. Aku sendiri pun tak faham.

**********
"Mummy, Ecca nak keluar malam ni."

"Nak pergi mana.?" Tanya Arham.

"Keluarlah."

"Malam ni cuba duduk rumah." Kata daddy pula.

"Tak naklah, asyik mengadap muka anak pungut ni je kalau duk rumah." Ujarku penuh nada memerli. Daddy menjengilkan mata kearahku. Aku hanya tersengih tak bersalah.

Dari ekor mata aku melihat Arham menjeling tajam. Huh, apa aku kisahh.

"Yelah." Kata daddy. Senyuman lebar mula terukir.

PIN! PIN! PIN!

"Got to go." pipi mummy dan daddy dikucup sekilas. Aku mengatur langkah kearah kereta milik Syaza.

"Let's go. Malam ni kita enjoy. Sebab lusa kita akan ke kampung." Kataku sebaik masuk keperut kereta Syaza.

"Tempat biasa?" tanya Syaza, kereta dipandu dengan berhemat. Biasalah kalau si Syaza yang drive.

********
"Ecca, Stop it. Kau dah mabuk ni." Syaza terpaksa menguatkan nada suaranya kerana keadaan disini gamat dengan bunyi lagu.

"Syaza, I haven't drunk yet." Air najis ditanganku ditelan rakus.

"Babe, jom lah balik. Aku risau lah. Apasal malam ni kau teruk sangat mabuk tu?" Syaza tidak puasa hati dengan keadaan aku.

"Give me 30 minutes." Ujarku.

Aku sempat mendengar keluhan berat dilepaskan oleh Syaza. Sedang aku menari-nari, tanganku ditarik. Aku memusingkan badan menghadap figura itu.

"What are doing here, brother." Tanyaku.

"Balik sekarang!." Katanya tegas.

"Hey, malam ni enjoy lah." Kataku.

"Aisya Rabecca.!" aku menjelingnya. Tubuh Arham ditolak menjauh. Aku sambung 'permainan' dilantai tarian. Tapi tidak lama sebelum aku ditarik keluar dari tempat tersebut.

"Kau ada jam tak?! Cuba kau tengok pukul berapa sekarang.?!" Tengkingnya.

"Apa masalah kau? Kan aku dah kata, aku nak enjoy malam ni. Kau pekak ke?" Apa! Dia ingat dia sorang boleh sound aku.

"Masalah aku sekarang kau." Katanya.

"Ecca.." Panggil satu suara dari belakang. Aku berpusing untuk melihat. Aku mengerdipkan mata seketika. Mengenal pasti gerangan yang memanggilku. Dia sedang berdiri ditepi kereta milik Arham.

"Arfan..." Kataku tergagap.

Arfan mendekatiku. Syaza sudah memapahku kerana keadaanku yang terhuyung-hayang.

BLUWERK...

Semua dimuntahkan keluar. Aku hanya sempat melihat baju Arfan terkena muntahku. Sebelum semuanya kelam.

********
Aku membuka mata perlahan-lahan. Nafasku berbau alkohol. Aku memandang sekeliling. Aku berada didalam bilik. Kepalaku berasa sakit. Apa yang jadi semalam? Aku mabuk?

Tiba-tiba pintu bilikku dikuak dari luar. Kepala pembantu rumah terjengul.

"Ecca, Mak Teh bawakan sarapan." ujar pembantu rumah itu. Aku hanya mengangguk kecil memberi izin dia masuk.Sebaik meletakkan sarapan untukku. Man Teh mengorak langkah keluar.

"Mak Teh, Abang balik ke?" Aku sempat menghalang Mak Teh. Mak Teh mengangguk sebelum meminta diri.

Keluhan berat kulepaskan. Aku bangun ingin membersihkan diri. Baru sahaja kakiku ingin melangkah masuk kedalam bilik air. Pintu bilik diketuk.

Aku berjalan menuju kepintu. Harap-harap bukan Arfan. Dengan lafaz bismillah pintu dibuka. Aku, time gementar begini baru ingat Allah. Kelihatan Arfan sedang berdiri memeluk tubuh didepan pintu bilikku.

"Boleh abang masuk?" Tanyaku.

Lambat-lambat aku mengangguk.

Abang melabuhkan punggung diatas katilku. Matanya meliar meneliti setiap genap bilikku. Akhirnya, pandangannya jatuh kearah aku. Aku mula menunduk.

"Kenapa tercegat kat situ? Duduk sini." Katanya sambil menepuk-nepuk ruang kosong ditepinya.

Aku mengorak langkah perlahan. Punggung dilabuhkan ditepinya.

'Habislah kau, Ecca.' Seperti ada satu suara berbisik.

Liur ditelan. Apasal macam telan batu kerikil pula ni?!

"Ecca dah okey?" Ni salah satu cara abang sulung aku nak pancing atau nak pujuk aku. Aku sekadar mengangguk.

"Kenapa teruk sangat semalam?" Tanyanya lagi.

Aku macam orang bisu.

"Laa, Allah bagi mulut untuk bercakap kan. Kenapa angguk geleng ni? Sakit mulut?" Okey, abang sulung aku seorang yang caring.

Dulu, kami bertiga boleh dikatakan satu kepala. Mabuk-mabuk, enjoy sana enjoy sini. Tapi, abang berubah sejak dia jatuh cinta. Aku bagi tabik spring.

"I'm terribly sorry." Maaf dipinta. Keluar juga suara.

"For what?" aduh, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu ditanya pula.

"Ecca mungkir janji. Ecca tahu dah banyak kali Ecca mumgkir janji." Ujarku.

"Tahu pun salah." Walaupun ayatnya begitu, senyuman tidak lekang dari bibir.

"How many times?"

"I dont know. But, I'm sure. Memang dah banyak kali."

"Apa abang pesan setiap kali sebelum abang balik New York?"

"Jangan minum benda tu. Ecca masih muda, jangan rosakkan zaman muda Ecca." aku mengulang pesanan yang sering dititip Arfan sebelum pulang ke negara keduanya.

"Abang, please accept my apologies." Rayuku lagi.

Dia mengukir senyuman. Tahan gelak lah tu sebab aku sedang melutut.

"Dah lah. Pergi mandi. Yana dari semalam nak main dengan aunty." Katanya. Kepalalu diusap. Dia bangun dari duduk. Yana? Nadia Adriana, anak saudara sulungku.

"Abang, teruk sangat ke semalam Ecca mabuk?" Tanyaku sebelum dia keluar.

"So bad. Sampai terkena baju abang." Katanya lalu keluar. Aku garu kepala tak gatal. Nafas berat dihela sebelum aku atur langkah kebilik air.

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

2M 48.7K 44
Perkahwinan yang terjadi hanya kerana satu amanat. Perkawinan yang dirahsiakan oleh pengetahuan keluarga. Demi melanjutkan pelajaran mereka terpaksa...
8.5K 229 17
"Hei babe. Kahwin dengan aku." Tiada angin, tiada ribut. Dengan tiba-tiba saja Nur Lailana dilamar kawan baiknya sendiri, Syahimi Hakimi. Tidak terma...
602K 23.9K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
2K 457 62
﷽ - SYUHADAH 4th BOOK SEKUEL daripada novel MENANTI KAMU "SAYA dah lama tunggu awak, Syahidah." Hilman yang masih menaruh hati terhadap Syahidah, mul...